Kedai Kerepek Bumiputera di Perak untuk stok Raya

Kedai Kerepek Bumiputera di Perak untuk Stok Raya | Haritu masa raya, husband ajak pergi beli kerepek kat Pusing, Perak. Selama ni tau kerepek ada kat Banting je. Sekarang ni takyah dah beli jauh-jauh. Kat Perak ni pon ada kerepek tau. 

Marina datang ke Jajan's ni bukan waktu raya je, hari biasa pun biasanya Marina datang ke sini. Husband suka buat stok kudap-kudap kat rumah. Bosan-bosan bolehlah makan kacang ni.

Kedai kerepek



Kerepek

Kerepek merupakan sejenis makanan yang telah lama menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Ia adalah hidangan ringan yang terbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti ubi, pisang, keladi atau ikan bilis yang dipotong nipis dan digoreng hingga rangup. Keunikan kerepek terletak pada pelbagai rasa dan teksturnya.

Kerepek sering dihidangkan semasa pelbagai majlis atau perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aidilfitri, selain menjadi snek semasa bersantai. Ia menggambarkan persaudaraan, menghubungkan kawan-kawan dan keluarga.


Lokasi Jajan's 

Kedai Jajan's terletak di Pusing, Perak. Kedainya lebih kurang 25 minit dari bandar Ipoh. Pemilik kedai ini adalah Bumiputera. 


Banyak Pilihan Kerepek

Kat sini serius banyak pilihan. Antara kerepek yang ada adalah kerepek bawang, kerepek pisang, rempeyek dan kacang. Macam-macam lagi yang ada dijual di sini dan korang mesti rambang mata! 

Semasa musim perayaan terutamanya Hari Raya, kedai ni penuh sesak dengan pelanggan. Korang terpaksalah bersabar untuk membuat pembayaran nanti. Harga kerepek dan kacang di sini agak berpatutan. Kacang seberat 500 gram di sini harganya lebih kurang RM8.

Apabila musim Hari Raya, kuih raya juga ada dijual di kedai Jajan's. Rasanya peniaga lain yang hantar ke kedai ni.




Kerepek Buat Sendiri

Kerepek di Jajan's ni kebanyakannya dihasilkan sendiri. Daripada penyediaan bahan, menggoreng sehinggalah ke packaging, semua pekerja buat sendiri. 




Goodies Perkahwinan

Pada yang hendak tempah goodies untuk apa-apa jua majlis, kedai Jajan's ini juga menerima tempahan untuk goodies. Korang boleh pilih jenis packaging, kuantiti dan jenis kerepek atau kacang untuk goodies yang korang nak untuk majlis. 





Post a Comment

4 Comments

  1. Wah! mesti fresh sebab kat situ jugak kan...
    Lagi satu yang best ni makan tanpa was-was.

    ReplyDelete
  2. Wah balik kampung boleh singgah ni..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welkam. Kalau nak dekat raya lebih baik elakkan pegi sini.

      Delete