Kesan Penggunaan Komputer dan Gajet Di Pejabat Terhadap Mata Dan Tips Penjagaan Kesihatan Mata

Kesan Penggunaan Komputer dan Gajet Di Pejabat Terhadap Mata Dan Tips Penjagaan Kesihatan Mata | Seperti yang kita sedia maklum, tempoh berkerja bagi sesebuah pejabat dalam satu hari adalah selama 8 jam. Korang yang kerja memang menghadap gajet atau komputer di pejabat, tahu tak apa agaknya kesan penggunaan gajet dan komputer kepada mata dan penglihatan korang? Pernah terfikir tak apabila korang menghadap skrin gajet atau komputer ini boleh menyebabkan kesihatan mata korang semakin lama semakin merosot? Pada yang menyedari tentang masalah ini, apa yang korang lakukan untuk menjaga mata korang bagi mengelakkan mata daripada rosak? 

Pada 22 Januari yang lepas, Marina ada menyertai sesi perbincangan secara online mengenai 'Penggunaan Gajet dan Komputer Di Pejabat : Apa Kesannya Pada Mata dan Penglihatan' yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hafidz Ithnin secara PERCUMA menerusi platform Biz Network iaitu platform yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Dr. Mohd Hafidz merupakan seorang pakar mata di Optom Eyecare dan juga merupakan Pensyarah di UIAM. Bagus juga dengar perkongsian begini sebab bidang kerja di jabatan Marina ni, urusan kerja memang menghadap komputer di pejabat. Bolehlah Marina kongsi perbincangan ini dengan kawan-kawan di office.





Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata  

Menurut sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, penggunaan gajet di kalangan penduduk Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Penggunaan gajet pada tahun 2019 telah meningkat ke 91% daripada 89% pada tahun sebelumnya. 

Selalu kita sibuk duk bising kat anak mata akan rosak kalau main gajet terlalu lama kan? Padahal rupa-rupanya kita sendiri di pejabat yang menghadap gajet, komputer atau laptop kerana komitmen kerja tanpa kita sedari akan menyebabkan kerosakan pada mata kan? Bukan sahaja pekerja di pejabat sahaja yang menggunakan gajet dan komputer. Malahan para usahawan juga banyak menggunakan gajet untuk mempromosikan produk mereka di media sosial kan? Apa kesannya kepada mata kita jika terdedah terlalu lama pada skrin gajet dan komputer? Apa sebenarnya kerosakan yang akan berlaku pada mata kita akibat daripada penggunaan gajet dan komputer ini? Kesan penggunaan gajet pada mata :


#1 Peningkatan power spek mata

Akibat daripada penggunaan gajet dan komputer yang terlalu lama, pekerja yang memang pakai spek mata akan menyebabkan power spek mata mereka semakin meningkat. Untuk makluman korang, kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun, power mata mereka lagi cepat naik berbanding orang dewasa. Apabila keadaan ini dibiarkan, bebola mata kita akan menjadi semakin lama semakin memanjang dan ianya akan menyebabkan saraf belakang mata kita koyak. Apabila saraf mata koyak boleh mengakibatkan mata kita buta. Apabila saraf dah terkoyak, kerosakan ini dah tak boleh berpatah balik dan pulih seperti biasa. 


#2 Otot fokus pada mata yang tak stabil

Mata kita ni seperti lensa kamera, boleh mengecil dan membesar. Apabila mata kita terlalu bekerja kuat dan terlampau fokus pada gajet tanpa merehatkan mata, sampai satu tahap otot mata kita tidak dapat berfungsi dengan normal dan baik. Kerja-kerja di pejabat dan bisnes korang akan terganggu dan akan menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat akan merundum.


#3 Mata cepat penat

Apabila kita terlalu lama fokus pada skrin, mata kita akan jadi penat dan penglihatan akan menjadi kabur dan pedih. Kalau mata dah penat dan tak mampu tertumpu pada skrin gajet atau komputer, bagaimana korang hendak selesaikan kerja korang dalam tempoh yang telah diberikan? Tambahan pula, para usahawan ni kerjanya tiada cuti dan tiada limit kerja. 24 jam, 7 hari seminggu bekerja sebab bekerja sendiri kan. Bagaimana korang nak elakkan kerosakan mata tanpa perlu meninggalkan gajet atau komputer?


#4 Juling

Yang ini Marina paling risau. Disebabkan kita tak menitikberatkan cara penjagaan mata dengan betul kerana terlampau fokus menghadap gajet atau komputer sebab nak kejar dateline kerja, boleh menyebabkan alignment mata kita dah lari kerana saraf mata dan auto fokus mata kita ada masalah.  Apabila masalah ini berlaku, ia boleh mengakibatkan mata kita menjadi juling. Sesetengah juling masih boleh dirawat tetapi memakan masa yang agak lama. Paling risau kalau juling kekal tak boleh dirawat. Sedihkan? Muka dah cantik,dah hensem tapi juling. Kita nak menyesal pon dah tak berguna. 


#5 Mata Kering

Macam mana gajet dan komputer boleh menyebabkan mata kita kering? Apabila korang tengok gajet atau komputer terlalu lama dan dengan jarak yang dekat, mata korang akan kurang berkelip. Untuk makluman korang, mata kita ni sentiasa ada air yang menyebabkan mata kita selesa, bukan air mata tau tetapi air di dalam mata. Apabila terlalu lama tengok gajet sehingga mata kurang berkelip, kawasan dalam mata terdedah dan akan menyebabkan mata kita kering. gajet akan menghasilkan cahaya biru pada paparan skrin. Pendedahan kepada cahaya biru yang terlalu lama boleh menyebabkan kita susah untuk tidur. 





Tips Penjagaan Mata Ketika Bekerja Menggunakan Gajet atau Komputer Di Pejabat

Penjagaan mata adalah amat penting. Seumur hidup kot nak guna mata. Tetapi macam mana nak elakkan kerosakan mata semasa bekerja di pejabat? Komitmen kerja di pejabat memang tertumpu pada penggunaan gajet dan komputer. Takkan nak tukar kerja yang takde melibatkan penggunaan gajet atau komputer pulakkan? Sama jugak kalau korang menonton televisyen. Televisyen juga mengeluarkan bkue light yang boleh merosakkan mata jugak tau. Risau pulakkan? Korang tak perlu risau. Korang masih boleh menjaga kesihatan mata walaupun terdedah kepada gajet atau komputer semasa di pejabat dengan melakukan tips-tips ini :

#1 Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet

Apabila mata korang terasa penat dan kabur, adalah disarankan untuk rehatkan mata seketika dengan cara melihat pemandangan jarak jauh dalam beberapa jam. Setelah mata dah mempunyai rehat yang cukup, korang boleh sambung semula menggunakan gajet.


#2 Kanta khas untuk penggunaan gajet

Pada pekerja yang kurang masa untuk merehatkan mata, korang boleh menggunakan kanta mata khas ketika menggunakan gajet atau komputer. 


#3 Penggunaan kanta penapis berwarna biru

Untuk makluman korang, pada skrin gajet atau komputer korang mempunyai cahaya putih, merah, hijau dan biru. Cahaya biru pada skrin gajet tu yang akan mengganggu hormon korang. Gangguan hormon ini akan menyebabkan korang susah untuk tidur. 

Korang boleh buat kanta khas iaitu cermin mata anti blue light di kedai cermin mata semasa korang menggunakan gajet atau komputer untuk melindungi mata korang daripada terkena cahaya biru terus ke mata korang. 


#4 Guna air mata tiruan (artificial tears)  sekiranya mata menjadi kering

Korang pernah perasan tak, ada sesetengah individu menggunakan air mata tiruan di pejabat korang? Ini adalah merupakan salah satu untuk menjaga mata korang apabila mata korang kering. Air mata tiruan ini banyak dijual di farmasi-farmasi. Tujuan air mata tiruan ini untuk membantu mata korang selesa. 


Promosi di Optom Eyecare!

Bukan selalu Optom Eyecare buat promosi begini! Sekarang Optom Eye sedang mengadakan promosi sebanyak 50% untuk cermin mata BeSpoke dengan menggunakan PROMOCODE : optommara

Korang berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50% untuk cermin mata BeSpoke Frame dengan mengunjungi kedai Cermin Mata Optom Eyecare di Bangi. BeSpoke Frame ni merupakan frame customize mengikut bentuk muka korang. Frame jenis BeSpoke ini yang jarang didapati di kedai-kedai cermin mata yang lain. Frame BeSpoke ini diperbuat dengan menggunakan teknologi daripada German. 

Kunjungi Optom Eyecare di Bangi sekarang sebelum promosi Bespoke ini ditamatkan! Makluman lanjut korang boleh hubungi Optom Eyecare :


OPTOM EYECARE BANGI
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093

Post a Comment

1 Comments

  1. Zaman sekarang cermin mata blue light filter memang jadi kewajipan untuk pengguna komputer walaupun tidak rabun.

    ReplyDelete