"Husband Suka Cium-cium Rambut Sebab Wangi dan Lembut" - Merawat Rambut Gugur, Kelemumur dan Kering Dengan Anggoon Hair Care Dari Mamadil

"Husband Suka Cium-cium Rambut Sebab Wangi dan Lembut" - Merawat Rambut Gugur, Kelemumur dan Kering Dengan Anggoon Hair Care Dari Mamadil | Stress kan bila mengalami rambut kering, banyak gugur dan berkelemumur? Lagi-lagi bagi ibu-ibu selepas bersalin. Peratus ibu-ibu selepas bersalin yang mengalami keguguran rambut adalah sangat tinggi. Murung jadinya bila setiap hari tengok bergumpal-gumpal rambut gugur selepas disikat. Nak buat treatment rambut di salon, kekurangan masa. Bajet pon agak terhad. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah rambut ni? Bagaimanakah cara penjagaan rambut yang betul? 

Kini korang boleh melakukan penjagaan dan merawat rambut sendiri di rumah dengan kos yang murah dan mudah dengan Anggoon Hair Series dari Mamadil. Apa istimewanya Anggoon Hair Care ni berbanding dengan syampu yang lain? 



Anggoon Premium Haircare & Scalp Care Set

Anggoon Scalp & Haircare set mengandungi dua produk iaitu Soothing Shampoo dan Tonic Spray. Set ini adalah set untuk pemulihan kulit kepala dan segarkan rambut melalui penemuan gabungan dan tindakan oleh Hygheaphos TM, Keratrix TM, dan Baicapil TM. Ketiga-tiga kombinasi bahan ini mempunyai tujuan dan fungsi tertentu bagi memberikan efek rambut yang lurus, lembut dan cantik tanpa penggunaan paraben (paraben-free), silicon, sls, dan sles.


Soothing Shampoo

Soothing shampoo ini direka untuk menyediakan keseimbangan dan persekitaran yang bersih untuk rambut sebelum beralih kepada rawatan rambut yang seterusnya. Surfaktan yang digunakan menjadi pelindung rambut semulajadi dan ia sangat ringan. Surfaktan ini membantu untuk mencuci kulit kepala secara mendalam daripada minyak berlebihan atau sisa penggayaan rambut yang dikenakan. Sifat surfaktan ini adalah SILICON FREE tetapi masih mengekalkan kelembutan rambut. 

Tonic Spray

Tonic Spray adalah tonik khas yang disertakan bersama syampu anggoon. Ia perlu digunakan selepas mencuci rambut dengan syampu untuk mendapatkan rambut yang sihat. Tonik berfungsi untuk menyejukkan kulit kepala dan menyegarkan rambut. Ia membantu menyejukkan pori rambut, mengurangkan gatal atau penggelupasan akibat kelemumur. Antara keistimewaan tonik ini, ia ditambah dengan formula pengawalan rambut gugur dan perbaiki halangan kulit kepala. 

Kandungan dan Fungsi Anggoon Premium Haircare & Scalp Care Set

Apakah yang membuatkan Anggoon Hair Care dan Scalp Care ini membantu korang dapatkan rambut yang sihat dan merawat masalah rambut korang? Kandungan di dalam Anggoon Hair Care ini mengandungi :

Hygeaphos TM  

INCI: Xylitol (and) Sodium Phosphate (and) Water

Mengawal kulit kepala daripada kering atau kelemumur berlebihan. Ia adalah mekanisme inovatif untuk melawan kelemumur. Gatal-gatal dan kemerahan kulit kepala juga boleh dipulihkan. Jadi, bahan ini sesuai sebagai formulasi untuk mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala. 

Keratrix TM  

INCI: Water, Glycerin, Hydrolyzed Ceratonia Silaqua Seed Extract, Zea Mays starch, Guar Hydroxypropyhrimanium Chloride, Polxquaternium-7

Bahan penyembuhan semulajadi untuk rambut rosak dan lemah. Bahan ini boleh meningkatkan kekuatan rambut dan keanjalan rambut, menyelesaikan masalah rambut kering, dan memperbaiki kerosakan rambut akibat proses mekanik, haba dan kimia kuat oleh bahan-bahan pewarna rambut terutamanya. Untuk mendapatkan rambut yang sihat, ia haruslah dirawat oleh keratrix untuk meningkatkan fungsi penghalang rambut, memperoleh semula integriti dan kekuatan serat rambut.

Baicaphil TM 

INCI: Propanediol, water, Arginine, Lactic Acid, Glycine Soya (soybean) germ extract, Triticum Vulgane (wheat) germ extract, Scutellaria Baicalensis root extract.

Bahan ini diperolehi dari alam semulajadi dan gabungan tiga ramuan aktif botani ini boleh mengurangkan keguguran rambut, merangsang pertumbuhan dan meningkatkan ketumpatan rambut. Dengan Baicapil TM  rambut akan kembali kepada keadaan yang sihat dan kuat. Antara produk kosmetik dan penjagaan harian yang menggunakan baicaphil adalah tonik, serum, syampu, produk anti-penuaan dan pertumbuhan rambut.

Minyak Argan (Argan Oil)

Argan oil adalah salah satu bahan utama yang digunakan di dalam syampu untuk ketahanan kelembutan, kekuatan dan kecantikan rambut. Minyak argan adalah bahan yang ideal untuk sesiapa yang mengalami masalah rambut kering, rapuh dan rosak akibat rawatan kimia dan pewarna rambut. 

Vitamin E yang ditemui dalam Argan oil ini sangat bermanfaat untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat kerana ia mempunyai antioksidan. Antioksidan ini boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat. 

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pelembap (moisturizer) untuk kulit kepala yang berkelemumur dan kering. Rambut yang mudah patah, rosak atau nipis akibat rawatan kimia dan pewarna rambut, boleh aplikasikan argan oil untuk merawat masalah kerosakan rambut yang dinyatakan di atas. Malah, minyak argan yang digunakan dalam rutin penjagaan rambut mendapati ia memberi kesan rambut lembut, berkilat dan lebih terurus dengan cepat. Kajian juga mengatakan minyak argan ini merupakan agen pengurus untuk  rambut rapuh dan menggerbang yang sangat baik. 

Minyak Camellia (Camellia Oil)

Minyak Camellia ini telah menjadi salah satu pilihan masa kini di dalam bidang kecantikan. Ia merupakan minyak yang terbaik untuk rambut yang mudah kering dan rapuh akibat terdedah pada cahaya matahari. Menurut sumber daripada The Fashion Spot, minyak camellia yang paling bagus adalah daripada Oshimo Islands di Jepun. Ia kaya dengan 82% asid lemak oleic (Omega-9) yang merupakan sumber pengangkut transdermal yang sangat berkesan untuk meningkatkan keupayaan rambut dan kulit dalam mengekalkan kelembapan. Tambahan pula, kandungan asid palmitik, linoleik (omega-6) dan polifenol adalah sumber anti-penuaan yang sangat bagus sebagai pelembap keseluruhan buat kulit dan rambut. 

Keistimewaan dan Kelebihan Set Anggoon Hair Care Dan Scalp Care 

Anggoon Hair Care Set telah ujikaji oleh team R&D Mamadil selama 2 tahun sebelum dikeluarkan di pasaran. Manakala team Mamadil sendiri telah mencuba sampel syampu ini selama setahun. Keistimewaan dan kelebihan yang boleh korang dapati daripada set Anggoon Hari Care dan Scalp Care ini :

#1 Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur sehingga 90%.

#2 Menghilangkan rasa gatal dan kulit kepala berminyak sehingga 99%.

#3 Menghilangkan rambut berbau sehingga 90% walaupun korang tidak bersyampu lebih dari 3 hari. 

#4 Rambut lembut, tidak mengerbang dan berkilau sampai ke hujung rambut sehingga 90%.

#5 Membantu masalah kulit kepala seperti jerawat dan bernanah sehingga 90%.



"Husband Suka Cium-cium Rambut Sebab Wangi dan Lembut" - Wanita ini Kongsikan Pengalaman Menggunakan Anggoon Hair Care

Puan Faezah Kamarudin berkongsikan pengalamannya setelah menggunakan Anggoon Hair Care. 

"Sebelum ni fza ada masalah kelemumur dab kulit kepala berminyak serta rambut gugur. Kali pertama try set Anggoon ni, kulit kepala rasa bersih giler. Rambut pun rasa lembut dan tak menggerbang. Sekarang dah hampir 3 minggu guna set anggoon ni, memang best! Kelemumur dah kurang, rambut gugur pun makin kurang. Paling best en. Shuben asik nak tium tium je rambut kita sebab wangi dan lembut jurr. Thanks Mamadil keluarkan set Anggoon ni. Sangat menepati kehendak pengguna. Lefff Mamadil, " kata Puan Faezah. 

Rambut Terurus Dengan Menggunakan Anggoon Hair Series

Di sini juga Marina sertakan sekali review testimoni bagi Anggoon Hair Care & Scalp Care Set dari beberapa pengguna yang lain. Makin syampu rambut dengan Anggoon Hair Series, rambut makin senang diurus. Masalah rambut gugur, berkelemumur dan kering menjadi semakin elok. Rambut nampak makin bermaya dan kuat. Ada juga di antara pengguna yang menyatakan rambutnya makin lebat selepas menggunakan Anggoon Hair Care ni. 

Paling Marina suka, testimoni tentang rambut anak customer yang rambutnya kerinting sedikit sebab anak Marina 2 orang rambut kerinting. Mungkin ramai yang tak tahu, rambut yang kerinting ni susah nak diuruskan terutamanya rambut anak-anak. Kerap jadi simpul, susah nak disikat dan sampai terpaksa kena potong. Bila baca feedback yang memberangsangkan macam ni, Marina pon teringin hendak mencuba!  

Tidak terhad kepada wanita sahaja, lelaki juga boleh menggunakan Anggoon Hair Care. Paling bagusnya syampu ini juga boleh digunakan oleh kanak-kanak. 






Teringin Nak Rambut Lembut, Sihat Dan Bersinar Seperti Rawatan Di Salon? Cubalah Set Anggoon Hair Care dan Scalp Care! 

Korang yang berminat nak cuba dapatkan rambut yang lembut, sihat dan bersinar dengan set Anggoon Hair Care dan Scalp Care ini, boleh ke website atau sosial media diorang. Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi team Mamadil melalui detail di bawah ini:

Website :

Post a Comment

16 Comments

  1. Makin tergoda ye hencek suami akak..Ye tak nafikan , rambut untuk wanita dan lelaki sebenarnya satu aset juga , bukan setakat bersih ja. bila wangi pastu senang diuruskan dan bila nampak sihat bermaya kita pun confident walaupun dalam rumah aje.

    ReplyDelete
  2. Minyak argan memang bagus untuk rambut yang bersinar dan melebatkan rambut. Packaging nampak bersih dengan penggunaan warna purple yang menarik. Bestnya bila bau rambut kita wangi.

    ReplyDelete
  3. Rasa tak selesa kalau rammbut kering dan gugur. Best pula baca info tentang set anggoon ni.

    ReplyDelete
  4. Rawlins memang mencari pakej perawatan rambut yang boleh dilakukan sendiri di rumah dan yang penting, mampu milik. Makin Anggoon la rambut kelak kan

    ReplyDelete
  5. this look like such a great product! i love beautiful and good smelling hair too, need to buy a set of this to try out!

    ReplyDelete
  6. Rambut ni kadang, sebelum nak tidur kadang sendiri mencium, takut bau, kang ilang mood nak tidur, lagi kalau pakai tudung kann.. nak survey laa produk ni..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya packaging product rambut ni. Feel loved lebih2 la lepas ni buat isteri2 luar sana... Bagus juga review dia ye..

    ReplyDelete
  8. senang spray rambut mcm ni kan..sembur2 jer wangi..sukalah packaging dia..nampak esklusif

    ReplyDelete
  9. Best dpt guna set Anggoon Hair Care Dari Mamadil tentu rambut semakin cantik dan lembab tidak kering

    ReplyDelete
  10. nak cakap 1 rahsia..sha dah lama usha produk nihhh..hihihi

    ReplyDelete
  11. Rambut lelaku isteri tak suka cium ker hehehe bau syurga tu wakakakka.. Gurau jer tapi betul rambut wangi sedap best pegang dan belaikan baru lembut jer...

    ReplyDelete
  12. waa.. cam menarik produk ni wak.. hee~ saya memang ada masalah rambut gugur.. maklum lah dah berumur kan..

    ReplyDelete
  13. Lawa packaging dia.. Purple gitu.. Permpuan ni kalau takdemslh rmbut mmeg tak sah.. Mcm best pulak yang ni

    ReplyDelete
  14. Wahhh macam menarik je... Nina pun memang ada masalah rambut gugur. Dah puasa cari alternatifnya. Nanti boleh lah try set Anggoon Hair Care ni.

    ReplyDelete
  15. Bukan setakat perempuan, lelaki pun suka rambut wangi. Mcm khai pun ada beli hair perfume pakai dkt rumah. Kalau dkt kluar tak pakai sebb dh pakai wax. Anyway minta maaf sebb terlepas pandang komen ni aritu

    ReplyDelete