5 Makanan Popular Wajib Cuba Di Kuala Lumpur

5 Makanan Popular Wajib Cuba Di Kuala Lumpur | Selain daripada KL Tower dan KLCC, apa lagi yang korang ingat pasal Kuala Lumpur? Kalau Marina of course lah makanan sebab Marina suka makan. Hihihi. Tapi faham-faham je lah kalau teringin nak makan makanan yang popular di Kuala Lumpur ni memang bercinta lah nak pergi belinya. Tempat makan menarik di Kuala Lumpur dah tau dah kat mana. Tapi kadang tak jadi nak makan kat situ, sebab-sebabnya, ramai orang, jauh, susah nak parking dan macam-macam lagilah. Sudahnya hasrat nak pergi makan makanan yang famous kat KL ni terkubur gitu je. 

Dulu sebelum PKP dilaksanakan, Marina selalu juga ada workshop di KL. Adakalanya duduk di hotel yang company provide, kawasan di hotel tu, memang susah nak cari kedai makan yang berdekatan. Cuma yang ada fast food. Kadang teringin juga makanan yang popular kat KL ni. Tapi Marina malas nak drive, tak tahu jalan dan malas nak menghadap jammed. Makanya Marina belilah fast food yang berdekatan dengan hotel je. Masa tu Marina tak biasa lagi nak order food secara online. 

Sekarang ni dah jarang ke KL. Lepas ni kalau ada lagi workshop bolehlah cuba makan makan makanan yang best di KL ni. 

5 Makanan Popular Wajib Cuba Di KL

Oleh kerana tekak Marina ni tekak Melayu, so Marina teringin nak merasa makanan-makanan dalam senarai kat bawah ni bila ada di KL nanti. Di Ipoh memang selalu makan menu-menu ni. Marina nak cuba rasa macam mana masakan di KL pula. Senarai ni merupakan menu paling popular yang di order oleh customer. 5 makanan popular yang Marina wajib cuba kalau ada workshop kat KL nanti :

Nasi Lemak Basmathi Ayam Berempah dari Ahh-Yum by Kampung Kravers

Seperti yang sedia maklum, Nasi lemak merupakan sarapan pagi yang paling famous di kalangan rakyat Malaysia kan? Tapi di Restoran Ahh-Yum by Kampung Kravers ni nasi lemaknya dimasak menggunakan beras Basmathi dan Marina nak cuba ayam goreng rempah di sini. Sekarang ni nasi lemak, orang ramai bukan makan masa breakfast je, waktu malam pon orang ramai layan nasi lemak. Lagi-lagi nasi lemak berlauk, memang syahdu. 

Sumber : Ahh-Yum by Kampung Kravers

Daging Salai Masak Lemak Cili Api dari Restoran Rebung Chef Ismail

Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni memang lauk favourite Marina. Dulu Marina pernah makan daging salai ni di Negeri Sembilan. Memang podaihlah cerita dia. Marina pulak suka makan nasi kuah banjir, mendapatlah. Pedasnya takleh bawa bincang. Bila dapat tau pula kat KL ada daging salai masak lemak cili api di Restoran Rebung Chef Ismail ni, lagilah tak sabar nak try. Teringin juga merasa air tangan dari Chef Ismail ni. Siapa tak kenal chef yang terkenal di Malaysia ni kan? 

Sumber : Facebook Restoran Rebung Chef Ismail

Nasi Goreng Ayam Penyet dari Saffron Brasserie (Ancasa Hotel KL) 

Kalau kat Ipoh, dah merata-rata kedai Marina makan Nasi Ayam Penyet. Marina paling suka sambal dia. Tapi Nasi Ayam Penyet yang bergoreng punya Marina tak pernah cuba lagi. Katanya Nasi Goreng Ayam Penyet di Saffron Brasserie ni memang popular dan mendapat banyak sambutan. 

Sumber : Foodpanda

Curry Noodles dari Chilli Pan Mee (Nu Sentral) 

Salah satu favourite menu Marina selain daripada nasi ialah Mee Kari. Di Ipoh ni pon macam-macam tempat Marina cuba mee kari. Mana kedai yang sedap, kat situlah Marina selalu repeat makan. Di KL ni tak pernah lagi cuba mee kari. Makanya Marina nak cuba mee kari yang katanya famous di kedai Chilli Pan Mee yang terletak di Nu Sentral. 

Sumber : Chilli Pan Mee Nu Sentral

Roti Canai Telur dari Restoran Jaya (Brickfields)

Biasanya sarapan pagi, Marina tak makan banyak. Ikut mood. Kalau terasa nak makan nasi, makanlah nasi lemak, kalau tak Marina makan roti canai je. Dapat tahu pulak ada roti canai telur yang famous kat KL ni, wajib kena cuba! 

Sumber : Foodpanda

Ni lah 5 makanan popular yang pada Marina, Marina wajib cuba di KL ni. Amacam? Korang pernah tak cuba makanan popular yang wajib dicuba di KL ni? Mana satu favourite korang? 

Sumber : Google

So cara yang mudah nak makan makanan yang Marina teringin nak makan, Marina order food melalui Foodpanda je. Mudah, cepat, jimat masa menggunakan servis penghantaran makanan dan takdelah Marina penat nanti nak mencari kedai makan. Paling best, Marina boleh filter di apps Foodpanda untuk kecikkan skop pencarian makanan yang Marina cari. Ada juga sesetengah restoran yang menawarkan diskaun dan juga free delivery. 

20 comments:

  1. Sedapnya sehingga menjilat jari...yummy...

    ReplyDelete
  2. terliur nampak gambar. mujur bukan bulan puasa :D

    ReplyDelete
  3. Nampak makanan semua ni mengancam betul. Nasib baik dah breakfast tadi. Hehe. FoodPanda ni menyenangkan kita sungguh la kan?

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak guna beras basmathi tu kedengaran menyelerakan. Biasanya guna beras basmathi untuk masak nasi beriani je . Untung duduk KL. tengah bandar, segala macam makanan ada. JJCM je..

    ReplyDelete
  5. alamak terus teringin nak pergi restoran rebung tu

    ReplyDelete
  6. Yuuuuuuuuummmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!! Love all these dishes. No.1 tu lah memang paling wajib utk sumer foreginers cuba. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. akak sedapnya !!! sekarang food panda improved lepas pkp umum, banyak dah pilihan restoran i boleh akses area I... i teringin nak pergi restoran rebung sedap gila makanan chef... apa pun food panda punya caj delivery lagi murah dari grab hahaaaa

    ReplyDelete
  8. Rawlins sejenis akan cari makan gak - walau kena naik grab.

    Rawlins dah try semua dalam list kat atas tu! Yeay!

    ReplyDelete
  9. Teringin sangat nak cuba menu dari Chef Ismail Rebung tu.. tak kesempatan juga, kalaulah di JB ni ada, memang dah ku order gak guna FP ni..

    ReplyDelete
  10. KL kalau menu akak share ni sipi-sipi je wajib dia. akak kena cuba makanan salted egg spaghetti dari Pasta Panas. sedap gilerrrr. pastu pergi ke food court AEON untuk sizzling yee mee. pastu nasi kandar kat deen sama dengan ayam maduuuu. hahahaha. tengah ganti puasa ni. nafsu makan macam-macam keluar ni. hahaha

    ReplyDelete
  11. daging salai masak lemak tu best..senang kalau nak apa kat kl ni..order jer terus dr food panda

    ReplyDelete
  12. Menarik2.... Nak try usha dalam foodpanda la tengok mereka boleh deliver my area tak...skrg memang rajin guna apps ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Saya nama je duk KL tapi tak pernah try lagi semua ni. Haha. Kampung Kravers tu je pernah pegi, tapi makan mee rebus. Nanti nak kena pegi cari la yg lain2 tu.

    ReplyDelete
  14. Yang pernah cuba masakan kat Restoran Rebung Chef Ismail jer , yang lain belum pernah try...next time akan masuk senarai makanan nak cuba kalau ke KL lagi

    ReplyDelete
  15. so far pernah try rebung je yang lain tak pernah! hahaah tapi rasanya ada banyak lagi kan? haaha nanti nak cuba

    ReplyDelete
  16. Ya ampun, sedapnyaaa semua..Ada beberapa tempat yang pernah try

    ReplyDelete
  17. Kat KL sebensrnya byk tempat2 mkn yg menarik dan sedap, nk order dgn food panda lg sng

    ReplyDelete
  18. Roticanai telur tu mesti anak suka.. Tgk masak lemak daging pun terliur. Nak kena Cuba ni

    ReplyDelete
  19. Dalam kelima-lima menu tu kita paling suka dan favourate adalah roti canai telur tu juga wakakakka semua ni memang wajib kalau pelancong datang makan dan cuba...

    ReplyDelete
  20. Chef Rebung tu lama dah nak try.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.