Ajaran Qadiani di Malaysia Merosakkan Akidah Umat Islam, Ketahui Ciri-Ciri Ajaran Sesat Ini!

Ajaran Qadiani di Malaysia Merosakkan Akidah Umat Islam, Ketahui Ciri-Ciri Ajaran Sesat Ini!  | Marina terpanggil nak kongsikan tentang ajaran Qadiani yang juga dikenali sebagai ajaran Ahmadiyyah yang boleh menyesatkan orang Islam ini dengan korang. Actually Marina pon baru tahu nama ajaran sesat ni. Di sini Marina nak kongsikan dengan korang ciri-ciri yang terdapat dalam ajaran Qadiani yang menyesatkan umat Islam. Sekiranya korang mengenali individu yang mengajar atau mengajak korang menyertai ajaran sesat ini, apa yang perlu korang lakukan? 


Semoga apa yang Marina share di sini dapat menambahkan pengetahuan korang mengenai perkara yang serius ini. 



Asal Usul Ajaran Qadiani

Ajaran Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam
Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian,
berhampiran kota Amritsar, Punjab. Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan
dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat
yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah
ajaran yang sebenar. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara
kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum
Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak
diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu
menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh. Terdapat pelbagai
penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani.

Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang
menerima wahyu. Beliau berkata: “Demi Allah yang nyawa saya di tanganNya,
Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan
bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai
tiga ratus ribu bukti.”

Beliau juga turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh
orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi
Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh Allah dan orang
yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi Allah
itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”.
Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya.” Turut mendakwa
dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan
perihal jihad seperti berikut:

“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang
ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada
pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada
doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk
mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat
suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan
dakwaannya.

Ciri-ciri dan Kesan Kepada Umat Islam yang Terpengaruh Dengan Ajaran Qadiani yang Perlu Diketahui - Keputusan Fatwa Selangor

Berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor
telah memutuskan bahawa :

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang
sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh
ulama Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak
telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di
Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka
dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa
alim ulama di negeri Selangor.

Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad.
Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan
ikrar dua kalimah syahadah.

3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:
• Sebagai nabi yang menerima wahyu.
• Imam Mahadi.
• Isa al-Masih.
• Mempunyai mukjizat.
• Para nabi menyaksikan dirinya.
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan.
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau
memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut :
• Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din
Ahmad (Khalifatul Masih II).
• Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar
Jema’at Ahmadiah.
• Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
• The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang
dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah
menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak
dan undang-undang sivil adalah:

1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah
Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
1984.

2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya.

3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya.

4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang
diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati
atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan
bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh
pihak berkuasa yang berkaitan.

Kesimpulan Mengenai Ajaran Qadiani 

Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi
pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak
akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan
diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama
bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan
akhlak umat Islam.

Qadiani Di Malaysia

Pada yang tidak tahu, ajaran sesat Qadiani ini memang wujud dan telah menular di Malaysia. Korang perlu berhati-hati dengan individu yang mengajak korang untuk menyertai mereka. Jaga keluarga korang terutamanya anak-anak yang baru nak mengenali dunia dan mudah terpengaruh dengan kepercayaan seperti ini. Sekiranya menjumpai individu yang mengamal ajaran Qadiani ini, jauhilah mereka dan ajaran yang boleh merosakkan akidah yang seterusnya boleh menjadi murtad. Sentiasalah berpegang pada Al-Quran dan berada di landasan Islam yang betul. 



Post a Comment

5 Comments