Photoshoot Raya 2022 Dengan Kasut Lucca Vudor

Photoshoot Raya 2022 Dengan Kasut Lucca Vudor | Lepas ni, kalau korang nak beli kasut baru, tak payah gigit kasut dah tau! Itulah petua orang dulu-dulu, taknak kasut "gigit" kaki kita, kita kena gigit kasut yang baru dibeli. Tapi kalau korang beli kasut perempuan jenama Lucca Vudor dari Singapore ni, mesti belakang dan tepi kaki korang selamat dari digigit! Kasut Lucca Vudor ni diperbuat daripada kulit anak lembu dari Italy. Kasut ini mempunyai sokongan yang lembut di bahagian belakang kasut, dalam kasut dan bahagian sarung depan kasut! Nasib sempat sampai kasut raya sebab raya tahun 2022 ni, Marina cari kasut jenama Lucca Vudor kat online! 

Kelengkapan raya Marina dah complete, barulah boleh photoshoot Raya 2022 ni kan? Ini dah tahun ketiga Marina photoshoot gambar Raya di studio photoshoot. Baju raya tahun ni Marina beli di Bangi. Husband Marina berkenan dengan design baju kurta dari butik Aisy Asyraf. Setel baju husband, kiteorang ke butik Bulan Bintang pulak beli baju raya Marina dan anak-anak. Lega Marina, akhirnya baju raya dah settle. Nak dekat raya ni customer dah mula bersesak-sesak cari baju raya dan kasut raya. Kasut raya Marina cari di online je. Mujur ada butik kasut online jenama Lucca Vudor. Taklah susah hati nak bersesak pergi cari kasut raya pulakkan? Meh baca pengalaman pertama Marina beli kasut raya secara online di website Lucca Vudor!

Lucca Vudor






Tips Pemilihan Kasut

Pemilihan kasut yang betul amatlah penting untuk kaki kita. Boleh jadi satu pengalaman yang mengerikan kalau kita tersalah pilih kasut. Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan dan menjadikan parut di kaki apabila kasut bergesel dengan kaki kita dan menjadikan kaki luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. 

Bagi memastikan korang memilih kasut yang betul, korang perlulah mempertimbangkan beberapa perkara supaya tidak salah memilih. Antaranya :
• Pastikan saiz kasut betul bagi mengelakkan kasut terlalu kecil atau besar. Saiz kasut yang tepat memudahkan pergerakan korang.
• Material kasut perlu diambil tahu. Takut korang tak sesuai dengan material kasut tersebut dan menimbulkan masalah pada kaki korang nanti.
• Jenis kasut perlulah dipilih mengikut tujuan penggunaan kasut tersebut. Korang nak gunakan kasut tersebut untuk event apa.


Kenapa Kasut Lucca Vudor Menjadi Pilihan?

Marina dapat tahu mengenai kasut jenama Lucca Vudor ni dari seorang rakan blogger. Ternampak dia up status di Instagram miliknya. Nampak menarik. Marina pun Google lah. Terjumpalah website Lucca Vudor.  Marina mengambil keputusan untuk memilih kasut raya jenama Lucca Vudor kerana :
• Kasutnya banyak pilihan dan banyak design yang menarik. Rambang mata Marina tengok design kasutnya. Semua cantik-cantik belaka, sampai berjam-jam jugaklah memilih.
• Terdapat beberapa jenis kasut yang dijual di Lucca Vudor iaitu jenis sandal, flat, heels, slipper dan sport shoe pun ada ye.
• Kasutnya sangat selesa dan tidak menyakitkan kaki apabila berjalan.
• Pada Marina harganya mampu milik. Berbaloi dengan keselesaan kasutnya.
• Insoles Sokongan Kulit Lambskin yang Mengubah Industri kasut.
• Satu-satunya pembuat kasut di dunia yang membuat kasut dengan terperinci dan sempurna
• Menggabungkan keselesaan dan gaya.
• Kasut kerja selesa dan gaya hidup yang paling popular di Singapura. 

Lucca Vudor


Kelebihan Kasut Lucca Vudor, Kasut Mewah, Buatan Tangan di Itali

Apabila bercakap tentang kasut wanita, orang Itali benar-benar tahu apa yang terbaik. Kasut Lucca Vudor direka khas untuk keselesaan dan menitikberatkan gaya. 

#1 Kulit anak lembu Itali berkualiti tinggi untuk keselesaan.

#2 Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau geselan yang menyakitkan!

#3 Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan.

#4 Sokongan di belakang kasut yang berkualiti tinggi dengan buatan tangan.

#5 Bahagian depan sarung kasut yang lembut.



Lucca Vudor

Lucca Vudor




Cara Mengukur Saiz Kasut Perempuan Lucca Vudor

Marina paling takut beli kasut secara online sebab takut terlalu kecik atau besar. Masa dapat kasut Lucca Vudor ni tawakal jelah kalau terlampau besar. Kalau nak beli kasut Lucca Vudor, korang boleh rujuk carta saiz kasut yang diberikan di website Lucca Vudor. Lucca Vudor menggunakan saiz Asia/Eropah untuk kasut diorang. Kasut Lucca Vudor menawarkan saiz 35 hingga 41 untuk kebanyakan reka bentuk kasut. 

Kalau rasa tak yakin nak beli kasut secara online tapi berkenan jugak pada kasut tersebut, korang tak perlu risau, korang boleh minta bantuan staff Lucca Vudor dengan message diorang di website. Diorang akan bantu korang untuk memilih saiz kasut yang sesuai dengan korang. Cepat je diorang balas. Nak mencari saiz yang sesuai, korang ukurlah panjang kaki dan rujuk carta saiz kasut di bawah.

Kalau saiz kaki korang melebihi saiz yang ditawarkan, korang boleh hubungi staff Lucca Vudor. Diorang boleh cadangkan rekabentuk kasut yang sesuai dengan saiz korang. Lucca Vudor percaya bahawa semua wanita berhak mendapat pengalaman kasut yang mewah.
saiz kasut perempuan Lucca Vudor

Kenapa Membeli Kasut Lucca Vudor Secara Online?


• Korang akan menikmati diskaun sebanyak 35% untuk semua jenis kasut kalau korang beli kasut Lucca Vudor secara online. Banyakkan diskaun?
• Kadar rata SGD20 untuk penghantaran antarabangsa ke mana-mana tempat di dunia
• E-mel akan dihantar apabila pesanan korang telah dihantar
• Penghantaran yang cepat. Korang boleh menjangkakan kasut korang akan sampai dalam tempoh 5 hari bekerja.

Lucca Vudor


Pengalaman Marina beli Kasut di Lucca Vudor : Kod Felina 2022-1 Pilihan Marina!

Dulu, zaman anak dara dulu, Marina suka sangat pakai heels. Dah makin berumur ni macam kurang minat pulak dengan heels. Bila pakai heels terasa Marina terlampau tinggi pulak. Sekarang ni, Marina suka jenis kasut yang senang untuk Marina bergerak sama ada nak pergi bercuti atau bekerja. Kiranya kasut tu boleh pergi bercuti dan bekerja sekaligus. Lagipun kerja Marina yang kadang-kadang kena pergi site visit macam tak sesuai nak pakai heels. Jadinya, Felina nilah yang menepati ciri-ciri kasut yang Marina nak. Lepas tu, kasut Felina ni ada jenama Lucca Vudor printed pada luar kasut, nampak bergaya sikit. Hehehe. Katanya Felina ni adalah salah satu daripada Best Seller di Lucca Vudor! Sebelum kehabisan, dapatkan Felina ni hanya di Lucca Vudor!

Kasut perempuan Lucca Vudor




Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor!

Kadang-kadang bila nak beli kasut, dapat kasut yang selesa tapi designnya tak menarik dan begitu juga sebaliknya kan? Tapi di Lucca Vudor korang boleh dapat kedua-duanya sekali, keselesaan dan design yang menarik. 

Korang yang nak dapatkan kasut perempuan yang selesa dan menarik ni boleh ke website Lucca Vudor atau nak tengok kasut depan mata boleh ke kedai diorang di Atria Shopping Gallery. 

Pergilah cuci mata di website diorang. Mesti rusuk korang bergetar tengok kasut dia yang cantik-cantik. Survey lekaih. Sempat lagi ni nak shopping kasut raya! Rayakan sebulan.




MALAYSIA
Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM 

SINGAPORE
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM 

Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM 

Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM 

Lucca Vudor






Post a Comment

9 Comments

  1. sama pilihan kita, Marina..sis amik kaler coklat..hehe. selesa giler pakai kasut ni. senang bergerak..pastu nak pakai gi kerja atau jalan-jalan pun boleh. 2 in 1 gitu..

    ReplyDelete
  2. Wow... those Vudor shoes look so comfortable on your feet. I want to check them out as well. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Cantikkk... nampak selesa, Sis suka jenis yang bertutup depan macamtu.. kalau cuaca panas, tak laa jadi sunburn kaki tu hahahaha

    ReplyDelete
  4. cantek kasut ni..suka dengan rekaan yang simple dan selesa... boleh dapatkan satu nanti

    ReplyDelete
  5. Tula nampka member pakai kasut lucca ni.. Terus usha website.. Menarik sangat.. Nanti nak beli la

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi jenama Lucca Vudor ni. Tapi kasut pilihan Marina nampak selesa dan simple. Sesuai digayakan untuk ke pejabat atau aktiviti riadah ke shopping mall.

    ReplyDelete
  7. Menarik gak yang Marina pilih tu, sesuai nak dipakai ke mana jua kan. Yang penting, kena selesa.

    ReplyDelete
  8. what a fun photoshoot. you look so good in these shoes!

    ReplyDelete
  9. I also like this shoe brand, all their shoes are so comfortable and elegant

    ReplyDelete