Program Sesi Live 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Program Sesi Live 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | Apalagi yang Datuk Wira Dr Azizan Osman (DWDAO) nak buat ni kan? Tak jemu-jemu nak membantu masyarakat di luar sana untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Terkini Datuk Wira Dr Azizan dan Richworks mengadakan live session di channel telegram untuk membantu masyarakat meningkatkan ilmu usahawan secara PERCUMA. Tambahan pula, pada tahun 2022 ini rakyat Malaysia perlu bersedia hadapi kenaikan harga barang. Apa persiapan yang perlu rakyat lakukan untuk mengharungi isu ini? 




Mengenai Richworks

Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. 

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. 

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia. 

Sasaran Richworks adalah untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum.


Sumbangan Richworks pada Masyarakat 

Sebelum ini Marina pernah kongsikan Perjalanan Richworks pada tahun 2021, di mana Richworks bukan sahaja membantu para usahawan untuk bangkit berniaga, malahan Richworks juga ada membantu masyarakat di luar sana yang ditimpa malang seperti banjir yang berlaku di Selangor pada penghujung tahun lepas. 

Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan bermacam-macam lagi. Inisiatif ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu orang ramai melalui program-program percuma dari Richworks demi untuk membuka jalan dan meningkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.


Mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.




Kenaikan Harga Barang yang Semakin Meningkat! Bisnes Tahun 2022 Tak Mudah!

Adakah korang mengikuti isu semasa yang melanda Malaysia sekarang? 

Banyak perkara yang Datuk Wira Dr Azizan Osman kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk korang semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Kekal Lakukan Bisnes Seperti Biasa, Maka Dia Akan 'Mati'!

Semalam, DWDAO berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

DWDAO juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah. Apabila ditanya oleh seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Buat pertama kali DWDAO tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

"Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus," kata DWDAO. 

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan DWDAO, tak bersyukur jika mereka tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. 

"Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'," kata beliau lagi. 

Hargai apa yang korang ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika korang sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, korang sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka korang perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, korang yang akan ketinggalan.




Pantas Bertindak untuk Survive! 

Marina setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kalau korang merasa selesa dengan bisnes yang ada korang tengah usahakan tanpa melakukan perubahan, korang akan masih berada di takuk lama dan bisnes korang mungkin takkan survive untuk jangka masa yang lama. 

Korang kena pantas bertindak untuk meningkatkan bisnes yang korang tengah usahakan sekarang supaya lebih maju dan berdaya saing. 

Sertai Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada setiap Ahad ini, pukul 8.00 pagi.

"Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini," ajak DWDAO kepada usahawan di luar sana.


Pada korang yang ingin meningkatkan bisnes atau ingin memulakan bisnes, korang boleh ikuti sesi live dari Datuk Wira Dr Azizan secara PERCUMA! 

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus sangat program live session macam ni. Kita lebih dekat untuk tahu banyak ilmu tentang bisnes dan menjadi usahawan jutawan dalam musim pandemik ni.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete