Fungsi Probiotik Dalam Produk GKB Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Berpunca Daripada Usus

Fungsi Probiotik Dalam Produk GKB Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Berpunca Daripada Usus |  Korang tahu tak pelbagai penyakit seperti masalah berat badan, sistem pencernaan, gastrik, masalah kulit, sembelit, kolestrol dan yang seumpamanya adalah berpunca daripada usus yang tidak sihat. Di sini Marina nak kongsikan dengan korang produk GKB yang mengandungi probiotik terbaik yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada usus di mana produk ini dapat menjaga kesihatan perut dan usus korang.

Sebut pasal penyakit yang melibatkan usus dan perut ni selalunya adalah disebabkan oleh pemakanan. Apabila kita tak menjaga pemakanan, makanan yang kita makan tu akan menjadi racun kepada tubuh badan kita kerana toksin berlebihan di dalam badan.

produk GKB


Tanda Badan Penuh Toksin

Macam mana nak tahu badan korang penuh toksin? Cuba check tanda-tanda ni, ada tak kat diri korang. Kalau ada tanda-tanda ni maksudnya korang mempunyai masalah usus yang tak sihat.
• sembelit
• kembung perut
• sakit kepala
• masalah kulit
• penghadaman kurang baik
• berat badan meningkat
• masalah bau badan
• mulut berbau


Cara Menyingkirkan Toksin Secara Berkesan untuk Meningkatkan Kesihatan Perut dan Usus

Cara hendak membuang toksin di dalam badan adalah dengan melakukan proses detoks. Proses detoks :
#1 Amalkan pemakanan yang sihat
#2 Kurangkan gula putih
#3 Bersenam
#4 Makan makanan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan seperti badam, bawang putih, lemon, brokoli, air kelapa
#5 Makan produk GKB yang mengandungi probiotik terbaik


Ciri-ciri dan Kelebihan Produk GKB

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 

Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Ciri-ciri lain dan Kelebihan produk GKB :
• Diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.
• Bakteria yang dihasilkan daripada kultur probiotik dan cendawan dapat meningkatkan fungsi fisiologi, membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan dan meningkatkan. 
• Menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik. 
• 100% semulajadi.
• Bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan.
• Sesuai untuk semua ahli keluarga. 


Kandungan dan Fungsi Produk GKB

GKB telah melancarkan 5 produk sasaran yang berorientasikan untuk membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka lebih cantik dari dalam dan luar. Jom Marina kongsikan fungsi kelima-lima produk probiotik dari GKB ni.


#1 GKB Probio+ Membantu Memperbaiki Usus

GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Kombinasi sempurna bakteria probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. Setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya.



#2 GKB Probizymes Membantu Mengurangkan Gastritis

Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.



#3 GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus Membantu Memperbaiki Kulit

Ketegangan probiotik Lactobacillus Rhamnosus digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan mempromosikan kesihatan kulit. Ia juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Produk ini disambut baik oleh wanita. Lelaki pun boleh je amalkan GKB Lactonacillus Rhamnosus ni.  



#4 GKB G-Pro Gold Membantu Mengurangkan Sembelit

Gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, mudah menyebabkan sembelit. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus.

Produk ini direka khusus untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk orang ramai termasuk orang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus, untuk membantu mengurangkan kejadian keradangan usus.



#5 GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 Membantu Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori

Di pasaran, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida), membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet. Ketegangan probiotik ini telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan.

Produk ini juga sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan, tetapi masih boleh menikmati makanan yang sedap. Selain itu, produk ini sesuai juga untuk orang yang ingin mengekalkan bentuk badan dan orang yang mengalami masalah sembelit ringan atau masalah kulit kering. Seelain dapat meningkatkan kesihatan usus dan perut, produk ini mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit.



Feedback Pengguna Produk GKB

Semakin tinggi kadar bakteria probiotik di dalam saluran usus manusia, semakin kurang toksin di dalam usus, jadi menyebabkan usus lebih sihat. Ramai pengguna yang telah menggunakan produk probiotik GKB menyatakan keberkesanan produk tersebut yang dapat membantu meningkatkan fungsi penghadaman dan meningkatkan taraf kesihatan. Pengguna GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 khususnya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Pengguna yang telah menggunakan GKB G-Pro Gold juga telah berjaya mengatasi masalah sembelit, sakit perut atau kembung perut dan lain-lain masalah usus dan perut dengan berkesan.


Review Marina Menggunakan Produk GKB

Marina dah cuba kelima-lima produk GKB ni. Review Marina setelah mencuba produk probiotik daripada GKB :

#1 GKB Probio+

Didatangkan dalam bentuk sachet. Marina kemam terus GKB Probio+ ni sehari satu sachet selepas makan. Tekstur serbuknya tak begitu halus tapi senang larut bila kemam. Rasanya seperti susu kultur.


#2  GKB Probizymes

Ianya berbentuk sachet. Cara pengambilannya, Marina bancuh dengan air kosong. Rasanya seperti air oren.


#3 GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Marina paling suka produk ni sebab rasanya sedap seperti rasa beri. Marina kemam terus satu sachet sehari. 


#4 GKB G-Pro Gold

Ianya berbentuk kapsul. Marina makan sebiji sehari selepas makan. Lawas betul bila amalkan GKB G-Pro Gold ni. Setiap pagi mesti Marina membuang dengan jayanya.


#5 GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Cara pemakanannya senang je, Marina telan terus sebiji sehari selepas makan. Pada korang yang suka makan makanan bergoreng, bolehlah ambil GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni untuk kurangkan kolestrol dalam badan. 

GKB International



Mengenai GK Bio International Sdn. Bhd.

GKB (GK Bio International Sd. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 2018, merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan.



Cara Pembelian Produk GKB

Korang boleh dapatkan produk GKB di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia :
• Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
• Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
• Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
• Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
• East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan       
• Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy  
• Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
• Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai farmasi terbaru boleh rujuk : https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 
Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, korang boleh layari website www.mygkb.com atau ke sosial media diorang :

RED 1D:1318211221(GKB 集康宝)


#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Post a Comment

5 Comments

  1. Antara produk probiotik yang baik untuk kesihatan usus. Cari je di mana-mana cawangan farmasi Alpro dan dapatkan dengan harga berpatutan...

    ReplyDelete
  2. Dah memang Probiotik ni rapat dgn usus. Rugi yang tak buang toksin bersih usus dgn produk yang dah complete untuk kesihatan

    ReplyDelete
  3. Bagus tau produk sebegini lagi2 org yg ada masalah usus mcm dia susah nak buang air besar. So disarankan why not try produk sebegini lagipula bahan2 nya diyakini boleh diconsume dgn selamat.

    ReplyDelete
  4. Totally right, good probiotics supplements a must for us all to stay fit & healthy . Gonna check out this range soon. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Memang perlu amalkan probiotik ni terutamanya kalau selepas antibiotik, banyak bakteria baik/jahat terhapus. Eloklah ada GKB ni lepas ni boleh cuba untuk keluarga saya:)

    ReplyDelete