Raph & Remy : Kedai Barangan Bayi yang Menyediakan Personalized Hadiah Bayi Baru Lahir yang Unik dan Menarik - MARINA BASHAH

Raph & Remy : Kedai Barangan Bayi yang Menyediakan Personalized Hadiah Bayi Baru Lahir yang Unik dan Menarik

Raph & Remy : Kedai Barangan Bayi yang Menyediakan Personalized Hadiah Bayi Baru Lahir yang Unik dan Menarik | Kalian sedang menantikan kelahiran bayi? Tercari-cari hadiah untuk bayi yang bakal atau baru lahir? Buntu di mana hendak mendapatkan barang keperluan bayi yang unik dan menarik? Tiada idea nak berikan hadiah untuk pada newborn baby? Marina ada cadangan untuk kalian pilih hadiah untuk bayi yang baru lahir. Kebetulan Marina pon bakal menerima anak buah yang baru hujung bulan Jun ini. Jom sama-sama kita survey hadiah untuk bayi yang bakal lahir. Marina dah berjalan-jalan di website Raph & Remy. Ternyata di Raph & Remy, Marina menemui apa yang dicari! Tak perlu pening-pening dah untuk pusing satu mall mencari hadiah, hanya scroll je di website, pilih yang berkenan di hati dan boleh terus dihantar kepada penerima. Musim PKP ni kan kita perlu mengelakkan amalan berkunjung, takut memudaratkan kesihatan bayi. Adalah lebih selamat jika kita memesan hadiah melalui online sahaja.







Raph & Remy dalam majalah

Raph & Remy

Raph & Remy merupakan kedai menjual barang keperluan bayi secara offline dan online yang beroperasi dari Singapura. Raph & Remy dinamakan sempena nama anak lelaki kepada pemilik kedai. Raph & Remy merupakan perniagaan milik keluarga yang diuruskan oleh Tiffany yang berasal dari Australian dan suaminya Eric dari Britain yang telah menetap di Singapura beberapa dekad yang lalu.

"Inspirasi ini tercetus apabila kami menyedari ibu bapa di luar seperti kami tercari-cari barangan bayi yang berkualiti tinggi, tahan lama, cantik, bergaya dengan harga yang mampu milik, dengan tekad kami menyokong dan memudahkan ibu bapa di luar sana."


Dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui oleh pemilik Raph & Remy, mereka telah merekabentuk koleksi hadiah barangan bayi berkualiti premium yang menjanjikan kepuasan pelanggan. 



Kenapa Perlu Memilih Barangan Bayi di Raph & Remy?

#1 Produk bayi yang cantik, comel serta anda boleh menempah dengan mencetak nama di barangan bayi.
#2 Produk yang berkualiti tinggi dan lembut diperbuat daripada bamboo direka khas untuk cuaca tropika, selamat dan memberikan keselesaan untuk kegunaan bayi.
#3 Design yang menarik dengan harga yang mampu milik.
#4 Menyediakan perkhidmatan menghantar parcel ke seluruh negara.


Cadangan Hadiah untuk Baby yang Baru Lahir Dari Raph & Remy

Di Raph & Remy bukan sekadar menjual produk barangan bayi sahaja malahan Raph & Remy juga ada menyediakan gift set, di mana boleh membeli hamper untuk dihadiahkan kepada bayi yang bakal atau baru lahir. Apa yang bestnya, kalian boleh personalized produk bayi di sini, yang mana tidak banyak kedai keperluan bayi yang membuat perkhidmatan seperti ini. Barangan keperluan bayi yang boleh didapati di Raph & Remy :

#1 Personalized Baby Gifts

Kalian boleh menempah selimut, tuala dan bedung yang dicetak nama bayi kalian, anak saudara atau bayi sahabat kalian. Kalian boleh tengok personalized baby gifts yang menarik di sini :


Organic Bamboo Baby Blanket
Diperbuat daripada 100% bamboo organik, selimut bayi daripada Raph & Remy ini merupakan selimut yang paling eco-friendly dan selesa. Jenis fabrik untuk selimut yang digunakan mempunyai pengudaraan yang baik, membuatkan bayi sejuk semasa musim panas dan panas semasa musim sejuk - mengurangkan risiko terlalu panas, membolehkan ibu bapa bayi menarik nafas lega.

Diperakui oleh OEKO-TEX, Selimut Raph & Remy OrganicBambooCloud mempunyai pengudaraan yang baik dan extra lembut seperti sutera. Selimut ini merupakan selimut antibakteria dan mampu menyerap 3 kali lebih baik dari kain kapas organik, fabrik yang digunakan akan membuatkan bayi sentiasa kering, bebas bau dan sentiasa berasa segar.

Organic Bamboo Baby Blanket ini juga mempunyai pelindung UV semulajadi dan hypoallergenic yang tidak akan menyebabkan reaksi alergik pada bayi. Ia juga merupakan fabrik yang paling lembut di dunia, bamboo organik bebas racun dan merupakan sumber yang boleh diperbaharui.



Personalised Hooded Towel & Mitt Set

Organic Bamboo Baby Towel & Mit Set diperbuat daripada bamboo organik yang berkualiti terbaik. Ia mampu menyerap 3 kali ganda lebih baik berbanding kain kapas organik. Tuala dari Raph & Remy dapat mengeringkan badan dengan cepat selepas mandi dalam masa yang sama menghangatkan badan dan juga selesa. Sarung tangan bayi yang lembut dari  Raph & Remy ini boleh digunakan ketika mandi dan boleh digantung untuk pengeringan dan penyimpanan.

Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang telah diperakui oleh OEKO-TEX telah dicampurkan bersama microfibre untuk memberikan ketahanan supaya tuala kekal lembut setiap kali dibasuh. Bukan sahaja ianya fabrik yang lembut malahan fabrik ini juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui.


Tuala dan sarung tangan dari Raph & Remy ini merupakan jenis yang Hypoallergenic, antibakteria dan bebas racun. Set ini direka khas untuk kulit bayi yang sensitif. Untuk penggunaan harian, set ini sangat praktikal dan ideal untuk dijadikan hadiah dan saiznya sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga anak berumur 3 tahun. Menampilkan telinga yang lembut yang terletak di atas tudung selimut dan juga perincian embroidery (cetakan nama) di tuala dan sarung tangan, menjadikan set hadiah ini begitu menarik.




Personalised Teethers
Teether ini mempunyai pelbagai warna yang boleh dipillih. Ianya adalah buatan tangan (handmade) dihasilkan daripada 100% food grade silicone beads berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat (untreated premium natural beechwood) - yang keras dan bersifat antibakteria semulajadi.
Manik silikon yang lembut ini mempunyai saiz yang sesuai dan teksturnya yang lembut dapat melegakan dan mengurut gusi bayi, manakala permukaan keras pada beechwood rings pula, membolehkan bayi untuk menggigit. Teether ini sesuai digunakan untuk anak yang berumur 3 bulan ke atas dan telah diluluskan oleh FDA serta diperakui oleh EN71-3. 

Personalised Teether
Raph & Remy™ Premium Bamboo Swaddles dibuat daripada 100% bamboo viscose dan didatangkan dengan pelbagai warna yang dibuat khas untuk koleksi ini. Menggunakan fabrik cashmere seperti fabrik bamboo, ia adalah pilihan yang terbaik. Ia menyerap 3 kali lebih baik daripada fabrik kapas biasa dan ia juga merupakan fabrik yang paling lembut untuk bayi kalian. 

Fabrik yang dipilih untuk Bamboo Baby Swadles ini akan membuatkan bayi sentiasa kering, bebas bau dan sentiasa berasa segar. Jenis fabrik untuk bedung yang digunakan mempunyai pengudaraan yang baik, membuatkan bayi sejuk semasa musim panas dan panas semasa musim sejuk - mengurangkan risiko terlalu panas, membolehkan ibu bapa bayi menarik nafas lega.


Bahan dalam fabrik juga menjadikan fabrik ini bersifat antibakteria, antikulat dan hypoallergenic. Ia juga fabrik pilihan yang tahan lasak dengan semua bedung yang dihantar kepada kalian telah dicuci terlebih dahulu dan dijamin lembut setiap kali dibasuh.


Bamboo Baby Swaddle boleh dijadikan sebagai kain penutup semasa penyusuan bayi, menutup stroller untuk melindugi daripada cahaya, burp cloth dan kain pelapik. 



Bamboo Baby Swaddle


Personalised Baby Swaddle

SootherBuddy Security Blanket
SootherBuddy™ Security Blanket ini sangat lembut, menjanjikan keselesaan dan keselamatan kepada semua anak-anak di dunia. 

SootherBuddy™ Security Blanket biasanya digunakan sebagai objek peralihan yang direka khas oleh Raph & Remy merupakan hadiah untuk bayi yang sangat unik. Ianya digunakan untuk membantu menenangkan, melegakan anak jika anak kalian untuk berjauhan dari kalian atau anak kalian menghadapi situasi yang tidak biasa dilaluinya. 


Pediatrik mengesyorkan agar bayi yang berumur 6 bulan ke atas supaya diberikan security objek untuk menghilangkan keresahan dan kegelisahan mereka.



#2 Apparel
Pelbagai baju bayi seperti romper dan knotted gowns boleh didapati di sini. Menggunakan bamboo textiles yang lembut seperti sutera yang selamat dan selesa untuk bayi anda.

Knotted Gowns

Premium Bamboo Knotted Gowns dari Raph & Remy adalah sangat lembut, stretchy dan mempunyai aliran udara yang baik. Butang di bahagian depan di bawah memudahkan memakai baju pada bayi. Ikatan di bawah memudahkan para ibu untuk menyalin pampers bayi serta memberikan pengudaraan bersilih ganti (diikat dan dibuka). Gaun ini mempunyai pelbagai warna yang bersaiz untuk bayi 0-3 bulan.


Baby Onesies
Premium Bamboo Onesies dari Raph & Remy adalah sangat lembut, stretchy dan mempunyai aliran udara yang baik. Sesuai dipakai untuk apajua majlis - sesuai untuk waktu tidur dan bermain. 

Butang di bahagian depan di bawah memudahkan memakai baju pada bayi. Ikatan di bawah memudahkan para ibu untuk menyalin pampers bayi serta memberikan pengudaraan bersilih ganti (diikat dan dibuka). Gaun ini mempunyai pelbagai warna yang bersaiz untuk bayi 0-3 bulan.


Fabrik regangan (stretch) direka untuk memudahkan pergerakan bayi. Terdapat pelbagai warna untuk baju Baby Onesis ini untuk saiz 0-3 bulan.





#3 Gift Set

Banyak pilihan dan tak tahu membuat pilihan? Raph & Remy juga ada menjual hamper yang boleh dijadikan hadiah kepada bayi yang bakal atau baru lahir. Kalian boleh customized warna dan mencetak nama pada barangan bayi mengikut citarasa kalian.

Baby Gift Sets

7 items di dalam set hadiah ini termasuklah:
• 1 x BubbleGummy Teether
• 1 x Pond Pal Mascot
• 2 x Premium Bamboo Swaddles
• 1 x Organic BambooClouf Cooling Blanket
• 1 x SootherBuddy Security Blanket
• 1 x Changing Mat Clutch
• 1 x Organic Bamboo Baby Towel & Mitt
• 1 x Premium Canvas Tote Bag
• 1 x Gift Card
Baby Gift Sets
Newborn Essentials Collection 
Kalian akan menikmati 20% apabila membeli Newborn Essentials Collection sebagai set hadiah yang lengkap. Kalian boleh customize warna dan mencetak nama. Set hadiah ini termasuklah :
Premium Bamboo Onesies – Duo Set (0-3m)
• Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m)
• Premium Bamboo Swaddle 
• Premium Bamboo Mittens – Duo Set (0-6m)
• Premium Bamboo Reversible Slouch Beanie (0-6m)
• Premium Bamboo Baby Booties (0-6m)
• Premium Bamboo Baby Socks – Duo Set (0-3 + 3-6m)
• Premium Canvas Tote Bag
• Gift Card


Setiap gift set akan dibungkus dengan Raph & Remy gift box yang cantik dan eksklusif. Setiap pembelian gift set ini kalian akan dapat :
• Free Gift box packaging
• Free gift card & personalised message service
• Free RAPH&REMY Premium Canvas Tote Bag
• Free standard shipping Singapura

* Penghantaran adalah menggunakan servis kurier DHL Express worldwide yang mengambil masa 1-3 hari bekerja.



#4 E-Gift Card

Hendak memberi hadiah kepada new born tetapi kalian tidak pasti apa yang perlu diberikan? Kalian boleh memberikan E-Gift Card kepada anak saudara baru kalian atau bayi sahabat kalian mengikut bajet kalian. 



Macam mana? Cantik dan comel-comel kan barang-barang baby di Raph & Remy? Mesti kalian rambang mata kan? Marina suka gila dengan changing mat clucth dari Raph & Remy ni, bergaya dan eksklusif. Tiba-tiba terasa nak ada baby lagi ye? Hehehe. Banyak lagi barang bayi yang boleh kalian tengok di website Raph & Remy. Raph & Remy boleh hantar parcel kalian world wide tau. Hadiah kalian akan dihantar terus ke rumah penerima. Setiap pembelian, kalian akan dapat reuseable bag. 


Changing Mat Clutch

Reuseable bag


Bagaimana hendak mendapatkan produk Raph & Remy? 

Makluman lanjut, kalian boleh ke website dan sosial media Raph & Remy untuk mendapatkan produk mereka :


Website :

Instagram :

Facebook :
https://www.facebook.com/raphandremy/


#raphandremy #babystore #kedaibarangbayi #giftfornewborn #babygiftset #personalizedbabygift #hadiahbayibarulahir

29 comments:

  1. Dni suka swaddle dengan towel 🤩

    ReplyDelete
  2. suka juga produk raph & remy ni sebab materialnya lembut dan sesuai untuk bayi. nampak eksklusif

    ReplyDelete
  3. pernah dengar brand ni. sesuai sangat nak hadiahkan pada newborn.

    ReplyDelete
  4. Nampak kelas sgt product2 dari jenama R&R nie. Tetiba rasa nak cari hadiah utk anak buah. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Alaa.. comelnya! Yang baby gift set tu pun dah okay. Mudah nak hadiahkan..

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaa buat hadiah tuk baby baru

    ReplyDelete
  7. memang cantik-cantik dan comel sgt produk2 dari Raph and Remy ni

    ReplyDelete
  8. Wahh ibu-ibu terutama yang pertama kali nak menyambut kelahiran ni memang satu yang menjadi syurga beli belah mereka hehehe best giler lah... Cantik dan comel jer tengok semua produk tu hehehehehe..

    ReplyDelete
  9. alahai comelnye set baju tuk baby ni.. dah la sekarang lepas pkp ni ramai betul sedara mara dapat baby baru. boleh la BBL beli buat ole2 time melawat orang baru!

    ReplyDelete
  10. wah comel2 semuanya. okay nanti nak beli untuk anak sedara saya. hehe mesti dia dengan mak dia suka :)

    ReplyDelete
  11. Banyak juga barang bbay tu.. Ada macam2.. Geram je tengok. Boleh bagi hadiah kat member yg bakal dpt baby atau baru dpt baby

    ReplyDelete
  12. Geramnya nengok barang bayi, dah lama takde baby ni, bila nampak gini teruja plak...hehehehe..untung sekarang, pakaian dan barangan baby cecantik skrg berbanding dulu..

    ReplyDelete
  13. Marsha dok usha dah untuk anak sedara baru ni...comelnyaaa

    ReplyDelete
  14. Comel-comel lah barang-barang dia. Geram.

    ReplyDelete
  15. Cantik2 design dia walaupun simple2 je. Barangan baby ekslusif mcmni best buat hadiah kan?

    ReplyDelete
  16. Cantek2nya baju kat sini. Suka tengok.. nak bagi hadiah utk baby baru. Best ni

    ReplyDelete
  17. comelnya boleh customize baju baby. hee kiut

    ReplyDelete
  18. Comel selimut yang ada nama tu.

    ReplyDelete
  19. Comelnyaaaa... suka tengok segala barangan di Raph & Remy ni... nampak ekslusif dan sesuai kalau nak dijadikan sebagai hadiah... dengan adanya Baby Gift Set dan Newborn Essentials Collection, memudahkan kita memilih lebih-lebih lagi kalau dah rambang mata sangat kannnn... almaklumla, semuanya comel-comel belaka...

    ReplyDelete
  20. Baguslah fabtik daripada organic material. Sebagai ibu memang cerewet cari pakaian yang selesa ntk baby. Seronok nak personalise sendiri gift. Puas hati.

    ReplyDelete
  21. Comelnya semua barang baby tu. Iza pun nak bersalin tak lama dah, macam boleh survey je barang baby kat sini. pastu blh custom pulak tu. menarik!

    ReplyDelete
  22. suka tengok barangan baby dekat sini.
    Comel comel semuanyaa..
    Putih bersih warnanya tu..

    ReplyDelete
  23. comel laaa knotted gown tuuuu...geram nyaa

    ReplyDelete
  24. suka tengok, cute sangat² 😍😍😍

    ReplyDelete
  25. Comelnyaaaa. Boleh start mencari untuk anak buah yang bakal lahir :)

    ReplyDelete
  26. dah boleh start survey brg baby da ni

    ReplyDelete