Jimat Duit Beli Baju Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Marina suka beli kelengkapan sekolah untuk anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari sebab biasanya, diorang akan buat kempen "Kembali Ke Sekolah." Banyak boleh jimat duit shopping di sini. Dahlah semua kelengkapan sekolah ada dijual. Dari baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah sehinggalah ke alat tulis serta kelengkapan sekolah yang lain. Tak payah dah ke kedai lain nak cari kelengkapan sekolah.
Dah lama ni tak shopping kelengkapan sekolah untuk anak-anak, memandangkan sekolah selalu tutup akibat pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Masa sekolah dibuka semula haritu, pihak sekolah beri kelonggaran kalau baju sekolah dah tak muat, pelajar boleh pakai baju PJ. Begitu juga kasut sekolah, kalau dah tak muat, pelajar dibenarkan pakai kasut selain kasut sekolah janji kasut. Makanya takdelah Marina kalut nak beli kelengkapan sekolah lagi pada masa tu.
Persekolahan tahun 2022 ni lambat sikitlah Marina beli baju sekolah anak-anak sebab sesi persekolahan dah berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pelajar mula naik darjah pada bulan Mac dan bukan pada bulan Januari seperti tahun-tahun lalu. Baru je cuti sekolah dah shopping baju sekolah kan? Haha. Marina takut nanti bila beli last minit saiz baju dah tak ada atau design-design beg sekolah tak banyak pilihan.
Marina nak bagitahu korang ni, sempena sekolah yang akan dibuka pada bulan Mac 2022 nanti, Pusat Pakaian Hari-Hari tengah jalankan kempen Kembali Ke Sekolah (Back To School). Korang boleh jimat banyak bila shopping dekat Pusat Pakaian Hari-Hari. Bolehlah duit tu disalurkan ke yuran persekolahan anak-anak pulakkan? Apa yang ditawarkan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari sempena kempen Kembali Ke Sekolah ni? Marina kongsikan lanjut di bawah.
Kenapa Pusat Pakaian Hari-Hari Menjadi Pilihan Beli Kelengkapan Sekolah?
Marina suka shopping suka di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab :
Kelengkapan Sekolah Semua Ada Dijual
Bermacam-macam keperluan yang korang tak sangka akan dijual, dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Selain baju sekolah dan kasut sekolah, Pusat Pakaian Hari-Hari juga ada menjual stoking, tudung sekolah, songkok, baju pengawas, kain baju sekolah agama, tracksuit, beg sekolah, alat tulis, botol air dan macam-macam lagilah. Paling Marina tak sangka, baju dalam (singlet) pon ada dijual di sini.
Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari ni memudahkan urusan Marina mencari kelengkapan sekolah anak-anak. Menjimatkan masa, duit, minyak dan tenaga. Tak perlu dah pergi kedai-kedai berasingan untuk cari dan beli barang sekolah anak-anak.
Jenama yang berkualiti dan kemas
Marina beli set baju kurung dan kain kurung sekolah jenama Jony&Jeny untuk anak-anak Marina. Jenama ni ada 2 jenis kain, kain cotton dan kain licin. Sebelum ni dah pernah beli kain cotton, masih elok lagi ye baju sekolah tu. Kalini Marina ambil kain licin pulak. Nampak cantiklah pulak. Kalau set baju sekolah ni, kain atau baju dia tak ngam (saiz berbeza sebagai contoh, kain saiz 24, baju saiz 22), korang boleh je beli asing-asing tapi harga dikira sebagai single itemlah.
Baju dan kain sekolah dia memang terletak cantik je pada anak-anak Marina. Takde kejadian bahu labuh, tangan senteng (singkat) atau sebaliknya.
Banyak Pilihan Menarik!
Kalau datang Pusat Pakaian Hari-Hari, Marina paling suka tengok beg sekolah budak-budak dan alat tulis. Tengoklah beg sekolah gegirl dengan boboi ni yang bertemakan kartun-kartun. Untuk gegirl design beg sekolah dia adalah dari cerita kartun Frozen, Barbie, Snow White dan macam-macam lagilah. Untuk boboi pula ada Spiderman, Captain America, Ultraman dan banyak lagi karakter kartun yang lain. Tapi tak kisahlah design beg untuk gegirl ke, boboi ke, kalau gegirl minat kartun Spiderman, boleh je beli beg design boboi tu. Citarasa budakkan, biar je diorang yang buat pilihan. Rambang mata tengok pilihan design yang ada dijual di sini. Design pencil box dan set alat tulis di sini pon cantik-cantik belaka.
Kelebihan dan Keistimewaan Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari
Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari
Kat Malaysia ni ada 90 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Seluruh Negeri di Malaysia ni ada. Macam Marina kat Ipoh ni siap ada 2 outlet lagi. Korang bolehlah pilih mana-mana outlet ikut keselesaan dan yang terdekat dengan korang. Senarai cawangan Pusat Pakain Hari-Hari korang boleh rujuk sini www.hari.com.my/locator
Diskaun 10% Beli Di Online Store
Sempena kempen "Kembali Ke Sekolah (Back To School)", apabila korang beli kelengkapan sekolah secara online di online store Pusat Pakaian Hari-Hari www.ehari.com korang akan menikmati diskaun sebanyak 10% untuk semua barang keperluan sekolah untuk item yang berharga RM10 dan ke atas.
Kempen ini sedang berlangsung sehingga 31 Mac 2022.
Jimat Berganda di Shopee!
Apa yang korang dapat kalau beli di kedai Shopee Pusat Pakaian Hari-Hari? (Shopee: harihari_). Banyak korang boleh jimat.
• Pada pengguna tegar Shopee, pasti korang sediamaklum, apabila shopping di Shopee korang boleh dapatkan penghantaran PERCUMA yang ditawarkan oleh pihak Shopee. Setiap pembelian RM15 dan ke atas korang boleh dapat FREE DELIVERY. tapi korang kena claim sendirilah voucher FREE POSTAGE tu pada Shopee.
• Korang akan menikmati 10% diskaun kalau korang beli secara atas talian untuk item RM10 dan ke atas.
• Kalau korang merupakan pengikut baru kedai harihari_ di platform Shopee, setiap pembelian minima RM50, korang akan menikmati diskaun sebanyak 5%.
• "Shocking Sales". Terdapat beberapa item yang korang akan dapat extra diskaun untuk masa yang terhad. Follow akaun Shopee harihari_ dan rajin-rajinlah check page Shopee harihari_
• Kempen ini sedang berlangsung sehingga 31 Mac 2022.
Penukaran Saiz
Marina faham, pada musim Covid-19 ni, kita kena extra careful menjaga SOP ketika berada di tempat awam. Mungkin korang beli baju sekolah di kedai tapi takut nak cuba baju. Balik rumah baru cuba. Ada yang macam ni kan? Ada juga parents yang prefer beli secara online sahaja kerana malas nak bersesak-sesak. Tetapi, malang tidak berbau, baju, kain atau seluar sekolah yang dah dibeli tu saiz terlalu kecil atau terlalu besar untuk anak-anak korang.
Jangan risau, di Pusat Pakaian Hari-Hari korang boleh buat penukaran baju, kain atau seluar sekolah dalam masa 7 hari dari tarikh korang beli. Tapi pastikan tag harga dan resit jangan dibuang ye.
Korang yang beli online pon boleh je buat penukaran di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia.
Jimat Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari!
Puas hati beli barang persekolahan anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Berbaloi-baloi dan jimat duit Marina beli kelengkapan sekolah di sini. "Marilah Pergi Hari-Hari!" shopping barang sekolah anak-anak. Buat persediaan awal-awal supaya takdelah kelam-kabut nanti.
2 Comments
Dulu kan..masa anak kecik mmg beli kat sini...tapi bila dia dh remaja...pandai memilih dh...hehe...but diakui pakaian swkolah kat sini kualiti tinggi dan boleh pakai lama
ReplyDeleteMemang best kalau shopping kat hari hari..lengkap semua dengan persiapan untuk anak² sekolah
ReplyDelete