Review Perodua Aruz 2021

Review Perodua Aruz 2021 | Inilah first time Marina review pasal automotive. Marina teruja nak sharing pasal Perodua Aruz yang Marina baru beli awal tahun 2021 haritu. Tak pernah-pernah Marina nak bercerita mengenai kereta. Marina cerita jugak sebab ini pertama kali beli kereta menggunakan nama Marina setelah berbelas tahun bekerja tapi husband yang bayar bulanan. Haha. Bijak tak Marina? Mesti korang tertanya macam mana sebelum ni, pergi kerja tak guna kereta ke kan? 

Feel tu lain bila kita beli kereta sendiri atas nama kita sendiri. Walaupun kereta kelisa yang Marina pakai selama ni atas nama Marina, tapi kereta tu bukan Marina yang beli sendiri. Kat sini Marina bukan nak bercerita tentang cara nak beli kereta, proses beli kereta atau tips beli kereta. Di sini Marina lebih kepada ingin berkongsi pengalaman yang Marina lalui semasa proses membeli kereta Perodua Aruz Advanced versi 2021, new model semasa tempoh PKP ni. 

aruz



Bila Marina Mula Bawak Kereta?

Actually Marina mula memandu kereta dari Marina zaman belajar lagi. Selepas umur mencecah 18 tahun, arwah ayah daftarkan Marina untuk belajar memandu. Setelah lulus ujian bertulis dan praktikal di jalan, arwah ayah belikan kereta baru untuk kakak dan Marina pakai kereta kakak yang lama. Kereta pertama yang Marina pakai semasa ke kuliah adalah kereta Perodua Kancil. Untuk kakak, arwah ayah belikan kereta Perodua kelisa. Tapi masa tu Marina yang rasmi dulu, sebab kakak belajar jauh nun di Sintok. Marina ingat lagi, kereta kelisa tu merupakan kereta perodua yang pertama menggunakan power stereng (stereng tak berat). Sebelum Marina ada lesen memandu ke kuliah, arwah ayahlah yang hantar Marina ulang alik ke kuliah. Bila kereta arwah ayah rosak, Marina terpaksa berbasikal ke kuliah. 

Setelah kakak dah bekerja dan kawen, kereta kelisa tu Marina dan adik pula guna secara bergilir. Zaman ni Marina melanjutkan pelajaran di Selangor dan adik pon belajar di sana (tapi universiti yang berlainan) sampailah Marina bekerja, Marina gunakan kereta kelisa.

Setelah Marina berkahwin, kelisa adik pulak yang pakai. Selepas berkahwin tu, ada rezeki sikit, husband beli Perodua Myvi. So, Marina pergi kerja naik Myvi. Sampai sekarang masih guna Myvi tu. Nampak tak, memang sejak dulu lagi guna kereta jenama Perodua. Haha.


Perodua Aruz Bukan Dalam Senarai

Sebenarnya memang dah lama duk fikir nak beli ke tak kereta baru ni. Kalau ikutkan dah malas nak berhutang, lagi-lagi nanti bila dah pencen. Marina nak pencen nanti dengan tenang dan bebas hutang tapi apakan daya, kereta Myvi dah lebih 10 tahun dan kereta kelisa arwah ayah bagi Marina pakai lepas semua adik-beradik masing-masing dah bekerja dan beli kereta sendiri. Arwah ayah suruh tukar nama kereta tu ke nama Marina.

Dulu sebelum wujudnya Covid-19 ni, Marina selalu travel ke KL ataupun Penang atas urusan kerja. Memandangkan dua-dua kereta tu pon condition tak berapa nak ok, Marina ambil keputusan untuk beli kereta baru. Tapi masa berbincang dengan husband, Aruz bukanlah dalam senarai.



Macam Mana Boleh Terbeli Perodua Aruz?

Wahhh terbeli tu. Haha. Kisahnya gini. Masa bulan Januari 2021 tak salah Marina, adik ipar nak ambil kereta Axia, baru beli. Time tu Marina, husband dan Miqaila naik kereta kelisa dan follow sekali ke Perodua sebab adik ipar takut nak bawak kereta baru. Jadinya, husband bawak kereta baru tu dan Marina bawak balik kereta kelisa. Semasa dalam proses nak ambil tu, Miqaila ternampak kereta test drive Perodua Aruz yang parking kat situ. Secara spontan dia cakap, 'Ayah belilah kereta ni.' Sempatlah kiteorang tengok dalam kereta tu macam mana tapi tengok gitu-gitu je lah. Masa ni hati tak kuat lagi nak sangat beli kereta baru.

Agak sukar juga buat keputusan nak beli kereta baru. Setelah lama berfikir, mempertimbangkan keadaan kereta sedia ada dan teringat balik pengalaman kereta rosak semasa tengah travel, Marina nekad untuk beli kereta baru jugak.

Marina dan husband tak cerewet sangat bab beli kereta ni, janji boleh jalan. Cumanya kalau beli ape-ape pon, husband selalu cakap, 'Kalau beli tu biarlah puas hati, benda bukan murah. Bila tak puas hati nanti menyesal, nak tukar lain.' So makanya, kiteorang kaji dan fikir habis-habis. Bukan kereta je, beli benda lain pon sama. 

Asalnya dalam perancangan, kiteorang nak beli Axia. At least ada satu kereta baru untuk travel jauh. Bila tengok spesifikasi kereta di katalog, dari decide nak beli Axia kiteorang upgrade ke Saga BLM sebab husband nak bonet yang luas. Apabila tengok harga yang full spec, harga tak jauh beza dengan Alza. Alza yang baru cantik juga tapi sebelum ni arwah ayah pernah guna Alza, di bahagian belakang tak ada aircond. Memang pernah ada experience duduk di belakang sekali dan terasa agak panas. So, Alza memang tak masuk dalam list. Nak dijadikan cerita, rezeki anak-anak sebab diorang nak kereta 7 seater, makanya belilah Aruz. Bila dah nekad beli Aruz, kiteorang ambil keputusan untuk jual kelisa.


Spesifikasi dan Keistimewaan Perodua Aruz

Kereta Aruz ni merupakan kereta auto pertama Marina. Selama ni bawak kereta manual je. Zaman belajar U dulu pernah bawak kereta auto member dan kereta adik. Lama dah tak bawak kereta auto. Boleh bawak tapi takut nak bawak sebab Aruz ni besar, takut nak bawak kat tempat yang sempit. 

Ok, bab spesifikasi ni Marina taknak cerita lebih-lebih, korang pon boleh refer pada website perodua kalau nak tahu detail pasal spec Aruz. Marina cerita part yang Marina nak cerita je. Haha. Marina tak tahu pada korang spesifikasi ni special tak pada korang tapi pada Marina agak special lah jugak. Awalnya Marina tak tahu pon Aruz ada spesifikasi macam ni. Banyak juga keistimewaan dia yang lain, macam airbag, reverse camera dan usb port, tapi Marina suka spesifikasi yang Marina nak cerita ni.  Spesifikasi dan keistimewaan Perodua Aruz :


#1 Tempat slot TNG

Tak sangka ada tempat slot TNG. Korang siap boleh check balance kad. Then ada tempat detect Smart Tag. So bila lalu tol, bolehlah lalu lorong Smart Tag. Tapi pastikan korang letak kad TNG kat slot dia lah. 


#2 Fungsi ECO

Aruz ni ada button untuk fungsi ECO. Nak jimat minyak bolehlah on kan button ECO ni tapi ada gak yang tak minat guna fungsi ni sebab bila stop kat traffic light je enjin mati. 

#3 Tayar Spare

Tayar spare dia tayar yang ada rim, bukan tayar kereta sorong.

#4 Dash Cam

Dulu tengok adik pakai dash cam, Marina pon macam teringin jugak nak pakai. Kan boleh beli yang external tu kan. Tapi sampai sudah tak beli. Sekarang takyah beli dah sebab Aruz ni ada built in dash cam sekali. 

Apa yang Membuatkan Marina Beli Aruz 

Tak banyak sebab kenapa Marina beli Aruz. 2 sebab ni je yang membuatkan Marina buat keputusan untuk beli Aruz :

#1 7 Seater

Anak-anak nak kereta 7 seater walaupon bonet kecil. Walau bagaimanapun seater boleh dibuka untuk menjadikan ruang bonet jadi luas. Bolehlah korang letak basikal dalam kereta atau hampar toto untuk tidur dalam kereta.

#2 Aircond / Penghawa Dingin

Ada aircond di atas bahagian belakang untuk penumpang di belakang. Sesetengah kereta aircond nya di bahagian bawah. 



Pengalaman dan Proses Beli Kereta Semasa Musim PKP

Tak dinafikan kereta dapat lambat musim PKP ni. Actually Marina dah beli nombor awal sebab nak dapatkan plat kereta yang sama dengan Myvi. Waktu tu plat Perak dah tak ada nombor yang Marina nak, hanya ada nombor plat dari negeri lain. Beli plat nombor dalam RM300 lebih. Kalau beli running number pon harga RM300 lebih, lebih baik pilih nombor kan? Tapi nombor yang Marina nak tu takdelah sampai bid dengan pembeli lain.

Marina beli kereta melalui kawan husband. Seperti prosedur biasa, kawan husband meminta salinan kad pengenalan, slip gaji dan bank statement untuk tempoh 3 bulan. Setelah buat pengiraan, gaji Marina lepas untuk buat full loan. Kiteorang decide untuk buat full loan je memandangkan bayaran bulanan tak banyak beza. Selepas dapat tahu Marina layak buat loan, Marina bayar RM100 pada Perodua untuk booking kereta. Penghujung bulan April, pihak Perodua call minta datang ke bank untuk sign agreement.

Setelah beberapa minggu lepas sign agreement, husband Marina ada jugak duk whatsapp kawan dia tanya status. Bukan apa, cumanya takut nombor plat yang dah dibeli tu tak expired. Kalau expired kan dah rugi RM300 lebih tu, nak kena beli nombor lain. Nak ke JPJ untuk pendaftaran kereta pon kena buat appointment. Satu lagi, agreement bank yang dah sign kalau dah lebih 3 bulan, nak kena sign lain pulak. Rate pulak tak tau macam mana. Kalau berubah jadi lagi mahal, leceh jugaklah. 

Kalau tak salah Marina, kereta dah ada kat showroom bulan Jun aritu, tapi kawan husband bagitahu, showroom tutup, tak boleh nak ambil kereta sebab PKP. Berhabuk kereta dekat showroom tu. Setelah 3 bulan lebih menanti, selepas whatsapp berkali-kali, akhirnya dapat juga kereta Perodua Aruz. Itupun COD di McDonalds sebab showroom belum dibuka kepada pelanggan. Bersyukur juga sebenarnya dapat kereta lambat, ada hikmahnya sebab kereta Aruz yang Marina dapat ni versi yang latest. Kereta ni dilengkapi dengan side step, safe duit hakak takyah dah tambah accesories kan.  

Alhamdulillah penyerahan kereta berjalan lancar dan sekarang ni pon Marina dah bawak kereta Perodua Aruz untuk servisnya yang pertama.

Marina ada buat video di Youtube Perodua Aruz tour, silalah layan. Terima kasih pada yang sudi views. 3 minggu, 1.4k view. Kalau sudi subscribelah sekali sampai 1k subs. Hehe.






Post a Comment

4 Comments

  1. hurm..to be honest,yong pun berkenan aruz ni sebab mikir family car..dari start mngajar,yong pakai Saga FLX sebab kategori pilihan time tu nak bonet besar.ayah dah pakai viva + alza so nampak payah nau xde bonet..tapi tu lah sekarang ni masih steady dengan saga, ogos tu dah habis bayar..kalau beli alahai tambah hutang..tengoklah keperluannya..simpan hajat dulu

    ReplyDelete
  2. Adik saya beli Aruz..lawa bentuknya ni

    ReplyDelete