Kisah Hari Bertemu Waris 2022 di Sekolah Anak : Kena Scammed!

Kisah Hari Bertemu Waris 2022 di Sekolah Anak : Kena Scammed! | Harini ada Hari Bertemu Waris kat sekolah Marissa dan Miza. Sebenarnye berdebar nak ambik laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diorang terutamanya Marissa sebab tau dah kat rumah dia macam mana. Dia terlampau fokus kat gajet. Fokus pun bukannya main game atau tengok tiktok sangat, dia suka melukis dalam phone. Masa ambil laporan Marissa semasa dia darjah 1, cikgu kelas dia bagitahu Marina yang Marissa tak fokus dalam kelas. Dia suka melukis bila cikgu tengah mengajar. Tapi alhamdulillah, kalau diberikan tugas, cikgu kata dia boleh jawab. 

Asalnya diorang taknak pergi sekali ambil laporan. Kiranya Marina dan Miza je la pergi sebab Miza ada silat. Cikgu silatnya ganti harini sebab minggu lepas kelas silat dibatalkan. 

Cikgu pun kata untuk Hari Bertemu Waris ni pelajar tak payah datang sebab nanti parents nak duduk tak cukup kerusi. 

Sudahnya, semua ikut pergi sekolah sebab lepas habis program di sekolah, nak pergi brunch kat Warung Eli, kedai makan menarik di Ipoh. Kedai makan ni, kedai yang Marina dan husband selalu pergi breakfast time weekdays. Kedai ni ada kucing gemuk. Selalu sangat lepak semeja dengan kiteorang. Di warung Eli ni, roti kari ayam dan mee kari kat situ sedap. Tapi menu tu hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. 



Hari Bertemu Waris : Cikgu Tegur Kurus! 

Tiba di sekolah kena scan dulu. Isi nama parents dan nama anak dalam google form. Kemudian diberikan nombor giliran serta tentatif. 

Sebelum ambik result, Guru Besar bagi taklimat mengenai sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selepas taklimat pihak sekolah ada menyediakan jamuan ringan sebelum penyerahan laporan Pentaksiran Bilik Darjah diorang. Pihak sekolah sediakan roti canai, bihun dan kuih-muih. First time kot buat makan-makan macam ni time ambik laporan. 

Tapi lepas taklimat, Marina terus ambik result Miza dulu sebab tengok kelas Miza takde parents lagi yang datang jumpa cikgu. Settle cepat boleh balik cepat. Boleh makan cepat. Hehe. 

Apabila berjumpa dengan cikgu, cikgu maklumkan dulu BMI Miza. Seperti taklimat yang diberikan oleh guru besar pada awalnya, ibu bapa diminta untuk memantau diet dan pemakanan anak. Cikgunya kata Miza kurus dan meminta Miza menambahkan berat badan. Bagi laporan PBD pula, alhamdulillah, cikgu kata Miza aktif dalam kelas dan dia faham apa yang cikgu ajar siap boleh ajar kawan-kawan lagi. Cikgu kelas Miza, ajar Bahasa Cina untuk kelas Miza dan Marissa jugak. Cikgunya kata Miza aktif berbanding kakaknye. Cikgu cakap macam tu lagilah Marina berdebar dengan result Marissa ni. 

Lepas tu, Marina ke kantin sekolah, Marina makan ala kadar je sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas Marissa. Ramai parents yang sedang menunggu giliran. 

Selepas makan, ada lagi beberapa parents yang menunggu. Tiba giliran Marina, seperti yang diramalkan, cikgu kelasnya bagitahu, ramai cikgu matapelajaran cakap Marissa tak fokus dalam kelas. Cikgu ajar dalam kelas, dia melukis. Selalu dalam kelas cikgu kena panggil nama dia, supaya dia alert apa yang cikgu ajar. Tapi cikgu kata dia boleh buat tugasan yang diberi. 


Keputusan Pentadbiran Bilik Darjah (PBD) Anak, "Ibu Kena Scammed! "

Alhamdulillah, result Marissa dan Miza mostly TP4 dan TP5 untuk semua subjek. Cikgu sendiri pun cakap TP6 tu susah nak capai. Cumanya satu subjek Marissa dapat TP3. Subjek Rekabentuk dan Teknologi. Tanya cikgu kelasnya apa yang diajar untuk subjek Rekabentuk dan Teknologi, cikgu pun tak tahu. Hehehe. Bila Marina tanya Marissa, dia kata buat projek bina-bina daripada bahan-bahan terpakai. Tapi yang peliknya, seni-seni ni dia suka. Sebab seni visual dia dapat TP5. Pelik sebab dapat TP3. Tapi takpela, next time improve lagi. Haaa dulu kita mana ada subjek Rekabentuk dan Teknologi ni kan? Sekarang tahap 2 sekolah rendah dah belajar ye. 

Kalau ikutkan dalam laporan ni, untuk matapelajaran Rekabentuk dan Teknologi, subjek di mana pelajar diuji untuk mengaplikasikan atau menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas untuk mereka bentuk, membina produk dan kod arahan. Marina tengok dah macam matapelajaran pelajar universiti yang ambil aliran architecture, seni grafik dan rekabentuk hiasan dalaman je. 

Korang perasan tak dalam slip laporan Miza dia ada taip subjek Matematik dan Sains tidak berkenaan? Awalnya Marina terkejut jugak. Sejak bila pulak Miza tak ambil subjek Matematik dan Sains. Marina siap tanya kat cikgu lagi. Rupanye resultnya kat page belakang under Mathematics dan Science sebab Miza kelas DLP. Terkejut mak. Kalau Miza, dia suka cakap, "Ibu kena scammed!". Hahahaha. 



Subjek Sejarah Menjadi Mata Pelajaran Penting

Guru besar kata, dulu ada 4 subjek yang penting di sekolah tapi sekarang ada 5 ye untuk tahap 2 (darjah 4,5 dan 6). 5 subjek yang penting adalah BM, BI, Math, Sains dan terbaru Sejarah ye. 

Marina pun terkejut haritu Marissa kata dia ada belajar Sejarah kat sekolah lepas tengok wayang cerita Mat Kilau. Lama dah kot tahap 2 belajar Sejarah ni kan? Marina je yang tak alert.

Apepun Marina tak boleh menarik nafas lega dengan laporan PBD ni. Sebagai ibu bapa mesti kita selalu pantau pelajaran anak-anak kan? 


Post a Comment

0 Comments