Friday, October 4, 2019

GAINS Education Group Perintis Industri Pendidikan Negara

Assalamualaikum. Hai.

Korang pernah dengar GAINS atau Genius Aulad? Mungkin ramai yang well known apa tu Genius Aulad berbanding GAINS kan? Marina pon sama. Selama ni tahu pasal Genius Aulad je.

Pada 1 Oktober yang lepas Marina berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran GAINS Education Corp di Movenpick Hotel & Conventional Centre KLIA. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid.



Turut hadir YBhg. Professor Dato' Dr Noraini bt Idris, President, National STEM Association President Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle UNINET STEM, Encik Muhamad Zikril Azan Bin Abdullah, Director, Selangor Domestic Trade and Consumer Affairs, Datuk Ir. Khairil Anwar Bin Ahmad, President/CEO Iskandar Investment Berhad dan Encik Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Managing Director of EduCity Iskandar Malaysia Sdn. Bhd.

Puan Zaliza Alias - CEO GAINS Education Group
YBhg. Professor Dato' Dr Noraini bt Idris
YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol

Founder And Executive Director GAINS Education Group

Puan Zaliza Alias merupakan seorang aktivis pendidikan yang berwawasan mula menubuhkan pra-sekolah, Genius Aulad pada 20 tahun yang lepas.

Bekerja sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris dan ibu kepada 4 orang cahaya mata, menyedari kepentingan sekolah berbahasa Inggeris yang menerapkan Islamik dengan cikgu yang berkualiti, silibus, kurikulum dan faciliti di Malaysia, maka tertubuhnya Genius Aulad.

GAINS Education Group

Telah ditubuhkan pada tahun 2017 didaftarkan dan dilesenkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE). Di bawah GAINS Education Group terdiri daripada 6 jenama:

1. Genius Aulad
■ Telah ditubuhkan sejak 20 tahun yang lepas
■ Merupakan English-based pre-school and playschool
■ Untuk anak-anak berumur 2 tahun-6 tahun

Genius Aulad

2. Idrissi School
■ First Islamic International School
■ Menggunakan Cambridge International Curriculum from pre-school to primary to secondary Cambrige
■ Satu-satunya sekolah swasta dimiliki oleh Muslim yang menerima anugerah dari Kementerian Pendidikan Malaysia
■ Menyediakan platform Kelab selepas sekolah seperti taekwondo, kelab seni kreatif, kelab photoshop & rekabentuk 3D, dan sebagainya.




3. Sekolah Tinta
■ Merupakan salah satu model sekolah (Science, Technology, Engineering and Mathematics) STEM dengan lesen Dual Languange Program (DLP)
■ Menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
■ Untuk pelajar tahun 1 sehingga tahun 6




[Baca juga di sini]: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu tentang Dual Language Programme (DLP)

4. Assist10
■ Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur untuk rekabentuk dan penyelesaian ruang pembelajaran kreatif untuk Genius Aulad pre-school, Idrissi & Sekolah Tinta.


5. Eduventor Education & Training Services
■ Ditubuhkan untuk melatih pengajar dari pelbagai sekolah dan institusi untuk new learning environment - creative education
■ Menyediakan kursus keibubapaan
■ Konsultant pendidikan dan rakan kongsi pendidikan kreatif dengan MPH Malaysia dan Genius Aulad dengan Omar Hana untuk Astro.


6. Genius Bibs Infant Care (GBIBS)
■ Menyediakan pendidikan/penjagaan anak, pendidikan kepada ibu bapa dan sokongan hubungan korporat
■ Untuk anak-anak berumur 3 bulan - 3 tahun


Pencapaian GAINS Education Group

■ Menerima Anugerah Al-Faris Outstanding Muslim World Entrepreneur Development (MWEDA) 2018 oleh OIC TODAY
■ Genius Aulad, Idrissi School dan Sekolah Tinta menerima anugerah Reader's Choice untuk best preschool dan best international school, anugerah STAR Business (SOBA) dan anugerah PEKA Eco-Primary Education
■ Policy level : GAINS via Idrissi School menerima rating 5 bintang untuk SKIPS 2019 (Skim Kurikulum Institusi Pendidikan Swasta)
■ Terbaru GAINS Education Group dianugerahkan dengan Global Business Leadership 2019 untuk kecermelangan di dalam Pre-School Education dan BrandLaurette Best Halal Brands in Education.


Kerjasama antara Educity dan GAINS Education Group

Dengan ekosistem yang telah dibangunkan oleh GAINS Education Group, kini telah bersedia untuk menyokong jenama untuk maju ke hadapan dalam menjelajahi penubuhan model Eco-School. Rancangan ini adalah untuk meningkatkan lagi Eco-School dalam GAINS san untuk membina world Eco-School dalam bandar.


Di majlis pelancaran tersebut kami juga disajikan dengan persembahan dari pelajar GAINS sendiri. Antaranya Chorel Speaking dan Dikir Barat. Terdapat juga booth-booth dari jenama di bawah GAINS Educations Group di luar dewan dan sidang media diadakan selepas majlis pelancaran.

Dengan tagline, 'Connecting through Learning', GAINS Education Group mengalu-alukan ibu bapa tidak kira bangsa dan agama, yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka samada di Genius Aulad, Sekolah Tinta atau Idrissi School untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak dan persiapkan diri mengikuti arus yang semakin mencabar.



Sidang Media

Untuk makluman lebih terperinci mengenai GAINS Education Group dan Educity korang boleh ke website:

▪ GAINS Education Group gainseducation.com
▪ Genius Aulad
geniusaulad.com.my
▪ Sekolah Tinta
sekolahtinta.edu.my
▪ Idrissi School
idrissischool.edu.my
▪ Eduventor
eduventor.com
▪ Assist10
assist10.my
▪ Iskandar Investment (Educity)
www.iskandarinvestment.com

Marina share pendapat Marina tentang Pra Sekolah Awam Vs Pra Sekolah Swasta next entri okeh. :)

20 comments:

  1. pernah tergerak nak enroll kan anak2 ke GA, tapi yuran mampu tengok je.huhu.

    Bila tgok yuran Idrissi school, pengsan terus. mahal juga..

    Tapi sekolah swasta yang hebat mcm ni, memang diyakini kredibiliti dlm menghasilkan produk yang bagus

    Red Linda~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  2. bagus juga ye GA ni, banyak juga aktiviti yang diorang, adik SA ada gak nak daftarkan anak dia kat GA ni tapi tu la..yuran tu macam diluar kemampuan..apapun konsep yang diterapkan memang sangat bagus

    ReplyDelete
  3. Pena dgr genius aulad nie..lbh pada private school..siapa yng mampu boleh la antr ank bljr kt sni..nad mmpu tgok jela..bukn xbgus sek skrg nie, jika brkemampuan apa,salahnya..

    ReplyDelete
  4. Frankly saying , TY tak pernah pun dengar pasal ini. Ini mungkin sebab TY belum ada anak (belum khawin) jadi kurang pendedahan ke arah ini. somehow this is kinda good sharing dan a new knowledge for Ty. ThankX sis!

    ReplyDelete
  5. banyak juga cabang bisnes dia tu. memang kurang pendedahan la kiranya saya ni, alhamdulillah banyak info saya dapat daripada sharing ni

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni kena Genius Aulad je. Ada juga sekolah hebat yang lain di bawah GAINS ye. Cabang bisnes lain juga mereka ada. Sekolah hebat macam ni tak perlu dipersoalkan harganya sebab banyak yang menarik mereka berikan untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar lagi both names. First time. Menarik dengar apa yg sekolah ni ajar. Thinking of sent my son maybe one fine day. Kira sekolah private lah ni kan? Menarik

    ReplyDelete
  8. Nur pun sama. Tak familiar dgn GAINS. Biasa dengar Genius Aulad je. Bestnyaaa dapat hantar anak ke salah satu daeipada 6 sekolah ni. Mesti bagus kan.

    ReplyDelete
  9. First time dgr tentang GA ni. Byk juga pencapaian dia ye.

    ReplyDelete
  10. bagus memang bagus tapi harga tu terik sikit lah berbanding dengan yang lain. bagi mereka yang btol berkemampuan okei kot. kalau gred gaji mek memang nak macam ni tapi belum lagi tahap mampu.

    ReplyDelete
  11. Wahhh nanti dah ada anak saya boleh consider ni heheheh, sekarang ni belajar tak habis lagi, kawin pom blom 🤣 sabar sabar

    ReplyDelete
  12. pernah dengar berkenaan GA (Genius Aulad) tapi ni first time baca regarding GAINS... bagus asasnya tu... tak sangka pula GA bukan hanya berkecimpung dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak tetapi juga untuk kanak-kanak juga remaja... tahniah...

    ReplyDelete
  13. Pernah dengar Genius Aulad je. Tak sangka besar jugak company ni ya.. Banyak cabang bisnes dah diceburi. As a Muslim rasa bangga ada usahawan yanh berjaya macam ni. Such an inspiration :)

    ReplyDelete
  14. Samalah pernah dengan Genius Aulad saja. Tapi tak sangka rupanya banyak lagi bidang yang diceburi dalam perkembangan awal kanak kanak dan juga awal remaja. Kalau saya berkemampuan memang hantar anak anak belajar kat sini je sebab pendidikan yang ditawarkan sangat bagus

    ReplyDelete
  15. First timee dengar GAINS ni. Sebelum ni mmg saya tak tahu langsung tentang semmua ni. Nampak usaha yg dilakukann sanga terbaik.

    ReplyDelete
  16. Lia pula first time dengar pasal GAINS ni. Baru tahu company besar dengan pelbagai business di bawahnya.

    ReplyDelete
  17. pertama kali dengar mengenai GAINS EDUCATION GROUP ni. Tak sangka rupanya banyak lagi bidang yang diceburi dalam perkembangan awal kanak kanak dan juga awal remaja ya.

    ReplyDelete
  18. Good to know about this, many education groups are popping up this is my first encountor with GAINS EDUCATION GROUP

    ReplyDelete
  19. tahniah kepada pemilik....semoga terus berjaya dan berkembang serta dapat memberikan pendidikan kepada anak bangsa untuk kesejahteraan ummah masa depan

    ReplyDelete