Perjalanan Richworks Sepanjang 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula yang Terkesan Banjir dan Pandemik

Perjalanan Richworks Sepanjang 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula yang Terkesan Banjir dan Pandemik| Pada tahun 2021 yang lepas, rakyat Malaysia diuji dengan pelbagai cabaran apabila negara dilanda pandemik dan musibah banjir. Ramai peniaga terpaksa menghadapi cabaran ini dengan redha dan sabar. Mengimbau kembali perjalanan Richworks pada tahun 2021 yang lalu, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Richworks bagi membantu usahawan bangkit semula. 

Sebelum ini, Marina ada kongsikan mengenai program percuma Bangkit dari Bisnes 3.0 anjuran Richworks untuk mereka yang jatuh tersungkur kerana hilang punca pendapatan akibat pandemik. 

Terbaru, penghujung tahun 2021 pula, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir yang melanda Selangor. Sedih dan simpati terhadap sahabat-sahabat yang terpaksa mengharungi dugaan ini. Mereka pon tak sangka tempat tinggal selama ini tak pernah banjir, tiba-tiba dilanda banjir. Tiada persiapan dilakukan untuk menghadapi banjir. 

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik dan banjir. Sehubungan itu, Richworks mahu fokus untuk nak support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka. 

Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan bermacam-macam lagi. Inisiatif ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu orang ramai melalui program-program percuma dari Richworks demi untuk membuka jalan dan meningkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan. Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 sehingga capai kejayaan.

richworks 2021




Covid-19 Hampir Meragut Nyawa Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO), Pengasas Richworks, Komited Laksana Program Percuma Bantu Usahawan

Richworks memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Kesembuhan beliau dari Covid-19 akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 


Richworks Bantu 605,000 Orang Bangkit Semula Dari Kejatuhan

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks.
 
Malah salah satu program Richworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Kempen Richwell dari Richworks Bantu Masyarakat

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
 
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.



Program Bimbingan Dari Richworks Lahirkan Ramai Usahawan Mencapai Jualan Jutaan Ringgit

Untuk makluman korang, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga pernah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
 
Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Seramai 72 usahawan pula berjaya mencapai jualan RM1 juta yang pertama dalam setahun melalui program bimbingan Spire.
 
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta 
ke atas) pada 2021.





Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Diabadikan Dalam Bentuk Video

Kisah perjalanan RichWorks yang diusahakan pada tahun 2021 dikongsikan di video ini dan Richworks akan pergiatkan lagi tahun baru ini.



Semoga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan.


Tentang Richworks

Richworks International Sdn. Bhd.  merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.




Post a Comment

9 Comments

  1. Moga makin ramai yang akan tampil dan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, tak kira apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  2. Bagus Richworks ni bantu masyarakat. Sekarang program WBB dah masuk Dewan Rakyat semua nak bantu masyarakat kita semakin maju sebagai usahawan. Tahniah atas usaha mereka.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni, ada juga yang nak membantu memberi semangat kepada meraka yang terkesan kan.. tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  4. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  5. Bagus richwork bantu peniaga mendepani pandemik dan bencana. semoga semua peniaga terus bangkit dan tidak berputus asa. keep up the good work

    ReplyDelete
  6. terbaik richworks.. sentiasa bersemamgat membantu lebih ramai usahawan untuk lebih maju ke hadapan

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  8. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  9. usaha murni yang patut dicontohi..good job Richworks..:)

    ReplyDelete