Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat Cara Kimball Kompem Gaya Malaysia Terasa Seperti Masakan Di Restoran!

Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat Cara Kimball Kompem Gaya Malaysia Terasa Seperti Masakan Di Restoran! | Ayam Masak Merah ni memang favourite Marina dari zaman bujang lagi. Lagi-lagi ayam masak merah di kenduri tu. Terbayang-bayang kesedapan ayam masak merah kenduri. Kalau korang baca semua entri resepi masak sambal yang Marina share sebelum ni, Marina memang tak minat nak letak sos cili atau sos tomato dalam masakan Marina. Mungkin sebab dari dulu arwah mak Marina pon masak tak guna sos. Marina pon terikut cara masakan dia. Ayam masak merah ni macam-macam version kan? Pada Marina, of courselah Marina cari resepi ayam masak merah yang paling simple dan tak menggunakan banyak bahan. 

Selalu jugak Marina makan di kedai-kedai makan. Marina boleh bezakan lauk-lauk yang guna sos atau tak guna which is tak berapa nak sedaplah masak sambal tu bila menggunakan sos. 

Memandangkan Marina pengguna Kimball, jadinya Marina nak cuba dalam masakan pulak. Biasanya Marina guna Kimball untuk cicah-cicah je. Kimball ni mudah didapati di pasaraya. So, bila dah beli dan guna, suka pulak dengan rasa sos dia sehingga sekarang. Bila Marina dapat tahu Kimball ada share resepi ayam masak merah di sini https://www.kimball.com.my/recipe/ , teringin pulak nak cuba resepi diorang. Marina tak pernah sekalipun cuba masak sambal menggunakan sos Kimball. 





Tentang Kimball yang Perlu Korang Tahu! 

Kimball adalah jenama buatan Malaysia yang menawarkan produk yang disahkan Halal. Kimball diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ianya merupakan jenama yang dipercayai dan telah dikenali di kalangan rakyat Malaysia melalui produk legenda mereka iaitu Sos Cili Kimball dan Sos Tomato Kimball. Ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dari semua segenap lapisan masyarakat. Tidak lengkap rasanya sesuatu hidangan tanpa sos ni kan? Siapa yang tak kenal, Kimball merupakan produk yang terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli. 

Kimball diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi mengikut haros panduan pengeluaran yang ketat. Produk Kimball merupakan produk yang bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan rasanya yang sentiasa konsisten berdekad lamanya. Kimball juga sekarang mempunyai produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta,  mayonis, kacang kuda dan kacang parang. 

Pelbagai rasa dengan cara yang bijak dan mudah melalui pelbagai produk berkualiti yang ditawarkan dari Kimball. Produk ini menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada korang. Jadikanlah setiap hidangan korang suatu hidangan yang istimewa dengan Kimball! 







Resepi Ayam Masak Merah Cara Kimball

Biasanya kalau Marina masak Ayam Masak Merah, Marina guna cili boh dan tak pernah campur sebarang sos dalam sambal. Kalini Marina nak try resepi Ayam Masak Merah cara Kimball pulak. Resepi yang di share di sini https://www.kimball.com.my/recipe/
menggunakan Sos Cili Kimball dan surprisingly Sos Spaghetti Kimball pon digunakan untuk menu ni. Marina tak follow 100%, murka sedikit resepi dia. Ubah sikit je tak banyak.  

Bahan-bahan :

1. Ayam - 1 ekor
2. Sos cili Kimball - 3 sudu makan
3. Sos spaghetti Kimball - 1/2 cawan
4. Bawang besar - 1 biji
5. Bawang merah - 4 biji
6. Bawang putih - 4 ulas
7. Serai - 3 batang
8. Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
9. Garam
10. Gula

Cara-cara :

1.  Lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam pada ayam. Kemudian goreng. Kalau nak ayam lembut, goreng sekejap je. Marina suka lembut. Senang nak makan. Dah siap goreng semua, ketepikan dulu. 

2. Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Marina guna minyak yang goreng ayam tadi.

4. Selepas dah pecah minyak, kalau minyak banyak sangat, buang minyak dulu. Kemudian masukkan Sos Cili Kimball, Sos Spaghetti Kimball dan serai.  

5. Masak sehingga sebati,  kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

6. Perasakan dengan garam dan gula. Tak perlu banyak sebab kemasinan dan kemanisan dari Sos Cili Kimball dan Sos Spaghetti Kimball dah memadai. 

Bila Marina Memasak Di Rumah Dengan Kimball Terasa Sama Seperti Di Restoran! 

First time Marina masak Ayam Masak Merah menggunakan sos dan tak menggunakan cili boh atau cili kering mesin langsung! Tapi Ayam Masak Merah nya memang terasa seperti menggunakan cili boh. Surprisingly menu yang Marina masak ni memang terasa seperti masakan di restoran. Anak-anak Marina makan nasi bertambah-tambah. 

Dari dulu memang Marina suka Sos Cili Kimball sebab tak begitu pedas. Sos spaghetti Kimball pula tak begitu masam seperti sos spaghetti jenama yang Marina pernah gunakan sebelum ni. Sos Spaghetti Kimball terasa aroma oreganonya tapi tak begitu kuatlah. Tak payah dah nak tambah oregano, black pepper atau cili untuk menambah kepedasannya. 

Senang rupanya masak Ayam Masak Merah cara Kimball ni. Kalau dulu, Marina tumis bawang, kemudian tumis cili boh dan tunggu sehingga pecah minyak. Cara Kimball pula, tumis bawang sehingga pecah minyak, kemudian hanya masukkan sos cili dan sos spaghetti sahaja. Masak cara Kimball ni risiko nak berlaku kejadian cili boh tak masak atau hangit tu takde. Resepi dari Kimball ni rasanya tak lari seperti memasak menggunakan cili boh. Produk Kimball ni memang sesuailah dengan lidah Melayu Marina ni. Kompem Gaya Malaysia! Mudah dan cepat pulak tu masak Ayam Masak Merah ni ikut resepi Kimball. 

Bila Marina memasak di rumah dengan Kimball terasa sama seperti Marina makan di restoran!




Resipi dan Rangkaian Produk Dari Kimball Yang Patut Korang Cuba! 

Macam-macam lagi resepi mudah dan cepat dimasak yang dikongsikan oleh Kimball di sini https://www.kimball.com.my/recipe/ . Banyak resepi menarik yang boleh korang cuba di situ. Korang yang berminat nak mengetahui makluman lanjut mengenai pelbagai jenis produk dari Kimball boleh ke website diorang :

Website :

Facebook :


#kompemgayamalaysia #gayamalaysia

Post a Comment

24 Comments

  1. Wahhh , selalu beli Kimball untuk sis pasta. Nnt nak try pula resipi yg Marina share Ni.

    ReplyDelete
  2. Senang masak.. Nampak sedap.. Kadang2 pakai sos kimball ni

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita Marina, Kak Su pun kalau memasak memang tak berapa nak gemar nak boh sos ni lain macam rasa dia. Tapi nanti nak coba guna sos Kimball ni nampak cam sedap jugak tu

    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ni pun memang pengguna Kimball dari dulu. Masak sambal guna cili biasa, tapi tambah sos tomato sikit. Jadi,sambal tak rasa pedas sangat..hehe

    ReplyDelete
  5. Aaa bestnya semua produk Kimball akak dapat. Saya kalau kimball ni faveret sos tomato, spaghetti dan cendawan tu. Senang masak menu-menu international. Hahaha. Ayam masak merah dr sos kimbal pek memang terbaik kak. Sedap.

    ReplyDelete
  6. Macam ayam masak merah kenduri ni. Dapnya Marina!

    ReplyDelete
  7. Wah senangnya, tak payah guna cili boh. Saya suka produk Kimball terutamanya pasta dan sos pasta dia sebab antara yang termurah berbanding jenama lain.

    ReplyDelete
  8. memang suka makan guna sos kimball ni even spaghetti pun guna brand ni jugak. Sedap!

    ReplyDelete
  9. Wah, simple tapi nampak menyelerakan gitu... boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
  10. Banyaknya produk Kimball sis ni... Wahh macam2 boleh masak la lepas ni.. Nell selalu beli sos cili jer brand ni.. Next time. Boleh try yang lain...

    ReplyDelete
  11. Thank you the recipe. Saya pun nak try resepi ni bila ada masa nanti

    ReplyDelete
  12. Sis memang dari dulu hingga kini hanya makan sos tomato dan pilihan Sis memang kimball.. rasa tomato dia sedap, kalau masak merah macam ni lagi sedap gunakannya kan..

    ReplyDelete
  13. Sha pun suka...senang dengan 2 jenis sos jee..

    ReplyDelete
  14. wow, this really looks like a restaurant-served dish. super delicious and i cant wait to try

    ReplyDelete
  15. Kak min pun suka kalo memasak guna sos kimball..memang lain macam sedap dia

    ReplyDelete
  16. jenama Kimball ni adalah antara pilihan sos untuk abam kie memasak. kalau makan dgn ayam goreng kepci pun sedap!

    ReplyDelete
  17. woww awesome la ayam amsak merah dia.. lama betul jue tak masak.. sedap kalo guna sos kimball lagi kan.

    ReplyDelete