Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender

Berapa kali Marina naik Cameron tapi tak pergi-pergi pon Cameron Lavender. Tengok dari luar cerunnya macam sangat tinggi, nak mendaki ke atas takut tak larat, penat. Nak dukung anak lagi. Sekarang anak dah besar, bolehlah masuk Cameron Lavender ni. Anak yang terlebih excited nak masuk.

Sebelum ni pakat tengok Cameron Lavender dari luar je. Tengok dari luar pon dah menarik. Apatah lagi kalau masuk ke dalam. Macam tu la perasaan Marina bila lalu depan Cameron Lavender ni. Bila dah masuk, takdela penat mendaki.

Cameron Lavender
Cameron Lavender ni terletak di Tringkap. Kalau naik dari Ipoh korang akan jumpa Kuala Terla dulu. Terletak 4km dari Kuala Terla. Dia sebelah kanan korang.

Kalau korang naik dari Tapah agak jauh lah nak ke sini. Korang akan jumpa Brinchang dulu. Dia terletak 10km dari Brinchang. Sebelah kiri korang. Kalau korang nak balik hari, sebaiknya korang berjalanlah dulu area Tanah Rata, Brinchang dan Sungai Palas terlebih dahulu sebelum ke Cameron Lavender. Bila nak balik, sebaiknya ikut Simpang Pulai. Lebih dekat sikit daripada nak patah balik ikut Tapah. Pada Marina jalan di Simpang Pulai lebih selesa dan tak banyak selekoh berbanding jalan dari Tapah.

Kawasan Cameron Lavender ni takde lah luas sangat. Jalan pon takdelah penat. Bersih je kawasan dia. Siapa rasa nak fefeling romatik atau artis bolehlah datang sini. Pernah ada buat penggambaran di sini tau.

Tiket Masuk 
Harga tiket masuk ke Cameron Lavender pada tahun 2019.
• Dewasa RM10.00
• Kanak-kanak (5-12tahun) RM7.00

Pada Marina okayla harga dia.

Kaunter tiket

Apa yang ada di Cameron Lavender?

Namanya pon Lavender, of course ada lavender kan? Memang cantik wehhh. Bukan lavender je ada kat sini. Macam-macam jenis rimbunan bunga ada di Cameron Lavender ni antaranya bunga tiga bulan dan bunga matahari. Bunga matahari  dia bukan warna kuning yang biasa kita tengok tu. Bunga dia kecik sikit dan warna-warni.

Marina suka ada satu tempat tu, dia rimbunan pokok, daunnya berjuntai-juntai. Dia bentukkan jadi bumbung, bila kita berjalan di bawah dia, terasa macam kita berjalan di lorong ke wedding garden. Cantik sangat.

Di Cameron Lavender juga ada istana warna purple yang besar. Korang boleh masuk dan naik ke atas untuk tengok pemandangan di bawah dari atas. Anak-anak mesti suka, rasa seolah-olah seperti ala-ala princess gitu.

Apa yang korang boleh buat di Cameron Lavender?
• Cafe
Korang boleh menikmati kek dan minum coffee di sini sambil menikmati pemandangan di Cameron Lavender.

• Kedai souvenir
Untuk kenang-kenangan, magnet fridge yang bertemakan Cameron Lavender ada dijual di sini. Selain magnet fridge, keychain, teddy bear pon ada jual di sini. Marina rembat magnet fridge dia seketul.

• Gerai-gerai jualan
Terdapat pelbagai gerai jualan ada di sini. Ada yang menjual baju, strawberi, corn in cup pon ada.

• Strawberi
Di sini pon ada strawberi tau. Tapi kawasan dia tak sebesar taman strawberi yang lain. Korang boleh petik strawberi sendiri di sini. Tapi perlu bayarlah.

• Petik bunga
Pada yang suka bunga warna-warni dan nak berikan jambangan bunga pada yang tersayang selain bunga rose, korang boleh pilih dan petik sendiri bunga kat sini. Tapi sekuntum tu Marina tak sure plak berapa RM.

• Ais krim
Ini yang paling pengunjung suka. Menikmati aiskrim di Cameron Lavender. Marina tak makan pon aiskrim kat sini

• Perkhidmatan jurugambar
Di sini ada menyediakan perkhidmatan jurugambar bagi korang yang nak capture gambar bersama keluarga. Tapi caj nye Marina tak tahu berapa dia caj sekeping.

• Kedai supermarket
Ada juga supermarket di sini. Kot tiba-tiba anak nak keropok, air, gula-gula ke takyah cari supermarket lain dah memandangkan Cameron Lavender ni agak jauh dari pekan yang ada supermarket.

Informasi yang perlu korang tahu tentang Cameron Lavender
• Tak boleh bawa stroller masuk ke dalam. Dalam istana tu bertangga, macam mana agaknya korang nak bawa stroller ke dalam. Cameron Lavender ni pon tak begitu luas. Simpan je stroller anak korang dalam kereta.

•  Dinasihatkan berjalan-jalanlah menikmati pemandangan di dalam Cameron Lavender sepuas-puasnya. Berbaloi sikit dengan harga tiket yang korang bayar.

• Seeloknya standby sweater. Korang pin sedia maklum Cameron Highlands ni atas bukit, kerap hujan. Selepas hujan pon masih terasa sejuk sehingga ke tulang.

Sampai sini je lah Marina sharing pasal Cameron Lavender dengan korang.

Pada korang yang suka ambil gambar, Marina suggest tempat ni. Banyak port-port menarik korang boleh capture gambar kat sini.

Marina share sedikit video dan gambar semasa Marina gi melawat Cameron Lavender. Selamat mencuci mata.



Tempat paling Marina suka. Macam jalan kat aisle wedding garden







26 comments:

  1. Thanks for sharing! Dah lama tak pergi ke Cameron Highland , tunggu satu hari free sikit nak pergi la ... hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Lovely place indeed. I had so much fun too while visiting this Cameron Lavender.

    ReplyDelete
  3. Orang kata kalau makan aiskrim lavender tu jangan cium baunya sebab akan rasa pelik. Tapi Hawa bau je. Hihi. InsyaaAllah repeat holiday kat sini nanti.

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!! Nice place to visit. I haven’t been to Cameron Highlands for a long time. X tahu rupanya Dah byk tempat2 menarik kat Cameron. Thank you for sharing your story.

    ReplyDelete
  5. takde tempat tak cantik di cameron highlands. ni salah satu tempat yang boleh dituju. tahun ni tak sampai lagi ke sana. biasa tiap-tiap tahun memang akan pergi sebab nak rasai cuaca sejuk. tg sebab sharing!

    ReplyDelete
  6. saya tak sure sama ada saya pernah ke sini atau tak. kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2013 itupun ikut lawatan bersama fakulti. kalau dengan family pulak kali terakhir pada tahun 2009.

    ReplyDelete
  7. Memang lawa tempat ni..nad pergi haritu..cantik sangat..memng port bergambr jela dekat sini..hehehe..nanti nak datag semula..seronok anak-anak datang sini

    ReplyDelete
  8. memang kalau datangcameroon mesti nak singgah ke taman lavender nie. suka bau dia. wangii je kalau masuk. banyak tempat menarik utk bergambar pulak tu

    ReplyDelete
  9. Miss out this beautiful place on my last visit I wanna go again nanti balik kena bising my hubby.

    ReplyDelete
  10. Tempat0tempat macam ni msti segar udaranya kan..tambah-tambah lagi banyak flowers, bestnya macam kat Kundasang :)

    ReplyDelete
  11. Cameron Highland memang banyak tempat tempat menarik yang boleh dilawati kan. Saya dah beberapa kali pergi Cameron Highland tapi tu pun banyak tempat tak terpergi. Ada rezeki lagi nakntwejah tempatvtempat yang tak sempat nak terjah sebelum ni

    ReplyDelete
  12. suka CH, saya kalau boleh nak mengulang trip ke CH ni. suka dengan weather dia, dengan sayur2 dia yg banyak. hihi

    ReplyDelete
  13. Bunga tiga bulan tu apa? Curious pulak nak tau. Dah lama tak pi Cameron. Mungkin boleh ambil kesempatan bercuti kat sana ni. Nanti nak singgah ladang lavender ni. Mesti cantik sangat tengok dengan mata sendiri

    ReplyDelete
  14. Besar yer kawasannya? Rugi hari tu sampai Cameron tak singgah sini huhu, ingatkan tak best hehe. Okay next time memang kena terjah juga ni

    ReplyDelete
  15. Sis sekali je naik cameron so byk tempat yg tak sempat sis terokai. Kalau ada peluang naik ke sana lagi..InsaAllah akan ke sini

    ReplyDelete
  16. Memang cantik sangat lavendar punya tempat ni. Nak tangkap gambar ootd pun banyak sangat port sesuai

    ReplyDelete
  17. Last time pergi sini masa amani umur 3 bulan. Yang terbaru pergi pun tak singgah sini. Tapi kat sini sangat cantik untuk photoshoot. Berbaloi masuk dengan apa yang ada di atas lavendar garden.

    ReplyDelete
  18. mmapu tengok gambar jer ni sebab x pernah pergi lagi

    ReplyDelete