Pakej Buffet Ramadhan 2022 di The Haven All Suite Resort, Ipoh | Bulan puasa tahun 2022 ni korang nak cari buffet Ramadhan yang menyediakan menu berbuka puasa yang berbeza? Korang patut cuba di The Haven All Suite Resort, Ipoh! Dulu, sebelum Covid-19, Marina pernah hadir ke workshop ye waktu bulan puasa. Terpaksalah outstation dan berbuka puasa sorang-sorang tanpa family. Sadis kan? Pada korang yang terpaksa bekerja di bulan Ramadhan ni dan malas nak berjalan di bazar Ramadhan mencari juadah untuk berbuka, Marina suggest duduklah di The Haven dan berbuka puasa di sini sebab diorang ada tawarkan pakej buffet Ramadhan dengan penginapan sekali!
Marina pernah menginap dan ada share story pengalaman Marina di The Haven All Suite Resort ni. Memang puas hati duduk di sini sebab luas, cantik dan bersih. Harganya pun berpatutan.
[Baca juga] : Hotel Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel KL International Airport - Rasai Makanan Dari Pelbagai Benua!
Bufet Ramadan Nostalgia Balik Kampung di The Haven
Buffet Ramadhan di The Haven kali ini bertemakan “Nostalgia Balik Kampung” di mana buffet di sini menawarkan lebih 50 juadah untuk berbuka puasa bermula pada 4 hingga 29 April 2022.
Istimewa Ramadan pada tahun ini, The Haven mengetengahkan hidangan masakan ala kampung yang disediakan oleh pasukan chef mereka yang diketuai oleh Eksekutif Chef Shamsul. Bukan setakat masakan kampung je, suasana pun seperti kampung sebab kalau duduk di luar cafenya, di tempat kuda padi, korang akan dengar bunyi cengkerik seperti berada di kampung!
Antara menu yang bakal mengingatkan korang pada masakan kampung dan memikat selera korang ialah Gulai Ikan Masin, Nangka Muda Masak Lemak, Kari Kepala Ikan Bendi, Kambing Peratal, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Sotong Tumis Saleri, Udang Sambal Petai, Nasi Hujan Panas, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi. Baca menu pun dah terliur kan?
Menu bufet Ramadan akan berubah pada setiap hari selain menampilkan lima gerai juadah iaitu Gerai Makanan Arab, Gerai Bakar, Gerai Sup, Gerai Mi dan Gerai Gorengan. Turut disajikan lebih daripada 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pemanis mulut.
Korang wajib cuba Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox. Seumur hidup Marina tak pernah makan sup Gearbox, alang-alang dah ada dalam pakej buffet Ramadhan ni, rugilah kalau tak cuba kan? Tiada had limit berapa banyak sup gearbox korang boleh makan. Menurut chef di situ kata, gearbox ini diimport dari Australia tau. Tips Marina, makanlah menu yang lain tu dengan portion yang kecik, dapatlah korang merasa semua. Itik dia pon tak rasa hanyir. Memang kenalah selera Marina.
Apa yang bagusnya di The Haven ni, penyediaan setiap sajian dia menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat. Diorang tak gunakan bahan penambah perasa atau MSG.
Harga Bufet Ramadhan di The Haven
Harga buffet Ramadhan The Haven 2022 :
• Dewasa : RM105++ (RM121.80 bersih)
• Kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun serta warga emas : RM85++ (RM98.60 bersih)
• Kanak-kanak bawah 6 tahun : PERCUMA tertakluk kepada dua orang kanak-kanak ditemani oleh dua orang individu dewasa
Berita gembira kepada peminat Buffet Ramadhan! Kalau korang membuat tempahan awal dan pembayaran yang dibuat pada dua hari sebelum tarikh tempahan, korang akan menikmati harga 'Early Bird' :
• Dewasa : RM85++ (RM98.60 bersih)
• Kanak-kanak dan warga emas : RM70++ (RM81.20 bersih)
Jom rasai pengalaman berbuka puasa di resort mewah terkenal di Ipoh dengan pemandangan tasik semula jadi yang dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan. Korang juga boleh menikmati keindahan bukit batu kapur berusia 280 juta tahun yang merupakan simbol kemegahan The Haven.
Tempah Pakej Penginapan dan Makan Malam Di Bulan Ramadhan Ini dan Nikmati Diskaun Sebanyak 50%!
Jujur Marina cakap, kalau korang menginap di The Haven rasa tenang sangat sebab bilik mengadap tasik semulajadi. Bunyi kicauan burung dan serangga di waktu pagi membuatkan ibadah puasa korang akan berasa lebih tenang. Apabila korang buat tempahan secara terus dengan pihak The Haven, korang akan menikmati penjimatan bufet Ramadan dan makan malam sebanyak 50%. Sahur dan solat sunat Tarawih turut disediakan khas untuk korang sekeluarga.
Untuk tempahan bufet Ramadan, korang boleh hubungi 05-540 0010
Sebarang pertanyaan dan tempahan bagi Pakej Penginapan dan Makan Malam, korang boleh hubungi di talian 05-540 0000 / 05-540 0005 atau layari laman web www.thehavenresorts.com/offers.
Mengenai The Haven All Suite Resort, Ipoh
The Haven dengan gabungan elemen semula jadi seperti keunikan bukit batu kapur,
kehijauan hutan dan ketenangan tasik semula jadi ialah sebuah resort yang diiktiraf serta merupakan satu-satunya lokasi percutian yang dikelilingi keindahan hutan semula jadi dalam kawasan bandar.
Dikenali sebagai sebuah destinasi ekopelancongan dengan taraf piawaian antarabangsa 5 bintang dan destinasi tarikan percutian keluarga, The Haven menawarkan penginapan yang selesa, tahap perkhidmatan yang tinggi serta makanan terbaik khusus untuk semua golongan
masyarakat.
The Haven telah mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) di samping secara konsisten menerajui pilihan utama
Tripadvisor selama lima tahun berturut-turut. Dengan 58 anugerah tempatan dan
antarabangsa yang dimenangi termasuk anugerah “Restoran Mewah Dunia - Malaysia”, The Haven merupakan antara resort di Malaysia yang harus dilawati bersama yang tersayang.
0 Comments