Drumming Bersama KANDORA Memupuk Perpaduan

Drumming Bersama KANDORA Memupuk Perpaduan | Pada 21 Januari 2023 yang lepas, Marina berkesempatan menyertai event di AEON Midtown Falim, Ipoh, Perak. Di sana, Marina berpeluang bersama-sama KANDORA bermain drum! Tapi drum yang Marina main ni bukan drum yang betul. Drum yang digunakan merupakan baldi yang diberikan oleh pihak penganjur semasa pendaftaran untuk mencipta rekod main drum secara beramai-ramai di dalam 'Malaysia Book of Records'. Ini merupakan satu permulaan tahun baru 2023 yang baik kerana seluruh rakyat Malaysia diajak untuk bersatu melalui ‘drumming’. Berjaya tak KANDORA 'drumming' ni masuk 'Malaysia Book of Records'? 

KANDORA bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Melalui slogan “Drums of Unity”, KANDORA percaya perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai dalam masa yang sama.



Aktiviti Sepanjang Acara KANDORA Drumming

Majoriti pada weekend yang lepas, ramai yang mengambil peluang balik ke kampung masing-masing kerana cuti sempena Tahun Baru Cina. Marina berkeputusan untuk duduk di rumah sahaja sebab tak mahu menempuhi jammed. Bukan duduk rumah saja tau. Marina masih melakukan aktiviti yang tak perlu tempuh jammed. Cuti panjang kot. Haruslah ada aktiviti bersama keluarga. 

Sesampai je di AEON Midtown Falim, Marina daftar nama terlebih dahulu sebagai peserta untuk mengumpul data untuk direkodkan di dalam 'Malaysia Book of Records'. Para peserta diberikan baldi dan senduk untuk dijadikan sebagai drum. 

Acara ini dimulakan dengan perasmian majlis oleh barisan tetamu kehormat. Seterusnya, acara main drum secara beramai-ramai dimulakan dan diketuai oleh KANDORA. Andy Floppopy atau kini dikenali sebagai Baba Andy turut bersama-sama KANDORA memeriahkan lagi acara ini. Anak-anak Marina enjoy betul main drum di acara ini. Kalau korang join pun mesti korang terhibur dan rasa bersemangat! 

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk. 

Acara ini juga ditaja oleh Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.

Tetamu kehormat yang hadir bagi memeriahkan lagi acara ini, adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato' Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), En Wan Adli, Co-founder Kandora, Kantan Drum Circle dan juga Tan Teck Yin (President JCI Kinta).




“Hormat dan Harmoni ialah mesej perpaduan yang menyatukan penonton untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai ONE Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. Kami sedang membina komuniti peminat perkusi (percussion) untuk memelihara dan mempopularkan lagu-lagu cerita rakyat tempatan melalui bulatan gendang interaktif dalam satu jemaah. --- Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!.” 


Jualan Barangan KANDORA Bantu Golongan B40

KANDORA menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas kerana pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA dan akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!

Acara KANDORA 'drumming' secara beramai-ramai di AEON Midtown Falim ini juga turut dijayakan oleh orang ramai, rakan niaga dan juga dari :
• Komuniti Smart Kids
• Puan Rajeswary,  Thilaga, Dr. Puvanes,  Ramayee, Dr. Vatsala, Parimala,  Dr. Uma,  Vasantha
• Rumah Kanak-kanak Joyful
• Rumah Kanak-Kanak Praise 
• Salvation Army Boys Home
• Salvation Army Girls Home
• Rumah Kanak-Kanak Rainbow
• Rumah The Shepard Boys
• Persatuan Ceylonese - Puan Jegathambikai Chellia, Encik Devan Arthilalingam, Encjk Sabapathy Pillay





KANDORA Drumming Diiktiraf Di Dalam 'Malaysia Book of Records'! 

KANDORA berjaya mengumpulkan seramai 2300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk yang telah diadakan di Pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 yang lepas. Apa yang menarik adalah acara ini juga telah berjaya direkodkan di dalam ‘Malaysian Book of Records’ sebagai satu acara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan untuk menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum. Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.

Semoga KANDORA dapat meneruskan jelajah seumpama ini bagi membangkitkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia pada masa akan datang!



“Perpaduan adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat dicapai. ”


Mengenai KANDORA

KANDORA ditubuhkan pada tahun 2022 yang merupakan gerakan untuk memupuk perpaduan menggunakan seni gendang. Berbeza dengan Drum Circle yang biasa, KANDORA menggunakan alunan muzik dari Resident Band untuk menyemarakkan semangat dan keseronokan peserta ketika bergendang beramai-ramai, bukan sekadar bunyi paluan perkusi tanpa sokongan alat muzik yang merdu. Kelebihan ini juga memberi perspektif baharu tentang irama asas yang dipelajari dalam aktiviti Drum Circle. Para peserta lebih seronok bergendang dan bermain lagu kegemaran mereka. Ini juga memberi KANDORA satu kelebihan kerana ia membantu meningkatkan variasi persembahan dengan menukar melodi lagu, bukannya menukar variasi rentak perkusi sahaja. Dengan kata lain, KANDORA dijangka bertahan lebih lama kerana ia lebih dinamik berbanding pesaingnya.

Maklumat lanjut mengenai berita terkini KANDORA, korang boleh ke :

Facebook Kandora

Instagram Kandora 





Post a Comment

1 Comments