Senarai 28 Lifestyle Blogger di Malaysia Tahun 2021

Senarai 28 Lifestyle Blogger di Malaysia Tahun 2021 | Siapa lifestyle blogger yang famous kat Malaysia ni? Siapa blogger yang korang kenal? Masa zaman Marina mula-mula start berblog pada tahun 2010 yang lalu, antara blogger yang Marina kenal time tu adalah Ben Ashaari, Red Mummy, Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi. Marina pon dah tak dapat recall dan kebanyakan daripada mereka masih aktif berblog sehingga tahun 2021 ni. Mereka ini pernah menjadi blog terbaik dan dah terkenal di Malaysia. Ada juga di antara mereka juga yang dah menjadi top Malaysian influencers blogger tau. Kagum Marina. Di sini Marina senaraikan Malaysia Lifestyle Blogger yang boleh korang follow. 

Jom Kenal Blog marinabashah.com

Marina sebelum berblog, Marina suka menulis diary. Apabila baca balik diary, kita dapat recall balik apa yang kita pernah lakukan dalam hidup pada waktu yang lepas. Kelakar pon ada. Yelah zaman tu, budak baru nak up. Marina tahu pasal blog pon masa zaman belajar kat poli. Kawan Marina yang duk perkenalkan blog dia. So Marina pon macam tertarik nak berblog. Marina punya blog dah banyak kali delete dan buat baru. Blog marinabashah.com ni lah yang Marina rasa akan kekal sampai bila-bila dan tahun ni blog marinabashah.com dah berusia 2 tahun. Blog ni merupakan blog pertama Marina yang menggunakan domain.

marinabashah.com

Top 28 Lifestyle Malaysian Blogger Tahun 2021

Di sini Marina senaraikan 28 Lifestyle Blog Tahun 2021. Jom kita terjah blog diorang. 

#1 www.sishawa.com

Pemilik blog adalah Siti Awadah. Blog berusia 4 tahun. Blog beliau bercirikan lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. Suka kongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan.

#2 www.eyqahasnan.com


Pemilik blog adalah Eyqa Hasnan. Blog dah berusia 11 tahun. Blog adalah berkenaan lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

#3 www.ciktom.com


Blog Ciktom telah berusia 11 tahun. Blog ini berkisahkan mengenai lifestyle, parenting dan tips.

#4 www.ilhamdini.com


Nama empunya blog ialah Ardini Humaira. Blog dah berusia 13 tahun. Blog berkisahkan tentang lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review dan juga masakan.

#5 www.azlindaalin.com

Azlinda merupakan lifestyle blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek.

#6 www.biemohd.com


Pemilik kepada blog ini ialah Nabiha Mohd Mashut. Blog ini merupakan blog Islamic Fashion dan Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

#7 www.iamfuzy.com

Pemilik blog ini adalah Kak Fuzy. Blog Kak Fuzy yang telah wujud selama 15 tahun ini, berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga dan masakan.

#8 www.aliafarhan.com


Nama empunya blog ialah Alia Farhan. Alia merupakan mom of 2 princesses. Mula berblog pada tahun 2008. Alia suka sangat memasak dan travel. Alia sharing about everything from cooking, parenting, travelling, deco dan DIY.

#9 www.mommywawa.com

Pemilik blog ialah Wan Rokiah. Blog lifestyle, yang berkisahkan tentang parenting, personal tips, tips kesihatan dan kecantikan. 

#10 www.cxopportunities.com

Empunya blog ini ialah Chaza Xiaojie. Blog CX adalah blog yang berkongsi tentang lifestyle seperti parenting, food dan juga beauty. CX suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan.  Kini minat tertumpu kepada photography.  Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem. 

#11 www.yayaazura.com


Yaya mula berblog pada tahun 2010. Blog yang menceritakan kisah lifestyle serta parenting. Juga suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Merupakan ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.

#12 www.bondezaidalifah.com


Bonde Zaidalifah dah 11 tahun berblog. Blog beliau adalah mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk.


#13 www.siinurul.com

Blog perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup.

#14 www.meksah.com

Blog Meksah baru berusia 8 bulan. Merupakan lifestyle blog yang berkongsi mengenai pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3 tahun.

#15 www.messarah.com

Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.

#16 www.abangrock.com

Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam.

#17 www.ceritaita.com


Nama pemilik blog ini ialah Rozita. Merupakan blog yang banyak bercerita mengenai personal life, kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi, kerjaya,  dan petua.

#18 www.fadzirazak.com

Blog Fadzi merupakan blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

#19 www.zatisalim.com

Blog Zati Salim telah berusia 10 tahun. Merupakan blog lifestyle yang berkongsi tentang isu semasa, tips, resepi dan tutorial blog.

#20 www.hawahassan.com

Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.

#21 www.modernmumthingy.com

Lifestyle, Travel, kesihatan, beauty dan drama.

#22 www.bondachanteq.com

Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, kisah benar. 

#23 www.adianiez.com


Empunya blog ialah Aida Hanafiah. Blog telah berusia 11 tahun. Blog yang menceritakan tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

#24 www.hannamaruku.com



Mula berblog pada tahun 2017. Hana merupakan ibu kepada 2 orang anak. Hana merupakan seorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

#25 www.opzzpinky.com


Pemilik blog ialah Sharina. Blog telah berusia 11 tahun. Sharina merupakan ibu kepada sepasang anak, edan dan eshal. Dahulu blog tempat meluah. Sekarang blog  dijadikan tempat mengaut rezeki. Blog Sharina menceritakan tentang lifestyle, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

#26 www.zazaazman8.com


Dikenali sebagai Mama Monsta. Blog berbahasa inggeris. Gemar Kongsi resipi yang simple dan kongsi tempat makan menarik. Suka review brg kecantikan dan kesihatan. Suka share tentang anak-anak, general knowledge dan tips. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food. 

#27 www.azhafizah.com


Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.

#28 www.bellajamal.com


I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.


Inilah 28 senarai lifestyle blogger tahun 2021 yang boleh korang terjah. Mana yang korang belum terjah dan follow, bolehlah ke blog-blog diorang ni. Mana tahu sesuatu yang korang cari ada di diceritakan di blog diorang. 


26 comments:

  1. Kebanyakkan blog di sini tak pernah dah terjah blog mereka. Malah ada yang pernah jumpa masa event pun. Moga banyak lagi tulisan yang boleh memberi inspirasi.

    ReplyDelete
  2. *bukan tak pernah tapi dah pernah

    ReplyDelete
  3. This is an interesting indeed about lifestlye bloggers in Malaysia...thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Congratulations kpd mereka yg tersenarai. All the best in the future. Thank you sharing this list and a bit about yourself sis. I also love writing in journals & scrapbooks before I started blogging.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal sis.
    Wahh. Hebat-hebat belaka. Saya kena kerja keras lagi ni. Kot ada rezeki masuk list :D

    ReplyDelete
  6. hebat-hebat belaka blogger yg ada dalam list ni. semoga terus sukses dalam dunia blogger :)

    ReplyDelete
  7. Wah... bagus list ni boleh jadi terjah-terjah blog mereka nanti. Hebat semua blogger ada logo masing2 dah sekrang ni

    ReplyDelete
  8. Waaa thank you sharing list lifestyle blogger. Senang nak terjah macam ni. Tahniah pada yang tersenarai.

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa tersenarai. kita newbie masih blogger picisan haha. tahniah yang tersenarai

    ReplyDelete
  10. Wah dah lama juga Marina blogging ya? Saya baru lagi, pertengahan tahun 2019, tahun ni baru masuk 2 tahun. Semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  11. byk yg mmg in my following list, betul tu, smua hebat2 .. hopefully one day dpt be in the list as well :)

    ReplyDelete
  12. semua blogger hebat. nanti huda follow semua list blog atas ni. marina pun blogger hebat gak. keep it up

    ReplyDelete
  13. Semua hebat-hebat, ada yang memang dah Sis follow dah.. suka baca cerita mereka.. Cuma ramai yang belum Sis jumpa depan-depan.. all the best buat semua..

    ReplyDelete
  14. Ramai blogger lifestyle yang hebat. Ada memang berpengaruh dalam menulis

    ReplyDelete
  15. Tahniah semua semoga terus maju jaya dlm penulisan

    ReplyDelete
  16. Great! Senang ada list mcm ni, boleh follow and learn from them!

    ReplyDelete
  17. Tahniah pada semua yang tersenarai. Nie menjadikan Rawlins nak jadi macam diorang gak. Ada banyak yang Rawlins 'kenal' melalui laman maya je dan belum pernah bersua muka.

    ReplyDelete
  18. Semangat kita tengok senarai blog. All the best semua. Rajin-rajin menulis. Senarai di atas dari komuniti blogger Biters eh? Sebab lifestyle blogger ramai. Agak mustahil 28 aje kak. Tambah lah lagi. Lebih natural posting.

    ReplyDelete
  19. Isyhh kenapa blog akak takder , akak pun Lifestyle blogger apa. Tapi blogger kertu'lah. Huhuhu
    Tapi tak apa , mungkin mereka lebih layak . Apapun tahniah pada semua yang tersenarai dan harap semuanya berjaya dalam dunia penulisan blog.

    ReplyDelete
  20. Ramai sekarang blogger. Ada yang baru kenal dan ada yang lama kenal..teruskan menulis

    ReplyDelete
  21. Semuanya yg best²#slmt menulis😊

    ReplyDelete
  22. Hebat hebat nya depa. Even 2021 pun blog still relevan. Belum terlambat untuk bermula. saya pun baru tahun ni baru nak start menulis balik. Niat nak pemes tu dak lah . sekadar sesaja. jemput lah melawat blog saya yang masih baru ni. https://itisaishahahmad.blogspot.com/ tq

    ReplyDelete

Powered by Blogger.