Advertisement

Teater Tanjong Dibintangi Oleh Dato' Jalaluddin Hassan Dipentaskan Di Istana Budaya

Teater Tanjong Dibintangi Oleh Dato' Jalaluddin Hassan Dipentaskan Di Istana Budaya | Pengalaman pertama dan terakhir Marina tengok teater adalah semasa tingkatan 5. Persepsi Marina tentang teater sebelum Marina tonton teater adalah teater ni membosankan. Mungkin kerana suasananya tidak seperti menonton wayang. Teater yang Marina tengok pada masa tu bertajuk Inang Rodad. Apabila dah menonton Inang Rodad, Marina impress ye dengan jalan cerita dan juga background muzik yang dihasilkan. Semua pelakon menjiwai watak mereka dengan baik dan mesej tu sampai. Marina cerita pengalaman ni sebab nak bagitahu korang, Teater Tanjong oleh Kelab Teater ASAR yang dibawa dari Kuala Pilah akan ditayangkan pada bulan September 2022 ini di Istana Budaya. Mana tahu korang yang tak pernah tengok teater, bolehlah merasai sendiri pengalaman tengok teater. Jom kita tengok dan dengar Dato' Jalaluddin Hassan cakap Nogori. Bukan senang ye nak berlakon secara live. Kalau movie kat panggung wayang tu dah berapa kali 'take' kan? Marina memang tabik spring dan kagum dengan pelakon-pelakon teater ni. 

Teater Tanjong Istana Budaya

Teater Tanjong Dari Kelab Teater Kecil ASAR Kuala Pilah ke Istana Budaya!  

Teater Tanjong merupakan sebuah karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan. Tiada siapa menyangka, Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya. 

Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlangsung dari 9-11 September 2022. Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah. 

Teater Tanjong

Teater Tanjong

Tanjong Dibintangi oleh Dato’ Jalaluddin Hassan

Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk  melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.

Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar. 

Teater Di Istana Budaya

Teater Tanjong Bantu Mereka yang Memerlukan

Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Tanjong. Justeru itu, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya. Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisan pelakon dan juga semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menjayakan pementasan Tanjong. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.

Teater Tanjong

Sinopsis Teater Tanjong

Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. 

Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. 

Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. 

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong. Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya? Korang kena tengok pementasan Tanjong di Istana budaya nanti. 

Teater Istana Budaya

Beli Tiket Sekarang untuk Menikmati Diskaun Sebnayak 10%!

Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022
Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang:
 
 
Makluman lanjut korang boleh ke website diorang atau hubungi nombor di bawah :

Website : 

Prof Dr. Ahmadrashidi 
Sutradara
+60 11-6562 5009
 
Norsyuhada Ahmadrashidi
Penerbit 
+60 19-670 7943




Post a Comment

6 Comments

  1. Teater ni memang menarik tengok..serius lama giler tak tengok.rasanya last tengok masa masih belajar kolej

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok teater.. mesti best suara asli tiada edit .. mencabar. One day mesti boleh tengok teater

    ReplyDelete
  3. Ohh wow ...I have not watch in this theater before. Thanks for sharing this here, I'm gonna plan to dropping by to watch at this tester :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok sekali je teater ni masa zaman sekolah dulu. Memang best. Nampaknya kena pergi tengok ni. Daripada sinopsisnya boleh rasa menarik cerita ni. InshaAllah boleh pergi nanti. Terima kasih kongsi tentang teater ni :D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi tengok teater macam ni. Tapi macam menarik je

    ReplyDelete
  6. Wah... nampak menarik .. tapi tak pernah lagi berpeluang tonton teater... kena tunggu anak besar lah nampak gayanya... harap masa tu ada lagilah tayangan teater ni...

    ReplyDelete