Advertisement

Sujood Memudahkan Urusan Menyalurkan Sumbangan ke Masjid Secara Online Dengan Mudah dan Selamat

Sujood Memudahkan Urusan Menyalurkan Sumbangan ke Masjid Secara Online Dengan Mudah dan Selamat | Pernah dengar tak aplikasi Sujood? Aplikasi Sujood merupakan satu aplikasi yang memudahkan untuk korang yang ingin melakukan ibadah dengan menderma ke masjid-masjid atau surau-surau. Sujood berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online. 

Korang pernah dengar tak kisah ada individu atau organisasi yang meminta sumbangan untuk masjid tetapi sumbangan tersebut tak sampai ke masjid tersebut atas sebab-sebab tertentu? Apabila perkara ini terjadi, apa perasaan korang yang telah memberi derma untuk masjid tersebut tapi hajat tak kesampaian? Terasa sedih kan? Walaupun kita dah mewakilkan pada individu atau organisasi tersebut untuk menyampaikan amanah tapi bila kita dapat tahu amanah tu tak kesampaian, mesti kita rasa tak best kan? 

Di sinilah Sujood dapat membantu untuk menyampaikan hasrat korang menderma di masjid-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat. Bagaimana Sujood berfungsi supaya derma korang sampai ke masjid atau surau?  

aplikasi sujood

Aplikasi Sujood

Aplikasi Sujood dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Aplikasi Sujood ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan individu atau organisasi untuk bersedekah ke masjid atau surau. 

Aplikasi Sujood ini menyenaraikan masjid dan surau mengikut negeri. Studio 61 Sdn. Bhd. telah approach pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka. Sehingga kini mereka masih lagi menjalankan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk memudahkan urusan mendapatkan dana dengan mendaftarkan masjid atau surau di aplikasi Sujood.

Ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Sujood :

#1 Home 
Di page Home ini korang boleh melihat senarai masjid-masjid dan surau-surau. Senarai ini dikategorikan mengikut negeri-negeri. Jika nak menderma, korang boleh memilih masjid atau surau di page Home ni. Korang boleh klik di masjid atau surau ini untuk melakukan transaksi. Apabila korang klik pada setiap masjid atau surau ini akan diceritakan serba sedikit maklumat mengenai masjid atau surau tersebut. 

Di page ini juga terdapat tazkirah-tazkirah daripada para ustaz dan ustazah untuk pembacaan korang.  

#2 History
Page history ini adalah bertujuan untuk membuat semakan transaksi yang pernah dilakukan sebelum ini. 

#3 Search
Korang boleh membuat carian di dalam aplikasi Sujood di page Search. 

#4 Profile
Jika hendak membuka akaun di aplikasi Sujood, korang boleh ke page profile untuk mendaftar.

#5 About Us
Menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang aplikasi Sujood. 


Kenapa Memilih Aplikasi Sujood sebagai Platform Melaksanakan Ibadah?

Korang boleh memilih aplikasi Sujood untuk melakukan ibadah dengan bersedekah secara online kerana korang boleh :

#1 Derma di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. 

#2 Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu. 

#3 Derma berterusan dengan mudah dan selamat. 

#4 Melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh individu lain. 

#5 Menderma menggunakan kad redit atau melalui online banking.


Kebaikan Aplikasi Sujood

Dengan adanya aplikasi Sujood, korang lebih mudah untuk menderma ke masjid atau surau. Kebaikan aplikasi Sujood :

#1 Mengelakkan risiko kecurian tabung-tabung di masjid atau surau.

#2 Infaq korang terus sampai ke akaun masjid atau surau tersebut dan bukan di akaun Sujood. 

#3 Tak perlu bawa duit cash ke masjid atau surau untuk memberikan sumbangan. 

#4 Menderma dengan selesa, selamat dan mudah. 


Cara-cara Menggunakan Aplikasi Sujood

Cara nak menggunakan aplikasi Sujood ni mudah sahaja. Jika hendak berinfaq menggunakan aplikasi Sujood ini, korang tak perlu mendaftar pon. Lebih afdal lah kalau korang mendaftar. If mendaftar di Sujood korang boleh trace rekod derma korang yang terdahulu.

#1 Muat turun applikasi Sujood di Google Play bagi pengguna android atau Apps store bagi pengguna Iphone

#2 If nak register, korang boleh ke profile dan isi maklumat yang diperlukan. Jika korang taknak register, korang boleh ke HOME untuk memberikan sumbangan. Korang boleh pilih masjid atau surau untuk menderma. 

#3 Isikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah sumbangan, nama, nombor telefon dan email semasa hendak membuat sumbangan. 

sujood




Daftar Masjid di Sujood

Tiada kriteria tertentu yang ditentukan di Sujood bagi masjid-masjid atau surau-surau. Yang penting masjid dan surau ini telah berdaftar dengan Majlis Agama Negeri. Kalau ada masjid atau surau yang ingin dimasukkan dalam aplikasi Sujood boleh hubungi di email mereka. Tiada sebarang yuran dikenakan.
 




Feedback dari Pihak Masjid dan Pengguna yang Menggunakan Perkhidmatan Aplikasi Sujood

Di sini Marina sertakan pengalaman dan maklumbalas dari pihak masjid dan pengguna yang menggunakan aplikasi Sujood ini.  







Semoga ibadah korang dengan salurkan sumbangan ke masjid atau surau diterima olehNya. Dengan sumbangan ini semoga dapat membantu pihak pengurusan masjid atau surau untuk membaikpulih masjid atau surau atau digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan di kawasan masjid atau surau berkenaan. 

Untuk makluman dan pertanyaan lanjut mengenai Sujood, korang boleh ke media sosial mereka. 

Website :

Facebook :

Instagram :

Email :
salam@sujood.net

Post a Comment

21 Comments

  1. mudah pakai online ni.. elak mcm2 hal mcm kecurian.. kt dok mana mana pun boleh sumbangkan

    ReplyDelete
  2. wah bagus ni..baru tahu ada apps sujood ni..senang sangat nak bersedekah sekarang ni. semua online je. yg penting duit sedekah disalurkan terus ke surau/masjid...

    ReplyDelete
  3. wah bagus ni..baru tahu ada apps sujood ni..senang sangat nak bersedekah sekarang ni. semua online je. yg penting duit sedekah disalurkan terus ke surau/masjid...

    ReplyDelete
  4. Bagusnya apps ni. Mudah la sikit nak berinfaq. Thanks.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah mudahnya nak berbuat baik sekarang ni.. semua di hujung jari je.. kat memana pun masih boleh amalkan sedekah..

    ReplyDelete
  6. bagusnya apps nii.. selesai laa masalahkan.. macam kita perempuan tak selalu g masjid.. boleh laa derma melalui nii..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. mudahurusan lepas ni kalau nak bagi sumbangan terus ke masjid kan. guna saja aplikasi sujood, semoga amal kebaikan kita dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. Syukur ada aplikasi macam nih... sangat-sangat membantu pada mereka yang ingin menyalurkan bantuan dan sedekah dalam diam

    ReplyDelete
  9. Bagusnya usaha macam ni. Memudahkan orang buat baik. Thank you share.

    ReplyDelete
  10. Senangnya apps ni...senang nak berinfaq. Tak perlu keluar dari rumah. Klik-klik dah boleh infaq.

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar.. senangnya nak buat pahala sekarang ni kan... Menarik sangat ni.. boleh kita amalkan rutin sedekah setiap hari tanpa alasan.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ada dah apps yang memudahkan semua pihak bab derma ni

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat ada kecurian kat tabung di surau/masjid. Memang ada kes macam ni. Aplikasi ni menyenangkan la. Kini kat mana kita berada pun kita boleh menderma. Jom sama2 tambah pahala!!!

    ReplyDelete
  14. wah bagus la ada aplikasi macam ni. at least kita ada medium untuk menderma, risau juga zaman skrg banyak scammer

    ReplyDelete
  15. bagus juga apps ni, membantu kita untuk berinfaq..

    ReplyDelete
  16. Good app for all Muslims. I need it to check it out too. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  17. greaat to know about this Sujood app. can intro to all my Muslim frens

    ReplyDelete
  18. baru tahu ttg apps ni.. agak.menarik juga .. suka dengan apps yg convenience dan memudahkan urusan harian

    ReplyDelete
  19. Banyak juga ye features yang available dalam app ni! Good one boleh suggest ni kat my friends la 👍

    ReplyDelete
  20. bagusnya apps ni. nanti airah download. memang kena download apps berguna macam ni

    ReplyDelete