Boleh ke Makan Durian Semasa Berdiet? : Fakta Tentang Durian yang Kalian Perlu Tahu! - MARINA BASHAH

Boleh ke Makan Durian Semasa Berdiet? : Fakta Tentang Durian yang Kalian Perlu Tahu!

Boleh ke Makan Durian Semasa Berdiet? : Fakta Tentang Durian yang Kalian Perlu Tahu! | Musim durian datang lagi. Meriah tepi-tepi jalan peniaga menjual durian. Ya ampun terliurnya tengok warna isi durian yang kuning. Bagi yang tengah berdiet, mesti tertanya-tanya, boleh ke makan durian semasa berdiet? Makan durian menggemukkan ke? Berat badan boleh naik ke kalau makan durian?  Dah berapa tahun kalian tak makan durian sebab takut gemuk? Jom baca fakta tentang durian yang patut kalian ketahui!

Start dari tahun lepas, bila musim durian je, Marina mesti balik Batu Kurau mencari durian. Marina tak makan durian pon, jauh sekali hantu durian. Husband sorang je yang makan durian. Beli banyak-banyak bagi pada ahli keluarga. Saje seronok berjalan merentas daerah, lagi-lagi musim PKP ni. Ini kali pertama Marina merentas daerah sejak musim PKP dilaksanakan. Seronok bukan main, dah lama tak merentas daerah.

Masa Marina pergi tu, durian tak banyak luruh lagi. Harganya pon tengah mahal. Tempat yang Marina beli ni dia tak ikut kilo, dia jual sebiji RM15. Sebiji tu adalah dalam 2 kilo lebih kot. Lebih untung kalau kita beli ikut harga biji berbanding kilo. Masa di situ, pakcik Marina tanya budget Marina berapa? Peniaga di situ kawan pakcik Marina. Pakcik Marina yang deal kan. Marina cakap certain amount, peniaga di situ yang select buah. Nasib baik muat bonet.

Marina nak bagi tips beli durian pon tak pandai, macam pengalaman Marina beli durian haritu. Yang Marina dapat pon ada yang mangkor (tak masak/keras). Ada sorang pakcik tu nak beli durian, dia tanya kat peniaga di situ, buahnya elok ke? Peniaga tu cakap, bendanya di dalam, saya pon tak tahu. Ye la ada betul juga peniaga tu cakap. Durian kampung yang runtuh sendiri dari pokok, kita pon tak tahu isinya macam mana, melainkan kita ada kebun durian sendiri yang dijaga, mungkin buahnya elok. Tapi biasanya kalau kita beli durian ni, peniaga akan bagitahu, kalau buah tak elok boleh mintak tukar. Kalau dah beli jauh sampai ke Batu Kurau, memang taklah nak datang balik kalau buahnya tak elok. Tak rajinlah pulak nak travel berpuluh kilometer semata nak tuntut buah.

Macam-macam jenis durian yang ada di pasaran seperti Musang King, kucing tidur,  D24, Udang Merah dan macam-macam lagi. Jenis buah seperti ini jenis yang telah dikacuk. Harga pon bukan main lagi, boleh tahan mahal juga harganya. Bagi peminat durian sanggup membeli dengan harga ratusan ringgit sebiji. Jenis-jenis durian ini ada peminatnya yang tersendiri dan hanya peminat durian tegar je yang tahu beza kesedapannya.


Fakta Tentang Durian yang Perlu Diketahui

#1 Durian menggemukkan badan? 

Seulas durian mempunyai berat lebih kurang 40g = 59 kalori. Taklah begitu tinggi. Sehari hadkan makan durian. 2-3 ulas dah memadai. Yang menggemukkan sebab kalian makan banyak ulas dalam sehari.

# 2 Durian tidak berkhasiat?

Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ianya tinggi potassium berbanding pisang. Potassium berfungsi untuk mengawal bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah.

#3 Durian Memberi Tenaga Segera

Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula yang ringkas dapat memberikan sumber tenaga segera.

#4 Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Durian? 

Durian mempunyai kandungan gula yang tinggi. Pesakit diabetes atau kencing manis boleh makan durian tetapi pengambilannya haruslah dihadkan.

Photo via KKM

Mitos tentang Durian

#1 Durian Mengandungi Kolestrol? 

Durian tidak mengandungi kolestrol. Kolestrol hanya ada pada sumber haiwan sahaja.

#2 Durian Memanaskan Badan? 

Memang kalau makan dengan kuantiti yang banyak akan memanaskan badan,  tetapi tidak ada pula istilah perlu makan buah manggis untuk menyejukkan badan. Apa yang Marina tahu dari pembacaan, petua sejukkan badan adalah dengan minum air kosong di kulit durian.

#3 Meningkatkan nafsu seks? 

Entahlah. Marina tak makan durian. Tak tahulah pulak kalau makan durian tu meningkatkan nafsu seks. Tapi tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan nafsu seks.

#4 Makan durian dengan alkohol boleh membunuh? 

Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut sebab organ hari perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolisme.



Moh pergi cari durian lepaskan keinginan kalian untuk makan durian. Lepas ni tak payah risau takut gemuk sebab durian ye. Kalian makanlah dengan gembira tapi perlulah berpada-pada. Kena kira kalori yang diperlukan oleh badan kalian dalam satu hari termasuklah kalori durian yang kalian makan tu. Yang penting amalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat. Sekali sekala teringin apa salahnya.

[Baca juga] : 7 Tips Yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

6 comments:

  1. Thanks share. MMG suka MKN je kelebihan durian jarang di kaji hehe

    ReplyDelete
  2. cik nor slalu bli yg longgok jer klu durian kg..:)

    ReplyDelete
  3. Marsha pun baru je rezeki makan musang king...sedap betul

    ReplyDelete
  4. saya suka durian.. tak kisah dah berapa kalori pun.. hehe.. semua tibai je..

    ReplyDelete
  5. Tahun ni macam tak teringin nak makan durian. Entah lah.

    ReplyDelete