Anak-Anak Menghadiri Kelas Online Di Braincarve Malaysia Untuk Meningkatkan Perkembangan Otak Secara Menyeluruh Melalui Program 6 Dalam 1 - MARINA BASHAH

Anak-Anak Menghadiri Kelas Online Di Braincarve Malaysia Untuk Meningkatkan Perkembangan Otak Secara Menyeluruh Melalui Program 6 Dalam 1

Anak-Anak Menghadiri Kelas Online Di Braincarve Malaysia Untuk Meningkatkan Perkembangan Otak Secara Menyeluruh Melalui Program 6 Dalam 1 | Korang pernah dengar Program 6 Dalam 1 untuk perkembangan otak anak-anak? Sebelum Marina mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak ke kelas online dari Braincarve Malaysia ini, Marina meneliti pengisian yang akan diajar oleh cikgu-cikgu. Marina teruja dengan silibus yang akan diajar di Braincarve Malaysia dan tak fikir panjang dah. Marina terus nak cuba hantar anak-anak ke kelas online ini. Selain daripada Program 6 in 1 ini, anak-anak Marina attend juga ke kelas Bahasa Inggeris. Marina masukkan Miza ke kelas Program 6 dalam 1 dan Marissa pula ke Kelas Bahasa Inggeris. 

PKP bersambung lagi. Marina pasti ada ibu bapa yang semakin risau tentang pelajaran anak-anak. Diorang dah lama sangat duduk di rumah je tanpa melakukan apa-apa aktiviti yang melibatkan pembelajaran selain kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu kan? Siapa tak risau kan? Bila dapat tahu ada kelas untuk mengembangkan minda anak-anak dan kelas bahasa Inggeris, Marina mengambil keputusan untuk masukkan anak-anak Marina ke kelas ini secara online. At least masa cuti sekolah diorang diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Bukan bermaksud bila duduk di rumah je, anak-anak pon tak payah boleh nak belajar. Sebenarnya macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak di rumah seperti yang Marina pernah share sebelum ni Aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah semasa musim PKP. Takdelah cuti sekolah anak-anak diluangkan dengan aktiviti tak berfaedah dengan hanya menonton televisyen dan youtube sahaja di rumah. Rosak dan tak berkembang minda anak-anak jika ibu bapa tak kawal penggunaan gajet anak-anak yang berleluasa. Lambat laun bila anak-anak dah tak boleh dilentur, menyesal pon dah tak guna.

Di sini Marina nak kongsikan pengalaman anak-anak menghadiri kelas online ni dengan korang. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa yang tercari-cari untuk menghantar anak-anak menghadiri kelas untuk perkembangan otak anak-anak dan memahirkan diri anak-anak dalam penggunaan Bahasa Inggeris semasa PKP ini.



Menarik Tentang Braincarve Malaysia Yang Perlu Diketahui

Braincarve Malaysia mempunyai 2 cawangan iaitu di Subang Jaya dan Kota Kemuning, Shah Alam. Ianya merupakan sebuah organisasi yang berasaskan penyelidikan yang memfokuskan pada perkembangan otak anak-anak yang berumur di antara 5 sehingga 16 tahun. Braincarve merupakan syarikat yang telah membuat perubahan paradigma dalam perkembangan otak daripada apa yang dapat dicapai oleh ubat atau pendidikan apapun. Braincarve telah mula mempromosikan pelbagai program kecerdasan yang unik untuk  memberi manfaat kepada anak-anak pada peringkat awal supaya pertumbuhan mereka sangat luar biasa. Braincarve telah ditubuhkan pada awal tahun 2000 dan telah dikenali di Asia dan Timur Tengah.

Lebih membanggakan Braincarve Malaysia telah menerima anugerah 'Best Whole Brain Development Programme 2020 Award Winner' daripada Babytalk Magazine. Satu pengiktirafan yang menjadi suntikan semangat kepada Braincarve Malaysia untuk mengembangkan sayapnya. 

 

Program Unik untuk Anak-Anak di Braincarve

Braincarve telah memperkenalkan program perkembangan otak secara menyeluruh yang menggabungkan kaedah pembelajaran dari negara asing dan India - Sistem Abacus dengan Sains dari Barat dan Vedic Matematik dengan Sains dari India. Teknik ini bekerja secara berasingan ke arah perkembangan otak secara keseluruhan yang :
• Merangsang otak kanan dan kiri.
• Menguatkan hubungan otak.
• Menjadikan ingatan lebih kuat. 
• Meningkatkan retention power. 
• Mengembangkan keperibadian yang lebih baik untuk IQ, EQ dan CQ. 

Dengan menggunakan teknik-teknik ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan :
• Kemahiran visual dan pemerhatian. 
• Kemahiran mendengar dan konsentrasi.
• Kemahiran Bahasa dan membaca. 
• Kemahiran matematik.
• Kemahiran manipulatif. 
• Kemahiran membina bantu kendiri sosial dan emosi.


Apa itu Braincarve 6 in 1 Programme?

Braincarve menghasilkan 6 teknik yang menggabungkan pengetahuan Vedic, memori, matematik, kreativiti dan lain-lain bertujuan untuk mengubah cara anak-anak berfikir dan bertindak. Program ini mempunyai 8 level. 

Aktiviti yang akan dilakukan untuk teknik-teknik ini merangkumi Pengiraan Fizikal dan Mental, Permainan Rangsangan Otak, Persembahan Pengucapan Umum (Presentation Public Speaking), Brainstorming, Sajak dan Lagu serta Aktiviti individu dan berkumpulan.

Sebanyak 4 sesi disediakan untuk program 6 dalam 1 dalam sebulan. Setiap sesi akan mengambil masa 2 jam. 

Teknik-teknik yang akan diajar oleh Braincarve untuk program 6 dalam 1 ini adalah :

• Magic Fingers

Magic Fingers ini mengajar kanak-kanak menggunakan 10 jari mereka untuk mengira sehingga 99, sama ada operasi tambah atau tolak. Hasil yang didapati daripada teknik ini :
• Meningkatkan kemahiran motor kasar. 
• Mengaktifkan otak kiri dan otak kanan serentak. 
• Belajar mengira dengan cepat dari 1 sehingga 99 menggunakan 10 jari.
• Kolerasi badan dan minda. 

• Abacus

Abacus adalah kerangka pengiraan kayu yang mempunyai manik-manik penghitung yang dibingkai di dalamnya. Latihan Abacus membantu kanak-kank bukan sahaja dengan matematik tetapi dengan juga ingatan, pemikiran kreatif dan pemikiran logik mereka. Latihan ini dapat :
• Mengaktifkan otak kanan dan otak kiri. 
• Meningkatkan daya tumpuan, ketepatan, kelajuan, kemahiran matematik dan imaginasi. 

• Vedic Mathematics

Vedic Matematik adalah bertujuan menggabungkan deria bahasa yang berkaitan dan kemahiran aplikasi seseorang. Kelebihan mempelajari Vedic Matematik ini adalah :
• Ia meningkatkan kekuatan analisis otak. 
• Pemikiran logik bertambah baik. 
• Membina visi baru untuk berdikir secara berbeza. 
• Meningkatkan kesabaran. 

• Thinking Techniques 

Braincarve adalah satu-satunya pusat pembelajaran di Asia yang mengajar teknik berfikir untuk kanak-kanak. Terdapat 2 mod pemikiran iaitu pemikiran menegak dan pemikiran lateral. Teknik ini dapat :
• Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. 
• Mengubah masalah yang rumit menjadi peluang yang pasti. 
• Menggunakan kaedah alternatif untuk berfikir. 
• Membantu meningkatkan jumlah idea dan pemandangan baru dengan menggunakan dan menyesuaikan teknik dan kaedah berfikir bukan konvensional.
• Meningkatkan kreativiti berfikir dengan pendekatan inovatif. 
• Mengetahui bakat dan kemahiran yang tidak dapat dilihat untuk mencari penyelesaian masalah. 

• Memory Techniques

Braincarve mengajar Teknik Memori  ini dengan menggunakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan untuk melatih memori kanak-kanak dengan lebih baik. Teknik memori ini kanak-kanak boleh :
• Mengingati nombor, ayat dan perenggan dari kurikulum sekolah mereka. 
• Meningkatkan prestasi dengan masa belajar yang kurang.
• Mengingati semua yang dibaca dan ditulis. 
• Meningkatkan kualiti hidup. 

• Win in 60 seconds

Aktiviti yang dilakukan untuk teknik Win in 60 seconds ini adalah menetapkan matlamat satu minit, pujian satu minit dan meminta maaf satu minit dapat membantu anak-anak belajar nilai dan membantu membina watak mereka. Teknik ini dapat membantu kanak-kanak dalam :
• Meningkatkan rasa kejayaan, pencapaian, keyakinan dan kebahagiaan. 
• Menikmati pembelajaran dan meletakkan diri yang terbaik ke hadapan.
• Komunikasi yang lebib baik antara ahli. 
• Tingkah laku yang lebih baik dengan anak-anak. 
• Lebih seronok bersama sebagai keluarga.


Fun English For Young Learners

Program Bahasa Inggeris Baru telah diperkenalkan oleh Braincarve untuk meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bertutur pelajar dengan memanfaatkan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Hasil daripada program ini :

• Sebutan perkataan Bahasa Inggeris. 
• Penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang betul. 
• Penulisan
• Pengucapan awam
• Keyakinan untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.

Pecahan Kelas Bahasa Inggeris Umur Kanak-Kanak

• Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun akan ke kelas Brainy Tots.
• Kanak-kanak berumur 4 sehingga 6 tahun akan ke kelas English Readers and Writers/English Jolly Tots. 
• Kanak-kanak berumur 7 sehingga 9 tahun akan ke Kelas English Incridible Junior. 
• Kanak-kanak berumur 10 sehingga 12 tahun akan ke Kelas English Incredible Learner. 



Pengalaman Marina Menghantar Anak-Anak Di Braincarve Malaysia

Pendekatan yang digunakan oleh Braincarve Malaysia dalam pembelajaran adalah berbeza sedikit daripada kelas online yang pernah dihadiri oleh anak-anak Marina sebelum ini. 

Di program 6 dalam 1 ini, Miza suka sangat belajar Magic Fingers. Satu pengalaman yang baru buat Miza. Magic Fingers ini dapat membantu Miza mengira dengan lebih pantas. Sekejap je Miza dapat tangkap apa yang diajar oleh cikgu di Braincarve. 

Di kelas Fun English For Young Learners pula, Marissa menghadiri kelas untuk pelajar yang berumur 7 tahun sehingga 9 tahun. Marissa 8 tahun so dia masuklah kelas English Incredible Junior. Banyak latihan yang dilakukan di dalam kelas ini. Latihan dilakukan menggunakan buku latihan yang disediakan oleh pihak Braincarve. Macam-macam pendekatan yang diajar semasa kelas Bahasa Inggeris ini antara pembelajaran yang diajar yang menarik minat Marina adalah mendengar perbualan di audio yang dipasang oleh cikgu kemudian jawab soalan berdasarkan audio tersebut. Di sini, kanak-kanak dapat melatih diri mereka untuk fokus dan dapat menuji kemahiran pendengaran mereka. Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga diajar untuk menjawab soalan dengan menggunakan ayat yang betul. Marina yang dengar sekali pelajaran yang diajar oleh cikgu di Braincarve ini pon tertarik dengan latihan yang dilakukan seperti ini. Takdelah anak-anak bosan untuk belajar.  

Apa yang Marina boleh katakan di sini, anak-anak Marina enjoy dapat menyertai program yang diajar di Braincarve. Kaedah pembelajaran yang Marina rasa berkesan dan menyeronokkan. 


Mendaftar di Braincarve Malaysia

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas online sama ada program 6 dalam 1 atau Fun English For Young Learners boleh menghubugi Braincarve Malaysia di website mereka. 

Setiap pelajar yang mendaftar di sini akan menerima T-shirt, Abacus dan buku untuk digunakan semasa pembelajaran dijalankan. Abacus akan diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai Program 6 dalam 1. 

Peluang Perniagaan Bersama Braincarve Malaysia

Kepada yang berminat untuk melakukan perniagaan di dalam bidang pendidikan, Braincarve Malaysia membuka peluang perniagaan kepada mereka di luar sana untuk menyertai bersama-sama mereka. Layari website mereka untuk peluang perniagaan yang ditawarkan oleh mereka. 

Website :






No 1, Jalan USJ 21/7, 47630 Subang Jaya,  Selangor
Contact/Whatsapp : 03-56339393

18 comments:

  1. Bagusnya kelas ni.. Anak2 bokeh bljr matematik.. Banyak cara dia ajar

    ReplyDelete
  2. Menarik laaa kelas gini. Bagus untuk anak-anak! Tips dan teknik yang bagus

    ReplyDelete
  3. Menarik... Bagus untuk anak dan teknik serta tip yang membantu...

    ReplyDelete
  4. seiring waktu sekarang yang pandemik ni belajar online adalah terbaik. parents pun senang nak pantau. such a good program for kids

    ReplyDelete
  5. Online learning isn't that easy. And this is a good program for kids. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  6. macam-macam teknik online skrg. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  7. Wah anak2 mesti suka promgram nmcam ni kan 👏👏 tp yelah bukan senang.

    ReplyDelete
  8. Menarik ya, pendekatan yang digunakan oleh Brain Carve ni. Membuatkan sesi pembelajaran tu lebih menyeronokkan.

    ReplyDelete
  9. Kelas begini mesti anak anak suka sbb teknik pembelajarannya nampak unik. Nak survey la berapa harganya pulak.

    ReplyDelete
  10. Bagus kelas macam ni, sebagai advance anak-anak dalam pembelajaran kelas online.. lagi satu kalau ada mengajar anak guna Abacus tu, minda mereka cepat terbuka untuk mahir dalam kira-kira.. anak Sis dulu Sis hantar kelas Abacus atau sempua ..

    ReplyDelete
  11. tengok kepada silibus yang diperkenalkan agak menarik.. boleh rekomen pada anak sendiri dan kawan2 ni

    ReplyDelete
  12. Bestnya program 6 in 1 yang mereka offers ni...good skills for the kids..

    Sampai skrg i masih tak reti pakai abacus! Tak pernah belajar about it before...mcm menarik kan benda tue... Your kids lagi hebat dari uncle la macam ni.. Haha...

    ReplyDelete
  13. menarik kelas online macam ni..bagus untuk anak anak ..kalau ade anak memang iena akan daftar dia kelas macam ni :)

    ReplyDelete
  14. Bagus ada online class macam ni. Terisi juga masa anak2 semasa PKP ni. Teknik2 yg diguna pun nmpak menarik.

    ReplyDelete
  15. bagus la ada kelas online macam ni. sesuai sangat dengan keadaan tengah pandemic dan sekolah tutup. belajar dari rumah je

    ReplyDelete
  16. very interesting program and most importantly very relevant to the children education today!

    ReplyDelete
  17. Bagus juga Kelas Online Di Braincarve ni, nanti i bagi tau my sister they can consider to register for their children.

    ReplyDelete