Movie Review di HBO GO : The Witches Lakonan Anne Hathaway

Movie Review di HBO GO : The Witches Lakonan Anne Hathaway | Dengan wajah yang cantik, siapa je yang tak terpukau dengan lakonan Anne Hathaway? Marina suka tengok lakonan Anne Hathaway. Pada Marina, setiap watak yang dibawa oleh beliau membuat para penonton berminat untuk menonton setiap filem yang dilakonkannya. Antara lakonan Anne Hathaway yang Marina dah tonton ialah Princess Diary, Princess Diary 2, The Devil Wears Prada, The Hustle, Alice In Wonderland dan The Intern. Watak yang dibawa olehnya menarik minat Marina. Kalini di HBO GO, Marina menonton wayang terbaru lakonan dari Anne Hathaway di rumah sahaja. Cerita The Witches ini adalah cerita berdasarkan sebuah novel karya Roald Dahl. Movie The Witches ini telah ditayangkan secara eksklusif menerusi HBO GO di Malaysia pada hari Jumaat, 29 Januari yang lalu. Anak-anak Marina suka sangat cerita The Witches ni. Berulang-ulang kali duk mintak nak tengok cerita tikus.

Lama dah Marina tak buat movie review ni. Ye lah, sejak musim Covid-19 ni dah tak boleh menonton wayang di panggung kan? Mujur ada HBO GO, bolehlah layan movie di rumah. Dengan adanya personal package yang berupa blanket dan bluetooth speaker ni, dah macam menonton movie di panggung wayang je.




Filem : The Witches
Genre : Fantasy comedy
 Running Time:  1 Jam 46 Minit
Pelakon Utama:  
Anne Hathaway, Octavia Spencer, Stanley Tucci
Pengarah: Robert Zemeckis

Sinopsis The Witches

Cerita The Witches ini menceritakan kisah komedi fantasi dan menarik hati mengenai seorang anak yatim piatu iaitu Hero Boy,  pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di Kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut menceritakan kepada neneknya yang dia diganggu oleh seorang perempuan semasa budak itu dan neneknya membeli barang di kedai, nenek tersebut membawa cucunya bercuti ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama di hotel tersebut ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.

Hero Boy bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins dan Mary penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan dengan bantuan neneknya. Lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan kasut menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari! 


Review Movie The Witches

Actually Marina tak berapa minat cerita yang berkisahkan alam fantasi. Mengarut tu, of course, namanya pon fantasikan dan serabutkan kepala otak Marina ni sebab visualnya terlampau fancy, tetapi gambarnya cantik. Tikus-tikus tu comel sangat. Jujur cakap, Marina nak tengok cerita The Witches ni sebab Anne Hathaway berlakon. 

Pada awal cerita ni, perjalanan ceritanya agak mendatar, boleh dikatakan agak bosan jugaklah sebab pelakonnya Marina tak kenal. Tapi, bila dah masuk scene nenek (Octavia Spencer) menceritakan kisahnya waktu kecil dahulu pada cucunya, cerita ini menjadi interesting sampailah ke penghujungnya. Cerita dia straight forward je tak ada plot twist yang membuatkan kita kena berfikir. Walaubagaimanapun kisahnya masih menarik penonton untuk menunggu sehingga habis cerita. 

Anak-anak Marina paling suka part semasa The Witches menukarkan kawan nenek menjadi seekor ayam. Diorang kata secene tu kelakar sangat. Marina pulak suka part semasa Hero Boy menentang ahli-ahli sihir tersebut dengan bantuan nenek dan kawan-kawannya. Marina tak sangka Hero Boy berani dan bersemangat untuk melawan ahli-ahli sihir tersebut sebab pada mulanya, Hero Boy sangat takut apabila neneknya menceritakan bagaimana rupa ahli sihir. Hero Boy jugalah yang memberi idea bagaimana nak menentang ahli-ahli sihir tersebut. Part yang Marina tak suka ialah semasa ahli-ahli sihir tersebut membuka rambut palsu, sarung tangan dan kasut mereka. Geli dan loya tekak Marina ni tengok kehodohan mereka, tambah-tambah ruam di kepala mereka. 

Macam biasalah Marina kalau nak tengok sesuatu movie, Marina takkan google macam mana jalan cerita dia. Jadi tak teruja nanti bila layan movienya. So, kat sini pon Marina tak mau lah reveal ceritanya. Marina pon asyik duk ulang-ulang tengok cerita The Witches ni. Seronok tengok bagaimana Hero Boy menentang ahli-ahli sihir tersebut.

Kalau korang tengok cerita The Witches ni, korang mungkin akan rasa seperti yang Marina rasa. Dengan ahli sihir yang terlalu ramai, mampukah Hero Boy menentang mereka? Bagaimana cara Hero Boy melawan ahli sihir yang terlalu ramai? Itu korang kena tengok sendirilah kesudahan cerita The Witches ni. 



Facebook : HBOAsia
Instagram : @hboasia
Twitter : @HBOAsia

16 comments:

  1. Ye betul. Tak best kalau baca review tiba2 ada spoiler sana sini. Buatkan tak ada mood nak tengok movie nanti. Tapi bagus jugak kalau cerita ni lurus je, sebab kadang2 nak tengok pun seronok2 je nak tengok cinematic semua. Kalau ada masa nak tonton jugak lah!

    ReplyDelete
  2. Citer ni macam menarik tapi macam ada dah cakap x best..aduh..x tau mana satu nak percaya ni

    ReplyDelete
  3. Dah tonton. Best jugak laaa... Anak-anak layan jer, cuma awal-awal slow. Ngantuk. HAhaa

    ReplyDelete
  4. Yay!!!!!!!!!! I just watched this movie last weekend on Astro. Anne Hathaway's acting memang mantop dan awesome. Pandai dia bawa character. I memang minat Anne Hathaway sejak zaman Princess Diaries lagi. I think she is one of the most talented actress in Hollywood.

    ReplyDelete
  5. belum tengok lagi. tapi nanti nak tengok sebab anne hathaway je hahaha dia kalau berlakon memang best. menjadi je

    ReplyDelete
  6. Ala tak ada HBO. Baca macam best je citer ni. Dahla Anne Hathaway yang berlakon. Huuu. Nak tengok jgk.

    ReplyDelete
  7. Rawlins dah tengok dah this one. It is entertaining and fun to watch. Lagi satu sebab Anne ada - I like!

    ReplyDelete
  8. dah tengok,hehe..Pernah tengok yang sebelum sama sebijik dia jadi tikus, tapi lupa yang sebelum ni last macm mene..yang ni dia nak jadi tikus terus..hehehe

    ReplyDelete
  9. Baru juga tonton cite ni. Yes it is a fun movie. Tapi kita rase kurang menyengat dari versi asal filem ni. Hehe. Btw, love lakonan Anne Hataway dan Octavia Spencer.

    ReplyDelete
  10. Wah best sangat lakonan Anne dalam movie The Witches ni and the storyline pun entertaining.

    ReplyDelete
  11. ada nampak netflix dok tunjuk movie nih .... nak kena tgk jugak nnt nih .

    ReplyDelete
  12. macam bessttt je kalau tgk ngan anak ni,nak cari la movie ni...

    ReplyDelete
  13. she has big eyes yg s/times so adorable but, some other time scary jugak.

    ReplyDelete
  14. Dah tengok juga ni masa mula keluar kat Netflix.. geram dengan si jahat tu, tapi kelako pulak bila dia pun jadi tikus hahahaha hodoh..

    ReplyDelete
  15. this looks like such a fun movie to watch. cant wait to add it to the list!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.