Pameran Golden Heritage of The World Oleh Pelajar IDRISSI International School | Pameran Golden Heritage of The World merupakan program yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan juga tenaga pengajar di IDRISSI International School apabila setelah dua tahun sekolah ini menjalani sesi pembelajaran secara online. Tidak terhad kepada sekolah ini sahaja, seluruh sekolah di Malaysia turut menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19 melanda negara.
Tenaga pengajar dan terutamanya para pelajar, tidak sabar membuat kemunculan semula melalui Pameran Golden Heritage of The World pada tahun 2022 ini. Sebelum dilanda pandemik, pameran Golden Age Inventions dan pameran Golden Wonders of The World adalah antara siri perintis yang menarik lebih daripada 2,000 pengunjung.
Rupa-rupanya barulah Marina tahu pameran Golden Heritage of The World oleh IDRISSI International School juga diadakan pada hari yang sama dengan sesi temubual mengenai Malaysia-Qatar International School yang Marina hadiri pada 26 Februari 2022 yang lalu yang diadakan di Setia City Convention Centre.
"Pandemic Passage" Dilaksanakan Semasa Pandemik
Mengimbas kembali dua tahun lalu, semasa Malaysia sedang dilanda pandemik Covid-19, pameran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan dan terpaksa ditunda kerana mengikuti arahan daripada pihak kerajaan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan. Surprisingly pameran seperti ini masih juga diteruskan tetapi dengan pendekatan yang berbeza.
Pameran "Pandemic Passage" merupakan sebuah pameran seni maya yang dihasilkan oleh pelajar seperti lukisan, puisi, filem pendek dan juga seni tanah liat yang dipamerkan secara online. Hasil seni terpilih telah dijual dan kesemua dana terkumpul telah disalurkan kepada 'The Malaysia Thoracic Society' untuk membantu mereka yang menghidap COVID-19; terutamanya yang memerlukan keperluan bekalan perubatan untuk Kategori 4 dan 5 di Selangor. Syabas IDRISSI!
Budaya Dari 16 Buah Negara Dibawa Ke Malaysia!
Pameran Golden Heritage of the World ini mendapat sambutan yang luar biasa walaupun virus mutasi Varian semakin cenderung mengalami peningkatan di Malaysia. Pelajar IDRISSI yang masih menjalani kuarantin di rumah juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dengan membuat persembahan dan mempamerkan hasil kerja mereka melalui paparan di skrin. Tiada apa yang dapat memadam semangat mereka untuk bersama-sama menjayakan pameran yang dianjurkan oleh sekolah mereka ini.
Bukan sahaja pelajar dan guru, malahan ibu bapa juga tidak ketinggalan menyuarakan kerinduan untuk bersama anak-anak mereka menjalani aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akui, sudah tiba masanya untuk pelajar kembali belajar di sekolah seperti biasa dan menerokai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Pada kali ini, pameran yang bertemakan Golden Heritage (Warisan Emas) ini menampilkan 16 buah negara dari seluruh dunia iaitu Bangladesh, Bosnia, China, Costa Rica, Mesir, Jerman, Greece, Indonesia, Jepun, Mexico, Belanda, Nigeria, Pakistan, Turki, Vietnam dan Yaman. Kesemua negara-negara ini mempunyai kepelbagaian budaya dan keunikan tersendiri yang harus diketengahkan sebagai salah satu pembelajaran di luar bilik darjah yang menjadi amalan di IDRISSI.
Walaupun kini kita semua berada di dalam fasa pandemik, tak disangka para pelajar berjaya menunjukkan hasil kerja yang memberangsangkan untuk setiap negara yang diwakili. Ini membuktikan bahawa para pelajar masih bersemangat untuk melakukan yang terbaik.
Selepas pandemik, di mana sebelumnya pelajar-pelajar menjalani pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian selama dua tahun, saya fikir ini adalah cara terbaik untuk menyambut kedatangan tahun 2022. Para pelajar begitu bersemangat dan banyak idea yang dilontarkan dalam pameran ini. IDRISSI sememangnya tempat terbaik untuk meneroka dan mengembangkan keupayaan mereka. Saya sentiasa terhibur dengan aktiviti yang dianjurkan oleh IDRISSI,
kata Juliana Jallaludin, ibu kepada Ryan Elias Bierbrauer, seorang pelajar yang mewakili booth Jerman di pameran tersebut.
Walaupun rakyat Malaysia masih mengambil langkah berjaga-jaga di musim Covid-19 ini, pihak sekolah menyakinkan kepada ibu bapa dan pelajar untuk kembali kepada mod pembelajaran penuh, termasuklah menganjurkan lawatan sekolah. Ianya secara tidak langsung dapat membuka minda para pelajar untuk lebih mendalami dan menikmati alam sekitar semasa sesi lawatan.
Justeru, apabila melihat pelajar di sini mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran mereka, ia menjadikan ibu bapa dan guru bukan sahaja merasa bangga, malah secara tidak langsung memberikan gambaran tentang apa yang telah mereka pelajari sepanjang pembelajaran secara online selama dua tahun ini.
Saya sentiasa teruja untuk hadir menyaksikan pameran tahunan seperti ini di mana saya berasa kagum dengan hasil kerja, kreativiti dan kemahiran serta persembahan para pelajar. Ini adalah sebab utama mengapa IDRISSI merealisasikannya. Setiap booth adalah hebat dan mempunyai keunikan tersendiri. Anda tidak boleh bayangkan bagaimana para pelajar begitu komited dengan apa yang mereka lakukan demi mempertontonkan kepada para pengunjung tentang negara-negara yang mereka wakili. Pameran ini bukan hanya sekadar berkongsi keseronokan, tetapi setiap perincian yang diketengahkan meliputi subjek-subjek yang mereka pelajari seperti Bahasa, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Seni Lukis dan lain-lain,
kata Julie Wong, Ketua Pegawai Eksekutif, GAINS Education Group, syarikat induk bagi Sekolah Antarabangsa IDRISSI.
Pameran Golden Heritage of The World - Pengalaman Belajar Melalui Peta
Sebelum ini, Marina bawa anak-anak ke pameran Golden Wonders of The World yang dianjurkan oleh IDRISSI International School pada tahun 2019. Anak-anak Marina begitu teruja membuat aktiviti yang disediakan di pameran ini.
Berbeza dengan pameran Golden Heritage of The World, ianya tidak dibuka kepada orang ramai pada tahun ini. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, pameran ini dibuka hanya kepada keluarga para pelajar sekolah IDRISSI dan keluarga GAINS Education Group. Setiap pengunjung harus melakukan Ujian Kendiri Covid-19 bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, terutamanya keselamatan para pengunjung.
Melihat hasil kerja semasa pameran tersebut, Marina pasti, para pelajar dan guru-guru telah bertungkus lumus membuat persiapan menghias booth, merangka aktiviti dan membuat Latihan persembahan. Di sini terdapat artifak yang dipamerkan, pakaian tradisional, permainan, makanan dan banyak lagi.
Marina tertarik dengan pakaian tradisional yang digayakan oleh guru-guru dan para pelajar bagi setiap negara terutamanya di booth Turki. Cantik dan menarik serta berasa seperti kita berada di negara tersebut. Marina juga berkesempatan merasa makanan yang disediakan di booth Greece iaitu Zuccini Ball.
Terima kasih IDRISSI International School kerana mengadakan pameran seumpama ini. Satu pengalaman yang baru buat Marina. Dalam tempoh beberapa jam sahaja, Marina dapat mengenali pelbagai budaya, permainan tradisional, makanan, pakaian dan macam-macam lagi.
Walaupun tidak dapat belajar secara langsung dengan menjejakkan kaki di setiap negara, ini akan menjadi pengalaman yang tidak ternilai buat para pelajar dan juga Marina, yang tidak dapat ditemui di tempat lain.
Pameran Hasil Daripada Kitar Semula
Walaupun hidup dalam zaman pandemik, hasil kerja dan persembahan yang menakjubkan berjaya ditunjukkan oleh para pelajar. Pameran yang mempamerkan aset budaya pelbagai negara, mencerminkan bahawa mereka mempelajari negara tersebut secara mendalam dan diasimilasikan dengan keindahan warisan di seluruh dunia. Mereka juga dapat membezakan ciri-ciri tersendiri bagi setiap warisan negara.
Untuk pengetahuan korang, keseluruhan pameran ini dibina daripada bahan kitar semula. Kalau korang tengok hasil yang dibuat oleh para pelajar ini, mesti korang tak sangkakan? Walaupun macam sukar untuk dilaksanakan, tetapi ianya tidak mengejutkan kerana pendidikan berteraskan alam sekitar ini telah meluas diajar di IDRISSI sejak ditubuhkan sebagai eko-sekolah pada tahun 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa IDRISSI International School, Setia Alam.
Mengenai IDRISSI International School
IDRISSI International School di Setia Alam merupakan Institusi Swasta Berkualiti 5 Bintang yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana yuran sekolahnya berpatutan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
IDRISSI International School merupakan keluarga GAINS Education Group. GAINS Education Group adalah syarikat induk kepada Genius Care, Genius Aulad, IDRISSI International School dan Sekolah Tinta.
Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah ditubuhkan pada tahun 2015, yang merupakan Sekolah Antarabangsa Eko-Islam yang pertama di Malaysia, yang telah berkembang daripada sebuah sekolah rendah antarabangsa swasta yang sederhana menjadi sebuah kompleks sekolah yang lengkap dengan prasekolah, sekolah rendah dan menengah antarabangsa yang berteraskan alam semula jadi.
Terletak di kawasan eko yang sedang membangun di Shah Alam, Setia Alam, sekolah ini menyediakan para pelajar dengan persekitaran yang selesa dengan purata hanya 20 pelajar setiap bilik (kelas) yang menawarkan Sistem Pembelajaran IDRISSI unik yang terdiri daripada Cambridge International Curriculum, Kurikulum Islam yang diluluskan oleh JAKIM, dan Reka Bentuk dan Teknologi moden, kurikulum yang sesuai untuk mendorong kreativiti pelajar dengan aktiviti hands-on.


13 Comments
bagus sekolah macam ni sebenarnya.. bagi pendedahan banyak untuk anak-anak..
ReplyDeleteBagus ada pameran dan program macam ni untuk pembelajaran secara menyeluruh bersama pelajar, tenaga pengajar, dan ibu bapa
ReplyDeletePameran sebegini bukan sahaja memberi pengetahuan kepada anak-anak, parents yang datang pun akan belajar benda baharu kan.
ReplyDeleteWow... menarik btul pameran World Herritage nie. Saya dulu suka attend event2 macam nie. Macam2 benda dpt blajar.
ReplyDeleteterbaik idrissi school. selangor sek ni yg dekat setia alam.. aktiviti yg disediakan kepada pelajar mmg superb
ReplyDeleteSekolah ni buat macam hari pengenalan ke ni kak? Sekolah swasta memang best kak. Tiada apa akan stop guru untuk beri pendidikan kepada pelajar. Mereka punya jadual dan planner setahun dah memang best. Hehehe
ReplyDeleteSekolah antarabangsa IDRSSI sgt best
ReplyDeleteSaya dengar sekolah swasta ini beri banyak activiti supaya murid2 dpt banyak pengalaman...tambahan, mereka mempunyai jadual lebih baik untuk menumpukan pembelajaran.
Bagusnya ada sekolah macam ni IDRISSI International School. Kepada yang berkemampuan tu boleh la hantar anak ke sini.
ReplyDeleteSuka dengan zaman sekarang, budak-budak lebih expose kepada luar negara, kalau dulu susah sikit.
ReplyDeleteOoo bagusnya, bawa anak-anak memang elok ni, biar mereka terdedah dengan pendidikan yang lain dari lain.. memang nampak kayangan tapi jika berkemampuan boleh je hantar anak sini kan..
ReplyDeletethis is such an interesting exhibition cannot wait to visit it and learn more!
ReplyDeleteWow! Interesting kan! Suka tengok initiative macam ni, serious dapat train the kids selain just study3, soft skills macam ni pun penting juga! Well done this International School..
ReplyDeleteWah! Menarik betul apabila menyelusuri video dan gambar-gambar Pameran Golden Heritage of The World ni. Masa bekerja kat Lembah Klang dulu selalu lalu kat tepi IDRISSI International School masa nak ke client site. Memang luas kawasannya. Semoga IDRISSI International School terus maju-jaya dalam memberikan pendidikan terbaik buat semua pelajarnya.
ReplyDelete