Produk Koolit Mengatasi Kulit Kering dan Sensitif Dengan Selamat dan Berkesan

Produk Koolit Mengatasi Kulit Kering dan Sensitif Dengan Selamat dan Berkesan | Bila mengetahui fungsi Produk Koolit terutamanya Koolit Gentle Body Wash yang boleh digunakan tanpa air, Marina teringat pada arwah mak Marina yang mana arwah mengalami kulit yang kering. Arwah mak, 2 tahun terlantar di atas katil di hujung masa hidupnya, akibat asma yang menjurus kepada brain damage. Walaupon Marina hanya sekejap dapat membantu ayah menguruskan arwah mak, sebab masa tu Marina diarahkan bekerja di Penang dan berulang alik waktu weekend, tapi sedikit sebanyak Marina tahu macam mana menguruskan keadaan arwah mak ketika itu. Bergilir-gilir kami anak-beranak memberi susu pada arwah mak melalui tiub kerana arwah tidak mampu makan dengan sendiri, membantu ayah salin pampers arwah, tukar cadar, syampu rambut dan mengelap seluruh badan arwah. Syampu yang digunakan adalah syampu kering yang boleh didapati di hospital. 


Koolit body wash

Pengalaman Kulit Kering #1

Apa yang Marina nak bercerita di sini adalah, dengan adanya produk Koolit ni, pesakit yang bedridden seperti arwah mak Marina boleh menggunakan produk Koolit untuk digunakan di seluruh badan, terutamanya di belakang badan pesakit. Akibat tidak mampu duduk atau berdiri dengan sendirinya, sepanjang masa pesakit bedridden akan hanya terbaring sahaja dan akan menyebabkan kulit belakang badan menjadi kering. Dengan adanya Koolit Gentle Body Wash, ahli keluarga boleh membersihkan pesakit menggunakan body wash dan yang bagusnya, ia tak perlu dibilas. Dulu produk seperti produk Koolit ni rasanya belum ada di pasaran atau Marina je ke yang tak tahu kewujudan ni? Marina hanya tahu syampu je yang ada jenis kering punya.  


Pengalaman Kulit Kering #2

Semasa musim PKP ni, masalah kulit kering di tangan husband Marina makin menjadi-jadi. SOP nak ke mall, kedai dan mana-mana pasaraya, pengunjung perlu pakai hand sanitizer. Bukan nak mengelak daripada pakai hand sanitizer, tetapi itulah tangan jadi kering dan berkedut teruk sebab pakai hand sanitizer. Tangan husband habis kering teruk, dah jadi macam tangan orang tua. Kedut-kedut. Husband Marina ni memang jenis yang tak tahan pada sabun dan hand sanitizer. Husband pulak memang sejenis yang kerap cuci tangan dengan sabun. Macam contoh pergi ke Aeon, setiap outlet yang kalian pergi, setiap kedai tu lah kalian kena pakai sanitizer yang disediakan di outlet tersebut. Kalau 10 outlet, 10 kalilah kalian kena pakai sanitizer. Sudahnya husband akan pakai sarung tangan getah bila nak keluar beli barang. 


Koolit calming cream
Kooliy Gentle Body Wash,  Koolit Soothing Lotion,  Koolit Calming Cream


Produk Koolit

Produk Koolit ini diperkayakan dengan Estrak Akar Manis (Licorice) dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit kering dan kulit sensitif. Bukan setakat itu sahaja, produk Koolit juga mampu mencerahkan kulit. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit normal, sensitif atau kombinasi. Produk ini mempunyai pensijilan GMP yang terbukti berkesan, efektif dan harga berpatutan. Ianya selamat digunakan oleh semua peringkat umur termasuklah bayi. Produk Koolit juga mampu mencerahkan kulit. Ianya mampu menyerap secara pantas dan melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam 24 jam. Dengan kualiti dan kebaikan yang didapati daripada produk Koolit ini, harganya amatlah berpatutan. 

Produk Koolit mempunyai 3 item untuk mengatasi kulit kalian yang kering dan sensitif :

#1 Koolit Calming Cream
#2 Koolit Soothing Lotion
#3 Koolit Gentle Body Wash


Koolit Calming Cream

• Melembapkan kulit kering dan kulit kering sensitif
• Diperkayakan dengan minyak zaitun (untuk kelembapan kulit) 
• Vitamin E semulajadi
• Tanpa wangian
• Harga RM48.00


Ekzema
Koolit Calming Cream

Koolit Soothing Lotion

• Kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering.
• Diperkayakan dengan minyak jojoba. 
• Penyerapan pantas (10 saat) 
• Harga RM35.00

* Cara Guna Koolit Soothing Lotion :
Sapu pada tempat bermasalah selepas menggunakan Koolit Gentle Body Wash


Kulit sensitif
Koolit Soothing Lotion


Koolit Gentle Body Wash

• Boleh digunakan bersama air atau tanpa air.
• Wangian disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA.
• Mengandungi Vitamin C & E.
• Boleh digunakan di muka, tangan dan badan.
• Harga RM45.00

* Cara Guna Koolit Gentle Body Wash :
• Gosok pada tempat yang nak bersihkan. Jumlah penggunaan bergantung pada kehendak masing-masing. 
• Tidak perlu dibilas dengan air atau boleh juga menggunakan air. Ikut keperluan dan kesesuaian masing-masing. 


Kulit sensitif
Koolit Gentle Body Wash

Review Marina menggunakan Produk Koolit

Koolit Calming Cream
Marina guna krim ni di muka. Memang betullah krimnya tak berminyak. Muka Marina ni silap pakai krim, habis muka naik jerawat, tapi Koolit Calming Cream ni sepanjang Marina guna nampak ok. 

Koolit Soothing Lotion
Marina suruh husband Marina apply Koolit Soothing Lotion ni di tangan husband Marina. Disebabkan musim PKP ni, selalu membasuh tangan dan memakai sanitizer, tangan husband jadi kering dan habis putih-putih jadinya. Musim PKP ni kan pergi mana-mana kedai, mereka arahkan untuk memakai sanitizer. Husband Marina tak tahan sanitizer, mendapatlah.

Minggu pertama menggunakan lotion, husband kata yang putih-putih di celah jari dah mengelupas. Dah makin ok. 


Kulit sensitif
Pinjam tangan husband buat testimoni. Nampak beza tak? 

Koolit Gentle Body Wash
Marina gunakan Koolit Gentle Body Wash ni pada bahagian yang ada selulit. Biasa ibu-ibu lepas bersalin ni kan ada selulit bahagian perut. Disebabkan Koolit Gentle Body Wash ni boleh digunakan tanpa air,  Marina dengan bahagianya pakai body wash ni macam pakai losyen di muka, perut dan di bahagian gelap. Marina tak bilas pon dengan air. Selepas 10 minit, Marina sapu Koolit Calming Cream pulak. Body wash ni tak berbuih, kalau menggunakan air pon tidak berbuih.


Macam Mana Nak Dapatkan produk Koolit? 


Kalian boleh dapatkan produk Koolit di :

Facebook: 
Koolit Malaysia

Instagram:

Watsons: 

Shopee: 

Web:  


Jemput ke blog Hellomanja untuk informasi mengenai pengalaman ibu hamil, kelahiran, penyusuan & Penjagaan Anak untuk panduan ibu dan bapa. Korang boleh hubungi mereka untuk share pengalaman dan kongsikan cerita korang di situ.


Post a Comment

22 Comments

  1. Dah cuba produk ni, memang berkesan utk huda yg ada masalah alergik

    ReplyDelete
  2. Bagusnya Koolit nie.. Fiza pun ada masalah kulit kering dari dulu lagi..minum air banyak pun x boleh selesai.. mungkin nk kne cuba koolit nie

    ReplyDelete
  3. Bagus produk untuk alergik ni sebab sesuai untuk semua golongan. Tak de pewangi yang buat kulit jadi sensitif.

    ReplyDelete
  4. Ok. Nampak menarik juga product Koolit nie. Btw, product nie dari negara mana yer?

    ReplyDelete
  5. Tengah test kat bahagian perut. Almaklumla ..mak anak lima, so kena extra ckit part nak jaga parut .hehehe

    ReplyDelete
  6. Nampak perbezaan kat tangan tu dari minggu pertama hingga minggu ketiga... bagus ya produk ni... baru juga saya dengar regarding produk ni... nanti bolehlah check it out... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  7. Sesiapa yang sda pesakit yg bed ridden boleh lah disyorkan guna Koolit... tentu rasa sejuk dan segar spt nama jenamanya.

    ReplyDelete
  8. Bagua sanagt ni.. Betul kalau pesakit yang baring je.. Mesti tumbuh belkg tu.. Bila ada produk ni dpt bantu

    ReplyDelete
  9. sesuailah kulit kering mcm saya ni.. tq sharing !^^

    ReplyDelete
  10. ramai dah pakai produk koolit ni. nak kena beli ni. review semua kata memuaskan

    ReplyDelete
  11. Nak bagi hadiah dkt mak ayah sesuai ni. Diorang selalu buat kerja luar kesian jugak. Tgk review pon ok resultnya. Why not try

    ReplyDelete
  12. Macam bagus je produk ni. Boleh cuba nanti ni, maklum dah berusia ni mmg kulit kerap kering. Terima kasih berkongsi tips

    ReplyDelete
  13. Menarik! So memang elok la kn utk kulit kering? Boleh try la kat anak yang ada masalah yang sama

    ReplyDelete
  14. Pestime dengar nama dia tu Koolit... nampak bagus snagat tu untuk kulit kering, eh nak carilah, nak bagi Mak Sis pakai..dia kulit semakin kering sejak lepas buat Kimo dulu tu...nanti nak bukak web dia..thanks share..

    ReplyDelete
  15. Bagus produk ni. Dapat merawat masalah kulit kering.tq for sharing this

    ReplyDelete
  16. wah mcm nak try sbb saya mmg ada masalah kulit kering. sebekum ni x pernah dgr lgi nama & jenama produk ni. bolehkah cri nnti

    ReplyDelete
  17. ok sangat bagi mereka ada masalah kulit kering

    ReplyDelete
  18. Macam best. Nak try lah utk muka yg berjerawat. Dah letih pakai skincare itu itu ini tapi kulit muka masih blm pulih sepenuhnya dr jerawat sbb breakout.

    ReplyDelete
  19. macam best produk ni,nanti boleh laa nuna cuba

    ReplyDelete