30 Resepi Menu Berbuka Puasa yang Simple dan Cepat Dimasak - MARINA BASHAH

Thursday, April 23, 2020

30 Resepi Menu Berbuka Puasa yang Simple dan Cepat Dimasak

30 Resepi Menu Berbuka Puasa yang Simple dan Cepat Dimasak| Menu apa yang simple dan cepat dimasak untuk berbuka puasa nanti? Mesti korang selalu macam ni kan tiap kali Ramadhan tiba. Nak beli kadang tak kena dengan selera. Masakan sendiri jugak yang sedap ye dok? Bulan Ramadhan 2020 bakal menjelma kurang dari sebulan lagi kan?

Resepi apa yang menarik, mudah dan cepat dimasak sepanjang bulan Ramadhan ni ye?  Jom masukkan resepi-resepi ni dalam senarai korang.

Sini Marina kongsikan 30 idea resepi masakan yang ringkas dan ambil masa yang tak begitu lama untuk disediakan untuk juadah berbuka puasa nanti.

30 Resepi Menu Ringkas dan Cepat dimasak untuk berbuka puasa



#1 Terung Berlada
Bahan-bahan:
Terung 4 biji
Ikan bilis segenggam
Cili besar 4 biji
Cili padi 3 biji
Bawang putih 3 ulas (kosar halus)
Bawang merah sebiji
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Goreng terung sampai masak.
2. Tumbuk cili besar, cili padi, bawang merah separa lumat.
3. Tumis bahan yang ditumbuk dan dikisar.
4. Masukkan ikan bilis dan gula. Perasakan dengan garam jika perlu.
5. Sambal yang dah dimasak, letakkan atas terus yang dah digoreng tadi.

Kredit : Sara Fini


#2 Masak Lemak Cili Api Tenggiri
Bahan-bahan:
Ikan Tenggiri dah siap goreng kunyit
Ikan bilis
Terung
Cili Padi Kampung
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Asam Keping
Santan
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Blend ikan bilis,  bawang putih, bawang merah,  kunyit hidup dan cili padi kampung.
2. Masukkan air,  bahan yang dikisar dan asam keping dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan sekotak.
3. Masukkan ikan dan terung.
4. Masukkan garam dan gula.

Kredit : Sara Fini


#3 Kangkung Goreng Thai
Bahan-bahan:
Kangkung
Fish Sauce (nampla) (jenama Knife)
Bawang putih
Bawang merah
Udang kering
Cili merah besar

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan kangkung.
3. Letak sikit sos ikan Thai.
4. Masukkan gula,  garam dan cili merah besar. Gaul sebati.

Kredit : Sara Fini


#4 Sardin Tomato Cherry
Bahan-bahan:
Sardin tin
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili padi
Tomato Cherry

Cara-cara:
1.  Tumis hirisan bawang putih,  bawang merah dan halia sehingga wangi.
2. Masukkan sardin tin, cili padi,  tomato cherry, garam dan gula.

Kredit : Sara Fini


#5 Kerabu Ikan Bilis Quini
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Buah Quini
Serai
Bunga Kantan
Bawang besar
Cili api
Limau nipis
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Hiris buah quini,  serai,  bunga jantan,  bawang besar dan cili api.
2. Goreng garing ikan bilis.
3. Masukkan semua bahan yang dah dihiris, ikan bilis yang dah digoreng ke dalam mangkuk.
4. Masukkan satu sudu besar gula, sedikit garam dan perah limau nipis.
5. Gaul sebati dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh keluarkan. Tak payah masuk dalam peti nak makan terus pon boleh.

Kredit : Sara Fini


#6 Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
Ayam
Carrot
Kacang panjang
Bawang Holland

Cara-cara:
1. Goreng carrot separuh masak.
2. Masukkan bawang holland dan kacang panjang.
3. Masukkan ayam yang dah digoreng dengan kunyit.

Kredit : Sara Fini


#7 Sawi Sos Tiram
Bahan-bahan:
Bawang putih
Ikan bilis
Sawi
Tomato cherry
Cili hijau besar
Sos tiram

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
2. Masukkan sawi dan satu sudu sos tiram.
3. Masukkan tomato cherry dan cili hijau besar.
4. Masukkan garam dan gula.

Kredit : Sara Fini


#8 Rendang Ramadhan Podeh Melaha
Bahan-bahan:
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Kunyit
Lengkuas
Serai
Daging 
Rempah rendang
Santan
Gula 
Garam
Daun limau purut

Cara-cara:
1. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai.
2. Masuk bahan yang dikisar dan daging ke dalam kuali. 
3. Masukkan rempah rendang. 
4. Masukkan santan. 
5. Masukkan gula dan garam. 
6. Masukkan daun limau purut. Lepas tu baru hidupkan api. 
7. Kacau rendang sampai kering. 

Kredit : Sara Fini


#9 Sup sayur Pak Choy
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Pak Choy
Soo Hoon Foo Chuk

Cara-cara:
1. Rendam Soo Hoon dan Foo Chuk dalam air biasa untuk bagi lembut.
2. Cuci sayu Pak Choy dan potong.
3. Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
4. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
5. Masukkan 1 cawan air. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan Soo hoon dan Foo Chuk.
7. Masukkan Sayur Pak Choi,  garam dan gula.

Kredit : Sara Fini


#10 Sambal Goreng Johor
Bahan-bahan:
Tempe
Tauhu
Soo Hoon
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Udang kering ditumbuk
Cili merah dan hijau besar
Kicap manis

Cara-cara:
1. Rendam Soo hoon dengan air biasa sampai lembut.
2. Potong tempe dan tauhu kecil-kecil kemudian goreng.
3. Hiris bawang merah, cili merah dan hijau besar.
4. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.
5. Masukkan kicap manis dan air panas sedikit.
6. Masukkan tauhu dan tempe. Kemudian masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau besar.
7. Masukkan Soo hoon. Kemudian masukkan gula dan garam.
8. Gaul hingga sebati. Kacau seketika sebelum tutup api.

Kredit : Sara Fini


#11 Stir Fried Veggies Chinese Style
Bahan-bahan:
Daging
Bawang putih
Bawang merah
Kobis
Carrot
Cendawan kera
Soo hoon dan foo chuk direndam sampai lembut
Sos tiram
Minyak bijan
Cukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis daging. Boleh guna ayam atau seafood.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. 
3. Masukkan semua sayur. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, minyak bijan dan cukup rasa. 
4. Gaul sebati. Tunggu sehingga dah cukup masak. 

Kredit : Sara Fini


#12 Kerabu Ikan Tambam
Bahan-bahan:
1kg ikan tamban beluru segar
Kacang panjang
Daun kesum
Timun
Tomato
Bawang merah
Cili padi
Limau nipis (3-4biji)
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara:
1. Carik-carikkan isi ikan tamban.
2. Hiris kacang panjang, daun kesum,  timin, tomato, bawang merah dan cili padi.
3. Perah limau nipis ke atas isi ikan tambam (ikan tak perlu rebus). Perap seketika sehingga isi ikan nampak warna putih.
4. Masukkan semua bahan yang telah dihiris. Gaul sehingga sebati.

Kredit : Zulaily Hanim Lilly


#13 Sambal Lada Api Telur Rebus Goreng
Bahan-bahan:
Cili api
Lada besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dimayang
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Rebus telur. Kemudian goreng telur rebus tersebut. Ketepikan dahulu.
2. Kisar cili api,  lada besar, bawang besar dan bawang putih.
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar,  kemudian masukkan asam keping.
4. Masukkan gula dan garam. Masak sampai garing.
5. Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi.

Kredit : Uwan Nolly Epin


#14 Rendang Ayam dengan daun puding Nogori
Bahan-bahan:
Cili padi 60 biji (taknak pedas boleh kurangkan)
1 inci lengkuas dihiris
2 1/2 inci kunyit hidup dihiris
8 batang Serai (5 batang dihiris, 3 batang dititik)
3 biji Santan pekat

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan yang telah dihiris bersama sedikit air.
2. Masukkan bahan yang dikisar bersama ayam di dalam kuali.
3. Masukkan santan. Masak sehingga kuat pekat. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan daun puding. (boleh tukar pucuk pegaga atau pucuk ubi)
5. Masak sehingga daun pudina dan ayam sebati dan rendang jadi pekat serta minyak santan keluar.

Kredit : Uwan Nolly Epin


#15 Gulai sardin (Masak Cili Padi) 
Bahan-bahan:
1 sardin tin besar
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
3 biji Kentang
1 biji bawang besar potong 8
1 keping asam keping
3 cawan santan pekat
2 cawan air
Garam

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup.
2. Masakkan atas api bahan yang telah  ditumbuk, air, santan dan bawang besar.
3. Masukkan kentang.
4. Kentang dah empuk,  masukkan sardin dan asam keping.
5. Masukkan garam.

Kredit : Uwan Nolly Epin


#16 Ayam Goreng Seringgit
Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar,  lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat


#17 Oden Simple Viral
Bahan-bahan:
1. Pes tomyam adabi - 2 paket kecik (tapi Marina guna satu je. Sebab bila rasa pedas jugakla. Nak bagi anak makan sekali)
2. Pes asam pedas adabi - 1 paket
3. Satu paket bebola ikan
4. Satu paket fish cake
5. Satu paket fish cake leper
6. Sosej
7. Carrot (option)
8. Cendawan (option)
9. Gula
10. Garam

Cara-cara:
1. Masukkan 8 gelas air.
2. Masukkan pes tomyam dan asam pedas. Tunggu sampai mendidih.
3. Sambil tunggu mendidih, carrot rebus asing sebab lambat empuk.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan bebola ikan, fish cake, fish cake leper,sosej. Tunggu sampai mendidih.
6. Masukkan carrot dan cendawan.

*Bahan-bahan boleh pelbagaikan taknak sosej ke, bebola ikan ke, boleh tukar lain.

Kredit : Marina Bashah


#18 Ayam Mayonis
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung gandum

Bahan mayonis / salutan ayam :
Susu pekat 3 sudu makan
Mayonis - sebanyak yang disukai
Flavoured chilli - kalau taknak letak takpe
Oregano Leaves (ada dijual seperti serbuk rempah)
Tomato potong dadu

Cara-cara:
1. Salut ayam dengan tepung gandum. Goreng sehingga masak.
2. Gaulkan semua bahan salutan ayam,
Lepas tu salutkan ayam dengan bahan salutan ayam tadi. Siap.

Kredit : Nooraini Ali


#19 Rendang Asam Ikan Tongkol
Bahan A:
Seekor Ikan tongkol
Garam
Serbuk Kunyit

Bahan B:
2 batang serai
Halia sebesar ibu jari
10 biji cili padi
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

Bahan C:
Air asma jawa

Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sekejap, jangan garing sangat.
2. Kisar bahan B. Kalau rajin boleh tumbuk.
3. Tumis bahan B dan masukkan air asam jawa. Kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan ikan. Kacau sehingga sebati.

Kredit : Zaimah Zakaria


#20 Air Asam Telur rebus 
Bahan-bahan:
Telur
Cili api
Bawang besar
Tomato
Asam jawa
Garam
Serbuk perasa
Air suam

Cara-cara:
1. Rebus telur selama 7 minit guna api yang paling besar.
2. Potong telur dan letakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan cili api, tomato dan bawang besar.
4. Campurkan asam jawa, garam, serbuk perasa dan air suam. Kacau sebati.
5. Masukkan air asam jawa dalam mangkuk telur. Biarkan selama 15 minit bagi sebati.

Kredit: Zaimah Zakaria


#21 Udang Nestum
Bahan-bahan:
Udang
Garam
Lada sulah
Tepung jagung
Bawang putih cincang
Daun kari
Cili padi potong
Butter @ marjerin
Nestum 3 in 1 (pakai nestum biasa pun boleh tapi kena tambah gula sikit)

Cara-cara:
1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah.
2. Tabur tepung jagung kat atas udang. Kemudian gaul-gaul dan terus goreng.
3. Goreng sekejap je. Bila kulit udang bertukar warna terus angkat.
4. Cairkan butter. Kemudian masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
5. Tumis sehingga wangi dan masukkan udang yg digoreng tadi.
6. Masukkan nestum dan gaul-gaul rata. Dah sebati tutup api.

Kredit: Zaimah Zakaria


#22 Kerabu Soo Hoon Ala Thai
Bahan-Bahan:
Soo Hoon 
Udang
Cili merah besar 
Cili padi
Bawang putih 
Kacang tanah (sangai, tumbuk) 
Daun bawang
Daun ketumbar
Tomato
Jus limau nipis
Sos ikan
Garam 
Gula

Cara-cara:
1. Rendam Soo hoon dalam air biasa sehingga lembut. 
2. Tumbuk cili merah besar dan cili padi.  Masukkan cili padi tumbuk, perah limau nipis, sos ikan. Gaul sehingga sebati.  
3. Celur udang dan gaul bersama sedikit garam. Masukkan tomato, daun bawang, daun ketumbar dan udang.
4. Goreng bawang putih bersama serbuk kunyit. Masukkan bawang putih goreng dengan minyaknya sekali dan kacang tanah. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan soo hoon dan gaul sehingga sebati. 

Kredit: Zaimah Zakaria


#23 Ikan Masak Asam
Bahan-bahan:
Ikan apa-apa pun boleh (digoreng)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Cili padi
Air asam jawa
Garam
Perasa
Bawang besar potong 4

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan.
2. Masukkan air asam jawa, nak berkuah tambah sikit air.
3. Masukkan garam dan perasa.
4. Masukkan bawang besar dan cili padi.
5. Masukkan ikan dan kacau sehingga sebati.

Kredit: Zaimah Zakaria


#24 Kulat sisir masak lada
Bahan-bahan:
Kulat sisir 1 cawan
3 biji bawang merah kecik*
3 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam *
8 tangkai cili kering *
segenggam ikan bilis
1 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan bahan kisar dan kulat sisir dalam kuali.
3. Kacau rata dan masukkan santan pekat.
4. Masukkan ikan bilis (tak perlu goreng)
5. Rasakan dengan garam dan perasa. (terpulang nak berkuah sikit atau kering)

Kredit: Zaimah Zakaria


#25 Lontong@sayur lodeh
Bahan-bahan:
Isi ayam@udang
Kobis
Lobak merah
Kacang panjang
Tempe
Fucuk/suun
santan
lengkuas hiris nipis

Bahan Kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan lengkuas.
2. Masukkan santan. Dah mendidih masukkan sayur-sayuran termasuk tempe
3. Rendam fucuk n suun. Masukkan bila dah kembang.
4. Masukkan garam.

Kredit: Zaimah Zakaria


#26 Ikan Sambal Berlado
Bahan-bahan:
Ikan yang telah digoreng
Cili merah besar*
Cili merah kecik (yg pedas tu)*
Bawang merah*
Tomato*
Garam

Cara-cara:
1. Kisar atau tumbuk kasar semua bahan bertanda * .
2. Tumis sampai pecah minyak.
3. Letak garam dan perasa.
4. Masukkan ikan dan gaul sebati.

Kredit: Zaimah Zakaria


#27 Sambal ikan bilis kentang cili api
Bahan-bahan:
Kentang (gaul kunyit dan goreng)
Ikan bilis (goreng)
Cili padi *
Bawang merah*
Bawang putih*
Belacan*
Bawang besar potong bulat
Air asam jawa
Garam

Cara-cara:
1. Kisar @ tumbuk bahan-bahan bertanda *(kasar2 pun takpe)
2. Tumis bahan yang ditumbuk guna minyak goreng kentang dan ikan bilis tadi.
3. Masukkan air asam dan goreng sampai garing.
4. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Masukkan garam.
5. Bila sambal dah sejuk sikit baru masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata.

Kredit: Zaimah Zakaria


#28 Kerabu Maggi Thai
Bahan-bahan:
Maggi (celur dulu, ketepikan)
Udang
Sotong
Sosej (goreng sekejap)
Tomato
Kacang panjang
Daun ketumbar
Bawang putih (ketuk)
Cili padi (ketuk)
Sos ikan
Thai palm sugar
Limau nipis

Cara-cara:
1. Udang dan sotong rebus sekejap letak garam sikit. Kemudian angkat dan toskan.
2. Masukkan thai palm sugar, bawang putih, cili padi dalam bekas.
3. Gaul sebati. Masukkan air limau nipis dan sos ikan (sikit-sikit dulu takut terlebih masin).
4. Masukkan udang, sotong, tomato, daun ketumbar dan sosej.
5. Masukkan maggi dan kacau rata.

Kredit: Zaimah Zakaria


#29 Ayam Masak Bali
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (basuh bersih2 gaul garam kunyit, goreng)
1 biji bawang merah besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
3 batang serai ketuk
2 tangkai daun kari
2 senduk cili kering yang siap dikisar
1 senduk kicap manis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan yan dihiris sampai kekuningan.
2. Masukkan serai dan daun kari. Kacau rata.
3. Masukkan pes cili kering dan kicap.
4. Rasa dulu kalau tawar tambah garam sikit.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata tutup api.

Kredit: Zaimah Zakaria


#30 Ketam Telur Masin
Bahan-bahan:
Ketam potong 2 (cuci bersih)
3 biji telur masin (rebus ambik kuning saja)
4@5 ulas bawang putih (cincang halus)
8 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
1 sudu besar butter
2 tangkai daun kari
4 sudu besar susu cair

Cara-cara:
1. Tabur sikit garam atas ketam. Goreng sampai masak (ketepikan)
2. Cairkan butter, masuk bwg putih, cili api dan daun kari.
3. Masukkan susu cair dan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Masukkan ketam gaul rata.

Kredit: Zaimah Zakaria


Jom cuba resepi berbuka puasa yang simple dan cepat dimasak ni. Selamat berpuasa! 

1 comment: