Marrybrown Salted Egg Ayam dan Burger Menu Baru Tahun 2020 - MARINA BASHAH

Marrybrown Salted Egg Ayam dan Burger Menu Baru Tahun 2020

Marrybrown Salted Egg Ayam dan Burger Menu Baru Tahun 2020 | Marryborwn kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hot Touch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang padu!

Dulu masa Marina kecik-kecik, selalu berebut telur asin yang warna oren tu dengan adik-adik. Sedap kot. Siapa geng telur asin oren? Macam tak sangka pulak daripada telur asin ni boleh dijadikan perisa pada setiap jenis makanan kan? Jadinya Marina nak sampaikan berita gembira buat penggemar makanan yang bercirikan perisa telur asin ni!

Marina berpeluang ke Marrybrown untuk merasa 2 menu baru yang telah dikeluarkan oleh Marrybrown. Menu apakah itu? Egg-Cited sangat kan? Egg-Cited nak story kat kalian menu baru dari Marrybrown ni.

Pada awalnya takut juga nak rasa. Biasalah perasaan ni mesti akan terbit kalau nak mencuba sesuatu yang baru kan? Bila dah rasa, tersuka pulak. 

Marrybrown Memperkenalkan Menu Baru 

Marrybrown memperkenalkan menu baru yang berasaskan Salted Egg. Sebut je Salted Egg je teruih telan air liur. Kalian pernah merasa tak makanan yang bercirikan salted egg ni?

Marrybrown kini telah berjaya mengilhamkan citarasa tempatan dengan gabungan resepi kegemaran rakyat Malaysia. Kini Marrybrown telah membuat kejutan kepada peminat Marrybrown dengan perisa yang baharu menggunakan Telur Masin yang sebenar!

"Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini," ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown. 

"Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu dan penuh kelazatan. Pasti mengugat selera rakyat tempatan!" tambah Dato’ Joshua.


Menu Baru Berasaskan Telur Masin di Marrybrown

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan citarasa tempatan. Menu ini boleh didapati pada harga dari RM15.00.

• Salted Egg Ayam

Set Salted Egg Ayam dihidangkan bersama :
   - Vegetable Salad
   - Mashed Potato
   - Heaven & Earth Ice Lemon Tea yang  
     menyegarkan

• Salted Egg Burger

Set Salted Egg Burger dihidangkan bersama :
   - Fries
   - Heaven & Earth Ice Lemon Tea yang 
     menyegarkan


“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.


[Baca juga] : Breakfast di Warung Eli

Review Marina : Marrybrown Salted Egg sedap ke? 

Menu baharu Marrybrown iaitu Salted Ayam dan Salted Egg Burger ni, dua-dua Marina dah cuba. Memang Egg-stra Padu!


> Salted Egg Ayam


Ayam disaluti dengan sos salted egg sangat pekat dan creamy. Terasa telur asinnya. Rasa telur masinnya tak kuat sangat. Just nice. Boleh terima tekak. Sos salted egg dimasak bersama daun kari meningkatkan lagi aroma Salted Egg.



> Salted Egg Burger

Daging ayam yang digoreng rangup di bahagian luarnya, disaluti sos Salted Egg dan serbuk cili membuatkan Salted Egg Burger terasa kepedasannya. Pedas bercampur dengan rasa telur asin, macam mana rasa dia agaknya? Yang suka makan pedas patut cuba rasa Salted Egg Burger ni!


So kepada peminat tegar Salted Egg kunjungilah ke outlet Marrybrown yang berdekatan dengan tempat kalian untuk merasai sendiri 2 menu Salted Egg yang baharu ini daripada Marrybrown. Apa yang Marina boleh cakap pasal menu ni, kalian datanglah ke Marrybrown and please try this! Kalian patut rasa kedua-dua menu ini sebab ada sedikit kelainan pada sos dia. Rasa sos dia tak sama. Sekali dah cuba mesti kalian nak repeat lagi. Mesti kalian tak menyesal cuba menu baru dari Marrybrown ini.

Sampai bila menu ni ada di Marrybrown? Marina pon tak pasti. Marina dah habaq dah pada kalian, sekarang turn kalian pulak untuk menilai sendiri kesedapan Salted Egg daripada Marrybrown ni! Cepat gi serbu sebelum menu ini habis di Marrybrown! Ada yang cuba ke? 

#Marrybrown #SomethingDifferent #EggstraPadu #MBSaltedEggMeal

38 comments:

  1. Menarik. Rasa die mcm ayam kfc salted egg

    ReplyDelete
  2. Wahh ada menu baru Marrybrown ehh..kalau x baca sini mst xtahu huhu..nk kena p Marrybrown nt yeahhh

    ReplyDelete
  3. tiba2 tiba macam nak cari Marry Brown tau. nampak salted egg tu menarik sangat .

    ReplyDelete
  4. Menu marry brown mmg selalu menarik.. alahai nk kne cari la nie..

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap. Nnt nak try lah

    ReplyDelete
  6. Memang sedp sangat.. Dh rapa.. Masin pedas gitu.. Nanti nak beli lagi

    ReplyDelete
  7. Ana suka burger dia. Sedap. Kena dgn selera ana.

    ReplyDelete
  8. Wahhh ada menu baru. Semua nampak sedap jer ni. Nak kena terjah jugak la nanti ..

    ReplyDelete
  9. Kinah memang giler dengan kuning telur masin ni..tambah pulak ada burger telur masin, sesuatu yang menarik untuk dicuba nyum nyum

    ReplyDelete
  10. Kena terjah Marry Brown juga nampak gayanya ni. Rugi kalau tak cuba menu baru Marry Brown ni

    ReplyDelete
  11. Woowww leh try ni. Tp tgmalim tak ada marrybrown huhh. Dah lah gian ngan salted egg skrg hihi

    ReplyDelete
  12. Lama tak pekena MB. Dekat je ngan rumah, esok nak try la

    ReplyDelete
  13. Marsha egg salted lover...memang kena cuba ni

    ReplyDelete
  14. Qbal bukanlah big fan Marry Brown tapi saya big fan SalteD Egg. Sumpah sedap. Haritu dah try dia punya burger. Tapi rasa dia okeylah. Bagi Qbal ratah telur masin sedap lagi. Hahahaha

    fazroliqbal.blogpot.com

    ReplyDelete
  15. Aku tengok post ni terus order burger marrybrown tu. kebetulan area office ni tak de kedai makan yang buka dan tak bawa bekal arini. nak rasa juga sedap sangat ke salted egg burger ni

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap ayam telur asin tu. Boleh lah cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  17. Nampak menarik betul kuah salted egg dia tu.. memang terliur tengok promo ni

    ReplyDelete
  18. wahhhh terasa nak try sekarang jugak!memang suka sangat salted egg!!! yummeh!

    ReplyDelete
  19. akk dah try keduanya and memang sedap...plg best kalau sos dia banyak dan melimpah...mmg puas hati

    ReplyDelete
  20. Kita nak cuba harini, tak leh tahan nengok semua orang dah makan, lagipun salted egg tu kesukaan kita..

    ReplyDelete
  21. Aduhhh... Melting! Nak kena pi terjah MB dan nikmati menu baru salted egg ni

    ReplyDelete
  22. Hari tu ada ajak HB pergi MB. Ha, boleh la try menu ni, nampak macam sedap je. Especially yang meleleh tu.. nampak yummy sangat

    ReplyDelete
  23. ramai gak guna resepi salted egg kan. sedap kan. pernah rasa juga

    ReplyDelete
  24. wahh sedapnya salted egg..iena memang suka..thanaks for sharing..nanti nak cuba :)

    ReplyDelete
  25. huish sedapnya... saya memang pantang nampak salted egg salted ni, nak merasa aje!

    ReplyDelete
  26. This looks so delicious. I also want to order this for dinner. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  27. Blm pernah pg lg kat Marry Brown sbb area rumah mmg xde, nk gi tpt lain fhm2 ajerlah, tgk mmg sedap

    ReplyDelete
  28. burger dia sedap
    2 kali dah makan
    nak repeat kali ketiga :)

    ReplyDelete
  29. nama ayah dah sama....haha
    kalau compare dgn Big MAc mana lagi sedap?

    ReplyDelete
  30. nampak sedap.. boleh try ni...

    ReplyDelete