Fly High Training Centre Melancarkan Aplikasi ReLY untuk Pelajar Belajar Secara Online

Fly High Training Centre Melancarkan Aplikasi ReLY untuk Pelajar Belajar Secara Online| Pada awalnya Marina tak tahu apa itu ReLY? Bila Marina tanya dan diorang inform ReLY adalah merupakan satu aplikasi kelas tuisyen online yang dikendalikan oleh Fly High Training Centre, barulah Marina tersedar, rupanya Marina pernah war-war kan di Facebook mengenai Fly High Training Centre sebelum ni. Pada masa tu tak teruja lagi mengenai kelas tuisyen online ni. Terkini, Fly High Training Centre mengembangkan lagi sayapnya dengan melancarkan aplikasi ReLY, aplikasi pembelajaran online untuk memudahkan lagi anak-anak belajar secara online.  

Risau tengok anak-anak Marina ni asyik duk main gajet selepas balik sekolah. Selepas habis sekolah, bila ditanya ada kerja sekolah ke tidak, jaranglah ada kerja sekolah. Marina ingat nanti nak daftar anak-anak Marina untuk menghadiri kelas tuisyen online RELY ni untuk mengukuhkan lagi pemahaman diorang untuk setiap subjek. Daripada duk main game kat gajet, lebih afdal menghadiri kelas tuisyen online. At least masa tu terisilah jugak dengan perkara yang berfaedah. 

Dengan adanya aplikasi ReLY ini lebih memudahkan anak belajar online. Di sini Marina kongsikan sebab kenapa ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik

Aplikasi ReLY



Pelancaran Aplikasi RELY 

Pada 7 September 2022 yang lepas, Marina berkesempatan menghadiri ke Majlis Pelancaran aplikasi ReLY yang dianjurkan oleh Fly High Training Centre. Pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg Dato' Sharuddin bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat di De Palma Hotel, Shah Alam. 

Semasa majlis pelancaran tersebut, Fly High Training Centre menerangkan apa itu ReLY, pakej yang ditawarkan dan juga barisan para pengajar di ReLY. Apa yang membuatkan Marina teruja mengenai ReLY ni? Baca sampai habis okay.



Latar Belakang Aplikasi ReLY

ReLY adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Fly High Training Centre. Pengarah Urusan Fly High Training Centre, Puan Wan Rafidah Wan Ali telah menubuhkan syarikat ini pada tahun 2018 dan telah memulakan kelas tuisyen secara bersemuka. 

Pada tahun 2020, kelas secara bersemuka telah dibatalkan akibat Malaysia dilanda pandemik Covid 19. Kerajaan mengarahkan supaya rakyat untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan banyak perniagaan dan aktiviti harian terbatas. Berikutan daripada perkara itu, Fly High Training Centre mengambil inisiatif untuk memulakan kelas tuisyen secara atas talian.

Aplikasi ReLY mula dibangunkan pada tahun 2021 apabila organisasi telah bersepakat untuk menaiktaraf sistem pengurusan menggunakan aplikasi. Dalam tahun itu, organisasi bertungkus-lumus membangunkan website rasmi, website portal dan juga aplikasi. 

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan website dan aplikasi, ianya telah boleh digunapakai sepenuhnya pada Ogos 2022.

Berita gembira untuk ibu bapa di luar sana, Fly High Training Centre akan mengadakan kelas secara PERCUMA untuk pelajar seluruh Malaysia yang akan dijalankan selama 2 minggu bermula 16 September 2022 ini! 

Paling kanan - Puan Fida, Pengarah Urusan Fly High Training Centre

Kelebihan dan Keistimewaan ReLY

Apa yang membuatkan Marina paling teruja dan tertarik adalah pengajarnya terdiri daripada cikgu-cikgu mempunyai pengalaman yang luas, pencapaian yang memberangsangkan dan kepakaran dalam subjek masing-masing. Kelebihan dan keistimewaan RELY :
• Boleh memilih sendiri subjek kegemaran dan guru yang disukai. 
• Nota dan set soalan boleh dimuat turun pada bila-bila masa. 
• Fungsi aplikasi yang interaktif dan menarik. 
• Kelas pembelajaran secara lintas lamgsung (live) dan rakaman disediakan secara PERCUMA! 

ReLY menyediakan 3 pakej yang boleh korang pilih mengikut bajet korang :
• Pakej Mampu Milik - ReLY
• Pakej Fokus - Fly High Elite 
• Pakej Guru Ikon - Fly High Premium

Pada ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai yuran tuisyen dan lain-lain yang berkaitan boleh melayari website mereka.

ReLY





Manfaat yang Ditawarkan oleh RELY

Aplikasi RELY ini bukan hanya sekadar pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar sahaja, apabila korang menggunakan aplikasi ini, korang boleh menikmati manfaat yang ditawarkan oleh Fly High Training Centre. Manfaat yang ditawarkan adalah :
• Khairat Kematian 
• Tabung PIBG
• Baucer
• Bantuan Peralatan Pendidikan
• Insentif Kewangan Permulaan IPT
• Insentif Kecemerlangan Peperiksaan


Feedback Ibu Bapa Pelajar Fly High Training Centre 

Di sini Marina kongsikan testimoni daripada ibu bapa pelajar yang telah mengikuti kelas tuisyen online di Fly High Training Centre. Keputusan yang diperolehi oleh para pelajar sangat memberangsangkan. Ada di antara pelajar yang berjaya memasuki MRSM dan juga sekolah Sains yang menjadi idaman bagi setiap ibu bapa. 

Feedback Fly High Centre

Kelas Tuisyen Serendah RM99! Fly High Training Centre Bantu Murid Golongan B40!

Pada masa sekarang, kelas tuisyen untuk satu subjek pun dikenakan RM50 kan? Tetapu di Fly High Training Centre menawarkan kelas tuisyen serendah RM99 untuk 4 subjek bagi membantu murid golongan B40 menikmati kelas tuisyen online ini. 

kelas tuisyen online murah



Kelas PERCUMA Bersama ReLY!

Berita gembira buat parents di luar sana, ReLY kini sudah dibuka untuk pendaftaran kelas secara PERCUMA!

Ibu bapa yang berminat boleh melayari website www.relyedu.com untuk membuat pendaftaran. Secara automatik korang layak mengikuti kelas percuma selama 2 minggu yang bernilai RM398 bermula esok!

Belajar online



FB RELY :

TIKTOK RELY :

IG RELY :



Post a Comment

0 Comments