Bayar Zakat Online Menggunakan FPX Payment di Cawangan Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Online Menggunakan FPX Payment di Cawangan Lembaga Zakat Selangor  | Rupanya baru Marina tahu sebenarnya pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajar ke peringkat universiti. Terbaru, seramai 5 orang pelajar menerima tajaan Dermasiswa LZS berlepas ke Jordan. Ye lah mana nak taunya. Kalau ikutkan Marina bukanlah dalam golongan yang layak menerima zakat. So kisah mengenai bantuan yang diberikan oleh pihak lembaga zakat Marina tak ikut sangat tapi Marina bayar zakat tau. Hehe. Lagi-lagi sekarang dah mudah nak bayar zakat. Macam-macam cara korang boleh bayar zakat. Pihak lembaga zakat juga telah menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan korang tunaikan zakat. Cara mudah, selamat dan cepat korang boleh bayar zakat melalui online je.

Marina ada terbaca di Facebook milik LZS, ramai juga yang kecam dan mempersoalkan kredibiliti pihak LZS dalam melaksanakan kerja. Ada yang kata nak mintak bantuan agak sukar. Mungkin inilah sebabnya ada sesetengah pihak yang bersuara sebab tak nampak impaknya apabila mereka membayar zakat kepada lembaga zakat.Tapi kita kena ambil maklum juga, bukan korang sahaja yang mohon. Sebelum diberikan bantuan, pihak LZS akan siasat terlebih dahulu kelayakan pemohon tersebut. Mungkin ada yang layak dan lebih memerlukan daripada korang. 

Teringat kisah Marina nak masuk universiti dulu. Marina bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Dulu, masa Marina nak masuk universiti, Marina menangis sebab tiada duit nak mendaftar di universiti. Kalau ikutkan nak menerima bantuan dari badan-badan tertentu, tak layak sebab mak dan ayah masih bekerja. Nak mintak biasiswa, keputusan periksa tak begitu memberangsangkan. Ayah bekerja sendiri, ada ada masa tiada pendapatan. Harap gaji mak je le. Adik-beradik 5 orang. Pada masa tu semua belajar lagi. Nak kata susah sangat tu taklah, tapi kurang berkemampuan. Masa tu, nak daftar universiti, pinjam duit makcik. Sedih sangat pada waktu tu. Bila dah masuk universiti, Marina mohon PTPTN. Itupun dapat separuh sebab mengikut kelayakan gaji mak dan ayah. Haaa...nampak tak? Walaupun gaji mak ayah boleh dikatakan mampu tapi sebenarnya tak mampu nak tampung pembelajaran. 

Apa yang Marina nak sampaikan di sini adalah, janganlah kita pertikaikan bantuan zakat tu dan jadikan alasan untuk tidak membayar zakat. Apa yang penting, kita mampu untuk bayar zakat, kita laksanakan kewajipan kita. Dengan zakat yang kita bayar tu, mudah-mudahan membantu mereka yang betul-betul memerlukan. Kita tak tahu kesusahan yang dihadapi oleh mereka.


 

Bayar Zakat Secara Cashless Melalui Online FPX payment di Cawangan LZS

Terbaru, YB Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan varian Omicron dah berada di Malaysia. Pada ketika ini pembayaran zakat menggunakan FPX payment adalah sangat-sangat disyorkan bagi mengurangkan penularan varian ini. Cara pembayaran ini adalah yang paling selamat. Sebagai makluman, FPX adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. FPX bertindak sebagai orang tengah antara pembayar, peniaga dan bank. 

Pada mereka yang suka membayar zakat terus di cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS), korang boleh je datang tunaikan zakat tanpa membawa cash. Salah satunya menggunakan FPX payment. Biasanya yang suka datang cawangan ni mereka yang dah berumur. Mungkin yang datang ke cawangan LZS kerana berdekatan dengan rumah dan memudahkan urusan mereka kerana ada staff yang boleh membantu melaksanakan pembayaran zakat secara online. 

Makluman kepada korang yang hendak datang ke cawangan LZS untuk membayar zakat, bermula 1 Disember 2021, urusan perkhidmatan di semua cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan dibuka 7 HARI SEMINGGU sepanjang bulan Disember 2021.

Waktu Operasi LZS adalah seperti berikut:
• 1hb - 28hb Disember (setiap hari termasuk cuti umum) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG
• 28hb Disember - 31hb Disember (Rabu-Jumaat) : 9.30 PAGI - 8.00 MALAM.
• Cawangan UTC Shah Alam (Isnin-Ahad) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG, manakala pada CUTI UMUM DITUTUP.




Cara-cara Menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi"

Kempen tunaikan zakat kini kembali. Kali ini bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH).
Korang berpeluang memenangi hadiah menarik dan berkongsi hadiah yang dimenangi dengan asnaf. 
Wang tunai jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021

Korang perlu ikuti 2 langkah ini untuk menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi" dan korang berpeluang memenangi hadiah menarik :

#1  Tunaikan zakat di mana-mana platform LZS. (online, ejen LZS, cawangan LZS)

#2 Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan.

Untuk makluman lanjut sila layari: https://my2point5.zakatselangor.com.my/


Sambil berzakat sambil menyertai kempen Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi" anjuran LZS. Sedikit bagi korang, besar maknanya buat mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada pembayar Zakat Selangor. Jom bersama kita berikan sokongan dan sinar baharu kepada saudara-saudara kita yang terjejas. Tunaikan zakat bersama Lembaga Zakat Selangor. 


Website :

No comments:

Powered by Blogger.