Pameran Succulent Pada 1-3 Disember di Ipoh Parade

Pameran Succulent Pada 1-3 Disember di Ipoh Parade | Siapa peminat Succulent atau di dalam bahasa melayunya Sukulen di sini? Succulent adalah merupakan sejenis tumbuhan yang mampu menyimpan air dan kebiasaanya habitatnya di kawasan kering seperti gurun. Perkataan Succulent berasal daripada perkataan Latin iaitu sucus yang bermaksud "jus" atau "getah". Di sini Marina nak bagitahu kepada peminat succulent di luar sana, pameran Succulent akan diadakan di Ipoh! Atas permintaan ramai, Cactus Boy Nursery dengan sukacitanya mengumumkan berita gembira yang ditunggu-tunggu! Pameran Succulent buat kali keduanya akan diadakan di Ipoh Parade. Semua peminat tumbuhan, pengumpul dan pencinta succulent dari seluruh pelusuk utara dijemput untuk bersama-sama memeriahkan pameran Succulent ini dan merasai pengalaman yang berharga dengan alam semula jadi yang menarik.

Marina suka tengok sukulen yang pelbagai jenis, bentuk, comel dan unik. Walaubagaimanapun harga sukulen ini bermula daripada beberapa ringgit dan boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Marina pernahlah jugak membela pokok kaktus, tetapi habis kaktusnya mati disebabkan kucing jatuhkan pasunya. Mana tahu kalau datang ke pameran ni, terbuka hati balik nak bela kaktus kan?  

succulent fair



Apa itu Sukulen?

Pada yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan sukulen ni, Marina terangkan serba ringkas mengenai Sukulen. Sukulen adalah merupakan tumbuhan yang mampu untuk menyimpan air dalam daun, batang atau akar yang membolehkannya bertahan dalam keadaan tanah yang kering. Pokok sukulen mempunyai pelbagai bentuk, corak yang menarik dan warna, memberikan sentuhan estetik yang unik kepada persekitaran. Antara contoh tumbuhan sukulen (Succulent Plant) adalah seperti kaktus, lidah buaya (aloe vera) dan snake plant. Sukulen merupakan tumbuhan yang menjadi pilihan popular di kalangan peminat taman dan penghias dalaman. 

Selain itu, keperluan penjagaan yang minimum menjadikan sukulen pilihan ideal bagi mereka yang meminati tumbuhan tetapi kekangan masa untuk menjaganya. Kepopularan sukulen juga berkembang dalam kalangan peminat seni landskap dan kraftangan. Dengan daya tahan yang tinggi dan kecantikan visualnya, sukulen meneroka ruang dalam dunia botani sebagai tumbuhan yang menarik dan serbaguna.

sukulen



Pokok Percuma Buat Peminat Succulents yang Hadir!

Pelbagai aktiviti yang menjanjikan kepuasan kepada peminat Sukulen di pameran Succulent yang akan diadakan di Ipoh Parade. Antara aktiviti menarik di pameran ini : 


Pelbagai Jenis Kaktus 

Pelbagai spesies kaktus berbunga yang jarang ditemui, yang import dan tempatan, spesis yang jarang ditemui dan pokok hiasan dalam rumah yang menarik akan dipamerkan di pameran ini.


Koleksi Spesis Succulent Plant yang Jarang Ditemui 

Peminat Sukulen boleh memilih dan membeli koleksi Succulent yang diidamkan, yang telah digubah dengan menarik dan unik untuk dijadikan hiasan di rumah korang. 


Perkongsian Dari Pakar

Koh Kuan Meng atau dikenali sebagai Ah Boy, akan mengadakan sesi perkongsian mengenai pengalaman beliau tentang tips-tips penanaman, panduan penjagaan dan rahsia untuk kaktus dan succulents hidup dengan elok.


Pokok Percuma untuk Peminat Succulents!

Ini merupakan berita gembira kepada peminta succulents di luar sana, Ah Boy yang merupakan pemilik Cactus Boy Nursery, berbesar hati untuk memberikan pokok secara PERCUMA kepada mereka yang hadir di pameran Succulent ini! (Tertakluk pada terma & syarat)

succulents

Temui dan Dengar Perkongsian Tips dari Pakar Succulent Pada 1-3 Disember di Ipoh Parade!

Maklumat mengenai tentatif program, waktu perkongsian dan tajuk yang akan dikongsikan oleh pakar bersama peminat succulents adalah seperti berikut :


Tentatif Program 

Tarikh : 1-3 Disember 2023
Waktu : 10:00 pagi - 10:00 malam
Lokasi : Ground Floor Main Court, Ipoh Parade


Sesi Perkongsian 

Tarikh : 2-3 Dec 2023, 
Waktu : 3.00 petang & 6.00 petang
Lokasi : Ground Floor Main Court, Ipoh Parade


Tajuk yang akan Dikongsikan oleh Pakar Bersama Peminat Succulents 

#1 Penjagaan asas untuk succulents dan kaktus
#2 Bagaimana cara untuk memastikan succulents dan kaktus berbunga
#3 Sesi Hands-on - Beli mana-mana 5 Sukulen dan pasu serta belajar membuat susunan di dalamnya

kaktus



Jangan Lepaskan Peluang untuk Merasai Pengalaman Belajar Menyusun Sukulen! 

Kepada korang yang berminat hendak merasai pengalaman belajar menyusun sukulen, korang boleh sertai bengkel menyusun sukulen secara PERCUMA! Korang boleh datang beramai-ramai ke pameran sukulen ini pada 1-3 Disember di Ipoh Parade. Jangan lepaskan peluang untuk bawa balik dan tambah koleksi sukulen dan kaktus korang! 

Jangan lupa tandakan dalam kalendar dan sertai pameran Succulents ini di Ipoh Parade! Lawati halaman Facebook rasmi Ipoh Parade untuk maklumat terkini dan tentatif program.





Post a Comment

0 Comments