Periuk Batu Dreamial dari KayuHome, Jenis Periuk Yang Selamat Digunakan untuk Memasak - MARINA BASHAH

Periuk Batu Dreamial dari KayuHome, Jenis Periuk Yang Selamat Digunakan untuk Memasak

Periuk Batu Dreamial dari KayuHome, Jenis Periuk Yang Selamat Digunakan untuk Memasak | Memasak boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan apabila kita memasak dan menikmati makanan yang dimasak bersama-sama keluarga. Terasa satu kepuasan apabila ada yang memuji masakan kita sedap. Tetapi memasak juga boleh menjadi tragedi apabila berlakunya kecelakaan yang tak diingini seperti melecur ketika memasak atau merisikokan kesihatan yang mengundang penyakit akibat peralatan yang kita gunakan untuk memasak seperti periuk adalah tidak selamat. Mungkin ramai dah sedia maklum betapa pentingnya memilih periuk yang selamat digunakan untuk memasak. Tetapi ramai jugak yang kurang ambil berat tentang hal ini kan? Guna periuk main bedal je. Tak kisah pon jenis periuk tersebut diperbuat daripada material apa, selamat atau tidak ianya digunakan, kan? Janji boleh guna, boleh masak dah memadai, betul tak? Mungkin ada juga tidak tahu cara untuk memilih periuk yang selamat digunakan. Kalau Marina kongsi akibat daripada tidak memilih periuk yang selamat digunakan untuk memasak, pasti korang lepas ni lebih berhati-hati untuk memilih dan membeli periuk kan? 


Bila dapat tahu dan tengok periuk dari KayuHome ni, Marina rasa tertarik dengan rekabentuk periuk dia. Dahlah warna merah gelap, nampak elegan dan tahan lasak. Macam tau-tau je Marina duk mencari periuk. Kat rumah Marina ni semua periuk jenis stainless steel. Bila time nak basuh lepas guna periuk tu, segala jenis span atau besi pembasuh keluar dari laci, nak sental periuk punya pasal. Selepas baca mengenai keistimewaan periuk Dreamial dari KayuHome ni teringin rasanya nak memiliki periuk jenis batu ni. 

Bahaya Periuk Yang Mengandungi PFOA

Apa itu PFOA? PFOA adalah singkatan daripada Perflurooctanoic Acid iaitu sejenis bahan kimia di mana terdapat periuk yang diperbuat daripada PFOA. Betapa bahayanya PFOA ini kepada kita. Antara penyakit akibat memilih periuk yang mengandungi PFOA :

• Tinggi kolestrol

• Kerosakan buah pinggang

• Gangguan pundi kencing

• Kerosakan hati dan darah tinggi

Bagaimana Cara Memilih Periuk Yang Selamat?

Portal MyHealth ada menyenaraikan jenis-jenis periuk yang terdapat di pasaran mengikut material yang digunakan serta kebaikan dan keburukan jenis periuk tersebut.

Periuk Aluminium

Kebaikan : Ringan, harga murah, aliran haba yang baik.

Keburukan : aluminium banyak masuk ke dalam makanan jika makanan disimpan lama dalam bekas aluminium.

Periuk Tembaga

Kebaikan : Mengalirkan haba dengan baik.

Keburukan : Kadar larut resap tembaga yang tinggi boleh berlaku apabila memasak makanan yang berasid tinggi.

Periuk Besi Tuang

Kebaikan : Memberi kesan yang baik kepada badan kerana ia membebaskan besi (nitrien penting) ke dalam makanan apabila digunakan untuk memasak. Ia berupaya menyimpan haba selepas api dimatikan.

Keburukan : Boleh berkarat jika tidak dijaga dengan baik.

Periuk Seramik, Kaca, Tanah Liat

Kebaikan : Mudah dibersihkan. Boleh dipanaskan dengan suhu yang agak tinggi.

Keburukan : Bahan yang membuat,  menyalut atau menghias periuk kaca, seramik dan tanah liat seperti plumbum, pigmen atau kadmium boleh menyebabkan risiko kesihatan.

Periuk Keluli Tahan Karat

Kebaikan : Murah. Sesuai digunakan pada suhi tinggi. Tahan calar. Pemanasan sekata. Pilihan bekas memasak terbaik dan paling selamat.

Keburukan : Logam yang hadir dalam aloi keluli tahan karat boleh melarut resap dalam makanan. Boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan.

Periuk Teflon

Kebaikan : Tidak melekat. 

Keburukan : Menghasilkan asap toksik apabila dipanaskan dengan haba yang tinggi. Mungkin mengandungi asid PFOA. 

Korang boleh baca selanjutnya mengenai jenis-jenis periuk di SINI




Kenapa Memilih Periuk Batu Dreamial dari KayuHome?

Periuk Batu Dreamial merupakan periuk batu pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi German. Periuk batu ini menggunakan batu granite merah. Periuk batu ini mempunyai 4 lapisan. Periuk batu Dreamial ini bebas PFOA. Istimewanya periuk batu Dreamial dari KayuHome berbanding periuk lain adalah :

• Bebas bahan kimia.

• Menggunakan teknologi German.

• Buku manual penggunaan disediakan.

• Periuk tebal dan tahan lasak.

• Penutup kaca flat dan tebal.

• Penutup dilitupi silikon dan selamat digunakan.

• Penutup mempunyai auto tiub, memudahkan wap keluar semasa memasak.

• Warna yang menarik (wine red). 

• Handle periuk jenis bakelite (tahan panas). Kebiasaannya, apabila korang tengah memasak, korang akan menggunakan kain untuk memegang pada pemegang pada periuk sebab panaskan? Tetapi periuk batu Dreamial korang boleh pegang handle dia sahaja tanpa menggunakan kain. 

• Anti calar, anti lekat dan mudah dicuci. 

• Saiz periuk sesuai untuk kegunaan harian.

• Sesuai untuk semua jenis dapur (dapur elektrik dan dapur gas). Periuk batu ini direka dengan induction untuk kegunaan dapur elektrik, menjadikan masakan korang cepat dimasak, mudah dan selamat. 



Periuk Rendang Batu Granite dari KayuHome

Periuk ni confirm mak-mak suka sebabnya bila time raya atau kenduri ke, biasanya mesti masak portion yang besar. Agak susah nak mencari periuk besar yang senang dan selamat digunakan kan? Di KayuHome, korang boleh dapatkan periuk besar yang dipanggil sebagai periuk rendang batu granite ni. Apa keistimewaan periuk rendang ni? 

• Periuknya tebal

• Saiz 40 cm. Muat kalau korang nak masak 10 ekor ayam. 

• Menggunakan teknologi dari German

• Setiap pembelian korang akan dapat pemegang silikon dan penghantaran percuma! 

• Boleh bayar ansuran. Harga ansuran sama harga beli cash! 

Jaminan Daripada KayuHome

Apa sekalipun yang kita beli, semua kita nak jaminan kan? Sebelum membeli Marina mesti tanya pada penjual. Contohnya kalau beli handphone, ada warranty tak? Korang pon sama kan? Di sini, KayuHome memberi jaminan kepada korang untuk periuk mereka. Jaminan dari KayuHome :
• Warranty setahun (T&C)
• Khidmat pelanggan selepas pembelian
• Insurans semasa penghantaran
• Kerosakan semasa penghantaran boleh ditukar ganti

Best tak best periuk Dreamial dan periuk rendang dari KayuHome ni? Jom kumpul duit beli periuk Dreamial ni. Tak rugi invest untuk peralatan dapur. Keselamatan dan kesihatan makanan terjaga. 


Sekarang dah tau kan bahayanya periuk yang ada PFOA. Korang yang rasa nak tukar dari periuk lama ke periuk batu Dreamial dari KayuHome ni boleh whatsapp wasap.my/60136699512/promodreamial
atau ke media sosial KayuHome. Diorang tengah on promosi periuk batu Dreamial ni. 

Facebook : 

Instagram :

22 comments:

  1. Cantiknya. Lawa ni kalau masuk dalam dapur #rumahybshehan.. Gitewwww

    ReplyDelete
  2. Memang tertarik dengan periuk batu kayuhome ni.. Kat rumah nad takde lagi periuk batu

    ReplyDelete
  3. cantik periuk ni..nak beli lah satu set nanti. kumpul duit dulu

    ReplyDelete
  4. Lawa sangat! Berapa RM satu set tu?

    ReplyDelete
  5. Periuk batu? Nampak menarik
    Kena menabung ni, hope ada rezeki dapat merasa pakai nanti

    ReplyDelete
  6. alahai geram je tengok periuk ni 😂 comel betul penutup tu!!!

    ReplyDelete
  7. Suka nya ai kalau dapat periuk satu set warna dengan sudip senduk semua ni.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, menariknya warna dia. Berkenan sungguh la

    ReplyDelete
  9. aduh banyaknya masalah kesihatan kalau tak guna periuk yang betul. Seram baca

    ReplyDelete
  10. Wow......cantik nyer periuk bati Kayu Home. Suka tengok warna cherry red tu. So lovely. Sesuai dijadikan jadikan utk mereka yg suka masak.

    ReplyDelete
  11. Suka tengok design dia. Nampak sturdy dan tahan lama. Dengar pulak buatan German. Memang good quality la ni.

    ReplyDelete
  12. Memang cantik periuk batu granite kayu home ni. Harga memang mahal tapi tengok kualiti baloi sangat pakai.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya periuk ni dari KayuHome.. Sesuai sgt dijadikan hadiah kat family o... Sure senyum sampai ke telinga.. 😍

    ReplyDelete
  14. Cantil, ringgan, memang best kalau dapat periuk kayu ni satu kat rumah. Love sangat warnanya

    ReplyDelete
  15. Kalaulah dapat satu kann, bestnya laa memasak. Sis suka periuk batu gini buat masak,s ebab tak melekat..color pulak dah kena dengan color dapo kita hehehe

    ReplyDelete
  16. Jealousnya! This is so beautiful! If they have purple or pink , I think this world is so beautiful! But this set already very pretty!

    ReplyDelete
  17. Lawa giler design dia. Tp kalo nak wat kenduri terus amik yg paling besar tu berbaloi

    ReplyDelete
  18. Perghh.. Lawa giler warna dia. Suka suka! Periuk tak lekat memang best masak

    ReplyDelete
  19. wahh menarik Periuk Batu Dreamial ni.. iena pakai dapur letrik , bila nak cari periuk susah jugak kene ..tak boleh pakai kuali mcm masak atas dapur gas..kene pilih periuk yg sesuai..Periuk Batu Dreamial ni sesuai tuk dapur letrik kn

    ReplyDelete
  20. lawanya periuk, un minat tapi fah tak ada tempat nak simpan brg huhuhu..

    ReplyDelete