8 Perkara Perlu Dilakukan Semasa Pertukaran Mata Wang Sebelum Ke Luar Negara

8 Perkara Perlu Dilakukan Semasa Pertukaran Mata Wang Sebelum Ke Luar Negara | Pertukaran mata wang merujuk kepada proses membeli atau menjual satu mata wang dengan mata wang yang lain. Proses ini sering berlaku apabila seseorang melakukan perjalanan ke negara lain atau apabila seseorang melakukan perdagangan antarabangsa. Proses pertukaran mata wang asing merangkumi banyak faktor, seperti kadar tukar, kos, dan lokasi yang perlu dipertimbangkan dengan teliti untuk melakukan penukaran mata wang secara berkesan dan cekap.

Dulu semasa bercuti di Singapura, Marina lebih selesa tukar mata wang di bank ataupun di money changer yang berada di dalam mall. Kalau nak ke luar negara Marina lebih prefer tukar mata wang di Malaysia sebab kalau dah sampai di negara orang kadar tukaran mungkin lagi mahal dan kita tak tahu lokasi money changer. 

Cuti sekolah bulan Ogos 2023 yang akan datang ni Marina nak bawak anak-anak pergi bercuti di Thailand, lebih kurang 80% preparation yang telah Marina buat supaya tak tertinggal barang penting yang perlu dibawa. Salah satunya Marina tukar mata wang Thailand di sini sebelum pergi bercuti di Thailand. Jom Marina kongsikan apa yang korang perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas tukar mata wang. 

pertukaran mata wang


8 Perkara yang Perlu Dilakukan Semasa Pertukaran Mata Wang

Perkara yang perlu dilakukan semasa pertukaran mata wang :


#1 Semak Kadar Pertukaran Mata Wang

Membuat semakan terlebih dahulu mengenai kadar pertukaran semasa dan trend masa lalu untuk memutuskan waktu yang terbaik untuk menukar mata wang. Kadar tukaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kestabilan ekonomi negara, kadar faedah, inflasi, dan politik. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan kadar tukaran berubah-ubah dari masa ke masa.

Oleh itu, ia adalah penting untuk korang yang akan melakukan pertukaran mata wang asing untuk memberi perhatian kepada kadar tukar yang berlaku pada masa tertentu.


#2 Lokasi Tukar Mata Wang

Mencari bank atau syarikat pertukaran wang yang sah dan mempunyai reputasi yang baik. Bandingkan kadar pertukaran di beberapa tempat untuk mendapatkan yang terbaik. Cari ulasan dan maklumbalas tentang bank dan syarikat pertukaran tersebut. Pilih lokasi yang mudah dan selesa untuk korang membuat pertukaran mata wang.


#3 Mempunyai Dokumen Pengenalan yang Sah

Memastikan bahawa korang mempunyai dokumen pengenalan yang sah seperti pasport atau kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.


#4 Mempunyai Wang Tunai Mencukupi

Memastikan bahawa korang mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk pertukaran atau mempunyai kad kredit yang boleh diterima di negara yang ingin korang lawati. Maklumkan kepada petugas di kaunter jumlah mata wang yang ingin ditukar. Pastikan petugas kaunter memberitahu korang jumlah yang akan diterima berdasarkan kadar pertukaran semasa.


#5 Semak Yuran atau Komisen yang Dikenakan

Mengambil perhatian terhadap kadar pertukaran dan yuran atau komisen yang dikenakan oleh bank atau syarikat pertukaran wang. Pastikan korang tahu jumlah yang perlu dibayar sebelum tukar mata wang.


#6 Membuat Salinan Resit

Membuat salinan resit atau dokumen yang berkaitan sebagai rujukan. Resit ini penting jika terdapat sebarang masalah di kemudian hari.


#7 Persediaan Mencukupi untuk Perbelanjaan

Membuat persediaan yang mencukupi untuk perbelanjaan semasa di negara yang ingin korang lawati. Pastikan korang menyemak jumlah wang yang diterima untuk memastikan kelancaran transaksi.


#8 Semak Keadaan Wang

Semak wang yang ditukar supaya berada dalam keadaan yang elok seperti tidak koyak, tidak berconteng dan sebagainya.

mata wang Thailand


Kepentingan Pertukaran Mata Wang Sebelum Ke Luar Negara

Penting untuk buat pertukaran mata wang sebelum kita hendak ke luar negara. Sebaiknya tukarlah mata wang lebih sedikit supaya senang dan tak kalut semasa korang berada di luar negara. Apabila korang dah berada di luar negara, kalau nak buat penukaran mata wang, agak sukar nak mencari lokasi yang terbaik. Kalau ada lebihan mata wang asing yang tak habis dibelanjakan pun takpe. Balik Malaysia nanti korang boleh tukar balik duit tu kan?

Ada di antara korang yang selesa untuk aktifkan akaun bank untuk membolehkan pengeluaran di sana atau membayar menggunakan kad bank. Tapi korang akan dikenakan caj yang agak tinggi jugak. 

Ada di antara korang juga yang suka menggunakan kad tukaran wang asing seperti Wise, Big Pay dan seumpamanya untuk memudahkan urusan semasa berada di luar negara. 

Marina rasa tak semua tempat boleh dibayar menggunakan kad tukaran mata wang tersebut, so Marina lebih selesa tukar cash sebelum ke luar negara. Tetapi, memang Marina akui, mungkin masih boleh menggunakan wang tunai tanpa menggunakan kad bank jika korang bercuti di luar negara yang berdekatan dengan Malaysia seperti Singapura dan Thailand. Kalau negara yang jauh dari Malaysia, lebih sesuai menggunakan kredit kad atau debit kad. Terpulang pada keselesaan masing-masing, yang penting impian korang nak melancong tercapai.


Post a Comment

1 Comments