McDonald’s Malaysia Buka 10,000 Peluang Pekerjaan untuk Belia

McDonald’s Malaysia Buka 10,000 Peluang Pekerjaan untuk Belia | Belia perlu bijak merebut peluang  untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan dan tidak boleh terlalu memilih pekerjaan terutamanya pada waktu pandemik ini. Dengan pembukaan 500 restoran di seluruh negara menjelang 2026, McDonald’s Malaysia bakal wujudkan lebih banyak peluang kerjaya bermakna untuk generasi muda.

Sejajar dengan agenda nasional, McDonald’s Malaysia komited untuk terus membantu generasi muda membina kerjaya bermakna, dengan memperkembangkan potensi diri dan bakat mereka, melalui program-program kerjaya di McDonald’s direka khusus untuk golongan belia. 


10,000 Peluang Pekerjaan Baharu untuk Belia Negara! 

Memegang kepada pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,” McDonald’s Malaysia terus memberi sokongan kerjaya kepada belia negara, didukungi oleh kekuatan syarikat yang terletak pada kemampuan lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 restoran di seluruh negara. Dalam usaha untuk terus berkembang walaupun ketika pandemik, McDonald’s Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal dijana, melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026. Ianya secara langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya untuk belia negara.





Belajar sambil Bekerja 

Seperti yang sedia maklum, setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran selepas SPM sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah, mereka perlu menjalani praktikal di mana-mana syarikat untuk memenuhi syarat-syarat untuk graduasi. Tetapi belum tentu tempat yang korang praktikal akan menerima korang bekerja selepas korang berjaya dapat segulung ijazah. Berlainan pula apa yang ditawarkan oleh pihak McDonald's. 

Peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia merupakan antara kelebihan yang disediakan di McDonald’s, dengan matlamat mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap dan menerapkan nilai kerja yang boleh diguna pakai di mana-mana organisasi. Kelebihan-kelebihan ini disediakan sebagai platform untuk menarik minat belia memulakan kerjaya mereka di McDonald’s.

Melalui Akademi Vokasional McDonald’s, syarikat restoran khidmat segera ini menawarkan pendekatan pembelajaran yang pelbagai dalam menyampaikan prinsip latihannya. Ini termasuklah bimbingan sambil bekerja, latihan di dalam kelas, pembelajaran kendiri serta alat pembelajaran bersesuaian untuk kakitangan – kesemuanya direka khas bagi membolehkan golongan belia mendalami peranan mereka dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan.

Mengambil contoh dari Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, para perantis menjalani program selama 18 bulan yang merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan.


Program SLDN untuk Pelajar Lepasan SPM Bersama McDonald's

Marina teringat sewaktu menghadiri mesyuarat kemajuan tapak untuk satu projek ni. Ketika itu syarikat kontraktor yang mengendalikan projek ini sedang mencari pelajar lepasan SPM yang ingin menyertai program SLDN. Ini merupakan kali pertama Marina tahu mengenai program seperti ini dilaksanakan di Malaysia dan pada waktu itu, Marina rasa pelajar lepasan SPM ini sangat beruntung kerana mereka yang belum ada rezeki melanjutkan pelajaran, boleh sertai program ini dan mereka dibayar elaun. Bukan setakat elaun sahaja, mereka juga dapat ilmu dan pengalaman kerana mereka diberikan pendedahan kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Jika majikan berpuas hati dengan prestasi mereka, mereka ini berpeluang diserapkan bekerja secara tetap ke dalam syarikat. Majoriti peratusan untuk diserapkan ke dalam syarikat yang melaksanakan program SLDN ini adalah sangat tinggi.

Bagi SLDN bersama McDonald's, program ini dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), setiap perantis diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, kemudahan tempat tinggal, manfaat perubatan dan insuran serta makanan percuma sepanjang program ini. Sejurus tamat program, perantis berupaya untuk terus membina kerjaya di McDonald’s atau bekerja di mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia.


“Di McDonald’s, kami bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi kami juga komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. Sebagai majikan yang mementingkan pembangunan golongan belia Malaysia, kami ingin memastikan McDonald’s terus menjadi syarikat pilihan mereka, khususnya belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia. 

“Program-program kerjaya utama untuk belia, khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s, direka khas  untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna,” tambah Azmir.

“Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN ini telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Melalui program latihan kemahiran ini, dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah perantis menamatkan latihan adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri,” kata YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia.

jawatan kosong di McDonald Malaysia

Kata beliau, antara impak positif yang dilihat melalui SLDN adalah perantis dapat merasakan suasana bekerja yang sebenar dan mereka juga berkebolehan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu syarikat menghasilkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta dapat meningkatkan produktiviti. 

Menurut beliau juga, melalui program ini lebih 2,000 belia dilatih sebagai perantis di restoran McDonald’s di seluruh negara dengan jalinan kerjasama berterusan antara JPK dan McDonald’s. SLDN ini amat membantu perantis membina keyakinan diri dan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran diri masing-masing. Beliau berharap agar SLDN dapat diperluaskan agar lebih ramai belia dan beliawanis di luar sana menyertai program ini. 


“Program SLDN telah membuktikan kejayaan bersama terutama kepada belia dan syarikat. Usaha berterusan perlu diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran belia ke tahap yang lebih tinggi. Justeru itu, semua majikan diseru untuk mengambil peluang ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran dalam usaha membantu negara dalam hasrat mencapai negara maju,” tambah beliau.


Kerjaya Bermakna untuk Belia Malaysia Termasuk Golongan Asnaf dan OKU

Melalui kerjasama rapat dan berterusan daripada kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan, McDonald’s komited membentuk masa hadapan belia Malaysia dengan menyediakan pembangunan jangka panjang dan membantu kakitangannya mendaki tangga kerjaya dalam syarikat, sehingga mampu memimpin pasukan sebagai seorang pengurus. Setiap tahun, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi, dan kepakaran dalam operasi restoran.

McDonald’s juga mengambil 100 peratus rakyat Malaysia untuk bekerja dan mengutamakan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar. Sebagai sebuah syarikat yang inklusif dan berbilang bangsa, McDonald’s Malaysia memberi peluang pekerjaan sama rata dengan memastikan pengambilan golongan wanita daripada pelbagai latarbelakang dan orang kelainan upaya (OKU). Sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU. 

mcdonald malaysia buka peluang pekerjaan


Kisah Kejayaan Peserta Program SLDN Membina Kerjaya di McDonald's Malaysia

Tiada yang mustahil jika kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Apa yang perlu kita buat adalah sentiasa berusaha dan konsisten. Di atas dorongan dan latihan yang diberikan di dalam program SLDN, peserta yang dahulunya tiada keyakinan, kini dapat membina kerjaya mereka di McDonald's. Bekas pelajar dari program SLDN berkongsikan pengalaman mereka semasa dan selepas menyertai program ini.


#1 Pembangunan dan Keyakinan Diri

Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri atau Iman merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang. Bagi Iman, McDonald’s telah membantu beliau menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri. 

“Ketika pertama kali menyertai program ini, saya agak pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba perkara baharu. Melalui program ini dan selama saya di McDonald’s, saya menjadi lebih yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya saya, dengan mengatasi rasa takut melalui latihan ekstensif dan sokongan yang saya terima di sini,” kata Iman yang kini berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur.



#2 Latihan dan Pembangunan di Usia Muda

Khor Wei Nern atau Khor menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru di sekolah menengah beliau. 

“Saya bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. Dengan umur saya yang baru sahaja 18 tahun, pengetahuan dan latihan yang saya terima amat berharga bagi saya,” kata Khor yang sedang menjalani latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang.




#3 Mendaki Tangga Kejayaan 

Bagi David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj atau David, beliau mendapati program ini telah menyediakan pelbagai peluang termasuklah perkembangan kerjaya. 

“Saya bermula sebagai perantis, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s. Saya sudah bersama McDonald’s selama 3 tahun dan saya mahu menjadi Pengurus Besar Restoran sebaik tiba tahun ke-6 saya di sini. Saya juga telah menetapkan matlamat tahun ke-10 saya, untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi,” kata David yang kini berkhidmat di McDonald’s Pandu-Lalu Rawang dan merupakan antara perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald’s.




Membina Kerjaya Dalam Perniagaan Makanan Bermula Di SLDN Bersama McD!

Tahniah McDonald's Malaysia kerana melaksanakan program SLDN ini dan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang tiada rezeki melanjutkan pelajaran atau belum lagi ditawarkan dari mana-mana syarikat untuk bekerja. Kepada adik-adik di luar sana rebutlah peluang yang ada di depan mata. Sekarang bukanlah zaman untuk memilih pekerjaan. Dengan menyertai program SLDN ini, korang berpeluang membina kerjaya bukan sahaja di McDonald's malahan di mana-mana syarikat perkhidmatan makanan di Malaysia. Mana tahu rezeki korang membuka perniagaan makanan sendiri suatu hari nanti.

Sistem Latihan Dual Nasional


Post a Comment

10 Comments

  1. Dulu, masa lepas habis sekolah. Nak kerja separuh masa. Saya akan pilih company utk mula bekerja with great background. Bukan setakat background bagaimana ditubuhkan. Bagaimana mereka menjaga employees. Mekdi di antara salah satu yang saya pilih. Mereka sentiasa ada jawatan kosong. Tinggal nak apply atau tidak je. Cuma belia zaman sekarang ni tak taulah kenapa tak nak mencuba. Ilmu dr Mekdi ni bukan biashe biashe. Malah syarikat kukuh pula tu.

    ReplyDelete
  2. Kudos to Mcdonalds' Malaysia for such amazing job opportunities especially during this testing time. I am happy that they do employ those less privileged people as well.

    ReplyDelete
  3. Ok. Boleh share dengan kengkawan dan juga saudara mara yang mencari pekerjaan nie. Bagus McD nie membantu bagi rezki dan punca rezki kan.

    ReplyDelete
  4. This is a great initiative from McDonalds Malaysia. I believe this is good for those who wants to have a career in the F&B field. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah ada juga peluang perkejaan buat mereka muda belia.. mungkin juga boleh cuba bagi mereka yang ibu tunggal juga kan.. bagus McD.. tahniah..

    ReplyDelete
  6. bagus inisiatif yg ditawarkan oleh mcd.. membantu lebih ramai untuk mendapatkan keje.. begitu juga dengan ib tunggal

    ReplyDelete
  7. Bagus kan program McD ni memang sangat membantu anak muda yang betul-betul ingin berkerja lepas belajar. Peluang pekerjaaan pon banyak dengan mcd ni.

    ReplyDelete
  8. nice la. nak keje kena masuk kursus macam ni. baru mereka ni betul2 bagi komitmen.

    ReplyDelete
  9. Memang bagus Mcd buat kyrsus mc ni, kak pernah hadir vonvo dorang mng terbaik join dlm bidang ni

    ReplyDelete
  10. This is great! McD memang banyak membantu menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete