McDonald's Malaysia Menganjurkan Program Derma Darah Kali Ke-6 Tanda Sokongan Seruan Kerajaan

McDonald’s Malaysia Menganjurkan Program Derma Darah Kali Ke-6 Tanda Sokongan Seruan Kerajaan | Korang ada pengalaman menderma darah? Marina berkesempatan menghadiri ke Hari Derma Darah yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) pada 30 Jun 2022 yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai betapa pentingnya menderma darah dan seterusnya dapat membantu Pusat Darah Negara menambah stok bekalan darah. 

Sebagai tanda sokongan usaha murni McDonald's Malaysia menganjurkan program ini, Marina memilih salah satu warna tema McDonald's iaitu warna kuning. Gigih tau cari baju warna kuning sebab takde koleksi baju warna kuning. 

Masa Marina sampai di ibu pejabat McDonald's Malaysia, orang yang hadir tak begitu ramai. Apabila dah hampir masuk waktu tengahari, orang ramai mula datang ke sini untuk turut sama menderma darah. Marina terjumpa Haziq, penyampai radio dari HotFM. Dia juga turut datang menderma darah. Katanya memang setiap tahun 2 kali dia menderma darah.  




McDonald's Menyokong Seruan Kerajaan Menderma Darah

McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aktiviti menderma darah ini terbuka kepada orang ramai.
 
“Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia. 
 

Hari Derma Darah Kali Ke-6 McDonald's Malaysia

Aktiviti menderma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara berulang untuk kali ke-6, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah.

Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s, serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.

Bukan semua orang layak menderma darah tau. Sebelum korang menderma darah, korang kena tahu kriteria yang membolehkan diri untuk menderma darah. 

Actually Marina dah bersemangat nak menderma darah pada Hari Derma Darah anjuran McDonald's Malaysia. Masa dalam perjalanan, baru teringat Marina tengah Red Flag. Kecewa rasanya. Disebabkan tak puas hati, sesampai je di situ, Marina tanya semula nurse untuk kepastian sama ada Marina boleh menderma darah atau tidak. Menurut nurse di situ, kalau dah hari keempat ke atas dan flow tak heavy boleh menderma. Apakan daya Marina baru hari ketiga dan biasanya hari ketigalah pun Marina mengalami heavy flow. Kalau menderma takut membahayakan kesihatan, dahlah Marina drive sendiri ke situ. 


Siapa yang layak menderma darah? 

Kriteria-kriteria layak menderma darah :
• Sihat tubuh badan
• Berumur 17 tahun sehingga 70 tahun
• Berat badan 45kg dan ke atas
• Tidur minimum 5 jam
• Tiada masalah kesihatan
• Tidak mengambil ubat-ubatan
• Makan dalam masa 4 jam sebelum menderma darah
• Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti mengambil dadah
• Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepas
• Penderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak dan tiada haid (boleh menderma selepas haid hari ketiga) 

Semasa sampai di sana, orang ramai yang hadir untuk menderma darah perlu mendaftarkan diri di kaunter hadapan dan diberikan borang untuk diisi. Selepas borang dah diisi, mereka akan timbang berat terlebih dahulu untuk melayakkan diri untuk menderma darah. Apabila syarat ini lepas, petugas kesihatan akan buat pre-test untuk darah terlebih dahulu. Kalau semua keputusan okay, penderma darah akan ke kaunter kaunseling untuk check tekanan darah dan kaunseling. Setelah sudah memenuhi semua  kriteria, penderma boleh menderma darah mereka di tempat yang telah disediakan. Mereka akan direhatkan selama 15 minit sebelum dibenarkan pulang. 

Semasa di sana Marina tengok, ada beberapa orang ramai yang datang untuk menderma darah tapi tak cukup berat. Tahniah pada dia sebab niat nak bantu yang memerlukan tapi tak cukup syarat pulak. Pada korang yang cukup syarat, bolehlah hadirkan diri ke Pusat Darah Negara atau mana-mana hospital untuk menderma darah. Satu pint darah dapat selamatkan 3 nyawa tau! 









Derma Darah Dapat McChicken FREE!

Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir. McChicken dapat, pahala pun dapat, kan? Apapun yang penting, korang dah membantu menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan darah. Tahniah kepada semua yang hadir menderma darah!









Post a Comment

0 Comments