Kali Pertama Makan Kibas Di Buffet Ramadhan 2023 Bertemakan Tarbus Di Klana Beach Resort

Kali Pertama Makan Kibas Di Buffet Ramadhan 2023 Bertemakan Tarbus Di Klana Beach Resort | Korang pernah beriftar di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan? Apa kata pada bulan Ramadhan 1444H yang akan tiba tak lama lagi ni, korang cuba berbuka puasa di sini dengan suasana damai yang berlatarbelakangkan pemandangan laut sambil menikmati kibas panggang dengan harga yang berpatutan. Pada korang yang tak pernah makan dan teringin nak makan kibas, bolehlah buat tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan di sini sebab menu signaturenya adalah kibas golek. 

Pada Jumaat yang lepas, Marina berkesempatan menghadiri pre-buffet yang dianjurkan oleh Klana Beach Resort. Ini merupakan pertama kali Marina menginap di Klana Beach resort dan merupakan pengalaman pertama makan kibas sepanjang hidup Marina.    

Majlis pre-buffet yang bermula jam 8.00 malam dirasmikan oleh Dato' Dr. Abdul Aziz bin Syeikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sepanjang majlis, kiteorang dialunkan dengan alunan Cak Lempong.

Buffet Ramadhan 2023




Iftar Ramadhan 2023 Bertemakan Tarbus di Klana Beach Resort

Buffet Ramadhan di Klana Beach Resort pada tahun 2023 ini berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner. Semasa pre-buffet ini, staff-staff mengenakan pakaian yang bertemakan tarbus. Terdapat juga satu stesen di bufet Ramadan ini menyediakan makanan berkonsepkan tarbus.   

Di Klana Beach Resort Port Dickson, terdapat beberapa stesen menyediakan juadah untuk berbuka puasa yang pasti membuka selera korang dan membuatkan korang rambang mata! Stesen yang ada di sini ialah Tarbus Corner, Kibas Golek, Selera Nismilan yang menyediakan lauk telur itik masak lemak ciliapi pucuk ubi, keli salai air asam, puyuh goreng berlado dan macam-macam lagi, Aneka Sayuran, Sup Kibas, Kids Corner menyediakan spaghetti, Aneka Minuman, Goreng-goreng menyediakan makanan seperti mee kari dan char kuey tiaw, Murtabak, Apam Balik, Aneka Cucur, Aneka Bubur, Aneka Buah-buahan, Aiskrim dan Laichikang.  

Buffet Ramadhan di sini bukan setakat di bahagian luar sahaja, malahan di bahagian dalam juga terdapat beberapa section iaitu section appertizer yang terdiri daripada aneka kerabu, main course yang menyediakan lauk seperti daging masak hitam, talapia masak lemak nenas dan ayam masak serai thai serta pencuci mulut yang terdiri daripada agar-agar dan kek.






Harga Buffet Ramadhan 2023 Di Klana Beach Resort

Harga buffet Ramadhan Klana Beach Resort, Port Dickson 2023 :
• Dewasa (Normal Price) : RM68 nett
• Kanak-kanak / Warga Emas : RM30 nett (5 - 12 tahun)
• Kanak-Kanak 4 tahun kebawah : Tidak dikenakan bayaran 

Berita gembira kepada peminat Buffet Ramadhan! Kalau korang membuat tempahan sebelum 22 Mac 2023, korang akan menikmati harga 'Early Bird' :
• Dewasa : RM58 nett



Pakej Seminar Ramadhan 2023

Pada yang ingin menganjurkan seminar di bulan Ramadhan, korang boleh mengambil pakej yang disediakan oleh pihak Klana Beach Resort sepanjang Ramadan 2023 di mana ianya didatangkan bersama sajian Buffet Makan Malam "Tarbus Buffet Dinner".

Pakej didatangkan bersama:
• Penginapan untuk 2 hari 1 malam
• Penggunaan Bilik Mesyuarat dan Dewan Seminar
• Buffet Makan Malam "Tarbus Buffet Dinner"
• Kudapan Malam
• Sarapan Pagi atau Set Sahur

Klana Beach Resort juga mengadakan Solat Terawih yang dipimpin oleh Imam sepanjang malam di bulan Ramadan.



Pengalaman Marina Di Buffet Ramadhan di Klana Beach Resort

Seronok berbuka puasa di Klana Beach Resort ni sebab kiteorang makan berlatarbelakangkan pemandangan laut. Terasa tenang je tengok laut semasa makan walaupun ramai orang. Apa yang menarik minat Marina di Buffet Ramadhan di Klana Beach Resort ini of courselah dia punya kibas panggang. Dagingnya lembut dan tidak berbau hamis. Terdapat 3 jenis sos pencicah yang disediakan untuk kibas panggang iaitu BBQ, mushroom dan blackpepper. Sos dia sedap dan tak mengecewakan.

Rambang mata memilih makanan di Klana Beach Resort ni tapi apakan daya tak dapat nak cuba semua sebab terlampau kenyang. Anak-anak Marina ni agak susah sikit nak makan, bila dia kata Mee Kari dan kibas panggang di sini sedap, maksudnya memang sedaplah tu. Budakkan tak pandai menipu. Hehe. Di sini, Marina sempat rasa kibas panggang, spaghetti, sup kibas dan beberapa lauk dari selera Negeri Sembilan. Bila teringat balik, terasa macam nak ke sana lagi sebab tak dapat merasa semua makanan.

Ini pendapat 20sen Marina jelah, mungkin penambahbaikan boleh dilakukan di buffet Ramadhan di Klana Beach Resort ni. Kemungkinan section appertizer dan main course yang berada di dalam cafe boleh diletakkan di bahagian luar. Manakala stesen aiskrim, buah-buahan serta aneka bubur pula boleh diletakkan di dalam cafe bersama-sama pencuci mulut. Masa Marina dah ambil makanan di bahagian luar dan dah habis makan, baru tahu ada lagi makanan di bahagian dalam.  



Mengenai Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Sebagai makluman, Klana Beach Resort Port Dickson adalah merupakan Hotel dan Resort dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pembinaan Hotel dan Resort ini merupakan usaha sama antara Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam seni bina bertingkat rendah yang menarik, Klana Beach Resort mempunyai 44 bilik superior, 38 bilik deluxe termasuk 3 pangsapuri, surau, kolam renang dan bilik majlis terkini yang menempatkan mesyuarat, seminar, persidangan dan majlis perkahwinan. Semua bilik tetamu dilengkapi dengan TV Flat dan dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan moden untuk keselesaan korang.

Kedai kopi resort dengan kapasiti tempat duduk 80 orang menyajikan pelbagai pilihan masakan halal Antarabangsa dan minuman tanpa alkohol yang lazat. 

Kalau korang nak tahu, Klana Beach Resort merupakan salah satu tempat yang ditetapkan untuk melihat bulan, manfaatkan kiosk interaktif astronomi untuk merungkai misteri kosmos. 


Tempah dan Rasai Pengalaman Berbuka Puasa di Bufet Ramadan Dengan Pemandangan Laut yang Mendamaikan!

Jom rasai pengalaman berbuka puasa dengan suasana laut yang mendamaikan. Hubungi Klana Beach Resort untuk maklumat lanjut.

Tel: +606 6487888
Email: reservations@klanabeachresortpd.com.my

Post a Comment

4 Comments

  1. Rindu pula nak makan kibas. Memang sedap sangat. First time makan di Makkah sewaktu umrah 2014.

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh cuba temry berbuka kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tau.sebut nama blogger Maeina kot dapat diskaun.hehe

      Delete