Pengalaman Pertama Bertemu Cosplay Di AEON Member Day Sempena Ulangtahun ke 38!

Pengalaman Pertama Bertemu Cosplay Di AEON Member Day Sempena Ulangtahun ke 38! | Pelbagai promosi dan aktiviti menarik yang ditawarkan dan disediakan untuk para pengunjung di AEON Member Day (A-Day) Sempena Ulangtahun AEON yang ke 38 tahun ni! Dah 38 tahun rupanya AEON ye. Hampir sama umur dengan Marina. Opppss. Hahaha. Anak Marina excited sangat bila Marina bagitahu ada Cosplay kat AEON Kinta City, Ipoh. Kemain excited dia nak tengok Cosplay sebab tak pernah seumur hidup tengok secara berdepan. Bukan anak je, Marina sendiri pun tak pernah tengok. Peminat-peminat anime berpakaian Cosplay mengikut karakter anime yang mereka minati pada ulangtahun AEON ke 38 tahun ni! 

Actually event ni bermula pagi sampailah ke petang. Tapi pagi tu anak Marina ada program sekolah kat perpustakaan awam, makanya kiteorang ke AEON pada sebelah petang. Semasa sampai di AEON Kinta City, kiteorang ternampak bas Legoland di parking lot. Ingatkan kot ada maskot ke datang, rupanya Legoland ada sponsor hadiah di program A-Day ni. Nak tahu apa dia? Korang kena baca sampai habis! 

Anak kata watak ni namanya 02



Promosi Sempena Ulangtahun AEON ke-38 tahun

Pada tahun ini, AEON Kinta City, Ipoh menjadi lokasi pertama bagi menyambut ulangtahun AEON yang ke 38 tahun. Sempena ulangtahun AEON, 4 kategori promosi menarik yang ditawarkan oleh rakan kongsi AEON MALL iaitu :

 #1 Awe-some F&B (1 - 15/10)
 #2 Amazing Fashion & Accessories (16 - 31/10)
 #3 Absolute Health & Beauty (1 - 15/11)
 #4 Astounding Specialty, Service & Entertainment (16 - 30/11)


Apa yang Menarik Di A-Day / AEON Member Day?

Untung yang jadi member AEON sebab di 
A-Day, korang akan menikmati :
• Diskaun sehingga 80%.
• Point extra (AEON Member Plus) dengan pembelian minimum sebanyak RM80.
• RM10 cashback


Pelbagai Aktiviti Menarik Di AEON Mall Sempena A-Day


Zumba

Program sempena A-Day di AEON Kinta City dimulakan dengan senaman Zumba. Seronok kemain diorang berzumba ye. Marina tak sempat nak join sebab ada program lain. 


Balloon Drops

Kalau korang datang ke A-Day ni, korang akan berpeluang menang tiket ke Legoland tau! Untung siapa yang dapat tiket Legoland. Korang boleh join aktiviti balloon drops yang diadakan dua sesi iaitu pada pukul 12 tengahari dan 3 petang. Belon ini dijatuhkan dari atas. Dalam belon tersebut disediakan pelbagai voucher menarik yang boleh ditebus termasuklah FREE tiket ke Legoland! Bila korang dah berebut belon, pecahkan belon tersebut dan tengoklah voucher apa yang korang dapat. 

Masa Marina sampai AEON, sesi melepaskan belon pada pukul 12 tengahari, sekumpulan belon dah dilepaskan. Marina tak sempat nak join. Lagi sekumpulan belon yang akan dilepaskan pada pukul 3 petang pun Marina tak sempat nak join bersama-sama rebut voucher yang ada dalam belon tu sebab Marina ada program lain.


Cosplay Walkabout

Anak-anak Marina seronok betul dapat jumpa dan tengok Cosplay ni. Marina pun terpegun tengok dress up diorang. Cantik-cantik dan menyerupai watak-watak cerita anime. Si Marissa siap kenallah semua watak-watak yang digayakan oleh peserta-peserta. 

Ini merupakan pengalaman pertama kali melihat Cosplay yang Marina dan anak-anak takkan lupakan.

Bergambar bersama Shinobu


Promosi Menarik Sempena A-Day

Selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan di AEON Mall, mereka juga turut menawarkan pelbagai promosi menarik antaranya :
• PERCUMA 1 pair tiket Legoland dengan berbelanja minimum RM38 dalam maksimum 2 resit pada hari yang sama daripada mana-mana outlet rakan kongsi AEON MALL.
• Parking PERCUMA untuk 3 jam pertama (kecuali Bukit Tinggi)
• Pelbagai aktiviti fun-tastic 
• Hadiah misteri dan giveaways




Kunjungi AEON Mall Di Program A-Day! 

Aeon Kinta City, Ipoh menjadi lokasi pertama yang dipilih untuk mengadakan A-Day ini. AEON member Day akan diadakan di lokasi yang seterusnya seperti di bawah ni :
    - AEON MALL Kinta City (1/10)
    - AEON MALL Bukit Tinggi, Klang (6/10)
    - AEON MALL Cheras Selatan (7/10)
    - AEON MALL Bandaraya Melaka (7/10)
    - AEON MALL Tebrau City, Johor (28/10)
    - AEON MALL Shah Alam (29/10)

Pada korang yang tinggal berhampiran dengan AEON yang disenaraikan ni, bolehlah mengunjungi AEON Mall untuk berebut promosi dan hadiah yang menarik yang ditawarkan ni! 

Lebih daripada 100 jenama rakan kongsi bisnes yang berkolaborasi dengan AEON untuk ulangtahun yang ke 38 tahun ini. Kempen ulangtahun ini bermula dari 1 Oktober sehingga 30 November 2022. Pergilah beramai-ramai memeriahkan suasana dan rebut tawaran yang ditawarkan! 




Post a Comment

0 Comments