Pelancaran Perfume Terbaru De'Xandra Kolaborasi Bersama MK K-Clique

Pelancaran Perfume Terbaru De'Xandra Kolaborasi Bersama MK K-Clique

• 'Army In You' tema perfume terbaru dari De'Xandra berkolaborasi bersama MK K-Clique
• De'Xandra melebarkan sayap dengan menakluki pasaran perfume di Sabah


15 Oktober 2022 - Buat julung kalinya De'Xandra melancarkan perfume terbaru secara rasminya di Suria Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Pelancaran ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Oktober 2022. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang pelancaran ini. Kali ini De'Xandra berkolaborasi bersama MK K-Clique untuk perfume terbarunya dengan bertemakan 'Army In You'. Sabah menjadi pilihan De'Xandra untuk melancarkan perfume terbaru ini adalah kerana ingin melebarkan sayap mereka di sana dan juga MK K-Clique sendiri berasal dari Sabah. 


De'Xandra Melebarkan Sayap ke Sabah

Dengan tagline De'Xandra, Memikat Melekat Teringat-Ingat, De'Xandra ingin melebarkan sayap mereka dan dikenali lebih lagi di Sabah. De'Xandra ingin menakluki dengan memasarkan produk jenama De'Xandra di seluruh pelusuk Sabah.   

Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh De'Xandra untuk dikenali di kalangan penduduk di Sabah adalah dengan mengadakan jualan promosi, meningkatkan jenama dan merangsang semula pemasaran.


'Army In You'

'Army' adalah merupakan pasukan pejuang dalam peperangan. 'Army' memerlukan motivasi yang tinggi dalam mencapai matlamat. Tanpa itu, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencari inspirasi untuk mencapai apa yang pada mulanya ditetapkan dalam hati dan fikiran untuk dilakukan.

Secara umum, setiap orang bergelut dalam cabaran mereka. Jika mereka boleh menghadapi perjuangan, bermakna mereka boleh memenangi peperangan seperti 'Army'.

MK faham terlalu banyak perjuangan dan pengorbanan yang telah dilalui oleh mereka di luar sana. Mereka mempunyai impian besar yang ingin dicapai. Disebabkan itu, MK K-Clique ingin menghargai di atas perjuangan dan pengorbanan yang telah ditempuhi oleh mereka di luar sana. 'Army In You' iaitu perfume terbaru yang diperkenalkan khas oleh De'Xandra ini adalah sebagai tanda penghargaan yang istimewa daripada MK K-Clique bagi mengenang memori kisah perjuangan dan pengorbanan yang telah ditempuhi oleh mereka di luar sana dalam kehidupan mereka. 




Cerita 'Army' MK K-Clique

Seperti orang lain, MK juga mempunyai cerita 'army' nya tersendiri bagi mengejar impiannya. Beliau berhijrah dari kampungnya untuk mencapai matlamat sebagai penyanyi rap di semenanjung. Beliau sanggup mengembara, meninggalkan keluarga dan menghadapi cabaran untuk berjaya.

MK telah mengabadikan kisah pengorbanan dan perjuangan di dalam lagunya 'Mimpi', bagaimana masa merubah dan memperbaiki hidupnya seperti mimpi.


'Perjuangan' untuk Perempuan Dan 'Pengorbanan' untuk Lelaki

MK Collection adalah produk edisi khas yang hanya dikeluarkan sekali seumur hidup. Bauannya dipilih oleh MK sendiri. Jadi, mereka boleh mendapatkannya pada hari pelancaran daripada agen De'Xandra di seluruh Malaysia. 

Terdapat 2 jenis perfume edisi MK Collection iaitu 'Perjuangan' dan 'Pengorbanan'. 

MK suka explore wangian baru dari pelbagai brand. Sebelum ni MK tercari-cari wangian yang secocok dengan personaliti MK yang sibuk dengan penggambaran dan rakaman. Selepas diperkenalkan satu wangian rahsia, MK sangat terpikat dengan wangian tersebut kerana telah menyentuh hati MK! kata MK K-Clique.

Perjuangan 'For Her'

Minyak wangi 'Perjuangan' ini dihasilkan untuk memenuhi citarasa kaum hawa. Bauan minyak wangi ini hasil gabungan yang berani daripada juicy citrus notes, aromatic lavender, sensual floral fusion, daring musk dan amber accords


Pengorbanan 'For Him'

Minyak wangi 'Pengorbanan' ini dihasilkan untuk memenuhi citarasa kaum adam. Bauan minyak wangi yang moden dan menawan ini adalah hasil gabungan daripada aromatic-woody fragrance, infused with edgy green dan spicy notes. 



Aktiviti Menarik Sepanjang Pelancaran 'Army In You'

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh De'Xandra di pelancaran tersebut. Program bermula dari pagi sehingga ke petang. Di pelancaran tersebut, Liveshow dan live performance yang dipersembahkan oleh MK K-Clique sendiri kepada pengunjung-pengunjung Suria Mall, Kota Kinabalu, Sabah. 

Selain itu, terdapat juga booth jualan, photo booth, giveaway, wheel of fortune serta pelbagai aktiviti lain yang disediakan di pelancaran ini. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh De'Xandra buat pengunjung-pengunjung di pelancaran ini.


Booth Jualan

Di booth jualan ini yang bukan sahaja menjual minyak wangi dan air freshner daripada De'Xandra sahaja malahan De'Xandra juga berkolaborasi dengan Debrog iaitu syarikat yang terkenal dengan pakaian sukan dan street wear. Debrog berkolaborasi dengan De'Xandra bagi menyediakan jersi edisi 'Army In You' keluaran khas dari MK di pelancaran ini. 






Sabah Jadi Wira! 

De'Xandra HQ ingin mencari reseller di Sabah kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan disebabkan ini, pencarian reseller di Sabah dilakukan secara besar-besaran untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan produk De’Xandra. Bukan tertumpu di Sabah sahaja, De'Xandra juga sedang mencari reseller dari seluruh Malaysia! 


Perfume Edisi Khas Pilihan MK K-Clique

Mereka yang ingin mendapatkan perfume limited edition De'Xandra x MK atau pertanyaan lanjut mengenai De'Xandra atau untuk mendaftar sebagai reseller, boleh melayari website dan sosial media mereka. 








Post a Comment

6 Comments

  1. Wow.. Mesti wangi. Nak try la cari sbotol

    ReplyDelete
  2. Best meriah..boleh belikan husbnd perfumeni

    ReplyDelete
  3. Wah mantap lah! i like their new fragrances packaging and the concept

    ReplyDelete
  4. Wahhh! Tahniah MK! Semoga terus sukses! Tak sempat jumpa dia time event MAGGI aritue bah! Nell nak try la perfume De’Xandra! 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Ohh wowo.... didn't know about this brand until reading here, especially those limited edition. Gonna check out more. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. love the idea of having a him and her perfume. perfect for gifting for friends!

    ReplyDelete