Melindungi Mata Anak-Anak Dari Bahaya Blue Light Akibat Penggunaan Gadget Semasa PdPR Dengan Menggunakan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Melindungi Mata Anak-Anak Dari Bahaya Blue Light Akibat Penggunaan Gadget Semasa PdPR Dengan Menggunakan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia | Disebabkan selepas Hari Raya Aidilfitri 2021 ni, anak-anak akan menjalani PdPR sekali lagi, Marina sediakan Stylish Monitor with Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia ni untuk sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak Marina nanti. Monitor ini adalah merupakan monitor anti blue light di mana ianya dapat melindungi mata kita daripada cahaya biru. Apa keistimewaan dan kelebihan BenQ Monitor Eye Care ni? 

Adakah korang sedar atau tidak, apabila kita menghadap skrin monitor, smartphone atau gadget yang lain terlalu kerap akan menyebabkan mata kita rosak akibat terdedah kepada cahaya biru (blue light)? Sebagaimana yang kita sedia maklum, bermula tahun lepas, majoriti pengajaran dan pembelajaran di sekolah anak-anak adalah mengikut kaedah PdPR akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara. 

Majoriti cikgu-cikgu memberikan tugasan melalui aplikasi whatsapp dan telegram. Kadang-kadang, cikgu akan menjalankan kelas secara online dan juga berikan link video menerusi youtube untuk murid-murid lebih memahami lagi tentang sesuatu matapelajaran. Nak atau tidak, anak-anak terpaksa mengadap gadget untuk menyiapkan tugasan. 

Sekarang Marina boleh menarik nafas lega tentang kesihatan mata anak-anak Marina dengan adanya Monitor Eye-Care ini apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan. Bagaimana Monitor Eye-Care dari BenQ Malaysia ni dapat membantu melindungi mata daripada rosak? 

Sebelum Marina cerita lebih lanjut mengenai Monitor Eye-Care dari BenQ Malaysia ini, Marina nak share tentang bahayanya blue light terhadap kesihatan mata kita. 




Bahaya Blue Light kepada Kesihatan Mata! 

Penggunaan gadget yang terlalu kerap agak membimbangkan ibu bapa. Kesan daripada terdedah kepada blue light yang berpunca dari penggunaan televisyen, komputer, smartphone atau gadget yang lain :

#1 Menggangu waktu tidur

Marina perasan sejak anak Marina menggunakan smartphone tengok youtube, dan main game, masa tidur anak Marina dah tak seperti orang normal. Anak Marina bila malam dia berjaga, siang dia tidur. So di sini, Marina kena hadkan masa penggunaan gadget atau simpan terus smartphone diorang. 

#2 Kerosakan pada retina mata

Blue light mampu masuk ke dalam mata kita. Tapi mata kita tidak mempunyai perlindungan yang cukup dari cahaya biru dan ianya membahayakan retina mata kita. 

#3 Mata menjadi letih

Ini dikenali sebagai Digital Eyestrain. Pernah tak korang perasan, anak-anak kecil umur 3 tahun dah mula memakai spek mata? Mungkin salah satu puncanya sebab terlalu kerap mengadap gadget. Punca daripada Digital Eyestrain ini adalah pandangan kabur, pening kepala dan susah hendak fokus. 

Apakah Ciri-ciri BenQ Malaysia Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series?

GW2780T adalah monitor IPS 27 inci dengan teknologi penjagaan mata termasuk Brightness Intelligence Technology (B.I. Tech.), Flicker-Free Technology, Low Blue Light Technology, Color Weakness Mode, dan Height Adjustment Stand, yang boleh disambungkan ke komputer riba, tablet dan telefon pintar sebagai paparan luaran, di mana ianya dapat membantu kanak-kanak dan ibu bapa melegakan sakit mata, mengelakkan mata letih dan dapat fokus semasa belajar atau bekerja di rumah. Ciri-ciri Monitor Eye-Care GW2780T dari BenQ Malaysia yang perlu diketahui :

• Skrin monitornya 27 inches, 16:9 aspect ratio

• 1920x1080 resolution

Height Adjustment Stand (HAS)
Apabila kita duduk dengan gaya postur yang tidak betul semasa belajar, ia boleh mengakibatkan masalah penglihatan serta mempengaruhi pertumbuhan tulang kanak-kanak. BenQ siri GW2780T ini dilengkapi dengan Height Adjustment Stand (HAS) yang boleh disesuaikan mengikut ketinggian, kecondongan, pusing, dan putar menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan oleh setiap ahli keluarga secara bergilir.

Brightness Intellingence Technology (B.I tech)
Selalunya kita tak rajin pon nak adjust kecerahan pada monitor secara manual sesuai dengan cahaya sekeliling setiap hari kan? Dengan Brightness Intelligence Technology (B.I. Tech.) eksklusif dari BenQ Malaysia ini, ianya dapat menyesuaikan kecerahan monitor secara automatik mengikut cahaya persekitaran. Sensor B.I nya dapat mengesan kecerahan persekitaran kita sepanjang hari, dan secara automatik menyesuaikan kecerahan paparan supaya korang dapat merasai pengalaman menonton yang paling selesa.

Low Blue Light Technology
GW2780T dengan Low Blue Light Technology yang menapis cahaya biru yang berbahaya (420 ~ 480nm) di mana ianya bagus untuk memperbaiki kualiti tidur dan kesihatan mata.

Flicker-Free Technology
GW2780T dengan Flicker-Free Technology dapat mengurangkan keletihan mata dengan berkesan untuk keselesaan menonton dan kecekapan bekerja yang lebih baik.

Color Weakness Mode
Bagi kanak-kanak yang suka pada seni, color weakness mungkin akan menyebabkan mereka kurang berminat terhadap seni. GW2780T dengan Color Weakness Mode dapat memberi pelajar persepsi warna semula jadi yang lebih baik dengan filter untuk red color deficiency (atau protanomali) dan green color deficiency (deuteranomaly).

• IP panel

• HDMI 1.4 / DisplayPort 1.2 / D-sub / Headphone jack



Keistimewaan dan Kelebihan BenQ Malaysia Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series

Di rumah Marina ni tak ada komputer sebab tiada keperluan. Yang ada hanyalah sebuah laptop yang husband Marina beli sebelum kahwin dulu. Itupun jarang sangat guna. Tapi bila anak-anak dah masuk ke alam persekolahan dan disebabkan sekolah tutup beberapa bulan pada tahun yang lepas dan pada tahun ini, penggunaan smartphone dan laptop di rumah sangatlah kerap. Bila Marina dapat tahu ada monitor dengan Eye Care Technology ni, Marina tak fikir panjang dah. Terus dapatkan monitor ni untuk PdPR anak nanti. Apa yang menariknya Monitor with Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia ini? Antara keistimewaan dan kelebihan BenQ Monitor Eye Care :

• Warranty selama 3 tahun
• Menyediakan on-site pickup servis
• Melindungi mata daripada blue light yang boleh merosakkan mata. 
• Postur badan yang bagus sebab monitornya boleh adjust mengikut ketinggian dan sudut. 
• Outsource speaker dan earphone boleh disambung terus pada monitor. 
• Boleh menonton movie atau drama kegemaran korang seperti menonton di televisyen.
• Pemasangan yang sangat mudah dan cepat. 


Review Marina Mengenai Penggunaan BenQ Eye Care Monitor

Sejujurnya, Marina baru tahu wujudnya monitor yang boleh menjaga mata kita daripada blue light yang merbahaya. Marina hanya tahu ada cermin mata yang boleh protect mata kita daripada cahaya biru sahaja. Kalau kita yang dewasa ni bolehlah kita follow je apa yang disarankan tapi kalau anak-anak yang berumur 3 tahun? Agaknya diorang nak dengar kata tak, kalau nak tengok smartphone atau televisyen perlu pakai spek mata? Kita sendiri pon kadang-kadang rimaskan? Apatah lagi anak-anak kecil. Makanya seeloknya gunalah monitor eye care ni semasa berada di rumah.

Bila sampai je parcel ni di rumah, Marina teruja sangat. BenQ Malaysia packaging dengan baik sekali. Dalam set Monitor Eye Care ni ada 3 item iaitu LED monitor, stand monitor dan kabel plug monitor. 

Untuk pengetahuan korang, rumah Marina ni hanya ada laptop sahaja. Tak pernah beli komputer atau PC. Bila tahu monitor dari BenQ Malaysia ni boleh melindungi mata daripada rosak, Marina dapatkan monitor ni untuk kegunaan rumah. Monitor ni boleh digunakan tanpa CPU. Marina sambungkan monitor ni ke android box. Bolehlah layan Netflix kat sini sekali. 

Anak Marina pulak request belikan keyboard untuk disambungkan ke monitor ni sebab dia nak main Roblox di monitor ni. Mana taknye, inci skrin dia yang besar, puas kot nak layan movie dan main game. Main PS5 pon puas tau. 

Pada Marina, memang berbaloi dapatkan BenQ Monitor Eye Care ni, jika dibandingkan dengan jika berlakunya kerosakan mata pada anak-anak. Mata nak pakai lama. Betullah seperti kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati!




Lindungi Mata Dengan Stylish Monitor Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia!

Sekarang ni Marina banyak tengok movie melalui monitor eye care daripada BenQ Malaysia ni sahaja. Korang yang takde internet, android box, unifi, astro atau yang seangkatan dengannya boleh je gunakan monitor ni untuk tengok televisyen seperti biasa. Sekarang ni kan satu Malaysia dah tukar ke Free View. Korang dapat box Free view tu kan? Itu pon korang boleh sambungkan pada monitor BenQ ni. 

Kalau korang nak protect mata dari blue light untuk satu family, boleh dapatkan LED Monitor Eye-Care ni di Lazada BenQ Flagship store atau boleh kunjungi website BenQ Malaysia atau Facebook BenQ.


Website :

Facebook :

Post a Comment

15 Comments

  1. Bgs ye untuk anak2 yg banyak tgk pc skrg

    ReplyDelete
  2. barulah rasa selamat nk bg anak ngadap screen komputer tu.. bagus la jenama nie

    ReplyDelete
  3. Mata Ai pun nak kena protect ni hari2 ngadap pc.

    ReplyDelete
  4. elok la kalau parents beli sebab kes makin tinggi, sekolah pun dah start pdpr balik. protect mata anak2 kita kann

    ReplyDelete
  5. Oh wow. Thanks for this information. Rawlins baru terfikir kenapa la mata aku selalu letih - maybe sebab banyak mengadap skrin - tambahan now banyak WFH kan. Boleh nak tengok-tengok kelak. Atau dia ada jual filter untuk skrin sedia ada?

    ReplyDelete
  6. nice la. saya pun tengah cari monitor ni. yang lama tu dah rosak. yg ni nampak nice.

    ReplyDelete
  7. bagusnya benda ni! memang patut praktikkan dari kecil. khai pun dari tak pakai spek terus kena pakai. Kesan kerja daripada depan laptop, bila dah rabun mulalah mengeluh tak nampak itu ini :(

    ReplyDelete
  8. Suka flat screen dia , lagi ada ciri2 khas untuk lindungi mata. Dahlah sekarang semua kena PDPR , nak tak nak kena beli jugak nih sebab semua nak belajar dan ada kerja sekolah masing2. Harga dia pun rasanya masih mampu milik.

    ReplyDelete
  9. Kat rumah pun ada sebiji monitor BenQ. Gamer macam saya dan suami memang perlu monitor yang blue light ni.

    ReplyDelete
  10. Baguslah monitor macam ni Marina. Anak-anak tak perlu pakai spek bluelight dah

    ReplyDelete
  11. Really awesome monitor to protect the eyes of our little ones especially when they are exposed to so much screen time right now.

    ReplyDelete
  12. Monitor yang bagus untuk mata memang keperluan. Ruby cari gadget, laptop dan monitor memang pentingkan kelebihan ni. Sebab zaman sekarang dari budak sampai ke orang dewasa mesti lama depan semua peranti ni. Melabur untuk perkara baik why not kan.

    ReplyDelete
  13. Memang teringin nak ada desktop satu kat rumah, yang lama dah rosak dan dah buang.. ni guna laptop, one day kalau nak beli, bolehlah beli yang jenis ni..

    ReplyDelete
  14. Bagus la even monitor ada eye protection mcm ni.. I need this since i spend most of my time in front of screen nowadays!

    ReplyDelete