BUAT COME BACK Menulis Di Blog : Tips Buat Side Income Melalui Blog

BUAT COME BACK Menulis Di Blog : Tips Buat Side Income Melalui Blog | Marina dah lama berblog. Sejak tahun 2010. Masa tu Marina baru nak berkahwin. Excited nak bercerita kat blog tentang persiapan perkahwinan. Nak jadikan kenangan je sebenarnya. Nanti boleh baca balik. 8 tahun dah berlalu. Masa tu instagram, twitter dan media sosial yang lain belum berleluasa seperti blog. Pada masa tu Marina tak terfikir pun berblog ni nak menjana pendapatan. 

Adalah 2 tahun kot Marina rajin update blog. Masa tu guna portable internet. Mudah nak bawak dan berblog menggunakan laptop. Sekarang portable internet dah terminate, unifi pon takde. Makanye guna mobile data je sebab mudah berblog meggunakan handphone. 
Sekarang bila instagram dah wujud, kebanyakannya orang beralih ke instagram. Lebih suka tengok gambar berbanding membaca blog agaknya.

Bila dah menjalani kehidupan berumahtangga ni dan dah ada anak, tambahan pula Marina bekerja, masa nak berblog pon dah berkurangan. Tak ada idea. Akhirnya blog pun senyap dan bersawang.


Selepas 8 tahun, anak sulung Marina dah darjah satu, ada lah masa sikit nak berblog kembali. Time menunggu anak balik dari sekolah agama, Marina banyak memerhati orang sekeliling dan teringat zaman masa Marina bersekolah dahulu. Dari situlah idea datang dan ada cerita yang nak dikongsikan di blog ni.


Kenapa Berblog? 

Pada awalnya Marina menulis tentang kehidupan sendiri. Tapi persoalan mula timbul, siapa Marina? Ada ke yang nak baca kisah hidup orang biasa macam Marina? 

Hakikatnya, blog bukan sebab untuk jadi famous. Kalau kisah hidup kita betul-betul memberi kesan kepada orang lain, itu satu bonus! Menyedari kenyataan yang Marina ni bukan siapa-siapa. Jiran sebelah rumah pun tak tahu Marina ni blogger, Marina ubah cara penulisan. Marina mula berkongsi pengalaman hidup yang boleh memberi manfaat, membantu pembaca yang mungkin sedang melalui fasa yang sama. Dari situ perkongsian Marina ni lebih bermanfaat dan bukan sekadar luahan.   

Pada yang baru nak berblog, cuba tanya pada diri sendiri, kenapa nak berblog? Apa nilai yang boleh aku beri pada pembaca? 

Kalau tujuan utama semata-mata nak jana pendapatan, jujurnya banyak cara lain untuk buat duit. Tapi kalau nak berblog, perlulah ada minat, kesabaran, mempunyai idea dan ada hala tuju blog. 


Blog Masih Releven

Setelah Marina masuk kelas blog, baru Marina tahu bahawa blog masih releven. Masih ada pembaca yang membaca blog dan mencari informasi di blog. Bila ada yang membaca blog Marina sebagai rujukan, Marina sendiri teruja. Sedikit sebanyak apa yang Marina sharing di blog dibaca oleh pembaca. 

Yang paling bestnya bila entri blog Marina berada di first page google. Ini adalah idaman bagi setiap blogger kan? 


Cara menjana pendapatan dengan blog

Ramai di luar sana yang Marina dapati suka menulis, tetapi tak ramai yang tahu dengan menulis mereka boleh menjana pendapatan. Banyak cara untuk menambah pendapatan dengan blog ni. Cara-cara menjana pendapatan dengan blog :

#1 Membuat review produk dari klien

Ramai peniaga dan jenama sedar blog mampu dapat membantu produk mereka dikenali. Keyword dan SEO yang digunakan di blog membantu produk mereka muncul di carian Google. Melalui blog Marina menawarkan artikel review berdasarkan pengalaman sendiri dan menulis artikel SEO. 

Macam mana nak dapatkan klien? Salah satu cara adalah meramaikan rakan-rakan dan personal branding kan diri kita. 

#2 Memasang Adsense 

Adsense juga antara cara popular untuk menjana pendapatan pasif. Tapi ia bukan jalan singkat. Pendapatan Adsense bergantung kepada traffic, niche dan konsistensi.

Kunci utama Adsense adalah menulis artikel evergreen, menulis gaya SEO yang betul dan konsisten update blog

Pendapatan mungkin kecil di awal, tapi berpotensi berkembang bila blog mula stabil.


Buat Come Back Dengan Menulis Blog untuk Jana Pendapatan? 

Marina mula serius berblog bsemula pada tahun 2019. Marina mula dari kosong balik. Semua entri yang lama dah delete. Marina sendiri segan baca cerita zaman muda remaja dulu. Blog dulu ada 1000 follower je tapi dah delete blog tu. Sayang juga blog tu. Dulu buta blog. Orang ada blog, kita pon nak ada blog jugak. Sekarang ini, harap Marina istiqomahlah update blog ni sampai bila-bila. Bila dah masuk kelas, dah nampak sikit hala tuju blog tu. Walaupun berblog hanya untuk syok sendiri dan sharing, tetapi dalam masa yang sama apa yang kita sharing tu, kita dapat menjana pendapatan. Why not kan? 

Inilah antara sebab-sebab Marina mula berblog semula di samping dapat menjana income dengan berblog. Hari ini, ada pembaca yang membaca blog Marina sebagai rujukan. Ada yang email bertanya lanjut. Itu satu kepuasan yang besar, tanda penulisan kita memberi kesan.



Mula Berblog?

Semua orang boleh buat blog. Tapi tak semua orang sanggup konsisten dan belajar cara berblog dengan betul.

Kalau korang sedang mencari cara untuk jana side income melalui blog, atau sedang mempertimbangkan untuk bermula, tanya diri sendiri semula. Bila niat betul, ilmu ada dan konsisten, blog boleh jadi sesuatu yang lebih besar dari sekadar tempat menulis.

Dan untuk jenama atau perniagaan yang mencari platform review berasaskan pengalaman sebenar dan SEO-friendly, Marina terbuka untuk kolaborasi.

Kadang-kadang, satu tulisan kecil mampu membuka pintu rezeki yang tak disangka.


Post a Comment

0 Comments