Travelog Thailand 5 : Lukisan Dilukis Oleh Ikan Lumba-Lumba Dijual Di Dolphin Bay, Phuket

Travelog Thailand 5 : Lukisan Dilukis Oleh Ikan Lumba-Lumba Dijual Di Dolphin Bay, Phuket | Lukisan ialah jenis seni yang mempesonakan yang boleh menceritakan kisah tanpa berkata-kata. Setiap garisan, warna dan komposisi mempunyai kuasa untuk menginspirasi, menggerakkan dan merakamkan perasaan dan pandangan. Lukisan yang dilukis oleh manusia adalah perkara biasa tapi lukisan dilukis oleh ikan lumba-lumba? Macam pelikkan? Tapi percayalah, ia adalah sesuatu yang mengagumkan dan menakjubkan. Tahu tak ikan lumba-lumba atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil dolphin di Dolphin Bay, Phuket ini mempunyai kebolehan unik untuk melukis dengan menggunakan cat air. Walaupun lukisan-lukisan ini mungkin tidak sehebat seni manusia, mereka memberitahu kita tentang kreativiti dan kecerdasan mereka.



Jenis dan Teknik Lukisan oleh Dolphin

Ada pelbagai jenis-jenis lukisan yang biasanya dihasilkan oleh pelukis seperti lukisan abstrak, lukisan landskap, lukisan potret, lukisan klasik, lukisan surreal, lukisan still life, lukisan mural dan lukisan digital. 

Beberapa teknik yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan lukisan iaitu teknik pensil, teknik cat air, teknik cat minyak, teknik pastel, teknik akrilik, teknik kanvas, teknik kolaj dan teknik pemprosesan digital.

Bagaimana pula dengan ikan lumba-lumba di Dolphin Bay Phuket ni? Apa jenis lukisan dan teknik yang digunakan semasa menghasilkan lukisan? Marina kongsikan lebih lanjut di bawah. Rajin-rajin scroll sampai bawah ye. 


Dolphin Bay, Phuket

Dolphin Bay terletak di bahagian barat daya pulau Phuket dan merupakan salah satu daripada tarikan utama yang menawarkan pengalaman menarik untuk pelancong dari seluruh dunia. 

Anak-anak korang mesti teruja tengok ikan lumba-lumba di Dolphin Bay Phuket. Bukan hanya ikan lumba-lumba sahaja, korang juga dapat menyaksikan persembahan daripada anjing laut. Kalau korang ke Phuket, pergilah ke Dolphin Bay Phuket dan rasai pengalaman yang menarik dengan gelagat ikan lumba-lumba dan anjing laut.

Dolphin Bay Phuket


Waktu Operasi Dolpin Bay, Phuket

Dolphin Bay dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Sehari ada 3 slot pertunjukan iaitu pada pukul 11.00 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang. Waktu pertunjukan mengambil masa sejam. Kiteorang beli tiket pertunjukan ikan lumba-lumba pada jam 11.00 pagi.


Harga tiket Dolphin Bay, Phuket

Harga tiket masuk ke Dolphin Bay Phuket boleh berubah dari semasa ke semasa. Korang perlu rujuk laman web rasmi atau menghubungi Dolphin Bay Phuket untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai harga tiket. Harga tiket mungkin berbeza untuk pelbagai jenis pakej atau aktiviti yang ditawarkan di sana. 

Pastikan korang menyemak harga tiket dan terma-terma yang berkaitan dengan pakej atau aktiviti yang korang nak sebelum membuat tempahan Dolphin Bay Phuket. Ini dapat membantu korang merancang perjalanan dengan lebih baik dan memastikan korang mempunyai pengalaman yang memuaskan semasa ke sini.

Semasa Marina membeli tiket, Marina pilih tempat duduk di bahagian atas sekali iaitu Regular. Pada korang yang nak melihat ikan lumba-lumba lebih dekat dan nak membasahkan diri, bolehlah beli tiket di bahagian hadapan sekali iaitu VVIP atau VIP. Harga tiket adalah mengikut tempat duduk yang korang pilih. Tempat duduk di bahagian regular adalah lebih murah berbanding VVIP. Sekiranya korang ingin menyentuh dan bergambar dengan ikan lumba-lumba di akhir pertunjukan, korang perlu lagi menambah 500 bhat (4 orang). 


Harga tiket yang Marina bayar

Walaupun duduk di bahagian atas, kiteorang masih teruja dan enjoy tengok persembahan dari ikan lumba-lumba dan anjing laut ye.

Dewasa 3 orang (anak Marina umur 11 tahun dikira dewasa sebab tinggi) : 2100 bhat
Kanak-Kanak 2 orang : 800 bhat

Total : 2900 bhat


Kemudahan di Dolphin Bay, Phuket

Kemudahan ada disediakan di Dolphin Bay untuk pengunjung seperti tandas, parking yang luas, kedai makan menjual makanan ringan dan kedai cenderahati. 



Menyaksikan Pertunjukan Anjing Laut dan Dolphin yang Mencuit Hati!

Di Dolphin Bay Phuket, korang boleh menonton pertunjukan ikan lumba-lumba yang menghiburkan di mana ikan lumba-lumba menunjukkan pelbagai gerakan dan kemahiran mereka yang mencuit hati seperti melompat ke udara, menari mengikut irama dan banyak lagi aksi yang menarik. Tidak lupa juga aksi anjing laut yang berjalan gaya seperti manusia!

Masa Marina ke sana, ada rombongan dari sekolah rendah dan tadika ke Dolphin Bay ni untuk sama-sama menyaksikan petunjukan ikan lumba-lumba. Suasana di situ riuh rendah dengan sorakan budak-budak sekolah semasa ikan lumba-lumba membuat aksi yang mencuit hati.  

Marina, husband dan anak-anak of courselah berpuas hati dan seronok tengok pertunjukkan daripada ikan lumba-lumba dan anjing laut ini. Marina teruja sebab haiwan-haiwan ini pandai menerima arahan dan berkomunikasi dengan baik dengan pelatih mereka


Dolphin


Jadikan Lukisan Dolphin Sebagai Kenangan! 

Lukisan yang dilukis oleh ikan lumba-lumba adalah satu perkara yang memang agak luar biasa. Biasanya, proses ini berlaku di pusat pemuliharaan haiwan atau tempat-tempat yang menjaga haiwan-haiwan yang terancam atau telah diselamatkan daripada keadaan yang tidak baik. Ikan lumba-lumba ini diajar untuk menggunakan berus cat atau alat lain yang sesuai untuk mencipta lukisan. Walaupun mereka mungkin tidak memahami seni seperti manusia, aktiviti ini dapat membantu mereka menghilangkan tekanan dan membina rutin.

Lukisan-lukisan hasil karya ikan lumba-lumba ini biasanya tidak mengikut corak atau tema tertentu, tetapi ia adalah ekspresi unik ikan lumba-lumba tersebut. Ia sering menjadi satu cara untuk mengumpulkan dana bagi pemuliharaan dan mempromosikan kesedaran tentang kepentingan melindungi habitat mereka.

Semasa di Dolphin Bay ini, ikan lumba-lumba menunjukkan bakat melukisnya dan lukisannya dipertotonkan kepada pengunjung. Lukisan ini hanya terdapat satu je pada satu slot pertunjukan. Lukisan ini dijual secara bidaan. Harga dibuka dengan harga 100 bhat pada permulaannya. Kemudian harga dibida dengan lebih tinggi iaitu 200 bhat oleh salah seorang pengunjung di situ.

Apa yang Marina tengok, lukisan yang dilukis oleh ikan lumba-lumba ni adalah lukisan abstrak dengan menggunakan teknik cat air. Ye lah dia kan pegang berus guna mulut, so lukisannya berbentuk corak dan garisan.  

Selepas ke Dolphin Bay ni, kiteorang tawaf di sekitar Phuket pulak. Next entri Marina cerita kiteorang jalan ke mana.

Dolphin Bay Phuket
Lukisan oleh Dolphin



Travelog Thailand 4 : Bercuti di Krabi


 

Post a Comment

0 Comments