Minum Minyak Zaitun Palestine Premium Organic Extra Virgin Al'Ard Boleh Turunkan Tekanan Darah Tinggi? | Betul ke boleh minum Al Ard Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil (PPOEVOO) macam tu je? Mungkin di antara korang yang masih tidak tahu kegunaan dan khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin atau nama dalam Bahasa Inggerisnya, Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ini. Rata-rata ramai yang menggunakan minyak zaitun ini di dalam masakan sahaja tetapi ramai yang tidak tahu kegunaan minyak zaitun adalah bukan sekadar untuk bahan masakan sahaja malahan boleh diminum begitu sahaja. Apakah khasiat minyak zaitun dalam membantu meningkatkan kesihatan badan kita?
Di sini Marina nak kongsikan mengenai minyak zaitun Extra Virgin Al Ard yang dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan.
Kebetulan pula office tempat Marina bekerja buat cabaran turunkan berat badan. Hadiah pun agak lumayan jugak. Bolehlah sahut cabaran ni. Marina nak mengamalkan minum Al Ard Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ni untuk meningkatkan metabolisme badan dan seterusnya membantu turunkan berat. Sambil-sambil tu Marina guna Al Ard Olive Oil Liquid Soap untuk melambatkan proses penuaan. Orang kata kalau kurus, muka nampak tua kan? Di samping kuruskan badan, bolehlah jaga wajah supaya tak nampak tua.
Sebelum Marina cerita pengalaman menggunakan produk dari Al Ard ni, jom Marina kongsikan jenis-jenis minyak zaitun, tips memilih minyak zaitun yang berkualiti dan asal usul produk Al'Ard ini.
Jenis-Jenis Minyak Zaitun : Ketahui Perbezaan dan Kesesuaian Penggunaannya
Penting untuk mengetahui perbezaan jenis-jenis minyak zaitun yang berada di pasaran supaya korang boleh memilih yang sesuai dengan citarasa dan tujuan penggunaannya. Pastikan korang menyemak label dan penerangan produk untuk memastikan kualiti dan asal minyak zaitun yang dibeli. Terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang boleh didapati di pasaran. Jenis-jenis minyak zaitun yang perlu diketahui :
Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Minyak zaitun Extra Virgin merupakan minyak zaitun yang berkualiti tinggi yang diekstrak secara mekanikal daripada buah zaitun tanpa menggunakan bahan kimia atau pemanasan. EVOO mempunyai rasa dan aroma zaitun yang segar, serta kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sesuai digunakan sebagai minyak untuk salad, sos dan masakan ringan.
Virgin Olive Oil
Minyak zaitun dara (Virgin) juga diekstrak secara mekanikal, tetapi mempunyai tahap keasidan lebih tinggi sedikit daripada EVOO. Ia masih mempunyai rasa dan aroma zaitun, tetapi mungkin kurang kompleks dan lebih kasar. Minyak zaitun dara sesuai digunakan dalam masakan dan membakar.
Olive Oil
Minyak zaitun juga dikenali sebagai minyak zaitun tulen (pure), adalah campuran minyak zaitun dara dan refined olive oil. Refined olive oil adalah minyak yang dihasilkan melalui proses penapisan dan pemprosesan untuk menghilangkan keasidan dan menghilangkan kecacatan. Minyak zaitun ini mempunyai rasa yang lebih lembut dan kurang pedas daripada minyak zaitun dara. Ia sesuai digunakan dalam memasak, menggoreng dan membakar.
Light Olive Oil
Light olive oil bukanlah minyak dengan kandungan lemak yang lebih rendah, tetapi merujuk kepada rasa yang lebih ringan dan warna yang lebih cerah. Light olive oil selalunya merupakan campuran minyak zaitun dara dan Refined olive oil. Ia sesuai digunakan dalam memasak suhu tinggi, seperti menggoreng dan membakar.
Cold-Pressed Olive Oil
Ini adalah minyak zaitun yang diekstrak sejuk, yang menghasilkan minyak dengan rasa, aroma dan nutrien yang lebih terpelihara. Minyak zaitun yang ditekan sejuk (cold-pressed) biasanya lebih berkualiti dan lebih mahal.
Organic Olive Oil
Minyak zaitun organik dihasilkan daripada buah zaitun yang ditanam tanpa menggunakan racun perosak atau bahan kimia sintetik. Ini memenuhi piawaian organik yang ketat dan biasanya mempunyai pensijilan organik.
Infused Olive Oil
Minyak zaitun infused adalah minyak zaitun yang diberi rasa tambahan dengan bahan-bahan seperti bawang putih, rosemary, lemon, atau cabai. Ini memberikan rasa dan aroma yang khas pada minyak zaitun dan dapat digunakan dalam berbagai hidangan.
Flavored Olive Oil
Mirip dengan infused olive oil, flavored olive oil adalah minyak zaitun yang diberi rasa bukan dengan bahan alami, tetapi dengan bahan-bahan buatan seperti truffle, lemon, basil, atau cokelat. Ini memberikan variasi rasa yang menarik pada minyak zaitun.
Pomace Olive Oil
Pomace olive oil adalah minyak yang diekstrak dari sisa-sisa biji zaitun setelah proses ekstrak minyak zaitun pertama. Ini adalah minyak yang lebih rendah kualitinya dan biasanya digunakan dalam industri makanan dan kosmetik.
Tips Memilih Minyak Zaitun
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih extra virgin olive oil yang berkualiti :
1. Perhatikan label
Periksa label pada botol untuk memastikan bahawa itu benar-benar minyak zaitun "extra virgin". Pastikan juga terdapat label yang menunjukkan dari mana asal minyak zaitun, tarikh ia dituai dan kaedah pengeluaran.
2. Perhatikan warna dan kejernihan
Extra virgin olive oil yang berkualiti biasanya memiliki warna kuning kehijauan yang cerah. Hindari minyak zaitun yang terlalu jernih atau berwarna kecoklatan kerana ini menunjukkan bahawa minyak telah teroksidasi atau tidak segar.
3. Pilih minyak zaitun dalam botol gelap
Botol gelap dapat melindungi minyak zaitun daripada sinaran matahari yang dapat merosakkan kualitinya. Botol yang diperbuat daripada kaca atau logam adalah lebih baik daripada botol plastik.
4. Pilih minyak zaitun yang mempunyai pensijilan
Memilih minyak zaitun yang menerima pensijilan daripada organisasi yang diiktiraf dan boleh dipercayai, seperti Standard & Piawaian International Olive Council (IOC).
5. Pilih minyak zaitun yang "Cold Pressed"
Minyak zaitun yang ditekan sejuk (cold pressed) cenderung mempunyai kualiti yang lebih baik daripada minyak zaitun yang ditekan panas. Proses pengekstrakan sejuk membantu mengekalkan kualiti pemakanan dan rasa minyak zaitun.
6. Baca ulasan dan cadangan
Membaca ulasan dan cadangan daripada sumber atau pakar yang dipercayai boleh membantu korang memilih minyak zaitun yang berkualiti. Korang juga boleh mencari jenama atau pengeluar yang terkenal dan bereputasi dalam industri minyak zaitun.
7. Pertimbangkan harga
Harga minyak zaitun berkualiti mungkin lebih tinggi sedikit, tetapi ia berbaloi untuk kualiti dan faedah yang korang perolehi. Elakkan minyak zaitun yang terlalu murah, kerana ia berkemungkinan berkualiti rendah atau dicampur dengan minyak lain.
Latar Belakang Al'Ard
Al'Ard Palestinian Agri-Products Ltd. menyediakan pelbagai produk pertanian berkualiti tinggi dari Palestin yang inovatif dan dinamik. Dalam bahasa Arab, Al'Ard bermaksud tanah. Pada tahun 2008, Ziad Anabtawi menubuhkan Al'Ard untuk membantu petani Palestin yang kurang bernasib baik, yang menghadapi kesukaran menjual minyak zaitun mereka pada harga pasaran yang berpatutan dengan menyediakan kemudahan terkini dan membantu mereka mencapai pasaran antarabangsa yang baharu. Kemudian, anaknya Subhi kembali ke Palestin selepas mengembara ke seluruh Eropah selama 10 tahun untuk mempelajari amalan perdagangan dan pertanian organik.
Produk Keluaran Al'Ard
Al'Ard berusaha untuk membantu petani Palestin untuk memanfaatkan potensi pertanian mereka. Al'Ard menyediakan petani dengan alat, latihan dan pengetahuan untuk menghasilkan produk premium berkualiti tinggi yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa. Antara produk yang dikeluarkan oleh Al'Ard :
• Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil
• Olive Oil Liquid Soap
• Organic Extra Virgin
• First Harvest Premium Organic Extra Virgin 250ml - Limited Edition
• Palestinian Black Seed Oil
• Black Seed Paste Blend
• Premium Za'atar Blend
• Premium Palestinian Dried Za'atar (Thyme)
• Watermelon Seeds
• Tahini
• Chili Sauce
• Green Olive Pickles Drained
• Premium Sage
• Coarse Crushed Green Freekeh
• Maftoul (Couscous)
Minum Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Al Ard Dari Palestin Boleh Tingkatkan Kesihatan?
Kelebihan dan Keistimewaan Extra Virgin Olive Oil Al Ard
Pada masa bunga popi mekar di kebun zaitun, petani di sana masih menggunakan teknik tradisional iaitu merumput dengan tangan dan memukul dahan pokok zaitun untuk meningkatkan produktiviti mereka. Apabila buah zaitun telah dikumpul, ia dihantar ke komuniti untuk diekstrak dan diuji kualitinya. Selepas itu, ia tiba di Al'Ard untuk dibotolkan dan dibungkus. Kelebihan Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil (PPOEVOO) :
• Minyak Zaitun Terbaik Awal Musim atau "EARLY HARVEST"
• Minyak Zaitun Extra Virgin dari Perahan Pertama & Cold Pressed.
• Dari pilihan Buah Zaitun hijau Terbaik & diproses pada hari yang sama.
• Kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%
• Minyak dari Pokok Zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
• Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS (Japanese Agriculture Standard) serta pengiktirafan Fairtrade.
• Mempunyai sijil daripada Independant Laboratory dan IOC Certified Laboratory.
• Pembotolan secara "Nitrogen Injection Bottling" bagi mengekalkan kandungan khasiat antioksidan.
• Hasil dari Ladang Zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin
Banyak khasiat yang boleh diperolehi dengan mengamalkan minyak zaitun extra virgin dalam diet seharian. Antara khasiat yang didapati apabila korang mengamalkan minyak zaitun extra virgin adalah :
• Meningkatkan kesihatan jantung
Meningkatkan keseimbangan kolesterol dengan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).
• Mencegah peradangan
Mengurangi risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.
• Menjaga kesihatan otak
Penurunan risiko penyakit Alzheimer dan peningkatan fungsi kognitif.
• Membantu penyerapan nutrisi
Membantu tubuh menyerap nutrisi dengan lebih efektif.
• Menjaga kesihatan kulit
Membantu menjaga kelembapan kulit, melindungi dari radikal bebas dan mengurangi tanda penuaan.
• Meningkatkan metabolisme
Meningkatkan metabolisme tubuh. Metabolisme yang lebih tinggi dapat membantu dalam pembakaran kalori dan penurunan berat badan.
Kegunaan dan Manfaat Minyak Zaitun Extra Virgin Dalam Kehidupan Seharian
Extra virgin olive oil mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat dalam berbagai aspek kehidupan harian. Berikut adalah beberapa kegunaan utama extra virgin olive oil:
• Bahan mentah dalam hidangan seperti salad, saus atau perap.
• Sebagai tambahan pada makanan dapat memberikan rasa dan aroma yang khas pada hidangan.
• Digunakan sebagai bahan dalam pembuatan roti, kuih, dan produk bakeri yang lain.
• Digunakan untuk merawat kulit terutamanya untuk kulit kering.
• Merawat rambut.
• Pengganti mentega.
• Dijadikan sebagai perubatan tradisional seperti meredakan gatal-gatal pada kulit.
• Digunakan untuk menyalut alat memasak seperti kuali atau periuk untuk mengelakkan makanan melekat.
• Digunakan sebagai pelincir semula jadi untuk pelbagai tujuan seperti melincirkan engsel pintu.
• Digunakan dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan lain-lain.
Cara Pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin Al'Ard
Minyak zaitun Extra Virgin Al'Ard boleh diminum secara terus dan tak perlu dibancuh. Cara minum minyak zaitun :
• Minum 2 sudu setiap hari.
• Minum 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.
• Jarakkan pengambilan air 3 minit selepas minum minyak zaitun.
Cara Penyimpanan Minyak Zaitun Extra Virgin yang Betul
Minyak zaitun yang disimpan dengan betul akan kekal segar dan tahan lebih lama. Makin lama kita simpan, makin kurang kualiti minyak. Cara penyimpanan minyak zaitun :
• Simpan di tempat yang sejuk, gelap dan terlindung daripada haba, udara dan cahaya.
• Sebaiknya, habiskan minyak zaitun selepas 3 sehingga 6 bulan selepas penutup dibuka.
*Apabila minyak zaitun melebihi 2 tahun di dalam botol, minyak akan teroksida dan akan jadi tengik.
Kenapa Memilih Al'Ard Nabulsi Olive Oil Liquid Soap untuk Penjagaan Kulit Badan?
Kelebihan dan Keistimewaan Al Ard Nabulsi Olive Oil Liquid Soap
Pada korang yang mengalami masalah kukit terutamanya kulit kering, seeloknya gunakan minyak zaitun untuk melembapkan kulit. Kini Al Ard mengeluarkan sabun Nabulsi yang berasaskan minyak zaitun untuk mandian setiap hari. Sabun Nabulsi ini istimewa kerana :
• 100% Minyak Zaitun Extra Virgin.
• 100% handmade oleh koperasi wanita Palestine di sekitar Nablus.
• Mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuk Vitamin A & E.
• Melembapkan kulit & melambatkan proses penuaan.
• Menggunakan resepi sabun tertua di dunia semenjak zaman "Levant".
• Sesuai untuk golongan dewasa & kanak-kanak.
• Sabun minyak zaitun cecair amat sesuai digunakan sebagai shampoo.
• Bebas dari paraben, SLS & SLES, pengawet, pewarna tiruan & pewangi tiruan.
Feedback Selepas Menggunakan Produk Al Ard
Di sini Marina kongsikan pengalaman Marina selepas menggunakan kedua-dua produk Al Ard iaitu Extra Virgin Olive Oil dan Olive Oil Liquid Soap.
Review Selepas Menggunakan Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Al Ard Dari Palestin
Minyak zaitun Extra Virgin Al Ard ini boleh diminum terus dari botol tau. Warna minyak zaitunnya jernih kekuningan seperti minyak masak.
Marina minum minyak zaitun sehari satu sudu sebelum sarapan. Rasa minyak zaitun Extra Virgin Al Ard ini seperti minyak dan di penghujung tu terasa pedas-pedas sedikit. Pada yang tak boleh minum terus, korang boleh letakkan minyak zaitun di dalam masakan korang.
Review Selepas Menggunakan Al'Ard Olive Oil Liquid Soap
Apabila umur dah semakin meningkat, kelembapan kulit kita akan semakin menghilang dan lama-kelamaan akan menjadi kering. Memang betul, dah merangkak ke usia 4 series ni, kulit Marina semakin kering, bersisik dan jadi gatal-gatal.
Tekstur sabun Nabulsi ni tidak melekit, warna sabunnya jernih dan tidak berbuih. Ianya tidak berbau busuk dan bau minyak zaitun pun tak begitu kuat.
Seperti yang kita tahu, minyak zaitun sangatlah bagus untuk melembapkan kulit. Setiap hari Marina guna sabun Nabulsi Al Ard ni setiap kali mandian. Selepas menggunakan sabun ni, kulit Marina terasa licin dan halus.
Produk Berkualiti Dari Al Ard
Pada korang yang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung bolehlah amalkan minyak zaitun dari Al Ard serta menggunakan sabun Nabulsi Al Ard untuk mengekalkan kelembapan kulit badan. Pada yang berminat untuk dapatkan produk Al Ard boleh ke website diorang :
7 Comments
Baru tahu banyak jugak sebenarnya jenis olive oil ni
ReplyDeleteTu la pasai
DeleteKita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al'Ard nie. Pilihan terbaik!
ReplyDeleteKan
DeleteBanyak betul khasiat minyak zaitun al ard ni kan Marina
ReplyDeleteKan kak
DeleteTq atas perkongsian
ReplyDelete