Perkongsian Resepi yang Dimasak Sendiri oleh Blogger Nina Mirza Mendapat Tempat Di Blog Masakan Terkenal!

Perkongsian Resepi yang Dimasak Sendiri oleh Blogger Nina Mirza Mendapat Tempat Di Blog Masakan Terkenal! | Ada yang mengenali atau pernah berjumpa dengan blogger Nina Mirza? Secara peribadinya, Marina pernah berjumpa Kak Nina di sebuah event di Kuala Lumpur. Waktu tu merupakan pertama kali Marina berjumpa dengan kak Nina. Orangnya ramah, kecik molek, awet muda walau dah melangkah usia 46 tahun. Jeles Marina tengok kulit muka Kak Nina, bersih dan mulus je. Apa petua dia entahlah. Kena follow dia rapat-rapat baru tahu.



Jom Kenal Blogger Nina Mirza

Kak Nina merupakan seorang surirumah dan ibu kepada 5 orang anak. Kak Nina mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Banking, Property dan Oil & Gas.

Kak Nina mula menulis blog pada tahun 2011 selepas meletak jawatan di syarikat dia bekerja. Kak Nina membuat keputusan untuk menjadi pengurus domestik, menguruskan suami dan anak-anak di rumah. Kini, Kak Nina merupakan seorang fulltime blogger yang gemar kongsikan perihal resipi, tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel, review produk dan event.  

Dari penulisan, orangnya kadang-kadang serius kadang-kadang kelakar. Kadang tu datang angau dia siap tulis puisi lagi. Korang kena pepandai selongkar dalam blog dia. 


Blog Ala-Ala Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan

Blog Kak Nina berkonsepkan resepi yang mudah, simple, cepat dimasak. Kalau resepi kek, Kak Nina suka kongsikan resepi sukatan cawan, tanpa bakar, tanpa mixer yang mudah untuk beginner. Tak hairanlah Resepi Kek Pisang Viral Kak Nina cukup popular. Kat memana group resepi merata orang share! Sampai gambar pun kena kipnap. Lebih membanggakan apabila resepi di blog Nina Mirza dikongsikan oleh blog masakan yang terkenal!


Blog Nina Mirza Lebih Terbuka!

Buat yang kenali Nina Mirza sejak awal dia blogging, blog Kak Nina dulu seperti ala-ala rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan, di mana hanya kongsi resepi aje. Kini blog Nina Mirza lebih versatile dan lebih terbuka. Kak Nina dah mula keluar dari kepompong. Dia mula berkongsi tentang dirinya sendiri, pengalaman mengandung bersalin, tentang tips kewanitaan, tentang kecantikan, tentang parenting, review produk, food review, tempat cuti-cuti sekolah yang menarik, dan macam-macam lagi laaa. Menarik!



Banyak Rahsia Dibongkar di Blog, Kena Rajin Selongkar!

Marina rekemen kat korang yang belum mengenali kak Nina, bolehlah follow dan lepak santai baca blog Nina Mirza. Pelbagai kisah suka duka yang dilalui semasa zaman persekolahan, menghadapi dugaan berniaga demi membantu ibu ayah sehinggalah menjadi ibu kepada 5 orang anak yang comel. 

Rahsia Kak Nina awet muda juga ada di selongkar di blog. Korang kena rajin baca perkongsian tips penjagaan muka, salah satunya penggunaan sunscreen terbaik yang murah. Di samping itu, banyak resepi yang confirm mudah dimasak dikongsikan di blog kak Nina yang korang boleh cuba. 



Post a Comment

1 Comments