Pengalaman Menginap di The Haven All Suite Resort, Resort Menarik di Ipoh Percutian Yang Lain Daripada Biasa : Melakukan Aktiviti Bersama Keluarga Di Resort - MARINA BASHAH

Pengalaman Menginap di The Haven All Suite Resort, Resort Menarik di Ipoh Percutian Yang Lain Daripada Biasa : Melakukan Aktiviti Bersama Keluarga Di Resort

Pengalaman Menginap di The Haven All Suite Resort, Resort Menarik di Ipoh Percutian Yang Lain Daripada Biasa : Melakukan Aktiviti Bersama Keluarga Di Resort | Menjejak kaki di The Haven All Suites Resort Ipoh ni seperti berada di desa yang permai. Mana taknye, dari pintu masuk sampailah Marina check out dari resort ini. Terpegun dengan keindahan dan kedamaian di resort ini. Penuh dengan pokok-pokok, bunyi kicauan burung dan bunyi serangga. Walaupon menetap di Ipoh, Marina tak pernah menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh ni. Ate dah duduk kat Ipoh, duduk rumah je la, ye dok? Tapi kalau Marina cerita pengalaman Marina menginap di The Haven ni kat korang, kome yang orang Ipoh pon mesti nak bercuti di sini jugak. Dulu, Marina pernah datang ke sales gallery The Haven ni untuk melihat projek kediaman di sini. Marina sangkakan The Haven ini hanya untuk projek kediaman sahaja, rupanya The Haven All Suite Resort juga membuka resort untuk para pengunjung. Teringin pulak menginap di sini sebab nampak tenang je tempat dia. Sesekali release tension dan lupakan seketika kerja hakiki, tak salahkan? Marina travel ke sini pada Sabtu yang lepas. Kalau ikutkan jauh juga dari rumah Marina. Lebih kurang 40 minit. Serius masa sampai je di kawasan sini, Marina dah berkobar-kobar nak share dengan korang keindahan tempat ni. Marina nak mula dari mana pon tak tahu. Makanan, aktiviti atau bilik dia? Semuanya super awesome! Marina excited nak kongsi cerita tentang The Haven ni sebab mana tau korang yang plan bercuti di Ipoh, bolehlah menginap di sini dan merasai pengalaman yang berbeza dari hotel-hotel yang pernah korang menginap sebelum ni. 



The Haven All Suite Resort

Lokasi The Haven All Suite Resort terletak di Sunway City, Ipoh, Perak. Hotelnya lebih kurang 3 minit je dengan Lost World of Tambun dan 15 minit dari pusat bandar Ipoh. Kawasan dia sangat strategik. Banyak kemudahan berdekatan The Haven ni seperti stesen minyak, Starbuck, McDonald, kedai tomyam, malahan kedai runcit pun dekat. 

The Haven merupakan resort yang bercirikan family resort dengan berkonsepkan high rise untuk memberikan keselesaan, ketenangan dan pengunjung dapat menikmati keindahan di resort ini. The Haven All Suites Resort ni telah diiktiraf 5 bintang oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. The Haven juga merupakan Global Winner untuk Best Wedding Venue and for Luxury Family Alll Inclusive Hotel. The Haven ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Tower A, Tower B (The Banyan) dan Tower C. Salah satu daripada blok tersebut iaitu Tower B (The Banyan) dibuka untuk pengunjung menginap di sini. 


Kemudahan yang Disediakan 

Banyak kemudahan yang disediakan di The Haven All Suite Resort ni. Of course Marina tak lepaskan peluang menggunakan kemudahan dia. Kat rumah takde, duduk di sini wajiblah guna kemudahan dia. Kemudahan yang disediakan :
• Lobby
• Gym
• Spa
• Swimming pool with jacuzzi
• Ballroom
• Badminton and Squash Courts
• Tennis court
• Basketball Court
• Jogging track
• Business Centre
• Junior Playroom
• Shuttle services
• Table tennis
• Electric car charger
• Pony Stable
• Pet's Corner
• Outdoor Playground
• Steam Room

Di sini juga boleh mengadakan majlis perkahwinan, melakukan teambuilding dan conference. 

Di sebelah kanan pintu masuk utama The Haven ni, Marina ada perasan menara untuk flying fox rasanye. Di sini juga terdapat organic farm. Pihak The Haven menanam sayuran sendiri di sini dan hasilnya digunakan untuk kegunaan restorannya. 

Keselamatan sepanjang korang berada di The Haven pon terjaga. The Haven menyediakan :
• Guard House
• CCTV
• Anti-climb
• Anti-snake
• Anti-cut fencing
• Controlled access card entry



Bilik di The Haven All Suite Resort

Suite Marina ni mempunyai 3 bilik. Punyalah selesa yang teramat sangat. Master bedroom dia teramatlah luas. Bilik kedua saiznya sederhana dan bilik yang ketiga kecil sikit. Anak-anak Marina excited dapat tidur bilik sendiri. Kalau kat hotel kena sharing katil. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik :
• Balkoni. Balkoninya mengadap tasik ok. Tasik ni semulajadi. Di situ terdapat 'The Rockhaven' yang berusia lebih dari 200 juta tahun. Menurut staff The Haven, dinosor diletakkan di situ untuk melambangkan The Rockhaven dah lama wujud di situ. The Rockhaven dikatakan wujud sebelum zaman dinosor lagi. 
• 2 Bilik air. Satu di dalam Master bedroom dan satu lagi di antara bilik yang kedua dan ketiga. Bilik air dia disediakan toiletries dan emergency kit (benang dan jarum, shower cap, small plastic bag, berus dan ubat gigi, shaver) dalam bag comel.
• Kitchen. Ada dapur elektrik, penapis air, microwave, mesin kopi dan peti sejuk
• Iron dalam almari master bedroom
• Bilik sidai baju
• TV LCD dengan Astro




Makan Malam di Cuisines

Seperti di hotel-hotel yang lain, The Haven All Suite Resort juga mempunyai restoran. Malam Sabtu tu Marina makan malam di Cuisines. Di sini Marina makan makanan ala cart. Kalau tak nak ala cart, buffet pon ada. Buffet dia Marina tengok menarik jugak. Yang penting restorannya ada Sijil Halal. Makanan dia tiada MSG dan pewarna. Menu yang Marina makan malam tu, menurut kata chef, menunya menu yang baru dan merupakan signature dari The Haven sendiri. Menu yang Marina makan :

• Chimicurri Prawn Salad
- Udang yang dia gunakan sangat fresh. Siapa yang biasa makan udang fresh dan tak fresh mesti dapat beza. Udang fresh ni bila kita kunyah rasa best. Dalam salad ni, sayur salad, hirisan strawberi, cili benggala dan carrot. 

• Chimicurri and steak
- Steak dia sangatlah lembut. Bila dimakan dengan sos chimicurri ni, ya ampun memang asyik sangat. Chimucurri ini adalah nama sejenis sos. Sos ni lah signature The Haven. Sedap tau. Texture dia nampak macam pesto tapi bukan pesto. Rasa dia tak pedas. Eh tak tau nak discribe macam mana. Korang kena try sendiri.

• Romesco Chicken
- Ayam panggang dibakar dengan cukup sempurna. Rempah ayam dia sedap. Ayam tak kering. Ayam dia dihidang bersama sos yang dibuat daripada walnut.

• Chicken Rice
- Aroma Nasi Ayamnya wangi. Nasi Ayam dihidang bersama ayam yang panggang, sayur tauge dan sup. Menurut Manager di situ, tauge nya dibuat sendiri daripada kacang soya. 

• Laksa Singapore
- Kuahnya rasa seperti kari. Tapi rempah tak begitu kuat seperti mee kari. Laksa ni menggunakan laksa licin. Laksa dihidang bersama telur sebiji dan udang. 

• Kiwi Berry Yogurt Parfait
- Lepas makan harus makan dessert. Marina suka sangat makan kiwi. Menarik sungguh setiap lapisan parfait ni.

• Haven's All Natural Drink
- Warna air dia macam air asam jawa. Air dia semua dibuat daripada bahan segar iaitu serai, halia, kulit kayu manis, limau nipis dan Wild Crysanthemun. Takde tambah gula. Lepas minum je, angin keluar saja dari badan. Sedap. Boleh diterima tekak. 

Aktiviti yang Marina Lakukan di The Haven

Marina tak pasti kalau hotel-hotel lain ada buat aktiviti sebegini. Kalau stay di hotel, Marina pasti kalau ada swimming pool, mesti bawak anak-anak mandi swimming pool atau yang dewasa bermain gym seperti di kebanyakan hotel kan? Tapi di sini, macam-macam aktiviti korang boleh buat. Swimming pool di The Haven ni pun korang boleh mandi sampai malam tau. Swimming poolnya ada jakuzi (air panas). Dinding swimming pool ni kaca ye. Eksklusif gitu. 

Selain daripada swimming pool, gym dan spa, The Haven juga ada menyediakan aktiviti yang menarik untuk setiap pengunjungnya. Marina berkesempatan melakukan aktiviti bersama family Marina iaitu Happy Feet Wellness, Sand Painting untuk anak-anak dan berbasikal di kawasan sekitar The Haven. Anak-anak Marina enjoy buat aktiviti ni. 

Selain aktiviti yang Marina buat ni, The Haven juga menyediakan aktiviti seperti :
• WII Play
• Pets Feeding
• Ipoh Tour Transfer
• DIY Eco Enzymes
• DIY Birdhouse
• Archery 
• Cooking Class
• Cardio Boxing
• Contemporary Pilates
• HappyFit Yoga
• Body Sculpture 
• HappyFeet Dance
• Aerobics


Pengalaman Marina Menginap di The Haven All Suite Resort

Cantik dan tenang betul duduk di The Haven All Suite Resort ni. Marina terlupa sekejap yang Marina ada kat Ipoh. Suasana di sini cukup tenang seperti berada jauh dari hiruk-pikuk bandar Ipoh. Padahal dekat je. Pagi-pagi minum di balkoni sambil melayan view tasik dan bunyi kicauan burung, syahdu betul. 


Sepanjang berada di sini, banyak aktiviti yang Marina dan family buat. Tak sempat pon nak pergi berjalan di shopping mall. Jadual padat dengan aktiviti di sini. For sure Marina dan family terutamanya anak-anak tak dapat lupakan pengalaman yang dikutip di sini. 


Hari pertama di sini, kiteorang explore kawasan The Haven ni. Tak abis explore waktu siang, kiteorang explore waktu malam pulak. Memang tersangat tenang berjalan-jalan malam di sini dengan bunyi-bunyi serangga. Anak-anak tak melepaskan peluang mandi di glass swimming pool.  


Hari kedua, jadual kiteorang padat dengan melakukan aktiviti yang ada di sini. Marina bangun seawal 5 pagi untuk menikmati suasana pagi di sini. Dalam pukul 6.30 pagi kelihatan kabus di bukit-bukit. Korang kena bangun awal kalau nak tengok kabus. Pukul 7 pagi kabus dah hilang. 

Itinerary Hari kedua

7.30 pagi : Breakfast di Cuisines
8.30 pagi : Happyfeet Wellness di 
                   Amphitheatre
9.20 pagi : Anak-anak buat Sand painting di  
                   Junior playroom, Ground floor 
                   Tower B
9.40 pagi : Berbasikal di sekitar kawasan 
                   The Haven
10.20 pagi : Tengok Pony 
10.30 pagi : Main ping pong
10.50 pagi : Pergi ke Pets Corner tengok 
                      arnab
11.30 pagi : Balik bilik, berkemas nak balik 




Korang yang teringin merasai kelainan semasa menginap di hotel dan nak lari dari hikuk-pikuk kota, boleh cuba menginap di The Haven All Suite Resort ni. Dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan melakukan aktiviti di sini. 


Instagram :

The Haven All Suites Resort
Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak



29 comments:

  1. Percutian yang sungguh bermakna bersama keluarga tersayang. Memang tempatnya sangat cantik, luas, bersih dan selesa. Makanannya pun sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  2. Liez duk lalu situ tiap kali balik Ipoh, teringin nak stay situ.. mmg cantik la kawasannya

    ReplyDelete
  3. Wah.. Kalau dapat menginap sini puas hati sangat mi

    ReplyDelete
  4. bestnya! lama tak bercuti! kalau dapat pergi sini rehat area situ pun dah ok 🤩🤩🤩

    ReplyDelete
  5. best sangat resort ni. view dan layanan memang 5 star!

    ReplyDelete
  6. Eina pernah stay sini. Memang terbaik. Anak-anak suka sangat. Makanan pun sedap.

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih kongsi pengalaman duduk di resort penginapan ini.
    Saya baru ingat nak ke Ipoh sebelum PKPB tapi sekarang merentas negeri pun tidak dapat.
    Luas suite dia dengan pemandangan tasik yang indah dengan natural Rock formation.

    ReplyDelete
  8. macam menarik je..dekat dengan tambun pula tu kan. cantik la view dengan bilik die..berbaloi la kalau dapat datang sini kan

    ReplyDelete
  9. Wahh memang dah lama rasanya teringin nak menginap di sini. Paling suka sebab suasana sekitar hotel ni yang dikelilingi hutan menghijau dan tasik yang tenang. Pool dia tu pun geram je tengok. Luas betul! Woohoo!

    ReplyDelete
  10. Dalam tu je boleh buat macam-macam aktiviti kan Marina? Bestnya part ketenangan tu. Marsha suka environment macam ni

    ReplyDelete
  11. Wah menarik ye tambahan pula banyak aktiviti menarik yg boleh dilakukan bila menginap di sini..

    ReplyDelete
  12. Bestnyaa, seronok kan dapat bercuti sambil tenangkan minda dengan melihat keindahan alam macam ni. Siap mengadap tasik & The Rockhaven Yang berusia 200 juta tahun plak tu..wow...

    ReplyDelete
  13. tak sabar na travel. kat sini pun best. aktoviti pun banyak. view cun itu penting hehw

    ReplyDelete
  14. OMG the place looks truly like its namesake-haven. I wish I could visit this sanctuary one day too. The rooms look spacious and huge and the place is well-equipped. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  15. Pemandangan di The Heaven memang heaven!

    ReplyDelete
  16. Wow......what a good holiday package. Siap ada activities skali. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  17. Memang rwsort idaman ni...ntah bila dpt pergi...

    ReplyDelete
  18. Seriously the Haven ni macam2 ada ea. All in one. Kalau anak ena confirm tak kasi balik. Syok dapur ada kopi mesin n penapis air. Betol2 macam dirumah. Kalau staycation mesti nak tengok dapur n toilet dulu hehe

    ReplyDelete
  19. Memang dah lama teringin nak cuba tinggal dekat The Haven ni tapi belum ada rezeki lagi. Tengok dari artikel sis ni nampak best je. ada mcm² aktiviti. Ruang pun mcm luas bolehlah nnti saya bawa family dtg sini. 😊

    ReplyDelete
  20. Best sangat tempat dia.. Besar je tengok temlat dia.. Macam2 aktiviti ada ye..

    ReplyDelete
  21. Wowww memang sangat best dan cantik tempatnya laaa...
    Dan Sis perhati, ada mesin kopi laa di situ hehehehe...
    Stay sini tak payah nak kemana dah, semua ada situ je ek..puashati..

    ReplyDelete
  22. what an amazing resort for the entire family. love that it also comes with a pool and a lake. thank you so much for sharing! :)

    ReplyDelete
  23. Cantik sangat staycation kat The Haven ni.. Teringin nak pergi la lepas PKPB ni... Suka environment dan sekelilingnya..

    ReplyDelete
  24. Jelesnya cx dengn sis marina. Pergi bercuti tempat best macam ni haa. Banyak pula aktiviti boleh buat. Memang the best

    ReplyDelete
  25. wahh bestnyaaa..kalau takde covid mesti iena dah pergi The Haven All Suite Resort ni sebab plannya tahun ni company nak buat oting dekat ipoh and kami nak menginap kat The Haven All Suite Resort..

    ReplyDelete
  26. Wow I memang teringin nak bercuti with family at The Haven All Suite Resort, harap harap ada rezeki.

    ReplyDelete
  27. Best nya. Nnt boleh lah ke sana jika ada rezeki. Rindu nak travel

    ReplyDelete
  28. Menarik! Nanti kalau keadaan dah okay. boleh la pergi sini. satu perkongsian yang bagus. Tengok gambar pun nampak best :)

    ReplyDelete