McDonald's Buka Peluang Pekerjaan Melalui Drama Bersiri "Kau Sundaeku" Inisiatif Menjadi Majikan Pilihan Belia

McDonald's Buka Peluang Pekerjaan Melalui Drama Bersiri "Kau Sundaeku" Inisiatif Menjadi Majikan Pilihan Belia| Sundae Coklat ke Sundae Strawberry? Tiberkan cerita pasai aiskrim. Anak-anak cukup suka kalau dapat makan Sundae. Tak makan nasi pun takpe, janji dapat makan aiskrim. Kalau tanya pengalaman Marina dengan McD, Marina hanya ada pengalaman makan makanan McD yang sedap je. Hehehe. Marina tak pernah bekerja dengan McD, tapi apa yang Marina tahu, dari zaman Marina sekolah menengah tahun 1996, McDonalds ni dah wujud di Malaysia. Maksudnya McD ni dah lama bertapak dari sebelum Marina mengenali McD dan kukuh sehingga kini. Anak-anak pun dah pandai order McD. Walaupun dah lama bertapak di Malaysia, McDonald’s masih berusaha hingga kini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai majikan pilihan untuk belia. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia untuk berhubung dari dahulu sehingga hari ini untuk menarik minat generasi muda untuk bekerja bersama-sama McD dengan menggunakan media sosial sebagai platform utama.



"Kau Sundaeku" Jalan Baru Menarik Minat Golongan Muda Mencari Pekerjaan

McDonald’s Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Terbaru, restoran khidmat segera terkemuka ini menggunakan pendekatan inovatif dan menarik dengan mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.

Siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.


McDonald's Majikan Pilihan Rakyat Malaysia! 

Kalau kat Ipoh ni kan, banyak kawasan ada outlet McD. Banyak McD yang Marina jumpa mostly boleh "Drive Through". Memudahkan pelanggan-pelanggan macam Marina (malas) ni untuk membeli makanan sebab tak perlu turun dari kereta terutamanya semasa hujan. Kadang-kadang tengah malam lapar kebanyakan kedai makan dah tutup, McD lah penyelamat untuk mengisi perut. Semasa Marina menunggu untuk menerima makanan, Marina perasan, pekerja kurang upaya pun ada bekerja di McDonald's. Padanlah bermacam-macam anugerah yang diterima oleh McDonald's.

Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah :
• Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global
• Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018
• Diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 
• Diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013

Secara langsung dengan pencapaian ini dapat mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.


McDonald's Menyediakan Pelbagai Program Latihan Persiapkan Belia Menempuh Alam Pekerjaan

Siapa kat sini merupakan bekas peserta Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di McDonald's? Seronok tak pengalaman korang menyertai program ini bersama McD? Korang tahu tak McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.


Tonton "Kau Sundaeku" Dan Buat Keputusan!  

Korang dah tonton drama siri "Kau Sundaeku"? Marina dah tonton kesemua 9 episod. Mesej yang disampaikan dalam drama ni sangat memberi kesan kepada Marina. Marina pulak yang rasa seronok tengok sifat kekeluargaan antara staff Mekdi. Kalau suasana di tempat bekerja kita macam ni, kita rasa seronok hendak bekerja, tidak merasa keseorangan dan hilang rasa stress. Kepada belia di luar sana yang belum ada rezeki dapat kerja, korang boleh cuba jadikan McDonald's sebagai kerjaya korang. Mana tahu rezeki korang untuk berjaya ke next level bersama McD. 

Untuk pengetahuan korang, banyak benefit yang korang dapat apabila menyertai krew Mekdi seperti kemudahan asrama untuk para pekerja yang tinggal jauh dari tempat kerja, makanan percuma dan macam-macam lagi kelebihan. 

Tahniah kepada McDonald's menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka di luar sana dan memberikan pelbagai faedah serta menjaga kebajikan krew mereka. Semoga McDonald's Malaysia terus menjadi majikan pilihan rakyat Malaysia! 


Tonton Drama Siri "Kau Sundaeku"


Episod 2 : KL Aku Mai! 
Episod 3 : Hari di Mekdi
Episod 4 : Jauh Tapi Dekat
Episod 5 : No Pain, No Gain
Episod 7 : Kau Sundaeku
Episod 9 : Keluarga Mekdi





Post a Comment

2 Comments