Hadiahkan Husband Jam Tangan Buruj Kiblat dan Waktu Solat Azan Dari Muslim Store

Hadiahkan Husband Jam Tangan Buruj Kiblat dan Waktu Solat Azan Dari Muslim Store | Pening fikir nak bagi hadiah apa pada yang tersayang ke tu? Ni nak story dengan korang, haritu Marina hadiahkan Jam Tangan Buruj pada husband. Konon-konon nak buat surpriselah. Takkan masa birthday atau anniversary je baru nak buat surprise kan. Bila-bila pon boleh bagi hadiah. Bukan kesayangan orang lain, kesayangan korang jugakkan? Hihihi. Jam tangan digital ni bukan jam tangan biasa-biasa tau. Jam tangan ni merupakan jam tangan yang mempunyai penunjuk arah kiblat dan Waktu Solat Azan. Marina memilih jam tangan Islamik dari Muslim Store sebagai hadiah kepada husband sebab yang plaing utamanyavjam ini mampu milik, tahan lasak, mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik. Marina pon baru tahu jam tangan kiblat ni ada di pasaran Malaysia. Apa lagi keistimewaan yang menarik tentang jam tangan solat ini? Korang kena baca review Marina sampai habis. 

Khadija - Islamic Lifestyle Store

KHADIJA - ISLAMIC LIFESTYLE STORE adalah merupakan kedai online yang menjual pelbagai produk Islamik hanya daripada peniaga Muslim Bumiputera sahaja. EMME MARINA ENTERPRISE telah ditubuhkan semenjak 2013 lagi. Syarikat ini dari sehari ke sehari makin berkembang sehingga kini. Produk yang boleh didapati di Muslim Store adalah : 
• Al-Quran Tagging
• Al-Quran Radio
• Al-Quran Digital
• Islamic Watch

Jam Tangan Islamik Buruj

Jam Tangan Islamic merupakan jam tangan yang mengetengahkan ciri-ciri islamik. Jam Tangan Buruj ini mempunyai 2 jenis iaitu jenis analog dan digital. Jam tangan ini terdapat banyak design yang boleh dipilih ikut citarasa korang iaitu :
• Buruj Couple Adam Hawa
• Buruj Arabic Classic
• Buruj Lady Aysa
• Buruj Orion 
• Buruj Qibla
• Buruj Qibla Special Edition
• Buruj Sport
• Buruj Tawaf Blackout Edition

Jam Tangan Digital Islamik Buruj Orion

Apa Istimewanya Menjadi VVIP CLIENT Khadija - Islamic Lifestyle Store?

Apa yang bestnya kalau korang jadi VVIP klien Khadija - Islamic Lifestyle Store jika korang beli jam buruj di sini? Korang akan menikmati :
• Diskaun 10% bagi semua produk jam tangan Buruj Watches.
• Percuma POSTAGE.
• Dapat notis paling awal sebelum customer yang lain setiap kali ada promotion atau model terbaru!
• Belian secara borong, korang akan dapat lebih banyak diskaun.

Keistimewaan dan Kelebihan Jam Tangan Buruj Orion

Jam tangan Buruj Orion mempunyai aplikasi canggih yang membuatkan korang teruja untuk memilikinya. Jam tangan ini sesuai sangat dijadikan hantaran kahwin lelaki dan wanita. Keistimewaan dan Kelebihan Jam tangan Buruj Orion berbanding jam tangan lain yang ada di pasaran :
• Automatik kiblat kompas sepantas 1.50 saat
• Jam buruj ini mempunyai waktu solat
• Boleh set nama (7 huruf) di display jam tangan. Selain di display, nama juga boleh diukir di tali jam. 
• Mempunyai penanda Al-Quran
• Kalender Hijrah dan Masihi
•  3 bahasa - Bahasa Arab, Bahasa Inggeris,  Bahasa Melayu
• Alarm
• Stopwatch
• Moon Age
• Daylight Saving Time (DST) untuk negara 4 musim sahaja
• Taqwim Malaysia
• Water Resistance (30 m) 


Spesikasi Jam Tangan Buruj Orion

Spesifikasi jam tangan Buruj Orion :
• Berat : 35g
• Case Diameter : 3 cm
• Case Thickness : 1 cm
• Case Material : plastik
• Band Material : Grain Leather
• Screen : Plastik
• Band Length (include case) : 24.5 cm
• Band width : 2 cm
• Mempunyai 2 warna pilihan iaitu coklat dan hitam

Fungsi Jam Tangan Buruj Orion, Jam Tangan Arah Kiblat dan Waktu Solat Azan Digital

Marina suka jam tangan Buruj Orion ni kerana ianya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jam tangan solat ini mengetengahkan ciri-ciri istimewa sebuah jam tangan digital bagi memudahkan urusan solat seharian. Buruj Orion ini mempunyai penunjuk arah kiblat dan waktu solat azan di mana sahaja korang berada. Banyak lagi fungsi menarik termasuklah boleh SET NAMA pada paparan skrin jam korang.

Ye, nama husband Marina, Fazli. Boleh setting nama pada display jam. Menarikkan? 

Buruj Orion Memudahkan Urusan Solat

Dengan adanya jam tangan digital Buruj Orion, urusan solat korang akan menjadi mudah :
• Tiada masalah terlewat atau terbabas solat. 
• Mudah mencari arah kiblat semasa korang melakukan aktiviti hiking, climbing atau travel.
• Boleh mengetahui waktu solat di luar negara apabila korang travel khususnya semasa menjalani ibadah haji dan umrah. 

Review Marina Mengenai Jam Tangan Buruj Orion

Masa Buruj Orion ni sampai, husband tak tahu pon hadiah ni untuk dia. Marina panggil dia, suruh dia unboxing. Dari riak muka, dia memang tak sabar nak belek-belek jam tangan buruj Orion ni. Marina bagitahu lah dia jam tangan ni, boleh tunjuk arah kiblat. Macam-macam dia tanya Marina tentang fungsi dan cara setting jam tangan solat ni tapi Marina kata Marina pon tak tahu. Hahaha. Kena godek-godek. Yang paling dia tak sangka, jam tangan ni ada nama dia dekat dalam display jam. Anak-anak Marina jeles tengok ayah diorang dapat jam tangan yang boleh setting nama ni. 

Kalau pasal jam tangan, perkara pertama yang husband Marina akan tanya, jam tangan ni water resistance tak, sebabnya kan sekarang ni kita disarankan sentiasa mencuci tangan, bila basuh tangan tu, husband Marina suka basuh jam sekali. Malas nak bukak jam masa nak basuh tangan katanya. Mujur Buruj Orion ni water resistance, boleh kena air. 

Hari Raya Pertama haritu, sempatlah husband Marina menggayakan Buruj Orion. Jam tangan ini sesuai dengan apa gaya sekalipun sama ada dengan baju melayu, gaya kasual atau ke office. 

Amacam? Hensem ke tak hensem jam tangan Buruj Orion ni? Si pemakainya tau dah memang hensem. Hihihi. 

Dapatkan Jam Tangan Buruj Orion dari Muslim Store! 

Setiap pembelian jam tangan Buruj Orion dari Muslim Store korang akan dapat paper bag, kotak jam, thank you note dan FREEGIFT tau. Yang bagusnya korang akan dapat 1 year warranty untuk jam tangan ini.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, korang boleh email ke emmemarinaent@gmail.com atau hubung +6018-9100 852.

Nak dapatkan jam tangan buruj dari Muslim Store korang boleh ke website diorang. 

Website :


#analogwatch #jamtanganislamik #jamburuj #burujwatch #burujwatchcouple #burujclassic #arabicwatch #jamtanganarabicnumber #jamhantaran #jamtangancouple #jamtanganpenunjukarahkiblat #jamtanganadaarahkiblat #jamtangankiblatdanazan #muslimstore #jamtangankiblatburuj

27 comments:

Ombak Bergigi said...

Bestnya jam ni, nanti OM pun nk hadiahkan pada suami.

CelikGuru said...

Wau baru tahu ada jam jenis ini.. Nanti nak beli la satu

Bae Roslan said...

dah lama teringin jam macam ni. senang sangat especially kalau masuk hutan. senang cari arah kiblat

Fadima Mooneira said...

Wow.......bagus nyer jam tangan buruj nie. I think I should get one for my Dad. Thank you for sharing your review with me.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Wah, menariknya jam tangan Buruj Orion ni. Tak payah susah2 download app waktu solat atau arah kiblat. Semua dah ada kat sini

Unknown said...

Interesting. Can gift this to my Muslim friends next time. They will appreciate it more. Good idea

khai artzfar said...

cantiknya jam ni! sebelum ni khai ada juga perasan jam yang hampir sama fungsinya tapi tah kenapaa tak minat dengan rekaan sebab nampak too old school. yang ni nampak cantik dan sesuai digayakan di pelbagai majlis

Rawlins GLAM said...

Menarik gak nie. Now dah ada idea dah nak beli hadiah apa for my best friend kelak. Thanks so much for your review.

Qaseh Dalia said...

Cantik and banyak gila function dia, sesuai untuk bagi hadiah kat laki

Mrs Pip said...

Bagusnya function jam tgn buruj ni.
dan water resistance tu ..

Kitkat Nelfei said...

Menarik ni! Boleh jadikan ni hadiah kat my friends la nanti.. Let me discover more about this! Useful!

Rinazul said...

jam ni mmg cantik sukaaa

SalinaJohari said...

Banyak juga ya manfaat jam buruj ni. Tengah dok mikir gak hadiah birthday utk husband .. packaging pun menarik. Nanti Sal usyar lanjut

Slumber Lady said...

Bestnya jam ni! Senang urusan solat seharian. Simple dan fungsi yang bermanfaat.

www.modernmumthingy.com said...

amboi.. ceria nya cik abam dpt jam baru yer ..

Ruby said...

Bagus jam macam ni. Selalu orang ukir nama belakang jam. Dah zaman serba canggih, nama dalam jam tau. Hehehehe. Hadiah jam tangan memang sesuai. Mereka akan sentiasa pakai.

nikkhazami said...

cantik juga design dia. banyak functions pulak tu. girl sesuai tak pakai jam ni?

Sis Lin said...

Semalam dah baca dah posting ni guna HP cuma tak komen je lagi... macam best pulak nak belikan Suami, rasa mesti Suami suka juga sebab mudah dia nak tengok arah kiblat dan waktu solat kalau masuk plant kerja..

Semut Senyum said...

Wow..simple,tp bnyak manfaatnya.

Sunshine Kelly said...

Jam Tangan Islamik Buruj ni memang sesuai, stylish, dan banyak kegunaan nyer.

Nadia Johari said...

Pergh memang smart la jam ni, siap lengkap smeua. Banyak kegunaannya. Siap ada warranti..

mas saari said...

Menarik, banyak kegunaannya.

Ardini Humaira said...

Cantik sangat!

Julia Johari said...

Bestnya marina! Kena beli utk suami la

Lya Akif Imtiyaz said...

Bestnya .. Nak try usha gak la satu nanti

Mommylin said...

Menarik buat hadiah ni...

Jemput singgah Blog mommylin.com ye 😘

AMIIZAA@Mieja said...

menarik dan banyak manafaatnya jam ni...kak mieja datang sini:)

Powered by Blogger.