Cara Mudah Penjagaan Muka yang Berminyak Walaupun Bekerja Dari Rumah Semasa Musim Covid-19 - MARINA BASHAH

Cara Mudah Penjagaan Muka yang Berminyak Walaupun Bekerja Dari Rumah Semasa Musim Covid-19

Cara Mudah Penjagaan Muka yang Berminyak Walaupun Bekerja Dari Rumah Semasa Musim Covid-19 | "Ala duduk rumah je pon time PKPB ni. Tak payah pakai pelembap dengan pelindung matahari pon takpe. Dahlah muka berminyak. Lecehlah pulak nak guna sunscreen." Siapa kata tak perlu jaga muka kalau duduk di rumah? Walaupon kita bekerja dari rumah di musim pandemik Covid-19 ni, muka perlu dijaga jugak tau. Bukan cahaya matahari je penyebab kulit kita rosak dan kusam tak bermaya. Kepanasan masa korang memasak, habuk dari korang mengemas dan peluh dari kerja yang korang hadap kat rumah tu merupakan juga punca kulit muka terdedah kepada radikal bebas. Makanya kulit muka korang tidak selamat walaupun korang duduk di rumah ye. Tambahan waktu sekarang ni, nak ke mana-mana je kena pakai mask. Habis muka naik jerawat. Siapa macam ni? Di sinilah pentingnya penjagaan muka korang.


Jom Marina kongsikan cara mudah untuk menjaga kulit muka korang yang berminyak tu. Kalau muka tak berminyak pon boleh je ikut cara ni. Tak perlu sampai 9 atau 10 steps pon untuk elakkan kulit muka korang daripada menghadapi masalah.


Cara Penjagaan Muka yang Simple Di Rumah

Majoriti ramai yang boleh dikatakan tak rajin nak menjaga muka kalau berada di rumah kan? Banyak langkah nak kena buat untuk penjagaan muka. Sampai 9 steps nak kena buat. Serius Marina pon tak rajin. Tapi guna Hansaegee ni korang tak perlu banyak steps pon, korang boleh jaga kulit muka dari radikal bebas. Korang hanya perlu gunakan 2 produk dari Hansaegee ini sahaja di rumah. 

2 langkah ini sangat penting untuk penjagaan kulit wajah kita terutamanya kulit wajah yang berminyak. 2 langkah ini adalah "kawal (control) " dan "lindung (protect)". 

#1 Langkah Pertama : Hansaegee Aqua Whitening Cream (Moisturizer) 
#2 Langkah Kedua : Hansaegee Gold Nano CC Cream (Sunscreen) 

Jom Marina cerita lebih lanjut kenapa 2 item ni mesti guna walaupon berada di rumah. 

Hansaegee Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream ni merupakan krim berasaskan air (water based). Ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit muka yang berminyak. Krim ini boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Aqua Whitening Cream ini wajib dijadikan rutin penjagaan kulit wajah korang kerana ia membantu mengawal minyak di muka. Fungsi krim ini adalah untuk :
• Mengawal minyak yang berlebihan di kulit wajah kita. 
• Menyejukkan kulit wajah. 
• Memperbaiki kulit rosak akibat terbakar (sunburn).

Marina dah pernah guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature ni. Memang syok guna. Krim ni wangi, tak rasa berminyak, tidak melekit dan ianya cepat meresap dalam kulit. Muka Marina tak berminyak dan rasa segar walaupon kena cahaya matahari. Percayalah cakap Marina, bila korang guna Aqua Whitening Cream ni, mesti korang pon in love. Cerita details mengenai Aqua Whitening Cream dan review Marina mengenai krim ni, korang boleh baca kat SINI 



Hansaegee Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC cream ni digunakan waktu siang kerana ia mempunyai  SPF50++ yang dapat melindungi kulit muka korang daripada sinaran UV. Kulit muka korang tidak akan berminyak, tidak melekit, nampak segar dan glowing sepanjang hari. Gold Nano CC cream ni bersifat kawal warna (color control) dan cerah (brightening). Maksudnya krim ni walaupun krim ni warna putih tapi, kalau korang apply pada kulit muka, muka korang tak jadi putih melepak macam sesetengah krim, nampak muka tak natural. Gold Nano CC cream akan ikut warna kulit bila apply krim ni di muka korang, nampak kulit muka korang natural je. 

Gold Nano CC cream ni perlu dijadikan rutin harian korang sebab krim ni melindungi kulit muka korang daripada radikal bebas yang akan menjadikan kulit muka rosak dan kusam. Gold Nano CC Cream ini :
• Mempunyai SPF50++ di mana dapat melindungi kulit muka dari sinaran matahari. 
• Boleh dijadikan base make up dan menjadikan make up korang tahan lama. 
• Krimnya tak berminyak dan tak melekit.
• Kulit muka takkan nampak berminyak dan muka tak nampak bercapuk terutamanya waktu tengahari dan masa korang berpeluh.

Makanya penting guna moisturizer dan pelindung matahari walaupun korang duduk di rumah. Kalau keluar rumah lagilah wajib! 

Waktu siang : Gunakan Aqua Whitening Cream, kemudian Gold Nano CC Cream. Bila nak keluar rumah, senang dan cepat je bersiap. Tak perlu ambil masa yang lama pon. Kalau duduk di rumah pon muka nampak natural dan cantik je. Senang nak buat kerja harian di rumah. Dah tak perlu runsing dengan muka berpeluh dan berminyak!

Waktu malam : Gunakan Aqua Whitening Cream selepas cuci muka. Bila bangun tidur keesokannya muka segar je dan tak berminyak. 

Bagaimana nak dapatkan Produk Hansaegee?

"Musim Covid-19 ni takut nak keluar rumah. Nak beli barang dapur kat kedai Mat depan tu pon takut. Nak beli skincare yang biasa guna tu, kat kedai Mat takde jual pulak. Skincare tu je yang sesuai dengan kulit berminyak ni." Siapa mengalami masalah macam ni? Nasib baik produk Hansaegee Nature ni boleh beli secara online. Senang beli online. Hansaegee Nature ada menyediakan Whatsapp Chat Service dan Live Chat Service di website diorang. Ada customer servis yang standby untuk melayan pertanyaan dan menyelesaikan masalah korang on the spot. Cepat dan mudahkan? Tak payah dah keluar rumah. Satu rumah boleh guna produk Hansaegee Nature ni. Tak kiralah muka mak kulitnya kering, muka kakak berkulit normal atau muka adik kulitnya berminyak semua boleh kongsi sebab produk Hansaegee Nature ni sesuai untuk semua jenis kulit.

Free gift ada disediakan untuk pelanggan yang membeli produk Hansaegee Nature. Bestkan? 


Selanjutnya korang boleh ke website Hansaegee Nature untuk mendapatkan produk mereka:

Website: 

IG page: 

FB page: 

Youtube page: 


22 comments:

  1. Skin care mmg wajib, wpun duduk rumah je kan...

    ReplyDelete
  2. Dini pun guna hansaegee. Best sungguh 😁 aqua cream tu suka sangat haih

    ReplyDelete
  3. Macam best je.. Nak suh bini beli la...

    ReplyDelete
  4. Kak Nina pun guna kedua-dua produk ni. Best!

    ReplyDelete
  5. Fiza guna 3 produk hansaegee.. mmg terbaik dan serasi ngn kulit fiza

    ReplyDelete
  6. Ramai cakap produk ni bagus. Tapi kita lum try lagi ..

    ReplyDelete
  7. Memamg elok produk ni.. Love sangat

    ReplyDelete
  8. Pernah cuba cleanser ngn Aqua cream tu. Best!

    ReplyDelete
  9. memang bagus produk ni..moisturizer dengan sunscreen memang takleh miss

    ReplyDelete
  10. dah try pakai dah, suka dengan aqua whitening cream tu sebab water based. sejuk dan segar je muka bila pakai

    ReplyDelete
  11. saya pun ada masalah muka berminyak. stress juga asyik berkilat je muka ni. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  12. laki boleh cuba jugak ke produk ni? kalau boleh nak try jugaklah :) nampak macam best :)

    ReplyDelete
  13. Maksud pun 'Korea Century'.. Sah ini produk salah satu terbaik untuk kulit. Betul even #stayathome kulit kita terancam. Mdm percaya inilah jawapannya untuk oily skin.

    ReplyDelete
  14. Betul tu bila duduk rumah je rasa malas nak buat skincare step yang banyak banyak. Nak yang simple dan cepat je

    ReplyDelete
  15. Ramai yang tak tau sebenarnya kat rumah pun kena pakai sunblock, sekurang-kurangnya spf15 dan ke atas, apply setiap 4 jam.

    ReplyDelete
  16. dah banyak baca testimoni Hansaegee ni, semua berpuas hati.. hee~ nak try !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Sis pakai CC cream dia tu, tak kira lee keluar rumah atau tidak, memang suka sangat...

    ReplyDelete
  18. Mmg guna brand ni dulu. And sangat best.. sebab ianya cepat.menyerap

    ReplyDelete
  19. Walaupun duduk kat rumah tak keluar sangat, skin routine tetap kena jaga kan... Boleh try bah ni...

    ReplyDelete
  20. yes.. produk ni bagus.. TB suka sangat CC Cream ni.. sampai sekarang pakai ni.. sebab senang sangat

    ReplyDelete
  21. Kak belum pernah cuba produk skincare Hansaegee ni, tgk produk dia bagus kalau sesuai dgn kulit kita blhlah cuba nti

    ReplyDelete