Program Percuma Titan Summit 2021 Bongkar Kisah Jatuh Bangun Tya Arifin Dalam Bisnes

Program Percuma Titan Summit 2021 Bongkar Kisah Jatuh Bangun Tya Arifin Dalam Bisnes | "Jika diimbau kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah," kata Titan Premier Richworks, Tya Arifin yang akan kongsikan kisah kejayaan beliau dalam perniagaan Jamu Mutyara yang diusahakan bersama suaminya, Asyraf Khalid di Program Titan Summit 2021 nanti. Kisah Tya Arifin dan Asyraf Khalid ni menarik perhatian Marina. Kenapa? Korang kena baca sampai habis.

Bukan senang menjadi seorang anak ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Asyraf Khalid terpaksa abaikan kata-kata negatif daripada orang luar apabila mereka beranggapan kejayaan yang dikecapi beliau sehingga kini menggunakan 'tiket' bapanya. Tambahan pula, Asyraf dan Tya dikatakan menumpang populariti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan ibu tirinya.

Kalau Marina pon akan beranggapan yang sama dengan orang luar sana. Untung jadi anak orang yang berpengaruh. Senang nak buat bisnes. Laluan dah ada. Rajin atau tak je kan? Tapi tidak pada Asyraf Khalid. Walaupun latar belakang Asyraf di kalangan ahli keluarga yang berpengaruh, tetapi Asyraf tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya.

Tya Arifin dan Asyraf Khalid adalah merupakan usahawan jutawan Richworks yang akan bersama-sama 99 usahawan jutawan yang lain akan kongsikan jatuh bangun mereka dan bagaimana mereka bangkit kembali dalam bisnes terutamanya ketika waktu pandemik ini secara Virtual Online Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya yang dianjurkan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO) dari Richworks International Sdn Bhd. yang akan berlangsung selama 3 hari. 

Meneruskan Warisan Bapa, Tya Arifin Jual Jamu

Tya Arifin sudah lama ingin berniaga jamu dan mahu meningkatkan kesedaran pada orang Malaysia, mengamalkan jamu adalah sangat penting untuk kesihatan dalaman. Idea perniagaan jus kesihatan Mutyara ini tercetus adalah kerana sejak dahulu lagi bapanya merupakan penjual jamu di Indonesia. Impian Tya Arifin ingin menjual jamu akhirnya terlaksana dan dapat meneruskan warisan bapanya.

Jamu Mutyara yang bernaung di bawah syarikat A KLASSE ESSENTIALS SDN BHD (MUTYARA) ini merupakan resepi jamu tradisi turun temurun keluarga Tya yang telah ditambah baik untuk memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya. 

Asyraf dan Tya Pernah Terpaksa Catu Makanan

Berkongsikan kisah perjalanan bisnes sebelum memulakan perniagaan Mutyara, Asyraf mula minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum berkahwin beliau menceburkan diri dalam bisnes pengurusan artis. Beliau banyak kali berniaga langgar dinding sehingga berhadapan dengan hutang mencecah ratusan ribu dan bisnesnya terpaksa ditutup.

Mengimbau kembali pengalaman lalu, Asyraf dan Tya juga pernah satu tahap sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Mereka pada waktu itu hanya mempunyai RM10 dan perlu memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran mamak.

Asyraf mula menumpukan perhatian dalam mengukuhkan perniagaan jamu Mutyara bersama Tya Arifin, dengan hasil kerja keras dan titik peluh mereka sendiri sejak tiga tahun lalu. Di sebalik kejayaannya dalam perniagaan, Asyraf mengakui, Tya juga menjadi tulang belakang yang menyokongnya sejak mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.

Nampak Hala Tuju Selepas Berguru Dengan DWDAO 

“Saya percaya ia adalah proses," kata Tya Arifin. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan Tya Arifin dan Asyraf Khalid hari demi hari.

Selepas kecundang di dalam bisnes pengurusan artis, Asyraf mengambil keputusan untuk pergi belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks tentang marketing. Ilmu yang dikongsikan oleh DWDAO dan Richworks telah mengubah hidupnya hingga bisnes mulai berkembang. Perjalanan jenama Mutyara, mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2018. Jualan jus kesihatan ini telah mencapai 7 angka pada tahun itu.

Jika diimbas kembali, perniagaan Mutyara ini bermula hanya di sebuah rumah di Cyber Jaya. Ingin membina bisnes ke tahap tinggi lagi, Asyraf menyertai sesi BEST anjuran RichWorks pada Oktober 2019. Seterusnya Tya Arifin pula menyertai program MMM. Pada tahun 2019, Asyraf telah diterima sebagai ahli Titanium Circle. Dengan perniagaan yang semakin berkembang, mereka berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun 2019.


Mutyara Makin Berkembang Selepas Menyertai Titanium Circle

Tya Arifin telah menyertai Titanium Circle pada tahun 2020.  Selepas menyertai circle ini, Tya lebih yakin untuk membawa bisnes ke tahap seterusnya. Mutyara kini semakin berkembang dari pejabat yang hanya beroperasi dari sebuah rumah pada awalnya, kini Tya Arifin dan Asyraf Khalid boleh tersenyum bangga kerana memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara. 

Selain itu, Tya dan Asyraf yang dahulunya hanya mempunyai 3 orang pekerja, kini meningkat kepada 12 orang. Kini Tya mampu menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperolehinya.

Melihat staf yang begitu dedikasi komited dalam kerjaya bersama Mutyara, Tya Arifin dan Asyraf Khalid berkongsi rezeki dengan menghadiahkan kereta kepada 2 orang pekerjanya.  


Merasmikan Wisma Mutyara Bersama DWDAO


Bantu Usahawan Terkesan Akibat Covid-19

Tya dan Asyraf kini kian nampak ada hala tuju dalam hidup mereka. Mereka lebih bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain. Mereka bina jenama jamu ini kerana mahu membantu lebih ramai orang di luar sana sama-sama menikmati khasiat jamu itu. Tidak hanya terhenti di situ sahaja, mereka juga membuka peluang kepada yang berminat untuk menjana pendapatan dengan berniaga jamu Mutyara.

Ramai yang terkesan akibat pandemik Covid 19. Ada yang gajinya dipotong, lebih teruk lagi ada yang diberhentikan kerja. Tya yang kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mahu jadi usahawan Mutyara tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal. Tya ingin menarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Walaupun pandemik melanda negara ketika ini, itu tidak menjadi penghalang untuk Asyraf dan Tya membantu masyarakat untuk menjana pendapatan sampingan.


300 Usahawan Jutawan Berkampung Dalam Inner Circle Meeting Bagi Persediaan 2022

Seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. 

Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.

Kenapa Marina cerita tentang ni? Sebabnya DWDAO memberitahu, di kalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini. Terujakan?


Satu Misi Bantu The Nation : 100 Usahawan Terkenal Kongsikan Kisah Benar Tindakan Mereka Membina Perniagaan Walaupun Ketika Pandemik 

Seramai 100 usahawan jutawan akan ditampilkan menerusi program khas, berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini di dalam sesi Virtual Online Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya selama 3 hari secara percuma pada 24 hingga 26 September ini. 

100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

Nak Tahu Macam Mana Tya Arifin dan Asyraf Khalid Membina Perniagaan dan Bangkit Dari Jatuh?

Amacam? Teruja nak tahu macam mana 100 usahawan jutawan ini membina perniagaan mereka dan apa tindakan mereka terutamanya ketika pandemik ini? Korang boleh daftar cepat program Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya selama 3 hari secara PERCUMA ini dengan segera. Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Korang yang berminat nak mendengar perkongsian dari usahawan jutawan ini boleh layari laman web diorang dan daftar secara PERCUMA di sini https://richworkscom/titansummit


13 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Congratulations Tia Arifin. Semoga terus success ya. And thank you for sharing this story Marina Bashah.

    ReplyDelete
  2. kisah jtuh bangun tya ariffin ni boleh dijadikan satu inspirasi untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah. Congratulations Tia Arifin. Semoga terus success. Thank you for sharing this story, Marina Bashah.

    ReplyDelete
  4. Bagus tya dengan suaminya, jual dengan titik usaha sendiri. Masuk pulak program bisnes macam ni, memang dapat ilmu yang cukup. Program titan ni pun percuma, kene rebut peluang

    ReplyDelete
  5. patutla tya dan suami berjaya.. mmg kena berguru kan utk pastikan apa yg kita rancang dlm bisnes menjadi betul2

    ReplyDelete
  6. Tya Ariffin ni bukan sahaja boleh jadi contoh sebab Titan DAO. Tapi dari segi personaliti pun dia memang orang yang baik, cekal, gigih dan tegas. Selepas bernikah, dia tahu kehidupan akan berubah. Walau di perantauan. Dia bangkit mula berniaga. Suami adalah pendorong dia paling kuat kan. Sebab dia tiada siapa-siapa di Malaysia. Sikap dia humble je dengan semua tu paling Ruby kagum. Dia sentiasa menggali ilmu. Cuba itu ini. Sebagai ibu, ruby terinspirasi dengan Tya Ariffin. Melayan anak, suami, karier, bisnes, LIVE di socmed lg. Tya memang Titan yang baik utk dicontohi.

    ReplyDelete
  7. Kisah jatuh bangun insan sebegini memang sangat mengujakan dan very inspiring. Moga ianya dapat menjadi panduan buat yang lain menuju kejayaan.

    ReplyDelete
  8. Bagus semangat tya ni tau... Semangat dia kuat sgt... Plak tu dpt mak tri dato ct yg merupakan seorang bisnes juga. Tu smngt bisnes dia mencanak naik smpi berjaya

    ReplyDelete
  9. Memang cepat betul Tya ni naikkan, patutlah.. nengok laa mentornya sapa.. Banyak program DAO membantu mereka yang ingin berjaya ...

    ReplyDelete
  10. rezeki jika ada usaha keras pasti boleh...Subahanallah..

    ReplyDelete
  11. Terbaikla.. Siapa ade bisness kene join program mcm ni. Mana tau verjaya macam tya ariffin

    ReplyDelete
  12. Seronok baca kejayaan seseorang daripada zero menjadi hero. Daripada susah menjadi berjaya. Dato Seri Siti Nurhaliza antara tokoh yang saya rasa sangat berjaya. :)

    ReplyDelete
  13. Dasyat dan hebat founder! Dapat menten sales jutaan ringgit even pandemik. Memang anak didik DWDAO yang berjaya!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.