7 Sebab Utama Memilih UTS Trading Enterprise untuk Urusan Ibadah Korban Di Tanah Suci Mekah | Ibadah korban dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada Hari Raya Haji . Nak laksanakan ibadah korban tetapi bajet tak ada. Kos terlalu mahal walaupun hendak korbankan seekor kambing, kan? Nak buat korban pun kena tunggu cukup duit, kadang makan bertahun untuk cukupkan duit. Betul tak? Pada yang nak melaksanakan ibadah korban tapi bajet terhad, korang boleh buat korban secara online dengan mengambil pakej korban yang murah dari UTS Trading Enterprise. Ibadah korban ini dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Boleh percaya ke? Harga pakej korban yang ditawarkan oleh UTS Trading Enterprise adalah harga lebih rendah dan mampu milik.
Agak merisaukan jugaklah nak buat ibadah korban secara online. Ye lah tak nampak depan mata tetiba dapat sijil je. Betul ke ibadah qurban tu dilaksanakan dengan sempurna. Gambar bukti ibadah korban tersebut dilaksanakan pun tak diberi. Sah ke akad melalui online sahaja? Sekarang korang tak perlu risau kerana UTS Trading Enterprise menyediakan bukti gambar dan video ibadah korban untuk korang yang berhajat untuk melaksanakan ibadah korban. Korang boleh rujuk website diorang, kemusykilan korang berkenaan melaksanakan ibadah korban secara online.
Perkara yang Perlu Diketahui Apabila Melaksanakan Ibadah Korban di Tanah Suci Mekah
Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan. Keutamaan melakukan ibadah korban adalah setahun sekali tetapi ramai yang tidak melaksanakan korban disebabkan kekangan kewangan. Ramai melaksanakan ibadah korban mereka di Tanah Suci Mekah kerana korban di Mekah boleh dipercayai.
Perkara-perkara yang perlu korang tahu apabila mengambil pakej korban di Tanah Suci Mekah :
• Harganya jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.
• Kambing adalah makanan asasi di Mekah yang menjadikan harga pakej korban lebih rendah berbanding di Malaysia.
• Daging korban yang dilaksanakan di Tanah Suci Mekah akan diedarkan di beberapa negara islam yang miskin seperti Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan Tanzania.
• Pusat sembelihan di dalam tanah haram yang dilesenkan atau diberi permit.
• Pusat sembelihan yang ada di tanah haram adalah kurang daripada 10.
Kenapa Memilih UTS Trading Enterprise untuk Buat Ibadah Korban?
Ramai pelanggan yang memilih UTS Trading Enterprise untuk menguruskan ibadah korban mereka kerana :
• Harga yang lebih rendah dalam pasaran dan mampu milik untuk semua orang.
• Berpengalaman lebih 6 tahun dalam menguruskan Aqiqah dan Qurban di tanah suci Makkah.
• Servis yang pantas dan cekap. Hari ini bayar, pihak UTS Trading Enterprise akan uruskan Qurban dan Aqiqah dengan segera.
• Mempunyai rangkaian dan pegawai bertugas d Saudi Arabia. Tiada orang, proses akan jadi lebih cepat.
• Haiwan Qurban dan Aqiqah akan dipilih dengan teliti dan disembelih mengikut syarak.
• Mudah, semua urusan hanya di hujung jari. Menjimatkan masa, tenaga dan duit.
• E-sijil, video dan gambar akan diberikan.
Kenapa Bukti Gambar atau Video Secara Individual Tidak Dapat Diberikan?
Biasanya kalau kita menyertai ibadah korban secara fizikal, kita perlu menghadiri ke tempat sembelihan untuk menyaksikan sembelihan dilakukan kan? Setiap peserta akan dipanggil nama apabila tiba gilirannya kan?
Kalau korang menyertai korban secara online yang dilaksanakan di Mekah, gambar atau video yang diberikan adalah bukan secara individu. Gambar dan video sembelihan tersebut adalah secara umum. Gambar atau video sembelihan untuk setiap peserta tidak dapat disediakan secara individu kerana :
• Jemaah Haji tahun 1444H mempunyai seramai 2 juta orang.
• Purata sembelihan utuk setiap orang Jemaah adalah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban.
• Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing.
• Jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah adalah sebanyak 3 juta ekor kambing.
• Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu.
Feedback Dari Pelanggan UTS Trading Enterprise
Ramai pelanggan yang berpuas hati menggunakan perkhidmatan UTS Trading Enterprise untuk melaksanakan ibadah korban mereka. Di sini Marina kongsikan testimoni pelanggan yang dah menggunakan perkhidmatan UTS Trading Enterprise.
Tempah Slot Dengan UTS Trading Enterprise sekarang!
UTS Trading Enterprise bukan sahaja menyediakan pakej korban malahan turut menyediakan pakej aqiqah. Harga pakej korban korang boleh rujuk website UTS Trading Enterprise. Untuk makluman lanjut mengenai pakej korban atau aqiqah, korang boleh ke website atau sosial media UTS Trading Enterprise :
Website : www.utskorban.com
Facebook : https://www.facebook.com/umrahtanahsuci
Baca juga : Duit Tabung Haji
13 Comments
Hari Raya Haji dah nak sampai. Suatu cara yang memudahkan kepada mereka yang menjalankan ibadah korban pada hari yang mulia ini.
ReplyDeleteboleh dipertimbangkan.. kebetulan mmg mencari tempat ejen untuk membuat ibadah kurban
ReplyDeleteThanks for sharing this, its a realiable company will share it with my muslim friends
ReplyDeleteArtikel yang lengkap sebagai rujukan bagi yang memerlukannya, So, bagi Muslim dorang dah ada reference kalau nak buah Aqiqah or something :)
ReplyDeleteSaya ada dengar banyak cerita pasal aqiqah tanah suci ni, memang kena cari yang trusted.
ReplyDeleteCouple years back ni makin hype kan, option for those yang nak jalankan ibadah korban lat oversea yang penting jauh lebih murah ye! 👍🏻
ReplyDeleteThanks so much for sharing this informative post here, learnt them all as a non Muslim. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteRaya Haji dah nak dekat, bagus perkongsian ni, boleh lah jadi rujukan untuk sesiapa yang nk buat ibadah Qurban
ReplyDeleteDiam tak diam kejap lagi dah nak masuk Zulkaedah dan seterusnya Zulhijjah. Bagi yang berminat nak buat korban tahun ini, boleh cuba dapatkan khidmat UTS trading enterprise ni. Diyakini selamat, jimat dan paling penting nawaitu untuk lakukan ibadah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus bila ada oengendali yg boleh uruskan Akikah korban. Kak Pip pun guna servis pihak luar juga utk Akikah anak2 kak pip. Sgt memudahkan.
ReplyDeleteBoleh difikirkan selepas ni boleh guna khidmat uts pulak utk ke umrah. Tersusun dan pasti rasa selamat
ReplyDeleteAlhamdulillah, terbaik UTS Trading Enterprise. Pengurusan Aqiqah dan korban yang boleh dipercayai dan memudahkan mereka yang hendak melakukan ibadah korban mahupun Akikah. Terbaik perkongsian akak.
ReplyDeleteBagus kan apabila mengetahui adanya terdapat perkhidmatan yang boleh dipercayai dan dipercayai untuk membantu kita memenuhi kewajipan agama kita. Semoga Allah menerima amalan kita yang baik dan mengizinkan kita untuk menjalankan tugas agama dengan mudah dan ikhlas.
ReplyDelete