Makan Di D'Kayangan Steamboat Dan Grill Buffet, Tempat Makan Menarik Dan Murah Di Shah Alam

Makan Di D'Kayangan Steamboat Dan Grill Buffet, Tempat Makan Menarik Dan Murah Di Shah Alam | Haritu selepas menghadiri workshop 2 hari di KL, Marina terus lajak bercuti for the whole week. Kalau dah namanya bercuti, of courselah kena mencari tempat makan yang best. Bukan setakat best je, mestilah nak yang sedap. Setelah duk pakat dengan husband dan google tempat makan yang menarik, makanya kiteorang decide untuk makan steamboat. Husband pon dah lama teringin nak makan steamboat. So, bila dapat tahu ada kedai steamboat yang best, teruslah kiteorang menuju ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat di Shah Alam. 

Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill

Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill merupakan restoran No 1 Steamboat & Grilled di Shah Alam yang terletak berdekatan Acapella Suite Apartment di Shah Alam. Restorannya terletak betul-betul di bawah apartment tersebut.

Dengan #makansampaikenyang dan #takkenyangtakbolehbalik memberikan pelanggan peluang menikmati hidangan yang disediakan tanpa perlu memikirkan harga yang perlu dibayar. 

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet beroperasi setiap hari iaitu hari Isnin sehingga hari Ahad. Waktu perniagaannya :
• Isnin sehingga Jumaat bermula jam 4 petang sehingga jam 11 malam.
• Sabtu, Ahad dan Hari Cuti bermula jam 3 petang sehingga jam 12 malam.  

Live Busking di Restoran D'Kayangan

Menariknya tentang D'Kayangan Steamboat Buffet ini, mereka ada membuat persembahan LIVE Busking. Pada korang yang berminat nak menjamu selera sambil mendengar alunan muzik secara live boleh datang ke D'Kayangan pada setiap hari Sabtu. Band dari The Flame akan menghiburkan setiap pelanggan yang datang menjamu selera pada hari tersebut. 

5 Sebab Marina Memilih D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet 

Kenapa Marina pilih D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet ini untuk makan malam semasa berada bercuti di Selangor? Ini antara sebab-sebabnya :

#1 Restoran HALAL steamboat & Grilled yang pertama di Shah Alam dan Lembah Klang. 
#2 Harga yang berpatutan.
#3 Banyak pilihan menu yang disediakan.
#4 Restorannya bersih, luas dan selesa. 
#5 Servis laju

Harga Steamboat di D'Kayangan Murah dan Berbaloi

Harga steamboat di restoran D'Kayangan ni amatlah berbaloi. Harga untuk satu kepala :
• Dewasa - RM29.90
• Kanak-kanak berumur antara 7 tahun sehingga 11 tahun - RM14.90
• Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas - RM24.90
• Pelajar IPTA dan IPTS - RM24.90
• Golongan OKU - RM15.00

Menu Yang Ada Di Restoran D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet

Di sini terdapat pelbagai menu yang disediakan untuk pelanggan. Menu-menu yang ada semasa Marina makan di D'Kayangan :
• Steamboat
Terdapat 2 pilihan untuk kuah steamboat. Korang boleh pilih sama ada nak sup atau tomyam. Banyak bahan-bahan steamboat yang boleh dipilih antaranya fishball, fishcake, seafood seperti kerang dan lala. Di sudut yang lain terdapat pelbagai jenis bihun, mee, sayur-sayuran serta telur.

• Grill
Antara bahan-bahan grill yang terdapat di sini ialah ayam, daging dan ikan yang telah diperap. Ada 2, 3 jenis perapan untuk ayam,  daging dan ikan ini yang sedia untuk digrill. 

• Menu berat
Di sini juga ada disediakan menu berat. Menu berat yang terdapat di sini ialah Char Kuey Tiaw, Bihun goreng, Nasi goreng, Kari Ayam Dalca dan Nasi Lemak. 

• Cicah
Banyak jenis cicah untuk steamboat dan grill yang disediakan di sini. Antaranya kicap cili potong, cili jeruk, sos tomato, sos cili dan kuah asam. 

• Dessert
Menu dessert yang ada di sini ialah buah tembikai, kek sponge, rojak buah, ais krim dan ais kacang.

• Minuman
Banyak jenis minuman yang disediakan di sini antaranya air sirap, air oren, air sarsi, ice lemon tea dan teh tarik. 




Suasana di Restoran D'Kayangan

Restoran ini luas dan selesa. Sesuai untuk bawak anak-anak kecil datang makan di sini sekali. Banyak meja disediakan untuk pelanggan. Korang boleh pilih sama ada nak duduk di dalam atau di kaki lima restoran ini. Walaupun ramai yang datang makan di sini tapi masih ada penjarakkan antara meja. So, senang nak bergerak untuk ulang alik ke tempat buffet. 

Sambutan Harijadi di D'Kayangan

Pada yang ingin mengadakan sambutan harijadi yang berkonsepkan buffet dan steamboat, korang boleh menyambut birthday di D'Kayangan. Marina rasa berbaloi dan jimat buat birthday di sini. Banyak menu yang boleh dipilih di sini. Banner juga ada siap digantung di restoran ini. 

Review Marina Makan Di D'Kayangan Steamboat & Grill

Marina sangat berpuas hati makan di D'Kayangan Steamboat BBQ buffet ni. First time Marina jumpa restoran steamboat yang murah. Selalunya kalau restoran yang berkonsepkan steamboat ni, biasanya harga untuk satu kepala bagi orang dewasa harganya RM60 dan ke atas. Tapi di sini boleh dapat harga di bawah RM30 untuk satu kepala. 

Menu yang disediakan sangatlah banyak. Anak-anak Marina pon enjoy makan di sini. Biasanya kalau restoran berkonsepkan steamboat agak sukar nak kena selera dengan budak-budak kan? 

Mostly semua menu di sini Marina makan. Rugilah kan tak try semua menu yang ada kat sini. Menu yang paling Marina suka di sini adalah Char Kuey Tiaw. Memang sedap. Marina makan Char Kuey Tiaw bertambah-tambah. Marina pilih kuah tomyam untuk makan bersama bahan-bahan steamboat. Kuah dia tak pedas, anak-anak Marina boleh makan, maksudnya tak pedaslah tu. Bahan-bahan steamboat dan grillnya banyak dan semua segar-segar. Ayam yang diperap cukup rasa, bila digrill memang padu rasa dia. 

Nak Makan Di D'Kayangan Perlu Buat Tempahan Dulu Ke? 

Kalau korang nak makan steamboat di sini, Marina sarankan sebaiknya korang booking dulu sebab kat sini sentiasa ramai orang. Takut kalau walk in nanti korang kena menunggu giliran untuk duduk pulak. Korang boleh hubungi D'Kayangan Steamboat BBQ buffet di 0122971091 untuk buat tempahan. 

Facebook :

Instagram :


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, 
Shah Alam, Selangor

19 comments:

  1. sebelum pkp dulu pernah gak makan sini. pilihan makanan banyak. dah lama tak pi

    ReplyDelete
  2. wahhh jarang la steamboat ada char kuey tiaw! Nak kena panic food hunting ke macam mana ni? Haha

    ReplyDelete
  3. aduhhhhhh.. lamanya kita taksinggah sini wak.. terliur tengok semua jenis makanan yang ada.. membayangkan satu persatu.. berbunyi terus perut.. hahahaha~ bahaya tau !!

    ReplyDelete
  4. Tak rugi makan di D'Kayangan Steamboat ni. Sedap tau. Last pergi 2019..banyak pilihan kan. Berbaloi makan kat sini

    ReplyDelete
  5. Fuhh..dah lama tak steamboat/bbq ni. Nampaknya terpaksa la postpone semua plan sampai lepas pkp.

    ReplyDelete
  6. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this restaurant at any time of the day.

    ReplyDelete
  7. dang. all the food you shared. makes me hungry. cant wwait to bring my family to makan makan a this place! they will love it.

    ReplyDelete
  8. Kat sini banyak pilihan kan. Rawlins pernah makan dan siap sambut birthday kawan kat situ. Staf dia pun ramah melayan.

    ReplyDelete
  9. alaamak lama gila tak pergi kayangan steambot ni.... rindu nak makan panas panas ni.. delicious ! heee sebab banyak pilihan mata jadi rambang bila tengok semua makanan kat situ kan..

    ReplyDelete
  10. harga pun tak mahal.. banyak pilihan.. ada busking.. halal lagi.. memang pilihan terbaiklah.. berbaloi bayar..

    ReplyDelete
  11. dah lama tak makan steamboat. uwaaa skrg pkp pulak xboleh nk pergi jauh. nanti lepas pkp nak singgah makan steamboat lah

    ReplyDelete
  12. Wuwuwuw sedapnyaaaaa. Akak suka steamboat dan bbq. Tunggu anak besar sikit. Im coming. Hehe

    ReplyDelete
  13. Boleh try la tempat makan ni next bila dh boleh travel ke sana... Menarik juga bah...

    ReplyDelete
  14. Banyaknya pilihan makanan dia. Kalau bukan sebab pkp dah lama ajak husband pergi sini masa otw balik perak tapiiii nak balik kampung pun entah bila

    ReplyDelete
  15. Memnag sedap dekat sini. Banyak pilihan. Harga murah pulak..lama dh tak pergi sini

    ReplyDelete
  16. port pilihan juga ni lepak ngan kazen2 ramai kat shah alam tu heheheh

    ReplyDelete
  17. saya suka makan gril2.. steamboat ni. suasana menarik. banyak pilihan steamboat. berbaloi dengan harga.

    ReplyDelete
  18. Mouse mommy not yet been to Kayangan Steamboat before, definitely is one of my wishlist.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.